Anda di halaman 1dari 10

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT TRADISIONAL

1. ESENSIALISME Esensialisme adalah pendidikan yang di dasarkan kepada nilai-nilai kebudayaan yang telah ada sejak awal peradaban umat manusia. Esensialisme muncul pada zaman Renaissance dengan ciri-ciri utama yang berbeda dengan progresivisme. Perbedaannya yang utama ialah dalam memberikan dasar berpijak pada pendidikan yang penuh fleksibilitas, di mana serta terbuka untuk perubahan, toleran dan tidak ada keterkaitan dengan doktrin tertentu. Esensialisme memandang bahwa pendidikan harus berpijak pada nilai-nilai yang memiliki kejelasan dan tahan lama yang memberikan kestabilan dan nilai-nilai terpilih yang mempunyai tata yang jelas. Idealisme dan realisme adalah aliran filsafat yang membentuk corak esensialisme. Dua aliran ini bertemu sebagai pendukung esensialisme, akan tetapi tidak lebur menjadi satu dan tidak melepaskan sifatnya yang utama pada dirinya masing-masing. Dengan demikian Renaissance adalah pangkal sejarah timbulnya konsep-konsep pikir yang disebut esensialisme, karena itu timbul pada zaman itu, esensialisme adalah konsep meletakkan sebagian ciri alam pikir modern. Esensialisme pertamatama muncul dan merupakan reaksi terhadap simbolisme mutlak dan dogmatis abad pertengahan. Maka, disusunlah konsep yang sistematis dan menyeluruh mengenai manusia dan alam semesta, yang memenuhi tuntutan zaman Tokoh-tokoh Esensialisme 1. Georg Wilhelm Friedrich Hegel (1770 1831) Georg Wilhelm Friedrich HegelHegel mengemukakan adanya sintesa antara ilmu pengetahuan dan agama menjadi suatu pemahaman yang menggunakan landasan spiritual. 2. George Santayana George Santayana memadukan antara aliran idealisme dan aliran realisme dalam suatu sintesa dengan mengatakan bahwa nilai itu tidak dapat ditandai dengan suatu konsep tunggal, karena minat, perhatian dan pengalaman seseorang menentukan adanya kualitas tertentu. Pandangan Esensialisme dan Penerapannya di Bidang Pendidikan 1. Pandangan Essensialisme Mengenai Belajar Idealisme, sebagai filsafat hidup, memulai tinjauannya mengenai pribadi individu dengan menitik beratkan pada aku. Menurut idealisme, bila seorang itu belajar pada taraf permulaan adalah memahami akunya sendiri, terus bergerak keluar untuk memahami dunia obyektif. Dari mikrokosmos menuju ke makrokosmos.

belajar dapat didefinisikan sebagai jiwa yang berkembang pada sendirinya sebagai substansi spiritual. Jiwa membina dan menciptakan diri sendiri. 2.Pandangan Essensialisme Mengenai Kurikulum Beberapa tokoh idealisme memandang bahwa kurikulum itu hendaklah berpangkal pada landasan idiil dan organisasi yang kuat

2. PERENIALISM Perenialisme merupakan suatu aliran dalam pendidikan yang lahir pada abad kedua puluh. Perenialisme berasal dari kata perennial yang berarti abadi, kekal atau selalu. Perenialisme lahir sebagai suatu reaksi terhadap pendidikan progresif. Perenialisme menentang pandangan progresivisme yang menekankan perubahan dan sesuatu yang baru. Jalan yang ditempuh oleh kaum perenialis adalah dengan jalan mundur ke belakang, dengan menggunakan kembali nilai nilai atau prinsip prinsip umum yang telah menjadi pandangan hidup yang kuat, kukuh pada zaman kuno dan abad pertengahan.

Pandangan perenialisme tentang pendidikan Kaum perenialis berpandangan bahwa dalam dunia yang tidak menentu dan penuh kekacauan serta mambahayakan tidak ada satu pun yang lebih bermanfaat daripada kepastian tujuan pendidikan, serta kestabilan dalam perilaku pendidik. Mohammad Noor Syam (1984) mengemukakan pandangan perenialis, bahwa pendidikan harus lebih banyak mengarahkan pusat perhatiannya pada kebudayaan ideal yang telah teruji dan tangguh. Perenialisme memandang pendidikan sebagai jalan kembali atau proses mengembalikan keadaan manusia sekarang seperti dalam kebudayaan ideal. Beberapa pandangan tokoh perenialisme terhadap pendidikan: 1. Program pendidikan yang ideal harus didasarkan atas paham adanya nafsu, kemauan, dan akal (Plato) 2. Perkemhangan budi merupakan titik pusat perhatian pendidikan dengan filsafat sebagai alat untuk mencapainya ( Aristoteles) 3. Pendidikan adalah menuntun kemampuan-kemampuan yang masih tidur agar menjadi aktif atau nyata. (Thomas Aquinas) Tokoh-tokoh Perenialisme 1. Plato. Tujuan utama pendidikan adalah membina pemimpin yang sadar akan asas normative dan melaksanakannya dalam semua aspek kehidupan 2. Aristoteles. Ia menganggap penting pembentukan kebiasaan pada tingkat pendidikan usia muda dalam menanamkan kesadaran menurut aturan moral

3. Thomas Aquinas. Thomas berpendapat pendidikan adalah menuntun kemampuan-kemampuan yang masih tidur menjadi aktif atau nyata tergantung pada kesadaran tiap-tiap individu. Seorang guru bertugad untuk menolong membangkitkan potensi yang masih tersembunyi dari anak agar menjadi aktif dan nyata

FALSAFAH PENDIDIKAN MODEN

FALSAFAH PENDIDIKAN PROGRESIVISME

Falsafah ini wujud pada abad ke 20, tetapi sebenarnya pada akhir abad 19 ianya sudah bermula. Ianya berkembang daripada falsafah pragmatisme dan kemudian dibentuk untuk tujuan pendidikan oleh John Dewey. Pada tahun 1915, buku yang pertama diterbitkan adalah School of Tomorrow dan kemudiannya pertubuhan pendidikan progresivisme ditubuhkan empat tahun kemudian. Selepas 30 tahun pertubuhan ini bergerak, barulah ia membawa kesan kepada pendidikan. Pada peringkat awalnya, ianya bersifat individualistik tetapi akhir 1930 an barulah ia menumpukan kepada perubahan sosial. Falsafah ini berbeza daripada skolatisisme, perenalisme dan essentialisme. Hal ini kerana progresivisme lebih menumpukan perhatian kepada dunia sekarang iaitu masyarakat masa kini. Progresivisme merupakan pendidikan yang berpusat pada individu dan memberi penekanan lebih besar pada kreativiti, aktiviti, belajar naturalistik, hasil belajar dunia nyata, dan juga pengalaman teman sebaya. Ia juga bermaksud memberi kemahiran dan alat yang diperlukan kepada individu untuk berinteraksi dengan persekitaran yang sentiasa berubah secara konsisten.

Segala kemahiran perlu di ajar kepada individu untuk membantu mereka mengenalpasti, menganalisa dan menyelesaikan sesuatu masalah dan membolehkan individu menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam kehidupannya. Dalam konsep progresivisme, matlamat pendidikan yang ditonjolkan ialah untuk menyediakan golongan murid agar berupaya mengakomodasi sebarang perubahan yang berlaku dalam kehidupan seharian (Keow, 2008). Individu yang berilmu dan berpendidikan sebaik-baiknya berkebolehan untuk mencari alternatif penyelesaian yang sesuai dengan masalah yang timbul dalam lingkungan persekitarannya.

Implikasi teori progresivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran seorang guru ialah guru tidak perlu memberi penerangan secara am atau terperinci terhadap sesuatu pelajaran tetapi pelajar perlu membentuk penerangan sendiri. Di sini, guru hanya sebagai pemerhati sahaja dalam kelas. Pendekatan seperti ini dipanggil sebagai pendekatan induktif dan amat sesuai dilaksanakan untuk memastikan pelajar lebih memahami mata pelajaran tersebut. Selain hal itu, kaedah saintifik dalam penyelidikan dan penyelesaian masalah merupakan kaedah yang diterima dalam falsafah pendidikan progresivisme. Guru tidak hanya menyuruh pelajar menghafal dan mengingati sesuatu perkara, tetapi menyuruh mereka menyelidik sesuatu perkara dan menyelesaikan dengan sendiri untuk meningkatkan kefahaman mereka. Implikasi falsafah ini juga adalah, kebebasan diberikan kepada pelajar bagi mengejar apa sahaja ilmu dan kemahiran yang diminatinya untuk perkembangan mental, jasmani dan rohaniya. Contohnya, seperti yang telah diimplimentasikan oleh kerajaan kini, bermula pada tingkatan empat, pelajar telah diberikan peluang untuk memilih bidang pengajian mengikut pakej-pakej yang diminati dengan seluasluasnya. Cuba fahami situasi ini: Sekumpulan pelajar membuat satu eksperimen tentang proses fotosintesis. Guru kelas mereka hanya sekadar membimbing kaedah berlakunya proses itu tetapi guru mereka memberi peluang kepada setiap pelajarnya untuk membuat penjelasan tentang proses itu. Situasi ini menunjukkan guru itu memberi peluang kepada pelajarnya untuk mencari keterangan masing-masing bagi menjelaskan proses fotosintesis itu. Dalam konteks progresivisme, seseorang guru berperanan sebagai seorang pembimbing dan membantu anak murid dalam apa jua aspek terutamanya dalam aspek akademik. Seorang guru juga perlu menjadi pengurus iaitu pengurus pengajaran yang bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajarang kondusif dan menarik, mengemukakan soalan yang meransangkan pemikiran anak anak murid. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran matematik, guru memberikan soalan matematik yang bukan dalam persekitaran anak murid mereka. Ini bertujuan agar mereka memikir sesuatu yang baru di luar pemikiran mereka. Guru juga membimbing minat anak murid mereka ke arah yang produktif.Ini dapat menjadikan pelajar yang dilahirkan bagus dan berguna pada masa akan datang.

FALSAFAH PENDIDIKAN REKONSTRUKTIVISME Rekonstruktivisme merupakan falsafah pendidikan yang dipecahkan daripada aliran fahaman progresivisme dan menjadi suatu falsafah sendiri. Perkataan Rekonstruksionisme ataupun reconstruct dalam bahasa Inggeris membawa maksud menyusun kembali. Pelopor utama aliran fahaman rekonstruktivisme ialah George S. Counts (1899-1974) dan Harold O. Rugg (1886-1960), kedua-duanya adalah penyokong pragmatisme John Dewey. Menurut ahli rekonstruktivisme, sekolah dianggap sebagai pemangkin utama dalam meningkatkan keadaan hidup manusia. Ini bertepatan dengan tujuan asal peloporpelopor utama aliran ini iaitu membaiki dan membina semula masyarakat. Sehubungan itu, sekolah merupakan satu landasan yang amat sesuai yang mana suatu masyarakat baru boleh dibentuk kerana aliran rekonstruktivisme ini bermatlamatkan untuk mengasaskan corak budaya baru serta menghapuskan penyakit sosial selain bertujuan untuk mengenalpasti masalah sosial yang menjejaskan pembangunan masyarakat dan menimbulkan krisis budaya. Sehubungan itu, sekolah seharusnya menjadi sesuatu organisasi yang mengamalkan prinsip rekonstruktivisme.

Hal ini memerlukan pelajar mematuhi segala prinsip tingkah laku yang ditentukan dan berusaha mempertingkatkan kualiti pembelajaran mereka. Dalam usaha membina masyarakat baru, teori rekonstruktivisme menumpukan usaha kepada perkembangan ekonomi dan kebajikan sosial manusia. Mereka percaya bahawa sekolah boleh memainkan peranan membentuk semula masyarakat yang harmoni dan sempurna.

Maka, peranan guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan, tetapi juga, yang lebih pentingnya, membawa isu-isu sosial yang penting untuk dibincang dan diselesaikan secara usahasama. Guru juga hendaklah menjadi agen perubahan dan pembaharuan dengan kaedah pengajaran yang kreatif dan inovatif. Ringkas kata, teori rekonstruktivisme menekankan teknik perbincangan dan penggunaaan kemahiran berjikir kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah. Untuk mencapai matlamat pendidikan ini, bahan-bahan pelajaran hendaklah distrukturkan secara sistematik dan bersepadu. Mata pelajaran kemanusiaan hendaklah menjadi fokus utama dalam rancangan kurikulum sekolah, agar membentuk pelajar yang berperikemanusiaan, berlandaskan kebudayaan masyarakat yang ideal. Fahami situasi berikut:-

Cikgu Ooi mengajar subjek kajian tempatan di Sekolah Kebangsaan Kampung Parit Betek. Selain mengajar tentang subjek Kajian Tempatan

di kelasnya, Cikgu Ooi juga sering menerapkan nilai-nilai murni dalam proses P&Pnya. Cikgu ooi juga selalu mengajukan soalan bertanyakan pendapat murid-murid tentang isu-isu sosial yang sedang hangat diperkatakan dan kadang-kadang beliau sering mengadakan perbincangan bersama-sama murid-muridnya tentang isu-isu semasa dan isu-isu sosial yang sedang hangat melanda masyarakat. Melalui contoh di atas, dapatlah difahami bagaimana aplikasi seorang guru tentang aliran mazhab rekonstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha membentuk semula masyarakat agar menjadi masyarakat yang bersikap positif

FALSAFAH PENDIDIKAN EKSISTENSIALISME Aliran pemikiran eksistensialisme ini muncul pada abad ke-19 dan ke-20 dan di pelopori oleh seorang berketurunan Yahudi, Jean-Paul Satre (Kailani, 2002). Mazhab ini juga didukung oleh individu seperti: ahli falsafah dan teologi Denmark, Soren Kierkegaard (1813-55), tokoh atheis Jerman, Friedrich Nietzsche (1844-1900), ahli ontologi Jerman, Martin Heidegger (1889-1976), ahli falsafah Katolik Perancis, Gabriel Marcel (1889-1973), ahli falsafah dan pakar psikiatri Jerman, Karl Jaspers (1883-1969), novelis dan ahli falsafah Perancis, Simone de Beauvoir (1908-86) dan ahli fenomenologis Perancis, Maurice Merleau-Ponty (1908-61) (Priest, 2001).

Aliran mazhab eksistensialisme ini berfokuskan kepada fitrah kewujudan manusia. Dengan kata lain, manusia dianggap sebagai dilahirkan tanpa sebarang tujuan (Keow, 2008). Adakah anda bersetuju? Ahli-ahli eksistensialisme dan para pengikutnya hanya melihat realiti sebagai sesuatu yang bersifat subjektif dan hanya boleh didefinisikan oleh individu yang berkenaan sahaja. Aliran mazhab ini mula memasuki aliran pemikiran masyarakat lewat tahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua. Satre mula menggunakan perkataan existentialism atau eksistensialisme dalam satu kuliahnya yang terkenal iaitu pada Oktober 1945 yang bertajuk Existentialisme and Humanism (LExistentialisme est un Humanisme).Berdasarkan kuliah yang diberikan oleh Satre, aliran pemikiran ini berpandangan bahawa seseorang individu seharusnya bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan mempunyai kebebasan untuk menentukan matlamat serta membuat keputusan sendiri tanpa merujuk sebarang autoriti luar. Berdasarkan konsep di atas, sistem sekolah atau guru tidak mempunyai hak untuk menekankan matlamat pendidikan ke atas murid. Oleh hal yang demikian matlamat pendidikan tidak digariskan. Selain hal itu, mazhab ini juga tidak menggariskan subjek-subjek yang perlu diajarkan di sekolah. Walaubagaimanapun, subjek-subjek

yang bersifat estetik dan berfalsafah seperti seni, kesusasteraan, dan drama difikirkan relevan. Dari aspek guru pula, guru berperanan sebagai pemangkin yang menyediakan peluang pendidikan bagi anak murid mereka meluahkan perasaan dan emosi. Guru juga perlu menggunakan teknik atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan aktiviti serta berpusatkan murid-murid. Sejajar dengan kaedah yang digunakan oleh guru, murid-murid pula perlu melibatkan diri secara aktif agar dapat memaksimumkan peluang pendidikan yang disediakan. Untuk lebih memahami lagi asimilasi aliran mazhab ini dalam konteks pendidikan, cuba fahami situasi ini. Hari ini, Cikgu Reeni mengajar tentang haiwan yang memakan daging. Esok Cikgu Reeni bercadang untuk mengajar tentang haiwan pula. Untuk itu, Cikgu Reeni bertanyakan kepada anak muridnya jika mereka mahu belajar tentang haiwan herbivor pula. Jika semua muridnya bersetuju, Cikgu Reeni memberi arahan kepada anak muridnya agar datang ke kelasnya pada esok hari dengan membawa bahan-bahan yang telah diambil dari buku, internet, majalah dan sebagainya. Daripada situasi di atas dapatlah dirumuskan bahawa Cikgu Reeni menggunakan falsafah eksistensialisme dalam proses pengajaran dan pembelajarannya dengan memberi kebebasan kepada anak muridnya untuk memilih tajuk yang ingin dipelajari dan bebas memilih bahan yang ingin digunakan semasa P&P nanti.

Membanding beza antara cabang-cabang dalam falsafah pendidikan Barat PERENIALISME


Perenial-tidak berubah Ciri2 asas manusia berbentuk sejagat Matlamat-mengajar pengetahuan yg bersifat sejagat Jenis kurikulum-kemanusiaan+sastera Peranan guru- menyampaikan ilmu, mendisiplin murid Kaedah mengajar- kaedah didaktik Peranan murid- berusaha mendapat ilmu

ESENSIALISME Menekankan perkara asas sahaja- praktikal + prakmatik Perkara asas boleh berubah Pengajaran berbentuk fakta yg perlu dipelajari dan dihayati Jenis kurikulum- kemahiran 3m Peranan guru- mengawal bilik darjah dan juga sbg rol model Kaedah mengajar- pendekatan didaktik Peranan murid- murid perlu rajin belajar PROGRESIVISME Bermula daripada pragmatisme Perubahan sebagai intipati realiti Menghasilkan individu yg sedia menghadapi cabaran Jenis kurikulum- kebebasan utk memilih mata pelajaran yg ingindipelajari Peranan guru- pembimbing dan merangsang minat murid Kaedah mengajar- pendekatan induktif Peranan murid- belajar cara mengemukan soalan

REKONSTRUKTIVISME Sekolah sbg tempat meningkatkan kualiti hidup Mengasaskan corak budaya dan menghapuskan penyakit sosial Jenis kurikulum- sains sosial Peranan guru- agen perubahan dan pembaharuan Kaedah mengajar- berpusatkan murid dan penyelesaian masalah

Peranan murid- mengambil bahagian yang aktif dan berani mencuba EKSISTENSIALISME

Berpusatkan kepada fitrah kewujudan manusia Manusia bertanggungjawab terhadap matlamat dan arah tujukehidupan Jenis kurikulum- bersifat estetik dan berfalsafah Peranan guru- sbg pemangkin utk meluahkan perasaan dn emosi Kaedah mengajar- berpusatkan aktiviti murid spt main peranan,simulasi Peranan murid- melibatkan diri secara aktif

ANALISIS PMI (PLUS,MINUS AND INTERESTING) Cabang falsafah pendidikan Barat: Rekonstruktivisme PLUS Mementingkan ilmu pengetahuan dan isu-isu sosial Memeberi kecenderungan semasa & masa depan Menekankan isu-isu tempatan & anatarabangsa Diselesaikan secara usahasama seiring dengan FPK Melahirkan individu yang seimbang dari segi akademik dan sosial Peranan guru: sebagai agen perubahan dan pembaharuan : lebih kreatif & inovatif dalam P&P bilik darjah :murid diajar kemahiran selesaikan masalah melalui aktiviti Peranan sekolah: pemangkin utama :landasan pembentukan semula masyarakat MINUS Perlu mematuhi kurikulum yang telah ditetapkan oleh sekolah Kurang kebebasan

INTERESTING proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha membentuk semula masyarakat agar menjadi masyarakat yang bersikap positif Mengasaskan corak budaya baru Menghapuskan penyakit sosial

Anda mungkin juga menyukai