Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI Nama : Nursyazwani bt Adang No. IC : 910413-11-5256 No.

Matrik : 124008

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, saya telah menjalani Kursus Kepegawaian Olahraga KOM 2013 selama tiga hari. Kursus ini telah berlangsung pada 21-23 Februari 2013. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah yang terlibat dan rakan-rakan seperjuangan kerana banyak membantu dan memberi kerjasama dalam menjayakan kursus ini. Dalam kursus ini saya telah memperoleh pelbagai input yang berguna dan belajar perkara yang baru. Kursus ini melibatkan teori dan praktikal berkenaan kepegawaian olahraga. Ia memberi pendedahan berkenaan tugas atau fungsi seorang peawai olahraga, Undang-undang olahraga dan lain-lain lagi. Saya memperoleh ilmu yang sangat penting untuk digunakan pada masa akan datang. Pada hari pertama kursus, kami diberi pendedahan berkenaan Undang-undang KOAM/AFF oleh Encik Jalani bin Halus. Penjelasan berkenaan Undang-undang KOAM/AFF ini oleh beliau amat jelas dan mudah difahami. Dalam ceramah teori ini, beliau membincangkan berkenaan sukantara dan lain-lain lagi. Penerangan berkenaan sukantara ini amat membantu kami. Hal ini disebabkan, ia amat membantu kami dalam mengelolakan Kejohanan Sukantara Tertutup untuk Unit Pendidikan Khas. Penerangan berkenaan sukantara ini memberi kami gambaran awal sebelum kami menganjurkan kejohanan sukantara ini. Pada hari jumaat, kami mendengar taklimat berkenaan acara Balapan dan acara Padang oleh Encik Wan Azlan bin Ismail. Taklimat berkenaan acara Balapan dan acara Padang telah dijalankan di Gimnasium IPGKDRI. Taklimat ini banyak membantu saya dalam memahami dengan lebih mendalam berkenaan acara-acara yang dijalankan.

Kaedah penyampaian taklimat yang digunakan oleh Encik Wan Azlan amat menarik dan membantu saya untuk memahami berkenaan sesuatu topik dengan lebih jelas. Selain itu, beliau memberi perangan yang sangat jelas berkenaan tugas seorang pegawai padang. Setiap pegawai memainkan peranan masing-masing dalam melicinkan sesuatu acara yang dijalankan. Peranan pegawai-pegawai padang mempengaruhi kelicinan sesuatu acara. Taklimat ini memberi kesedaran dan pendedahan berkenaan kepentingan pegawai-pegawai padang. Jutaan terima kasih kepada unit Pendidikan Jasmani kerana membantu dalam kursus sesi petang Jumaat. Pada petang tersebut, kami telah belajar teknik untuk membina trek dan sektor acara padang secara teori. Penerangan yang diberikan oleh fasilitator kami amat jelas dan mudah difahami. Jika sebelum ini saya tidak mengetahui bagaimana trek dan sektor dibina, kursus ini memberi pendedahan berkenaan perkara tersebut. Pada hari terakhir Kursus Kepegawaian Olahraga KOM ini, kami dikehendaki berada di padang IPGKDRI untuk sesi amali. Sesi amali banyak membantu saya untuk memahami dengan lebih mendalam kerana saya merasai pengalaman sendiri dalam menjadi pegawai. Seperti yang kita tahu, amali amat penting bagi seorang individu kerana kita dapat mempraktikkan input yang kita peroleh. Tambahan pula, amali ini lebih efisien jika dibandingkan dengan teori kerana ia memberi pengalaman secara langsung. Kursus selama tiga hari ini sangat membantu saya dalam memahami dengan lebih lanjut berkenaan sukan olahraga. Ilmu yang saya peroleh akan membantu saya dalam menjadi seorang guru kelak. Ia juga membantu saya dalam menjadi seorang guru yang berdedikasi dan bertanggungjawab. Masalah-masalah dan kelemahan yang dihadapi dapat kami tangani dengan baik dan berjaya hadapi secara professional. Bagi saya, masalah-masalah yang dihadapi mematangkan saya dan membantu saya untuk lebih bersabar. Masalah yang dihadapi bukanlah satu bebanan tetapi ia adalah satu pembakar semangat kepada saya dalam menjadi insan yang lebih baik. Dengan itu, kursus ini amat memberikan kebaikan dan manfaat kepada saya.