Anda di halaman 1dari 30

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG 96509 BINTANGOR SARAWAK

KERJA KURSUS PENDEK EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

NAMA

: AHMAD FAISOL BIN HAZMA PUTARA MOHD HAFIZ BIN MAT LEH

KUMPULAN

: PISMP PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JANUARI 2011

PENSYARAH PEMBIMBING TARIKH SERAHAN

: ENCIK MURALI A/L MURUGASEN : 05 FEBRUARI 2013

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ....... Nama Tarikh : Ahmad Faisol Bin Hazma Putara : 03 Februari 2013

Tandatangan : ...... Nama Tarikh : Mohd Hafiz Bin Mat Leh : 03 Februari 2013

SOALAN TUGASAN

Kerja kursus pendek ini mesti mengandungi: i. Cabaran yang dihadapi oleh guru yang mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada murid pelbagai etnik. ii. Sejauh manakah berjayanya usaha kerajaan dalam meningkatkan taraf pendidikan orang Asli serta etnik Indigenous yang ketinggalan dalam bidang sosio-ekonomi? iii. Menulis tugasan. refleksi tentang pengalaman sepanjang melaksanakan

ii

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, dengan keizinan-Nya, kami telah berjaya menyiapkan tugasan projek untuk mata pelajaran EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran. Ucapan terima kasih ditujukan kepada pensyarah pembimbing kami, Encik Murali a/l Murugasen di atas bimbingan dan pemantauan beliau sepanjang tugasan ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan dari kumpulan PISMP Pendidikan Jasmani Semester 5, Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang di atas bantuan dan perkongsian maklumat. Untuk terakhir kalinya, ucapan terima kasih diucapkan kepada manamana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang tugasan ini dijalankan. Diharapkan melalui tugasan ini, kami dapat mempelajari dan memahami dengan lebih lanjut mengenai skop tugasan secara khususnya dan isi pelajaran secara umumnya.

iii

SENARAI KANDUNGAN

Muka Surat

PENGAKUAN SOALAN TUGASAN PENGHARGAAN SENARAI KANDUNGAN 1.0 2.0 PENGENALAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH GURU YANG MENGAJAR SEBUAH KELAS YANG TERDIRI

i ii iii iv 1 2

DARIPADA MURID PELBAGAI ETNIK 2.1 2.2 2.3 Penerimaan dan Layanan Adil Strategi Pembelajaran Koperatif Pengurusan Hubungan 2.4 2.5 2.6 3.0 Aspirasi Serta Jangkaan Guru Pemilihan Bahan Sumber Bahasa Komunikasi 5 7 9 Bilik Darjah dan Pengurusan 2 3 4

SEJAUH MANAKAH BERJAYANYA USAHA KERAJAAN DALAM MENINGKATKAN TARAF PENDIDIKAN

ORANG ASLI SERTA ETNIK INDIGENOUS YANG KETINGGALAN DALAM BIDANG SOSIO-EKONOMI 3.1 3.2 3.3 3.4 4.0 Pengenalan Orang Asli Pengenalan Masyarakat Indigenous Usaha Kerajaan Tingkat Taraf Pendidikan Kesimpulan 11 12 12 18 20 21 22 25

RUMUSAN

BIBLIOGRAFI REFLEKSI REKOD KOLABORASI

iv

BAB 1 PENGENALAN

Kepelbagaian sosio-budaya yang terdapat di kalangan murid juga harus diberikan perhatian oleh guru. Semua guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kedudukan kelas sosial serta kumpulan etnik yang terdapat dalam bilik darjah. Perbezaan sosio-budaya ini perlu ditangani sebaik mungkin supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Orang Asli merujuk kepada masyarakat yang kebanyakannya tinggal di dalam atau pinggir hutan. Etnik Indigenous pula merujuk kepada Penduduk Pribumi yang menetap di pedalaman Sabah dan Sarawak. Kebanyakan mereka masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana kurang lengkap di kawasan tempat tinggal mereka. Dalam bab seterusnya akan dibincangkan dua topik utama iaitu cabaran yang dihadapi oleh guru yang mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada murid pelbagai etnik, dan sejauh manakah berjayanya usaha kerajaan dalam meningkatkan taraf pendidikan orang asli serta etnik indigenous yang ketinggalan dalam bidang sosio-ekonomi.

BAB 2 CABARAN YANG DIHADAPI OLEH GURU YANG MENGAJAR SEBUAH KELAS YANG TERDIRI DARIPADA MURID PELBAGAI ETNIK

2.1

Penerimaan dan layanan adil Dalam usaha guru untuk memberikan layanan yang lebih adil kepada

murid-murid, perihal latar belakang murid, status sosio-ekonomi, tempat tinggal, budaya, adat resam, kepercayaan dan agama seharusnya dikenali dengan lebih dekat oleh guru. Menurut Noriati A. Rashid (2011), guru seharusnya tidak melayani murid-murid sebagai satu kelompok individu, kelompok kelas sosial atau kelompok mengikut kaum etnik tetapi sebagai individu yang mempunyai keunikan dan kepelbagaian. Guru seharusnya tidak menggunakan maklumat latar belakang muridmurid bagi mengesahkan generalisasi dan pelabelan yang telah

dilaksanakan. Sebagai contoh, murid-murid yang tinggal di Rumah 100, tidak menunjukkan minat untuk mengikuti pengajaran guru. Rumah 100 ini merujuk kepada kediaman yang disewa daripada kerajaan dengan bayaran RM 100 sebulan bagi penduduk miskin bandar. Andaian atau anggapan seperti ini hendaklah disingkirkan jauh dari minda dan pemikiran seorang guru. Para guru seharusnya menggunakan maklumat latar belakang muridmurid untuk memahami tingkah laku dan luahan perasaan mereka yang kebanyakannya dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Kebanyakan keluarga yang menetap di Rumah 100 merupakan mereka yang berpendapatan rendah. Suasana sesak dan keadaan keluarga yang perlu bekerja sepanjang hari dikhuatiri akan mempengaruhi proses pembelajaran murid-murid.

Sekiranya guru mengenalpasti dan memahami situasi murid-murid nescaya guru tersebut berkemampuan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan memberikan layanan yang adil terhadap murid-murid daripada kelompok ini. Maka, dengan itu segala gejala diskriminasi dan kesan self fulfilling prophercy akan dapat dielakkan.

2.2

Strategi pembelajaran koperatif Pembelajaran yang berkesan bagi sekumpulan murid-murid tidak

semestinya berkesan bagi sekumpulan murid-murid yang lain. Guru tidak seharusnya menganggap semua murid boleh belajar melalui strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang sama. Pendidikan yang saksama tidaklah bermakna sistem penyampaian yang sama diaplikasikan kepada semua murid. Menurut Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2011), kesaksamaan pendidikan lebih bergantung pada persekitaran tempat tinggal murid-murid, faktor status sosioekonomi keluarga dan gaya pembelajaran murid-murid. Oleh demikian, dengan mengambil kira faktor-faktor yang membantu pembelajaran, guru dapat menyediakan pembelajaran yang berkesan mengikut gaya pembelajaran dan kemampuan murid-murid. Strategi pembelajaran koperatif merupakan salah satu strategi pembelajaran yang paling berkesan dalam mengendalikan kepelbagaian ragam murid-murid ini. Melalui struktur pembelajaran koperatif, murid dalam kumpulan heterogenous akan dapat berkongsi pengetahuan dan

pengalaman, belajar bersama-sama, saling membantu dan berinteraksi bagi memastikan pencapaian dalam kumpulan. Murid-murid yang mempunyai pelbagai latar belakang, etnik, status sosial dan pencapaian dapat saling belajar dan mengenali budaya secara tidak langsung. Kesedaran budaya mikro kumpulan etnik yang berbeza dapat membantu mengeratkan hubungan dan mewujudkan amalan kerjasama dan sikap toleransi yang amat diperlukan lebih-lebih lagi bagi masyarakat negara kita yang terdiri daripada masyarakat yang bersifat plural. 3

2.3

Pengurusan bilik darjah dan pengurusan hubungan Tugas guru secara eksplisit adalah mengajar dan melaksanakan

kurikulum formal tetapi secara realitinya guru menguruskan hubungan di dalam bilik darjah agar pembelajaran yang berkesan dapat dicapai pada tahap yang maksima. Menguruskan bilangan murid yang ramai bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang dijangkakan oleh banyak pihak. Sebagai satu komuniti yang kecil di dalam bilik darjah, kawalan tingkah laku dianjurkan melalui peraturan dan rutin bilik darjah. Peraturan yang menjadi rutin harian ini merupakan satu keperluan dalam membentuk dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang terkawal. Peraturan yang disediakan sendiri oleh guru memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk tingkah laku sosial yang diingini. Peraturan keluar masuk, peraturan semasa guru mengajar, peraturan pada waktu senggang dan sebagainya mampu mewujudkan nilai-nilai sosial yang baik dalam kalangan murid. Selain itu, rutin harian kelas seperti jadual bertugas dapat membentuk sikap dan nilai tanggungjawab serta amalan berdikari dalam diri murid-murid. Bagaimanakah pula dengan menguruskan hubungan antara guru dan murid memandangkan murid-murid mempunyai pelbagai ragam dan karenah? Seorang guru yang baik dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai seharusnya dapat mengendalikan dan menguruskan perihal hubungan antara murid dan juga hubungan murid sesama murid. Hubungan baik yang dihasilkan akan melahirkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya dan sentiasa berjalan dengan lancar. Pengajaran guru yang melibatkan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang pelbagai adalah amat diperlukan dan dititikberatkan terutamanya dalam mendidik murid-murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, sosiobudaya, sosioekonomi dan juga bahasa.

Oleh itu, pembelajaran murid akan sentiasa berkembang berpadanan dengan perkembangan JERIS mereka iaitu: jasmani; emosi; rohani; intelek; dan sosial.

2.4

Aspirasi serta jangkaan guru Sesetengah guru memberikan respons yang berbeza kepada murid-

murid yang mewakili kelompok-kelompok kecil, minoriti atau kelas sosial yang rendah. Terdapat beberapa kajian yang membuktikan bahawa terdapat layanan dan jangkaan yang berbeza berdasarkan bangsa, jantina dan kelas sosial. Aspek jangkaan guru sudah mula berlaku sebermulanya kemasukan murid-murid ke sekolah berdasarkan pakaian dan lain-lain yang berkaitan dengan taraf sosio-ekonomi keluarga murid. Guru hendaklah menyedari bahawa potensi murid-murid bukanlah terletak pada status kelas sosial, jantina atau bangsanya. Jangkaan guru terhadap prestasi murid-murid yang hanya berlandaskan kepada elemenelemen generalisasi adalah tidak adil bagi murid-murid. Kebiasaannya, murid-murid yang telah diberikan tanda atau jangkaan yang sedemikian akan bertindak sebagaimana jangkaan yang telah disandarkan kepada mereka. Begitu jugalah tindakan dan layanan guru terhadap murid-muridnya sekiranya jangkaan yang hanya berlandaskan kepada status sosial, jantina dan bangsa menjadi keutamaan dalam kriteria penentuan prestasi murid-murid. Kebanyakan sekolah mengamalkan sistem pengaliran berdasarkan pencapaian akademik murid-murid. Murid dikelompokkan kepada kelas yang berbeza-beza. Menurut Boon Pong Ying (2011), murid-murid yang berprestasi tinggi dan sederhana adalah berdasarkan kepada latar belakang keluarga yang mempunyai status sosioekonomi yang tinggi dan sederhana manakala murid-

murid yang berprestasi rendah adalah daripada kelompok-kelompok keluarga yang bertaraf sosio-ekonomi rendah. Lantaran itu, guru yang mengajar kelas-kelas yang berprestasi baik ini akan menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran serta menggunakannya secara mendalam. Namun agak malang bagi murid-murid yang berada di kelas yang berprestasi rendah kerana mereka hanya menerima pengajaran dan pembelajaran guru yang berbentuk ala kadar sahaja. Dengan layanan yang berbeza ini, jarak antara kelompok murid-murid tersebut akan menjadi lebih jauh. Hal ini bermaksud, murid yang berprestasi tinggi akan lebih jauh dan maju dalam penguasaan ilmu sementara muridmurid yang berprestasi rendah akan jauh ketinggalan dalam pembelajaran mereka. Sehubungan dengan itu, murid-murid yang berprestasi rendah ini pasti merasakan diri mereka tidak bermakna, tidak mempunyai fungsi atau peranan apabila berada di sekolah, sering dianggap murid bermasalah dan akhirnya akan bertindak sepertimana yang dijangkakan oleh para guru. Oleh itu, guru seharusnya mengubah sikap dan amalan serta pandangan yang sedemikian terhadap murid-murid lebih-lebih lagi amalanamalan yang bersifat diskriminasi ini. Memang jelas ternyata bahawa tugas guru adalah untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan kehendak murid, pengalaman dan keupayaan mereka serta budaya yang ada di sekeliling mereka. Dengan ini, prestasi murid akan lebih seimbang dan mereka akan berpeluang untuk bersaing secara sihat sesama mereka tanpa melihat kepada perbezaan status sosial, jantina dan bangsa mereka.

2.5

Pemilihan dan penyesuaian bahan sumber Menurut Zuraidah A. Majid (2011), pembelajaran yang berkesan akan

mudah berlaku sekiranya bahan-bahan sumber pembelajaran sesuai dengan pengetahuan dan budaya murid. Sesebuah kelas yang terdiri daripada kaum dominan dan etnik minoriti, murid minoriti mungkin akan merasakan diri mereka agak terabai dan tidak dihargai sekiranya tidak ada unsur-unsur budaya etnik dalam sumber pengajaran guru dan sumber pembelajaran murid-murid. Nama-nama watak, tempat, makanan dan jenis pekerjaan yang melibatkan kaum etnik yang pelbagai seharusnya dipilih sebagai teks dalam mata pelajaran yang diajar. Oleh hal yang demikian, motivasi murid akan meningkat dan pembelajaran akan menjadi lebih efektif kerana contoh yang digunakan berkaitan dengan pengalaman murid. Guru seharusnya sentiasa berhati-hati dalam memilih sumber

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Walaupun buku teks sekolah telah ditetapkan, guru perlu menyediakan sumber tambahan yang sesuai dengan pengalaman murid-murid agar pembelajaran bermakna boleh berlaku. Dalam memilih bahan sumber pembelajaran, guru hendaklah

mengelakkan unsur-unsur negatif dan sensitif bagi mana-mana etnik. Sehubungan dengan itu, guru seharusnya sentiasa mendapatkan maklumat yang tepat tentang budaya sesuatu etnik. Menghormati sesuatu adat resam, kepercayaan dan amalan ritual pelbagai etnik di negara kita, Malaysia adalah satu tuntutan dan keperluan yang seharusnya diberikan keutamaan oleh semua guru dalam usaha untuk melayani kepelbagaian budaya khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pemilihan bahan sumber yang baik juga seharusnya dilihat daripada sudut penggunaan bahasa dan istilah yang tiada unsur-unsur sensitif atau yang bersifat perkauman sama ada dari elemen gender atau jantina, etnik dan kepercayaan. 7

Penggunaan bahasa yang menyentuh soal sensitiviti kaum dan etnik boleh menjurus kepada situasi salah faham dan ketegangan. Maka, keutamaan guru hendaklah berfokuskan kepada pemilihan bentuk bahasa dan istilah yang dapat diterima oleh semua murid, tiada unsur bias (ketidakadilan) dan juga unsur prejudis.

2.6

Bahasa ( Komunikasi ) Bahasa merupakan satu sistem komunikasi yang menggunakan bunyi

atau simbol dengan pengertian yang tidak harus digunakan dengan sewenang wenangnya, tetapi mempunyai struktur. Kita juga menggunakan bahasa sebagai satu alat untuk menyalurkan idea. Melalui bahasa kita dapat membentuk identiti kelompok dan penyatuan dalam masyarakat. Cole (1998) menyatakan bahawa bahasa adalah satu set simbol simbol dan aturcara aturcara yang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yang kompleks. Di dalam bilik darjah khususnya, guru harus mengurangkan penggunaan bahasa dialek dan meningkatkan dalam menggunakan bahasa yang standard untuk memberi peluang yang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Penggunaan bahasa yang standard juga harus diamalkan oleh murid. Unsur unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan sama ada berkomunikasi antara mereka ketika menjalankan aktiviti di dalam kelas ataupun di luar. Murid harus diingatkan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Guru yang tidak perhatin terhadap dialek budaya kaum akan menyebabkan murid berasa tidak selesa ketika proses pembelajaran di dalam darjah. Hal ini mungkin murid murid tertentu tidak dapat mengikuti serta tidak mengambil perhatian semasa proses pengajaran yang dijalankan oleh 8

guru. Guru perlu bijak dalam menangani masalah penggunaan dialek di dalam bilik darjah bagi menyampaikan ilmu kepada murid murid dengan jayanya. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Pelaksanaan aktiviti bahasa dalam kurikulum tersirat juga perlu dirancang dengan teliti. Apabila murid melibatkan diri mereka di dalam aktiviti yang dilaksanakan, secara tidak langsung akan mengajar mereka untuk belajar menerima serta menghormati ibunda dan dialek kaum lain. Oleh itu, mana mana pihak iaitu guru, murid, dan pihak sekolah tidak boleh memperlekehkan bahasa dialek masing masing kerana ini merupakan isu yang agak sensitif dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

BAB 3 SEJAUH MANAKAH BERJAYANYA USAHA KERAJAAN DALAM

MENINGKATKAN TARAF PENDIDIKAN ORANG ASLI SERTA ETNIK INDIGENOUS YANG KETINGGALAN DALAM BIDANG SOSIO-EKONOMI Jika dilihat dari aspek pendidikan, pencapaian Orang Asli amatlah rendah dan jauh ketinggalan berbanding dengan pencapaian kelompok etnik lain di Malaysia. Kebanyakan Orang Asli dan masyarakat indigenous masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana yang kurang lengkap di kawasan tempat tinggal mereka. Jika di sekolah pula, bekalan elektrik tidak mencukupi, prasarana seperti kipas, bilik darjah yang selesa tidak dapat dinikmati dengan sepenuhnya oleh mereka.

Rajah 1 : Status Kemiskinan Orang Asli

Isu keciciran pelajaran di kalangan masyarakat Orang Asli merupakan isu penting yang sentiasa mendapat perhatian kerajaan. Kemunduran masyarakat Orang Asli turut dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah. Tambahan lagi, tahap pendidikan isi rumah Orang Asli msih di tahap kurang memuaskan. Minat untuk belajar dalam kalangan mereka juga masih rendah serta sikap ibu bapa mereka yang tidak mengambil berat terhadap pendidikan anak mereka.

10

Oleh itu, pihak kerajaan tidak hanya memandang perkara seperti ini sebagai satu masalah ringan yang tidak memerlukan penyelesaian segera. Malahan, kerajaan sehabis baik menyelesaikan isu ini agar tidak berlanjutan dan semakin teruk kerana ini melibatkan bakal pewaris negara. Pendidikan merupakan perkara paling asas dan utama bagi seseorang individu sebelum mengharungi cabaran globalisasi yang kian mencabar kini. Jika kerajaan tidak melaksanakan sebarang usaha dan perancangan yang baik maka akan wujud dua dunia berbeza iaitu yang bijak akan terus jauh berkembang ke hadapan manakala yang kurang pandai akan terus ke belakang tanpa mendapat sebarang bantuan yang sepatutnya.

3.0

ORANG ASLI DAN INDIGENOUS

3.1

Orang Asli Masyarakat Orang Asli adalah komuniti kecil di Malaysia. Orang Asli

merujuk masyarakat yang kebanyakannya tinggal di dalam atau pinggir hutan. Orang Asli adalah komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi. Orang Asli dapat dibahagikan kepada tiga rupun bangsa iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli. Dalam kesemua rumpun bangsa ini pula terdapat lagi 18 jenis suku kaum. Bagi sebahagian besar Orang Asli merupakan penganut agama animisme.

11

3.2

Indigenous Indigenous merujuk kepada Penduduk Pribumi di kawasan pedalaman

Sabah dan Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum. Masyarakat indigenous ialah kelompok yang tinggal jauh di pedalaman dan masih belum menerima perubahan berkaitan dunia luar. Mereka ini masih lagi taksub dan menggunakan sistem kehidupan masyarakat yang dibina sejak dari zaman dulu lagi. Di Malaysia ini masih lagi terdapat sebilangan kecil yang duduk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

3.3

Usaha kerajaan dalam meningkatkan taraf pendidikan orang asli serta etnik indigenous.

Kerajaan telah melakukan pelbagai langkah dan usaha dalam membantu masyarakat Orang Asli dan indigenous. Kesemua langkah ini diambil adalah bertujuan untuk mempertingkatkan lagi taraf pendidikan masyarakat ini. Kerajaan melihat ini sebagai satu perkara penting supaya jurang pendidikan antara msyarakat bandar dan luar bandar tidak terlalu jauh dan setiap individu layak untuk mendapatkan pendidikan masing-masing. 12

Antara usaha kerajaan dalam meningkatkan taraf pendidikan Orang Asli dan etnik indigenous ialah dengan melaksanakan program khusus dalam membantu pendidikan masyarakat Asli dan indigenous. Terdapat satu program khusus yang telah dirangka dan disediakan oleh kerajaan kepada mereka untuk meningkatkan taraf pendidikan iaitu Program Transformasi Pendidikan Orang Asli. Program ini dilaksanakan oleh kerajaan adalah sebagai usaha untuk meningkatkan lagi tahap kualiti kehidupan masyarakat dan produktiviti mereka. Hal ini supaya tiada pihak yang terpinggir termasuk anak-anak mereka khusunya dalam bidang pendidikan yang kian meningkat.

Rajah 2 : Status Pendidikan Orang Asli

13

Oleh yang demikian, di bawah RMK 10, usaha untuk memperkukuhkan sistem pendidikan di negara kita ini yang telah dirancang bermula dari peringkat awal kanak-kanak hingga ke peringkat pengajian tinggi telah meliputi semua kepentingan

masyarakat di Malaysia. Bukan itu sahaja, usaha kerajaan ini diharapkan turut mampu meningkatkan lagi kecemerlangan pendidikan masyarakat Orang Asli dan indigenous. Walaubagaimanapun, program yang dirangka oleh kerajaan ini hanya akan berjalan dengan baik sekiranya semua pihak sama-sama bergabung tenaga untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan untuk meningkatkan taraf pendidikan masyarakat Orang Asli dan indigenous. Langkah yang kedua pula ialah kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia meningkatkan bilangan guru dengan mengikut opsyen yang dipilih. Tujuannya adalah bagi memastikan setiap sekolah terutamanya di pedalaman dapat menyediakan peluang pendidikan yang sama. Guru-guru yang telah dilatih seperti dari Institut Pendidikan Guru selama lima tahun setengah di mana mempunyai ilmu dan pembelajaran terbaru dan terkini untuk dibawa ke sekolah di pedalaman. Mereka yang baru dilahirkan ini pastinya sudah bersedia dalam menggalas tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan sebagai seorang pendidik. Hal ini kerana mereka mampu menjadi agen perubahan kepada masyarakat Asli dan indigenous yang masih wujud di Malaysia. Mereka ini juga sudah tentu mempunyai pelbagai cara pengajaran yang sesuai untuk diberikan kepada masyarakat Asli dan indigenous di pedalaman kelak. Oleh yang demikian, kerajaan telah menaiktaraf tahap latihan perguruan dan bermulanya tahun 2005, pengambilan guru pelatih baru telah diketatkan dengan pelbagai perkara seperti keputusan SPM, kemahiran bertutur, ujian dan sebagainya. Kerajaan melakukan semua ini hanyalah untuk tujuan masa hadapan supaya bakal guru yang bakal dilahirkan adalah

14

berkemampuan dan mampu mengubah masa depan negara lebih ke hadapan. Seterusnya, langkah ketiga yang dilakukan oleh kerajaan ialah memberikan biasiswa kepada orang-orang Asli mahupun orang peribumi yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya. Peluang seperti ini sangat jarang diberikan kepada masyarakat Asli dan indigenous ini disebabkan oleh maklumat dan kemudahan yang kurang di tempat mereka. Segala maklumat tidak sampai kepada mereka dan menyebabkan mereka terus kekal dengan cara hidup mereka. Mereka ini bukanlah dahagakan wang ringgit semata-mata tetapi pendidikan adalah sesuatu yang dicari sekian lama untuk terus bersaing seperti individu lain dalam meningkatkan ilmu pengetahuan supaya mempunyai masa depan yang lebih baik untuk masyarakat Asli di Malaysia. Dengan adanya bantuan seperti ini oleh kerajaan akan menggalakkan sikap berdaya saing dan berusaha untuk merebut peluang yang disediakan untuk mereka.

15

Rajah 3 : Pelajar Orang Asli Yang Mendapat Tawaran IPTA

Contohnya seperti yang dilakukan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di mana mereka telah menghantar enam orang pelajar orang Asli yang mempunyai kelayakan ke luar negara. Belum ada lagi pertubuhan atau badan yang ingin membantu dengan menghantar pelajar orang Asli yang berkelayakan ke luar negara. Perkara seperti inilah yang diharapkan oleh masyarakat terutamanya orang Asli dan indigenous. Hal ini sangat bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf pendidikan masyarakat orang Asli dan indigenous. Tambahan lagi, mereka akan lebih bersemangat dan berkeyakinan dalam meningkatkan diri sekiranya terdapat ilmuan yang berasal dari masyarakat Asli dan indigenous.

16

Langkah yang keempat yang diusahakan oleh kerajaan ialah memberikan peruntukan kepada penduduk Asli dan indigenous dalam usaha mempertingkatkan kualiti pendidikan dari aspek prasarana fizikal. Dalam kerajaan berusaha memberi bantuan kepada mereka kemudahan dari segi pembangunan infrastruktur dan

kemudahan pendidikan tidak boleh diabaikan. Hal ini supaya jurang pendidikan antara sekolah di bandar dengan sekolah di luar bandar dapat dikurangkan atau mungkin terus dihapuskan. Selain itu, kerajaan telah menetapkan bahawa setiap sekolah akan diletakkan seorang pemantau yang tugasnya adalah

memberikan laporan berkaitan prestasi semua pelajar orang Asli dan indigenous serta segala masalah yang timbul atau dihadapi oleh pelajar orang Asli supaya dapat diatasi dengan segera oleh kerajaan. Hal ini kerana kerajaan sememangnya sangat komited dan serius dalam mengurangkan kadar keciciran pelajaran walaupun mereka berada jauh di kawasan pedalaman. Usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini perlulah diteruskan supaya masyarakat Asli dan indigenous juga mampu bangkit dari kemiskinan dan kemunduran untuk turut bersaing dalam dunia globalisasi ini seterusnya

meningkatkan taraf hidup dan martabat negara.

17

Rajah 4 : Pelajar Orang Asli Yang Tamat Pengajian Di IPTA

3.4

Kesimpulan Berdasarkan perbincangan dan huraian yang telah diperkatakan di atas, dapat disimpulkan secara keseluruhannya bahawa sesuatu perkara itu tidak akan mampu dengan hanya digerakkan oleh satu pihak sahaja. Sudah tentu dengan adanya bantuan daripada pelbagai pihak segala perkara dapat kita laksanakan dengan berkesan dan berjaya. Begitu jugalah dengan usaha murni kerajaan ini dalam usaha membantu masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat Asli dan indigenous dari terus ke belakang dan mundur dalam arus

pembangunan pendidikan kini. Kerajaan mengharapkan supaya semua pihak NGO dan bukan NGO bersama-sama berganding bahu dalam membantu masyarakat yang masih memerlukan bantuan.

18

Hal ini sejajar dengan matlamat dan impian negara kita dimana ingin mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Oleh itu, segala bentuk kemajuan tidak kira sama ada dari aspek apa sekalipun perlulah seimbang dan diambil kira serta tidak ada sesiapa dari setiap lapisan masyarakat tertinggal atau terlepas pandang dalam

perancangan pembangunan negara. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana masyarakat Asli dan indigenous juga mempunyai hak untuk mendapat apa yang diperlukan seperti orang lain. Mereka ini juga merupakan golongan yang berkepentingan dalam kewujudan negara Malaysia. Oleh hal yang demikian, segala aspek keperluan dan juga kehendak

terutamanya dalam aspek pendidikan seharusnya tidak diabaikan malah memberikan keutamaan akibat daripada kesusahan mereka berada jauh di pedalaman.

19

BAB 4 RUMUSAN

Peranan seorang guru adalah membimbing murid-murid mencapai potensi diri dalam segenap pencapaian akademik, kegiatan sosial dan juga kemahiran vokasional. Namun, hal ini bukanlah semudah yang disangkakan memandangkan guru perlu mendidik sekumpulan murid yang besar dan mempunyai ragam yang pelbagai. Murid-murid dalam sesebuah bilik darjah kebiasaannya terdiri daripada etnik, taraf sosioekonomi, latar belakang keluarga, kawasan penempatan, budaya, adat resam dan bahasa yang sememangnya cukup berbeza. Sehubungan itu, guru seharusnya tidak menggunakan cara dan pendekatan yang sama bagi melayani dan memberikan perhatian kepada semua murid. Kepelbagaian sosiobudaya yang wujud di dalam bilik darjah

memerlukan guru mengambil langkah atau inisiatif yang sesuai agar setiap daripada murid-murid mendapat peluang yang adil dan saksama untuk pembelajaran yang berkesan. Penerimaan dan layanan yang adil, strategi pembelajaran koperatif, pengurusan bilik darjah dan pengurusan hubungan, aspirasi serta jangkaan guru dan pemilihan bahan sumber merupakan cabaran-cabaran seseorang guru dalam mendidik murid-murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, etnik, taraf sosioekonomi, kawasan penempatan, budaya, adat resam dan juga bahasa.

20

BIBLIOGRAFI

Baharuddin,

S.

A.

(2008).

Modul

Hubungan

Etnik.

Kuala

Lumpur:

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Katiman Rostam (2001). Dasar dan Strategi Petempatan dalam

Pembangunan Negara. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Melissa Ching, Adnan Baharom (2011). Budaya dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mohd Sohaimi Esa, et.al (2011). Hubungan Etnik: Kelangsungan Pembinaan Negara. Selangor Darul Ehsan : CIPTA Printing & Publishing ( M ) Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid (2011). Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Syed Ismail bin Syed Mustapa (2010). Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

21

REFLEKSI

Ahmad Faisol Bin Hazma Putara Setinggi-tinggi penghargaan dan kesyukuran ke hadrat ilahi di atas kesempatan untuk melaksanakan tugasan ini. Setelah saya bertungkus-lumus akhirnya tugasan ini telah berjaya disempurnakan. Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang telah membantu saya bagi melengkapkan tugasan ini, terutama sekali kepada pensyarah pembimbing saya iaitu En. Murali a/l Murugasen yang banyak memberi tunjuk ajar dalam pembikinan tugasan yang diberikan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekuliah yang turut banyak membantu terutama dari sudut pencetusan idea dan perancangan aktiviti yang begitu bernas, kreatif dan asli. Sesungguhnya dalam proses pembikinan tugasan ini, terdapat pelbagai kekangan yang saya hadapi. Saya berhadapan dengan masalah untuk membuat tugasan kerana ia berkaitan dengan fakta yang menuntut ketepatan dalam maklumat. Ini adalah merupakan kelemahan sejak dari bangku sekolah lagi. Selain itu, saya kurang yakin sama ada mampu untuk menyiapkan tugasan yang diberikan kerana tajuk yang diberikan adalah berkaitan maklumat yang baru untuk diri saya. Tambahan lagi, saya sedikit takut sekiranya rakan-rakan tidak dapat untuk membantu saya dalam menyiapkan tugasan akibat kesibukan mereka terutama dalam memahami segala maklumat yang telah didapati mengenai masyarakat orang Asli dan indigenous, cabaran yang dihadapi oleh guru di dalam kelas yang terdiri pelajar pelbagai etnik serta menghurai usaha kerajaan yang telah dilakukan untuk meningkatkan taraf pendidikan orang Asli dan indigenous yang telah ketinggalan. Ia adalah sukar kerana saya perlu membaca dan mengkaji maklumat dari pelbagai sumber untuk membuat satu analisis tentang usaha kerajaan ini. Saya pula mempunyai masalah untuk membaca dalam tempoh masa yang lama. 22

Alhamdulillah, akhirnya segala persoalan ini terjawab bagi diri saya. Dengan berkat dan rahmat Tuhan yang Maha Esa, saya mampu melakukannya. Dengan keyakinan yang dipupuk oleh pensyarah pembimbing dan rakan-rakan, saya mencuba, terus mencuba dan akhirnya berjaya walaupun tugasan ini agak sukar pada awalnya. Melalui tugasan ini, saya menanamkan tekad bahawa segala tugasan yang diberikan pensyarah mampu disempurnakan seandainya saya bertekad untuk melaksanakannya dengan penuh keyakinan, kerajinan serta

keikhlasan. Saya juga dapat mengetahui mengenai masyarakat orang Asli dan indigenous. Saya juga dapat memahami mengenai cabaran yang perlu dihadapi oleh guru di dalam kelas. Ini sesuatu yang berguna kerana saya dapat mengingati semula terhadap pembelajaran lalu berkaitan ilmu yang sama tentang itu. Apa yang paling penting ialah saya dapat mengharungi segala cabaran itu pada masa akan datang hasil perbincangan tugasan ini. Dengan ini, sekali lagi saya menghulurkan rasa terima kasih saya di atas jasa dan sumbangan semua. Melalui pelaksanaan tugasan ini, saya akan berusaha lebih gigih lagi dan yakin dapat menyempurnakannya untuk tugasan yang seterusnya.

23

Mohd Hafiz Bin Mat Leh Saya telah menerima tugasan projek EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran yang mengupas dua topik yang berkaitan kepelbagaian etnik di negara kita. Tugasan ini memerlukan seorang rakan sebagai pasangan kerja. Saya telah bersepakat dengan saudara Ahmad Faisol Bin Hazma Putara untuk berpasangan. Seperti biasa, perkara pertama yang dilakukan dalam menjalankan tugasan ialah membuat pelan tindakan. Kami bercadang untuk mencari maklumat di perpustakaan dan mengumpul maklumat tersebut dalam bentuk penulisan. Saya mengambil topik cabaran guru dalam mengajar kelas yang terdiri daripada pelbagai etnik manakala saudara Ahmad Faisol mengambil topik usaha kerajaan dalam menaiktaraf pendidikan Orang Asli. Hasil pembacaan dari pelbagai buku rujukan budaya dan pembelajaran telah membuat saya makin memahami isi penting yang ingin dikupaskan. Tidak lupa juga saya juga turut meminta tunjuk ajar dari senior kami untuk lebih memahami lagi tajuk yang telah ditugaskan kepada kami. Melalui tugasan berpasangan, saya dapat berkongsi pengetahuan bersama saudara Ahmad Faisol. Beliau sangat arif mengenai penulisan ilmiah, jadi secara tidak langsung saya dapat memperbaiki mutu penulisan saya. Kesedaran yang saya perolehi dari tugasan ini ialah kita mesti sedar akan kewujudan suku kaum lain yang jarang dititikberatkan seperti Orang Asli dan kita haruslah menghormati dan menjaga keharmonian kepelbagaian etnik di negara kita.

24

REKOD KOLABORASI

Nama

: Ahmad Faisol Bin Hazma Putara Mohd Hafiz Bin Mat Leh

Kumpulan Subjek Pensyarah Pembimbing Tarikh Serahan

: PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Jan 2011 : EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran : Encik Murali a/l Murugasen : 05 Februaril 2013

Bil

Tarikh Menerima

Perkara tugasan dan mendengar pensyarah

Tanda Tangan

1.

5 Jan 2013

taklimat pembimbing.

daripada

Menyediakan pelan tindakan dan draf 2. 8 Jan 2013 tugasan. Mencari maklumat berkaitan tugasan di 3. 12 Jan 2013 perpustakaan dan laman web. Menyusun, 4. 17 Jan 2013 memindahkan bentuk laporan. Menyediakan 5. 20 Jan 2013 maklumat hasil kepada pengumpulan pensyarah menganalisis, maklumat ke dan dalam

pembimbing untuk disemak kali kedua. 6. 28 Jan 2013 Menyiap tugasan. Menyerahkan hasil tugasan kepada 7. 5 Feb 2013 pensyarah pembimbing untuk penilaian. dan memurnikan hasil

25

Anda mungkin juga menyukai