Anda di halaman 1dari 5

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF2703 T1A4

KOKURIKULUM

NAMA :

ZAINAL BIN SHAMSUDIN 660810107103001 660810 10 - 7103

NO. MATRIK :

NO. KAD PENGENALAN : NO. TELEFON : EMAIL :

013-9565324

zainal_shamsudin@yahoo.com

NAMA EOS : EN. MOHD ASRI BIN ABDUL RAZAK PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KUANTAN, PAHANG

SEMESTER 4 JANUARI 2013

HBEF2703 710203-06-5266

JURNAL REFLEKTIF
Saya telah menerima tugasan ini oleh pensyarah pembimbing bagi Kursus Kokurikulum (HBEF2703). Menerusi tugasan ini, saya perlu menyiapkannya sebuah cadangan kertas kerja serta mengadakan satu pertandingan di kalangan ahli persatuan atau kelab.

Bersyukur kepada Tuhan kerana Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik yang dirancang telah sempurna dilaksanakan dan berakhir dengan jayanya. Pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Muzik dan Kebudayaan Sekolah Kebangsaan Pontian ini telah dijalankan sejak Mac 2013 dan peringkat akhir telah diadakan pada 13 April 2013 Banyak pengalaman dan cabaran yang telah saya lalui dan perolehi sepanjang menjalankan aktiviti ini.

Perkara utama yang saya ingin fokuskan pada awal tugasan ini adalah tentang format penulisan kertas kerja. Menerusi tugasan pada kali, saya mendapat banyak peluang untuk melihat contoh-contoh hasil kertas kerja bagi pengelolaan sesebuah pertandingan di sesebuah sekolah. Hal ini banyak membantu saya bagi lebih menguasai kemahiran menulis kertas kerja.

Selain itu, menerusi kertas kerja yang perlu dibina juga banyak mengajar saya untuk memahami rasional, matlamat, dan objektif sesuatu program. Sebagai seorang guru, saya berkemungkinan besar akan diminta membuat kertas kerja bagi mengelolakan pertandingan di sekolah nanti. Justeru, tugasan ini sangat membantu saya dalam menyediakan diri untuk perkara tersebut. Walaupun ketiga-tiga tersebut hampir sama, namun saya belajar cara untuk menulis setiap bahagian dengan lebih betul berbanding sebelum ini.

Setelah merujuk beberapa bahan serta membuat perbincangan dengan rakan sekumpulan, saya semakin jelas dengan format penulisan kertas kerja. Saya juga belajar untuk membuat pengiraan bagi bahagian kewangan untuk sesuatu aktiviti. Secara khususnya, saya mempelajari bajet kewangan yang perlu diperuntukkan untuk sesbuah pertandingan di
2

HBEF2703 710203-06-5266

sesebuah sekolah. Menerusi aturcara yang perlu dirancang juga banyak membuka mata saya tentang pelaksanaan pertandingan di peringkat sekolah yang sebenar. Hal ini secara tidak langsung memberi gambaran sebenar kepada saya tentang pertandingan yang biasanya dijalankan di sekolah.

Hal ini sekali lagi mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu menjadikan setiap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sentiasa berkesan. Semua yang telah saya fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan praktikkan apabila menjadi guru yang lebih berdedikasi.

Selain itu, saya sedar bahawa pengurusan masa adalah amat penting demi memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dengan masa yang telah ditetapkan. Hal ini penting kerana sekiranya sesuatu aktiviti telah bertangguh atau tergendala, ianya pasti akan menjejaskan aturcara atau aktiviti yang seterusnya serta pelaksanaan program secara keseluruhannya. Kesannya, semua perkara terpaksa dijalankan dengan kadar yang lebih cepat serta tergesa-gesa dan menyebabkan kami menghadapi kekangan masa bagi sebarang proses dalam aktiviti ini.

Sepanjang pelaksanaan aktiviti ini, dari awalnya saya sentiasa cuba untuk mematuhi masa seperti yang telah dirancang dan menasihati atau memberitahu mereka yang terlibat termasuklah guru-guru dan murid-murid supaya membuat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan . Sebagai contoh, sebarang surat-menyurat yang melibatkan individu luar perlu disediakan dan dibuat susulan dengan pihak-pihak terbabit agar proses pelaksanaan tidak terganggu. Pendek kata, saya berpendapat bahawa sikap menepati masa haruslah dipupuk dari semasa ke semasa bagi memastikan sesuatu aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar.

Aktiviti ini juga berjaya membina keperibadian saya yang sempurna, seperti memupuk sikap keterbukaan, toleransi, kerjasama, tolong-menolong, kerajinan, kesabaran, ketabahan, dan yang terutamanya bagaimana untuk menjadi seorang ketua yang bijak mengatur perjalanan aktiviti. Saya sedar bahawa tanpa nilai-nilai yang saya perkatakan di
3

HBEF2703 710203-06-5266

atas, semua itu mustahil dapat dilaksanakan dan dilakukan. Malah daripada aktiviti ini, saya sedar bahawa kerjasama yang sepenuh dan koheren di kalangan ahli jawatankuasa adalah penting demi melaksanakan tugas-tugas tepat pada masanya.

Di samping itu, saya berpendapat bahawa pertandingan yang dijalankan ini mampu mencungkil bakat dan potensi yang sekian terpendam dalam diri murid-murid. Pertandingan sebegini mampu menjadi platform yang membolehkan setiap orang melihat kebolehan, bakat dan potensi murid-murid yang tidak disedari selama ini dan dari situlah seseorang itu akan berusaha untuk mengasah dan meningkatkan kebolehan dan bakat masing-masing. Saya percaya dan berpegang kuat kepada prinsip kita haruslah berani mencuba sesuatu yang baharu dan tidak mengalah sehingga kita mencuba dengan sedaya upaya. Semua perkara akan berhasil dan menampakkan kejayaan sekiranya kita berusaha gigih dan mempunyai iltizam serta adanya dorongan untuk membuat perkara tersebut.

Namun, apa yang menarik ialah pertandingan ini dapat menguatkan jatidiri muridmurid dengan lagu-lagu patriotik yang kurang didedahkan kepada murid-murid di sekolah. Aktiviti menjadi satu usaha yang baik untuk kembali memperkenalkan dan menarik minat murid-murid untuk lebih mendalamai semangat patriotik. Walaubagaimanapun, saya dapati bahawa peserta-peserta yang terlibat kebanyakannya menggunakan lagu-lagu yang sama. Ini mungkin kerana kurangnya pendedahan dengan lagu-lagu patriotik sebelum pertandingan ini dilaksanakan. Oleh itu, saya berpendapat agar pertandingan seumpama ini harus dijadikan acara tahunan sekolah agar murid-murid lebih terdedah dengan seni dan budaya terutamanya lagu-lagu patriotik.

Bagi cara-cara penambahbaikan pula, pada pendapat saya, aktiviti ini akan menjadi lebih menarik jika pertandingan ini dijalankan dengan lebih meriah dengan gimik dan konsep yang lebih menghiburkan. Oleh itu, kertas kerja cadangan yang disediakan lebih awal perlu diteliti dan diperinci dengan mendalam. Perbincangan yang menyeluruh juga perlu dijalankan.

HBEF2703 710203-06-5266

Walau bagaimanapun, saya amat berpuas hati dengan hasil aktiviti ini dan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Pontian kerana membantu serta menyokong pelaksanaan pertandingan ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada juri-juri yang sudi meluangkan masa untuk terlibat dalam pertandingan ini serta ucapan tahniah dan syabas untuk muridmurid yang berani tampil menyertai pertandingan yang dianjurkan ini. Saya yakin tanpa usaha dan kerjasama daripada semua pihak, mustahil segala aktiviti yang dirancang bersempena dengan pertandingan ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.

Secara keseluruhannya, aktiviti ini dijalankan dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk menyemai serta menyemarakkan semangat patriotik dan rasa cinta kepada budaya bangsa. Ini merupakan aktiviti yang baik untuk membentuk insan guru yang seimbang serta memusatkan kepada murid-murid. Ternyata banyak manfaat yang saya dapat daripada semua aktiviti yang dijalankan. Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi dapat diaplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh.

Anda mungkin juga menyukai