Anda di halaman 1dari 1

Ketua Kampung, Kampung Sentosa, 43000 Cheras, Selangor. 4.

merata-rata khususnya dalam air takungan. Perkara tersebut seterusnya menyakibatkan penyakit Deman Denggi yang meragut 2 nyawa penduduk Kampung Sentosa. Hal ini amat serius dan harus diselesaikan secepat mungkin. Tambahan pula, masalah keracunan makanan dan krisis penggunaan air bersih untuk kegunaan harian merisaukan penduduk. Seperti yang dimaklumkan di atas, air sungai telah tercemar dan menjadi keruh. Oleh itu, air sungai tidak lagi selamat untuk kegunaan domestik mahupun kegiatan pertanian. Keadaan bertambah parah apabila keadaaan berkenaan menjejaskan nama Kampung Sentosa kerana sungai tersebut merupakan tempat rekreasi yang ternama sebelum ini. Sungai tersebut pernah menarik perhatian ramai pelancong luar kerana air sungai jernih dan permandangan sekitarnya cantik. Kini, jumlah pelancong merosot secara mendadak akibat pencemaran. Besar harapan kami agar pegawai berkaitan dihantar untuk memantau keadaan dan menyelamatkan keadaan sungai tersebut. Saya beryakinan penuh bahawa penduduk kampung akan bersedia memberi segala kerjasama yang diperlukan. Langkah proaktif pihak tuan untuk membetulkan keadaan ini bakal membawa rahmat yang besar kepada penduduk di kawasan ini yang sudah sekian lama terperuk dalam lingkaran masalah pencemaran air sungai. Oleh hal yang demikian, saya bagi pihak penduduk Kampung Sentosa mengalu-alukan sebarang usaha untuk menyelesaikan masalah berkenaan sebelum menjadi semakin kritikal. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas, Ahmad Fuad ( AHMAD FUAD MARZUKI)

Pengarah, Jabatan Alam Sekitar, Cawangan Selangor, Aras 2, Bangunan JAS, Selangor Tuan, Aduan Tentang Masalah Pencemaran Sungai Merujuk kepada perkara di atas, saya sebagai ketua kampung bagi Kampung Sentosa dengan segala hormatnya ingin menarik perhatian pihak tuan tentang perkara di atas, iaitu ingin mengetengahkan masalah sungai yang tercemar hingga menimbulkan kemarahan penduduk. 2. Sungai berhampiran Kampung Sentosa amat cantik dan bersih ketika dahulu. Malangnya, keadaan sungai kini amat membimbangkan. Sungai tersebut kini penuh dengan sampah-sarap seperti perabot lama, beg plastik dan tin-tin kosong. Keadaan sungai yang tercemar amat memalukan. Penduduk kampung risau kerana masalah itu bukan sekadar mencemarkan sungai, malah membawa pelbagai implikasi negative seperti wabak penyakit. Pengaliran air sungai yang tersekat akibat pembuangan sampah menyebabkan nyamuk Aedes membiak 6. 16 OKTOBER 2013. 5.

3.

Anda mungkin juga menyukai