Anda di halaman 1dari 6

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmat-Nya, dapat saya menyiapkan tugasan ini.

Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dandugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu Ustaz M.Asrar Bin Sidon di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam member tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai harganya sepanjang semester ini. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya.Terima Kasih.

PENGENALAN

Sistem pendidikan di Malaysia berkembang sejajar dengan perubahan masa dan keperluan masyarakat serta negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah garis panduan yang digubal dan perlu diikuti oleh semua warganegara dalam merealisasikan usaha kerajaan bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan taraf hidup rakyat (Yahya Don, 2005). Sejajar dengan usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, Kurikulum Pendidikan Seni Visusl bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. Dalam konteks Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Dari segi kandungan, pengetahuan asas dalam seni visual mencakupi bidang menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan, kraf tradisional manakala asas seni reka meliputi aspek unsur, prinsip dan struktur. Antara lain, subjek ini menegaska kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Muridmurid perlu kreatif dalam pembelajaran mereka. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Creatiity is a matter of talent there is nothing you can do about it except get creative people (de Bono, 1996) Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya merupakan seorang yang kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran

dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuhkan koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna. Dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah, terdapat empat bidang kegiatan yang telah disusun iaitu bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional.

Corak dan Rekaan Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang. Motif, sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik. Dalam menghasilkan corak, secara amnya terbahagi kepada dua bentuk corak iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya. Oleh yang demikian, peranan guru haruslah berkesan ke arah merancang, menyampai dan menilai pengajarannya dengan lebih berkesan lagi. Dalam konteks ini, guru akan dapat mengaplikasikan kemahiran yang ada bagi membentuk pelajar yang celik seni dan menghargai budaya warisan bangsa.Dalam hal ini, peranan dan tanggungjawab guru Seni Pendidikan Visual (PSV) boleh dikatakan lebih menyerlah dibandingkan dengan guru-guru yang mengajar mata pelajaran lain. Dalam usaha menggerakkan pelajar menghasilkan karya-karya seni visual, guru PSV sebenarnya perlu terlebih dahulu mengenal pasti minat pelajar kerana kecintaan mereka kepada sesuatu adalah motivasi utama untuk pelajar. Sekalipun pelajar tidak berminat dengan mata pelajaran PSV, mereka tidak harus terus dimarahi apatah lagi dihukum . Sebaliknya, guru PSV perlu bijak dan kreatif dalam menarik minat pelajar untuk menghasilkan karya seni yang berkait rapat dengan minat atau kecintaan mereka. Pelajar tidak perlu dipaksa atau digesa agar

mereka tidak berasa tertekan atau terkongkong. Memadailah andai guru dapat mengenal pasti minat mereka sebagai permulaan. Berdasarkan pengetahuan guru PSV tentang minat pelajar, guru PSV perlu bijak dan kreatif dalam mengolah set induksi sesebuah pelajaran. Set induksi seperti yang difahamkan oleh Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Maskon (2010: 112) dalam buku mereka yang berjudul Budaya dan Pembelajaran merujuk kepada beberapa minit pertama suatu perkara itu diperkenalkan kepada para pelajar dengan tujuan menarik perhatian dan menimbulkan minat mereka terhadap isi pengajaran. Lantas, kejayaan pertama yang penting bagi guru PSV terletak pada set induksi yang pelbagai dan berkesan. Guru PSV boleh menayangkan klip video, memperdengarkan lagu, memperlihatkan gambar, menyediakan kuiz atau permainan, membuat persembahan dan sebagainya. Tentulah bahan yang digunakan sebagai set induksi perlu berhubungan rapat dengan minat pelajar dan berkaitan dengan isi pelajaran. Pengetahuan guru PSV tentang Teori Kecerdasan Pelbagai yang dipelopori oleh Howard Gardner pasti akan membantu guru yang mempunyai khalayak yang ramai dan berbeza-beza minat dan kecerdasan. Set induksi yang menarik tentulah perlu menggabungkan beberapa perkara yang diminati pelajar dan beberapa kecerdasan yang dimiliki pelajar. Lachlan E.D. Crawford (2002: 2) dalam artikel beliau yang berjudul Towards an Ability Driven Education System in Singapore: Problems and Opportunities memaparkan lapan dimensi kecerdasan iaitu kecerdasan verbal linguistik, kecerdasan logik matematik, kecerdasan visual ruang, kecerdasan kinestetik, kecerdasan muzik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan naturalis.Guru harus membuka ruang dan peluang kepada pelajar untuk melaksanakan sesuatu kerja seni berdasarkan minat dan kreativiti mereka.Guru PSV tidak harus menjadikan kerja seni sebagai alat untuk menghukum atau mendenda. Di samping melibatkan pelajar dalam interaksi dan aktiviti yang dijalankan, galakan dan pujian hendaklah diberikan kepada pelajar agar mereka rasa dihargai. Perkara ini adalah peneguhan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mata pelajaran PSV sebenarnya mampu membentuk individu-individu yang terbina emosi, jasmani, rohani dan intelek mereka kerana pelbagai kemahiran dapat diasah melalui mata pelajaran ini. Peranan dan tanggungjawab guru PSV untuk melahirkan individu-individu yang berdisiplin dan berbakat dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan andai guru PSV terlebih dahulu peka terhadap minat dan bakat pelajar agar potensi mereka dapat digilap. Antara perkara paling penting, guru PSV perlu bijak mengendalikan emosi diri sendiri dan emosi pelajar agar mereka sentiasa diberi galakan dan teguran positif kerana perkara itu lebih berkesan sedangkan

hukuman dan dendaan tanpa hikmah mampu mematahkan semangat pelajar dalam melaksanakan kerja-kerja seni. Bak kata pepatah Inggeris iaitu Making and appraising are both of equal and fundamental importance in art education: each is important in itself. Para pendidik telah mengetahui bahawa setiap individu mempunyai cara dan keupayaan tersendiri dalam pernyataan dirinya menerusi kerja-kerja seni (art work) Laura Chapman (1978) menyatakan bahawa karya seni bukan satu mod tingkahlaku semulajadi semata-mata tetapi adalah asas kepada matlamat kematangan individu.William G. Perry (1970) guru perlu mengambil kira tentang perkembangan individu seperti kreativiti, idea, persepsi dan perasaan seseorang pelajar. Sikap guru itu sendiri akan menentukan samada berjaya atau gagalnya proses pengajaran dan pembelajaran ini, dan bertindak sebagai agen utama dalam merangsang dan menggalakkan pelajar meneroka dan menimba seberapa banyak pengetahuan dan kemahiran dalam bidang seni. Micheal (1983) dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan pendekatan kemanusiaan dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan memberi peluang kepada pelajar mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan kehidupannya. Keadaan ini akan membantu proses perkembangan mereka dari peringkat paling asas iaitu mengenali diri sendiri, mengenali seni dan kelompok-kelompok kecil di persekitaran mereka, peka tentang perasaan, memiliki konsepsi diri Kita perlu memahami bahawa pelajar mempunyai cara pembelajaran mereka sendiri, seharusnya kita mengeksploitasi kelebihan itu di samping memberi tunjuk ajar secara berkesan dalam meningkatkan kefahaman dan penguasaan mereka dalam menguasai sesuatu kemahiran. Salah satu cara yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan konsep pembelajaran secara konstruktivis iaitu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan cara pelajar itu belajar. Pembelajaran merupakan aktiviti mental, fizikal, atau rohani pada diri pelajar itu sendiri. Ianya merupakan satu proses yang dinamik yang mana pelajar perlu merangsang diri sendiri atau dirangsang dan dibimbing kearah mencapai matlamat. Pembelajaran memberi peluang kepada individu mengubah sikap dan tingkahlaku mereka untuk berkembang secara berterusan dan tekal serta mampu menggunakan ilmu dan kemahiran yang diperolehi untuk kemajuan diri sendiri khasnya dan masyarakat atau negara amnya. Faktor penting yang menentukan proses pengajaran

terus berlaku ialah keinginan individu untuk terus berkembang di samping berminat untuk menerap dan mempraktikkannya di dalam situasi yang sesuai. Oleh itu pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat perubahan di dalam perlakuan, pemikiran (termasuklah proses dan hasil berfikir, persepsi, dan efektif (termasuk perasaan, sikap dan nilai). Perubahan tersebut pula adalah kekal dan dipengaruhi oleh perubahan di dalam saraf pusat manusia itu sendiri.Pembelajaran secara konstruktivis ini memberi peluang kepada pelajar menyampaikan pendapat yang dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan yang lain. Pembelajaran akan berlaku secara dua hala iaitu guru-pelajar dan tentunya ini lebih menyeronokkan di samping memberi lebih banyak peluang dan manfaat kepada kedua pihak.