Anda di halaman 1dari 9

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/20

KOD & NAMA KURSUS

SKR 3013 : PENGANTAR KIMIA


TAJUK TUGASAN

TUGASAN 3:JADUAL BERKALA

KUMPULAN UPSIO2(A122PJJ)

DISEDIAKAN OLEH NAMA MOHD NOR AZMAN BIN OTHMAN NO. ID D20102045058 NO. TELEFON 0165009489

NAMA TUTOR E-LEARNING: PROFESOR MADYA DR. ABU HASSAN B. KASSIM TARIKH SERAH: 5 MEI 2013

SEJARAH PERKEMBANGAN JADUAL BERKALA.

Jadual berkala unsur kimia adalah himpunan paparan berkaitan unsur kimia yang diketahui dalam bentuk jadual. Unsur ini disusun menurut struktur elektron agar kebanyakan sifat kimiaberubah secara tetap sepanjang jadual. Setiap unsur disenaraikan menurut nombor atom dan simbol kimia. Jadual ini mula-mulanya diperkenalkan oleh Dmitri Mendeleev, seorang ahli kimia dari Rusia yang menghimpunkan unsur-unsur untuk menunjukkan ciri-ciri unsur itu yang berulang ("berkala") mengikut jadual. Jadual ini telah diperbaiki mengikut peredaran masa, selaras dengan penemuan unsur baru serta penghasilan teori baru mengenai unsur-unsur. Jadual piawaian membekalkan asas yang diperlukan. Terdapat juga kaedah lain memaparkan unsur kimia untuk lebih terperinci atau sudut pandangan lain. Terdapat 117 unsur kimia yang diketahui pada masa kini. Jadual Berkala Unsur membolehkan kita mempelajari serta mengingati sifat kimia dan sifat fizik bagi semua unsur dengan lebih sistematik dan lebih mudah. Dalam Jadual Berkala, unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor atom menaik secara mengufuk. Setiap turus tegak dalam Jadual Berkala dipanggil kumpulan manakala setiap turus mengufuk dipanggil kala. Unsur-unsur yang mempunyai bilangan elektron di petala terluar yang sama, iaitu mempunyai sifatsifat kimia yang sama, disusun dalam kumpulan yang sama. Walaupun sifat-sifat kimia adalah sama, tetapi sifat-sifat fizik unsur berubah secara beransur-ansur apabila menuruni sesuatu kumpulan.

Ahli kimia menyatakan bahawa terdapat unsur-unsur tertentu yang mempunyai sifat kimia yang sama (similar chemical properties). Sebagai contoh: klorin, bromin dan iodin; kalium (potassium) dan natrium (sodium); magnesium dan kalsium, mempunyai sifat kimia yang sama. Para ahli kimia kemudiannya cuba untuk meletakkan unsur-unsur dengan sifat kimia yang sama di dalam satu kumpulan. Ini membawa kepada pembangunan dalam jadual berkala (periodic table). Kaedah pengkelasan unsur yang sistematik (systematic method of classification of the elements) akan membantu kita dalam:

Mengkaji sifat kimia dan fizikal sesuatu unsur dalam kumpulan sama. Meramal kedudukan sesuatu unsur dalam jadual berkala daripada sifat-sifatnya. Mengenal pasti, membanding dan membezakan unsur-unsur dari kumpulan yang berbeza.

Meramal sifat kimia dan fizikal unsur-unsur baru dalam kumpulan yang sama.

Ahli-ahli kimia seperti Lavoisier, Dobereiner, Newlands, Meyer, Mendelev dan Moseley

telah menyumbang kepada pembangunan dalam jadual berkala yang digunakan pada hari ini.
Kumpulan jadual berkala adalah lajur menegak dalam jadual berkala bagi unsur. Terdapat 18 kumpulan dalam jadual berkala piawai. Unsur dalam satu kumpulan mempunyai ciri-ciri yang serupa dalam elektron valens (valence shell) mereka, yang memberikan mereka ciri-ciri serupa. Terdapat tiga sistem jumlah kumpulan; satu menggunakan nombor Arab dan dua yang lain menggunakan nombor Rom. Nama nombor Rom merupakan nama tradisi asal bagi kumpulan ini; nama nombor Arab adalah skema nama baru yang dicadangkan oleh IUPAC. Skema IUPAC dibangunkan untuk menggantikan sistem nombor Rom lama kerana nombor tersebut mengelirukan disebabkan menggunakan nama yang sama bagi benda berlainan. Jadual awal dibentuk tanpa pengetahuan mengenai struktur dalaman atom: jika seseorang mengatur unsur menurut jisim atom (atomic mass), dan kemudian melakar ciri-ciri lain tertentu menurut jisim atom, akan kelihatan alunan atau perkalaan kepada ciri-ciri tersebut sebagai fungsi jisim atom.

Orang pertama menyedari kesamaan ini adalak ahli kimia Jerman Johann Wolfgang Dbereiner, yang pada 1829, menyedari beberapa triad unsur yang serupa: Beberapa triad Unsur Klorin Bromin Iodin Jisim atomik Ketumpatan 35.5 79.9 126.9 0.00156 g/cm3 0.00312 g/cm3 0.00495 g/cm3

Kalsium

40.1

1.55 g/cm3 2.6 g/cm3 3.5 g/cm3

Strontium 87.6 Barium 137

Ini diikuti oleh ahli kimia Inggeris John Alexander Reina Newlands, yang menyedari pada tahun 1865 bahawa unsur yang jenisnya serupa akan berulang setiap lapan kali. Dia menyamakannya dengan oktaf muzik, namun hukum oktafnya telah ditertawakan oleh saintis sezaman dengannya. Akhirnya, pada tahun 1869, Lothar Meyer dari Jerman dan ahli kimia Rusia Dmitry Ivanovich Mendeleev membangunkan jadual berkala hampir pada masa yang sama, dengan menyusun unsur mengikut jisim. Bagaimanapun, Mendeleev meletakkan beberapa unsur luar daripada urutan jisim yang ketat supaya dapat memadankan cirinya dengan ciri 'jirannya' dengan lebih sesuai, membetulkan ralat dalam nilai beberapa jisim

atomik, dan meramalkan kewujudan beberapa unsur baru serta ciri-cirinya dalam sel-sel kosong dalam jadualnya. Mendeleev kemudiannya dibuktikan benar dengan penemuan struktur elektronik dalam unsur pada akhir abad ke-19 dan ke-20.
Terdapat kekeliruan yang dipetimbangkan melibatkan dua sistem lama (IUPAC lama dan CAS) yang menggabungkan penggunaan angka Roman dengan huruf. Dalam

sistem IUPAC lama, huruf A dan B digunakan untuk ke bahagian kiri (A) dan kanan (B) jadual berkala, manakala sistem CAS, huruf A dan B digunakan untuk kumpulan unsur utama (A) dan unsur peralihan (B). Sistem terdahulu sering digunakan di Eropah manajala yang terkemudian sering digunakan di Amerika. Skema IUPAC bartu dibentuk untuk menggantikan sistem yang mengelirukan memandangkan mereka menggunakan nama saya tetapi untuk perkara yang berbeza. Kumpulan jadual berkala adalah seperti berikut (dalam kurungan ditunjukkan sistem, lama: Eropah dan Amerika):

Kumpulan 1 (IA,IA): logam alkali atau keluarga hidrogen/keluarga litium Kumpulan 2 (IIA,IIA): logam bumi beralkali atau keluarga berilium Kumpulan 3 (IIIA,IIIB): keluarga skandium Kumpulan 4 (IVA,IVB): keluarga titanium Kumpulan 5 (VA,VB): keluarga vanadium Kumpulan 6 (VIA,VIB): keluarga kromium Kumpulan 7 (VIIA,VIIB): keluarga mangan Kumpulan 8 (VIII, VIIIB): keluarga besi Kumpulan 9 (VIII, VIIIB): keluarga kobalt Kumpulan 10 (VIII, VIIIB): keluarga nikel Kumpulan 11 (IB,IB): logam syiling (bukan nama yang disaran oleh IUPAC)

atau keluarga kuprum


Kumpulan 12 (IIB,IIB): keluarga zink Kumpulan 13 (IIIB,IIIA): keluarga boron Kumpulan 14 (IVB,IVA): keluarga karbon Kumpulan 15 (VB,VA): pniktogen (bukan nama yang disaran oleh IUPAC) atau keluarga nitrogen

Kumpulan 16 (VIB,VIA): kalkogen atau keluarga oksigen Kumpulan 17 (VIIB,VIIA): halogen atau keluarga fluorin Kumpulan 18 (Group 0): gas adi atau keluarga helium/keluarga neon

Dalam jadual berkala unsur kimia, kala merupakan garis melintang dalam jadual tersebut. Unsur dipaparkan dalam seseiri ciri baris yang supaya serupa corak mengikut apabila berat ini dari ciri yang serupa: ini memaparkan Mekanik Semakin

keadaan kalaan bagi kuantum moden

atom semakin segi

bertambah. elektron.

menerangkan

kala

cangkerang

bertambah nombor atom, cangkerang elektron semakin bertambah mengikut turutan. Pengisian bagi setiap cangkerang bergantung kepada baris dalam jadual. BErikut adalah cara pengisian mengikut tatarajah konfigurasi elektron.

1s 2s 3s 4s 5s 6s 7s 2p 3p 3d 4p 4d 5p 4f 5d 6p 5f 6d 7p 6f 7d ... 7f

Itulah struktur jadual berkala. Memandangkan elektron valens menentukan ciri kimia, ia cenderung untuk serupa dengan kumpulan jadual berkala. Unsur yang bersebelahan dalam kumpulan yang sama mempunyai ciri fizikal yangs serupa walaupun terdapat perbezaan ketara pada jisim. Dalam blok d bagi jadual berkala, corak perkalaan merentangi kala menjadi ketara dan unsur blok f memaparkan darjah keserupaan yang tinggi dalam barisnya (terutama lantanida). Suatu siri kimia (Bahasa Inggeris:chemical series) adalah kelompok unsur kimia yang sifat fizik dan kimianya berubah secara progresif dari satu hujung ke hujung yang lain dalam siri tersebut. Siri kimia ditemui sebelum jadual berkala unsur (yang merupakan penyusunan unsur mengikut sifat kimianya) diciptakan. Beberapa siri kimia berhubungan secara langsung dengan kumpulan jadual berkala. Hal inilah bukan suatu kebetulan kerana sifat fizik yang serupa antara unsur pada suatu siri timbul disebabkan adanya persamaan konfigurasi elektron yang membuat unsur-unsur ini diletakkan pada golongan yang sama dalam jadual berkala.

Siri kimia pada jadual berkala ialah: 1. Alkali (kumpulan 1) 2. Logam bumi beralkali (kumpulan 2) 3. Lantanida 4. Aktinida 5. Logam peralihan 6. Logam 7. Metaloid 8. Bukan logam 9. Halogen (kumpulan 17) 10. Gas adi (kumpulan 18) Blok jadual berkala unsur merupakan ser bersebelahan dalam kumpulan jadual

berkala. Elektron yang mempunyai tenaga tertinggi dalam setiap unsur dalam blok adalah tertakluk kepada jenisorbit atom yang sama. Setiap blok dinamakan sempena ciri orbit; dan bloknya ialah:

blok s blok p blok d blok f blok g (tiada unsur dalam blok g yang pernah dicerap)
blok (s, p, d, f, g, h,...) terbit dari mutu garis spektroskop bagi orbit

Nama

atom: sharp (tajam), principal (utama), diffuse (serak) dan fundamental (asas), manakala yang lain adalah mengikut susunan abjad. Ununseptium ialah nama sementara bagi unsur kimia buatan manusia superberat dengan simbol sementara Uus dan nombor atom117. Unsur ini, yang juga dikenali dengan nama eka-astatin atau unsur 117 secara ringkas, ialah unsur kedua terberat yang pernah dihasilkan. Penemuannya pertama kali diumumkan pada 2010, apabila unsur itu dikatakan telah berjaya dihasilkan di Dubna melalui kerjasama Rusia dan Amerika. Satu lagi ujikaji yang dijalankan pada 2011 telah menghasilkan salah satu daripada hasil reputanununseptium dengan kaedah yang berbeza dan sedikit sebanyak membuktikan hasil daripada ujikaji pada 2010. Ujikaji asal telah berjaya diulangi pada tahun 2012. Namun, Majlis Kerja Gabungan IUPAC/IUPAP (JWP) masih belum memberi respon sama ada ununseptium akan dikenalpasti sebagai telah ditemui.

Di dalam jadual berkala, ununseptium diletakkan di dalam kumpulan 17. Sebelum ini, semua ahli kumpulan 17 adalah halogen. Meskipun beberapa ciri-ciri utama ununseptium seperti takat lebur, takat didih dan tenaga pengionan pertama dijangkakan akan mengikuti arah aliran berkala, unsur ini paling berkemungkinan bukan sejenis halogen. Terdapat beberapa tanda yang mengatakan isotop-isotop yang lebih berat mempunyai kestabilan yang lebih tinggi, walaupun isotop yang lebih ringan adalah kurang stabil. Pada 2004, kumpulan Institut Gabungan untuk Kajian Nuklear (JINR) di Dubna, Oblast Moscow, Rusia telah memulakan projek untuk menemui unsur 117 (dengan 117 proton dinukleusnya) yang memerlukan perlanggaran satu sasaran berkelium (unsur 97) dan satu pancaran kalsium (unsur 20). Namun, kumpulan di Makmal Kebangsaan Oak Ridge di Amerika Syarikat, satu-satunya pembekal berkelium di dunia, tidak bersetuju untuk membekalkan sebarang berkelium, yang membawa kepada ketiadaan penghasilan unsur ini. Rancangan untuk menghasilkan unsur 117 diketepikan buat sementara untuk memberi peluang kepada sintesis unsur 118, yang dihasilkan melalui pelanggaran sasarankalifornium dengan pancaran kalsium di dalam kerjasama antara Rusia dan Amerika Syarikat. Kumpulan Rusia ingin menggunakan sasaran berkelium yang tidak mudah didapati kerana sifat pancaran kalsium tersebut: Isotop kalsium yang digunakan dalam ujikaji ini ialah kalsium48 yang mempunyai 20 proton dan 28 neutron. Perbezaan sebanyak 8 di antara nukleon-nukleon ini adalah sangat jarang bagi atom stabil dan separa stabil, dan kalsium-48 adalah nukleus stabil paling ringan dengan perbezaan sebegini. Isotop kedua paling ringan dengan perbezaan sebegini, zink-68, adalah lebih berat. Pancaran ini dihasilkan oleh pihak Rusia dengan mengekstrak secara kimia sejumlah kecil 48Ca yang terdapat dalam sumber semulajadi kalsium di bumi, daripada keseluruhan sumber kalsium yang tinggal. Selepas pelanggaran, nukleus yang terhasil akan menjadi lebih berat dan lebih dekat dengan pulau kestabilan yang dicari-cari. Pulau kestabilan ialah satu konsep di mana sesetengah atom teramat berat berkemungkinan adalah stabil. Sehingga tahun 2012, belum ada nukleus-nukleus atom yang cukup berat yang dapat dihasilkan. Di dalam jadual nuklid, nukleusnukleus ini biasanya terletak di kiri "pulau" ini, di samping di atasnya. Pada 2008, pihak Amerika telah memulakan semula penghasilan berkelium dan kumpulan JINR telah dihubungi. Sasaran 22.2 mg telah ditulenkan dan telah dihantar ke Dimitrovgrad, Oblask Ulyanovsk untuk dipasang di atas lapisan titanium nipis. Kemudian, ia dihantar ke Dubna di mana ia dipasang di dalam pemecut zarah milik JINR. Ia merupakan pensintesis unsur superberat (superheavy elements, SHE) terbaik di dunia. Ujikaji bermula pada Jun 2009, dan pada Januari 2010, para saintis di Makmal untuk Reaksi Nuklear Flerov telah mengumumkan secara dalaman bahawa mereka telah berjaya mengesan pereputan unsur baru dengan Z = 117 melalui dua rantaian pereputan isotop ganjilganjil (yang melalui 6 pereputan alfa sebelum menjalani pembelahan spontan) dan isotop ganjil-genap (3 reputan alfa sebelum pembelahan). Pada 9 April 2010, satu laporan rasmi telah diterbitkan di dalam

jurnal Physical Review Letters. Ia mendedahkan bahawa isotop-isotop yang disebutkan di dalam rantaian sebelumnya merujuk kepada isotop 294Uus dan 293Uus seperti berikut:

24997Bk + 4820Ca 297117Uus* 294117Uus + 3 10n (1 peristiwa) 24997Bk + 4820Ca 297117Uus* 293117Uus + 4 10n (5 peristiwa)
Sebelum sintesis ununseptium, tidak ada satupun produk reputan ununseptium yang diketahui. Jadi, dakwaan penemuan ununseptium oleh JWP adalah tidak berasas, apalagi pengiktirafannya sebagai satu unsur. Ununpentium-289, salah satu produk reputan ununseptium, telah dihasilkan dengan cara berbeza pada 2011, tetapi cara reputannya adalah sama dengan cara reputan ununseptium sewaktu penemuannya. Namun, para penemu ini tidak menghantar dakwaan penemuan ununseptium apabila JWP sedang mengkaji semula dakwaan penemuan unsur-unsur transkopernisium. Kumpulan Dubna telah mengulangi ujikaji ini dengan jayanya pada 2012 lalu mengesahkan sintesis ununseptium dan bergerak selangkah lebih dekat dengan meletakkan unsur ini secara rasmi di dalam jadual berkala. Para saintis telahpun memfailkan dokumen pendaftaran unsur, dan staf JWP yang baru telahpun mengusahakan untuk menetapkan keutamaan dakwaan tersebut. Menurut tatanama Mendeleev bagi unsur yang belum ditemui dan dinamakan, ununseptium sepatutnya dikenali sebagai eka-astatin ataudvi-iodin. Pada 1979, IUPAC telah menerbitkan tatanama IUPAC, dan bedasarkan ia unsur ini dinamakan ununseptium (dengan simbol yang secocok, Uus), nama unsur sistematik yang menjadi nama sementara bagi unsur ini sehingga penemuan unsur ini disahkan dan satu nama ditetapkan bagi unsur ini. Cadangan ini selalunya diabaikan oleh ramai saintis yang memanggil unsur ini dengan nama "unsur 117" dengan simbol (117) atau, dengan lebih ringkas,117. Menurut tatanama IUPAC buat masa ini, nama semua unsur yang baru ditemui perlu berakhir dengan "-ium", beerti nama ununseptium mesti berakhir dengan "-ium" dan bukannya "-ine", walaupun ununseptium ternyata sejenis halogen. Unsur kumpulan halogen biasanya berakhir dengan "-ine". Belum ada satu nama yang telah dicadangkan bagi unsur ini. Namun, jika unsur ini dikenalpasti, para saintis di Dubna akan mendapat hak untuk menamakannya. Satu pihak di Dubna telah mengatakan pada Jun 2012 bahawa proses ini mungkin memakan masa hampir setahun

RUJUKAN

http://ms.wikipedia.org/wiki/Jadual_berkala http://ms.wikipedia.org/wiki/Jadual_berkala_(penuh) http://www.kimia45.cikgunaza.com/2012/02/sejarah-pembangunan-jadualberkala.html

Anda mungkin juga menyukai