Anda di halaman 1dari 18

Tajuk Projek Penyelidikan (Kata Pemeri ialah) berdasarkan data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka . 1.

0 Pendahuluan Kajian

Setelah Bahasa Melayu dipilih menjadi Bahasa Kebangsaan pada tahun 1956, beberapa pendekatan untuk memajukan bahasa telah dirancangkan. Bahasa yang dirancangkan akan melalui tiga peringkat utama. Keseluruhan proses ini adalah seperti berikut iaitu: pada peringkat pertama adalah membuat keputusan dasar tentang bahasa yang hendak dirancang. Bagi bahasa Melayu peringkat pertama dicapai pada kira-kira tahun 1956, apabila diambil persetujuan untuk menjadikannya bahasa kebangsaan negara baharu Malaysia, dan tertubuhnya Dewan bahasa dan Pustaka sebagai badan perancang bahasa. Peringkat kedua ialah pelaksanaan rancangan-rancangan yang telah disusun. Pada peringkat ini, pengekodan dan pemupukan Bahasa Melayu telah dilaksanakan. Pengkodan Bahasa Melayu bermaksud penyeragaman yang merupakan proses menghasilkan satu variasi bahasa standard yang sempurna dan seragam dari aspek-aspek tatabahasa,ejaan, makna dan sebutan. Pemupukan bahasa bererti menumpukan perhatian pada ushaha-usaha untuk mengembangkan bahasa supaya tercapai keadaan saling terjemah dengan beberapa bahasa moden lain. Ini dilaksanakan terutamanya dengan pemupukan istilah-istilah baharu, khususnya dalam bidang-bidang teknikal. Peringkat ketiga ialah penilaian yang bermaksud peninjaun kembali terhadap hasil dan kesan aktiviti perancangan selanjutnya, di samping membaiki kelemahankelemahan yang sedia ada. Fokus kajian di sini adalah mengenai sintaksis yang merupakan salah satu cabang bahagian tatabahasa. Tatabahasa terdiri daripada dua bidang iaitu morfologi (bahagian pembentukan kata) dan sintaksis (bahagian pembentukan frasa dan ayat). Perkataan dan frasa

disusun menjadi ayat-ayat yang merupakan sebahagian daripada penghasilan bahasa. Pada peringkat sintaksis, tiap-tiap bahasa dibekalkan dengan struktur-struktur ayat yang berupaya memperkatakan apa sahaja yang wujud dalam masyarakatnya. Kadangkala, cara pernyataannya dapat dibaiki ,diperluas untuk mencakupi aspek yang belum pernah dicapai . Sintaksis dapat ditakrifkn sebagai bidang ilmu bahasa untuk mengkaji bentuk,struktur dan binan atau konstruksi ayat .Bidang sintaksis juga merupakan satu kajian tentang hokum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkatan atau kelompok perkaan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa .

2.0

Linguistik Korpus

Linguistik korpus adalah metod linguistik yang menggunakan data dari bahan-bahan bahasa yang terkumpul dalam suatu sumber yang disebut korpus atau korpora (sejenis "bank" bahasa) yang berasal dari penggunaan bahasa dalam berbagai genre, ragam, dan bahan lisan maupun tertulis yang menjamin keragaman yang seluas-luasnya dan menghindari penggunaan bahasa yang sangat sempit seperti idiolek. Data tersebut disusun secara sistematis dan biasanya mudah diakses secara elektronis dengan komputer. Metode ini digunakan dalam linguistik deskriptif maupun linguistik terapan, seperti penyusunan kamus, untuk menjamin bahwa data yang digunakan benar-benar berasal dari penggunaan yang luas dan terhindar dari penggunaan subjektif. 3.0 Kata Pemeri ialah berdasarkan buku Nahu Pegangan Tatabahasa Dewan (TBD)

Definisi: Kata Pemeri ialah unsur yang menjadi pemerihal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan itu dapat dilakukan melalui dua cara, iaitu: secara persamaan antara subjek dengan predikat, dengan penggunaan kata pemeri ialah

i.

Secara huraian tentang subjek oleh predikat, dengan penggunaan kata pemeri adalah. Frasa nama terdiri daripada: i. ii. iii. Kata nama am, Kata nama khas dan Kata nama terbitan (pe, pean,ke,ke an dan an).

Frasa bermaksud satu perkatan atau lebih yang boleh membawa maksud.Contoh; tidur dan sedang tidur . RUMUS (TBD) Penggunaan kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama. Contoh ayat : Dalam terjemahan komunikatif, yang mustahak ialah mesej yang hendak disampaikan. 4.0 Dapatan Kajian Jadual 1

Bil

Perkara/Gelagat

Bil. Konkordans

Peratus (%)

Mengikut rumus

358

71.6%

Menyimpang daripada rumus

142

28.9%

KATA PEMERI ( Ialah)

80.00% 70.00% 60.00% 50.00% 40.00%

71.60%

28.90% 30.00% 20.00% 10.00% 0.00% Ikut rumusan Menyimpang dari rumusan

Jadual 2 Bil Perkara/Gelagat ialah diikuti kata nama am ialah diikuti kata nama khas ialah diikuti kata nama terbitan ialah diikuti kata kerja ialah diikuti kata sendi nama ialah diikuti kata hubung ialah diikuti kata nafi Bil. Konkordans Peratus (%)

180

36.0%

112

22.4%

66

13.2%

45

9.0%

43

8.6%

23

4.6%

0.2%

ialah diikuti kata ganda ialah diikuti kata tanya ialah diikuti kata singkatan

15

3.0%

12

2.4%

10

0.6%

JUMLAH

500

100%

Kata Pemeri ( Ialah)


2.40% 3.00% 4.60% kata nama am 8.60% 36% kata nama khas kata nama terbitan kata kerja 9% kata sendi nama kata hubung kata nafi kata ganda 13.20% kata tanya kata singkatan 22.40% 0.60%

5.0

Persamaan MENGIKUT RUMUS 5.1 ialahdiikuti kata nama am

Kata nama am ialah ialah perkatan yang merujuk benda atau perkara yang umum sifatnya .Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis, i. Kata nama am konkrit. Kata nama am konkrit ialah jenis kata nama yang membawa konsep kebendaan. Contohnya: (tangan, rumah, kambing) ii. Kata nama am abstrak. Kata nama am abstrak ialah jenis kata nama yang membawa konsep mujarad atau bukan kebendaan. Contohnya: (mimpi, roh, idaman) Contoh daripada konkordans. i. sektor-sektor dominan yang lain dari segi nilai buku ialah hartanah, pengurusan dan pembinaan di mana pelaburan ii. itu, hasil penyelidikan yang penting daripada bahagian ini ialah buku wajah (1981) yang memuatkan biografi penulis terkenal iii. iv. Dua projek penting tersebut ialah projek SINAR dan projek NADI. Penumpuan penerbitan dalam tempoh ini ialah buku sekolah rendah, yang berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah v. Penulisan berkala yang dimaksudkaan ialah majalah dan jurnal.

vi.

Bahan yang diterbitkan dalam bentuk eletronik ialah bahan rujukan seperti kamus, ensiklopedia, istilah, biografi dan

vii.

Bulan Bahasa dan Sastera Negara ialah bulan yang diisytiharkan oleh Negara sebagai bulan untuk

viii. ix.

Dewan ialah pakar rujuk bahasa yang dilantik khas oleh DBP busuk dan hamisnya peluh peribadi engkau Kak Banu ialah kepala bapak engkau menghina dan menyindir Tuk Had dan

x.

Isu yang paling utama bagi mereka ialah yuran pengajian matrikulasi tersebut.

5.2

ialah diikuti kata nama khas

Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar.Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas bukan hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kta nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup buka manusia. i. Kata nama khas hidup a. Manusia Contohnya: (Danial, P. Ramlee, Sultan Muzaffar Shah) b. Bukan manusia. Contohnya: (Tompok, Si Belang, Comel)

ii.

Kata nama khas tak hidup Contohnya: ((Alor Setar, Proton Saga, Kapal Diraja Malaysia) Contoh daripada konkordans.

i.

Tokoh kesatuan sekerja yang saya maksudkan itu, ialah Senator Zainal Rampak yang pernah menyertai Pekemaas, DAP,

ii.

Waktu yang mungkin diadakan pilihan raya ialah April ini, iaitu tempoh akhir untuk mengadakan pilihanraya

iii.

yang ditumbangkan oleh PAS dalam pilihan raya itu, ialah Dr. Mahathir sendiri dan Speaker Dewan Rakyat, Tun

iv.

(1999), ialah Washington akan mengenal pasti kumpulan yang akan mendapat

v.

menyesali kegagalan wakil rakyat PAS yang dimaksudkannya itu ialah Ustaz Hashim Jasin dengan rakyat disarankan agar

vi.

Mengikut satu riwayat lain yang berucapdemikian ialah Syaidina Umar bin Al-Kattab r.a.

vii. viii. ix.

Akta lain ialah Akta Kediaman Terhad 1933 (RRE) seksyen 2 (1) sosial atau pun budaya, maka penawar untuk mengubatinya ialah Islam. Raional prosedur ini ialah Peguam Negara dianggap pelindung kepentingan awam.

x.

bukanlah kuasa sebenar di Mesir, tetapi kuasa itu ialah Ikhwan Al Muslimun.

5.3

ialah diikuti kata nama terbitan. Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses menggandingkan imbuhan kata nama pada katakata dasar. Contohnya: Awalan pe (kedai pekedai) Apitan pean (nanti penantian) Awalan ke(tua ketua) Apitan kean (ada- keadaan) Akhiran an (bulat- bulatan) Contoh daripada konkordans.

i.

Masalah yang kita hadapi sekarang ini ialah kekurangan mudah tunai disebabkan kejatuhan nilai mata wang ringgit...

ii.

Tetapi, apa yang lebih menarik ialah ulasan Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Khalid Mohamad Menhenai

iii.

Nasional (BN) tidak bimbang tetap iyang membimbangkan mereka ialah kedatangan hadirin di luar dugaan, tambahnya.

iv.

MABBIM ialah singkatan bagi Majlis Bahasa Brunei Darussalam-IndonesiaMalaysia,

v.

Tumpuan khusus pada waktu itu ialah penerbitan buku sastera dan sedikit penerbitan karya sastera

vi.

Ahli parlimennya meletak jawatan kerana apa yang diutamakan ialah kepentingan parti, bukan kepentingan peribadi.

vii. viii.

Yang mengejutkan mimpi mereka ialah kebenaran. Kerajaan yang baik ialah kerajaan yang dapat memberikan cukai rendah kepada pembangunan

ix.

Lebih menghairankan ialah barangan kawalan juga mengalami kenaikan yang ketara.

x. 6.0 6.1

Berikut ialah petikan perutusan Hari Raya beliau: Penyimpangan daripada rumus ialah dikuti oleh kata kerja.

Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsure lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan. Contoh: (membaca, bermain, membelok) Contoh daripada konkordans. i. Tujuannya ialah menyediakan tempat kediaman yang lebih selesa serta memberi i. Matlamat yang ketiga ialah memelihara umat iaitu dengan mempunyai satu kekuatan yang ii. Pilihan utama dalam wilayah ialah menumbangkan Saddam selain memastikan keselamatan puak tertentu yang iii. Apa yang perlu yang dilakukan oleh dunia sekarang ini ialah tindakan berupaya sekatan ekonomi terhadap Amerika. iv. ialah memberikan pengajaran kepada umatnya,iaitu walau bagaimana kemas

v. vi.

Cara yang lebih baik ialah membuktikan kes Dato Nalla. Rancangan ialah membangunkan pengkalan laut di Changi yang boleh digunakan

vii.

Dikatakan fungsi utama kehadiran ialah mewujudkan koordinasi pencegahan terhadap sebarang serangan dan mengurangkan

viii.

Fitnah yang kedua ialah terpaksa tinggalkan rumah tangga, anak isteri dan kampong

ix.

Yang dimaksudkan dengan ibadat ialah mengerjakan syiar-syiar ibadat dengan menyembah Allah Taala sebagai

6.2

ialah diikuti kata sendi nama. Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu ialah:

Di Ke Dari daripada Kepada Pada

bagi demi tentang seperti bagai umpama

Laksana sejak Terhadap Akan Oleh Hingga

Antara Untuk Dengan Dalam Sampai

Walaupun semua kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama, namun tiap-tiap satu mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan yang khusus, yang dijelaskan seterusnya. Tambahan lagi, antara kata sendi nama ini terdapat juga beberapa bentuk yang menganggotai golongan kata yang lain.

Contoh daripada konkordans. i. Sahabat-sahabat tadi melakukan demikian ialah untuk mengetahui bilangan musuh, sedang tawanan tadi tidak ii. kecoh seluruh rumah tangga UMNO sekarang ialah tentang kedudukan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang yang iii. Katanya, tindakan keluar UMNO bersama rakan-rakan yang lain ialah di atas kesedaran dan bukan paksaan pihak tertentu. iv. Laporan meengenai hal-hal perjawatan, perlhidmatan dan kewangan ialah seperti berikut: v. Jantan itu yang dikatakan hina agama Jantan ialah akan kata-kata Mamanda Menteri Perdana bagai yang dilaporkan vi. vii. 6.3 Antaranya ialah dengan mengadakan pakej tambang yang lebih murah. Fenomena ini hampir serupa ialah dari segi gaya dan persembahannya. ialah diikuti dengan kata hubung. Contoh daripada konkordans. i. Mengapa Lumut disebut-sebut menjadi pilihannya ialah kerana pengundi Cina begitu ramai dan beliau merasai... ii. Dr. Mahathir dan Dato Abdullah Ahamad Bdaawi sekarang, ialah mengenai sokongan ahli-ahli UMNO terhadap mereka berdua. iii. Orang yang mempunyai iman yang sebenar ialah yang sanggup menunaikan perintah ALLAH SWT walaupun perintah iv. pemimpin Abim dan tokoh-tokoh Umno yang pro Anwar ialah supaya tidak ada lagi elemen-elemen yang mampu meneruskan

6.4

ialah diikuti dengan kata nafi. Kata nafi, yang hanya hadir sebelum frasa, ialah perkataan yang menjadi unsure naf frasa-frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Ada dua bentuk frasa sendi nama naf , iaitu bukan dan tidak. Contoh daripada konkordans.

i.

Berlaku di dalam masyarakat ialah bukan meletakkan sesuatu pada tempatnya tetapi mengikut hawa kerana tinggalkan Islam.

6.5

ialah diikuti dengan kata ganda. Kata nama boleh mengalami proses penggandaan untuk melahirkan maknamakna tertentu. Kesemua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal,kata nama terbitan, dan kata nama majmuk boleh digandakan. Ada tiga jenis penggandaan yang melibatkan kata dasar jenis kata nama, iaitu: a. Penggandaan penuh (buku buku-buku) b. Penggandaan separa (pohon pepohon) c. Penggandaan berentak (kuih kuih-muih) Contoh daripada konkordans. i. Sebahagian besar yang itu ialah dari bon-bon yang dijamin oleh kerajaan, kata Time ii. Cuma yang kita rasa, yang boleh menerima ialah orang-orang yang dihanyutkan oleh fanatic politik parti, yang

iii.

menarik Jantan tentang peguam yang dihukum penjara itu ialah tiba-tiba dia terus dijatuhkan hukuman.

iv.

Masalahnya sekarang ialah hujah-hujah yang digunakan oleh musuhmusuh Islam untuk memburuk-burukkan

v.

Ini bermakna undang-undang yang tidak bertentangan dengan Islam ialah undang-undang yang benar-benar adil dan pelaksana serta prosedurnya

vi.

ulil amri minkum, ulama berkata yang dimaksudkan dengannya ialah pemimpin-pemimpin atau orang yang memerintah di kalangan kamu.

vii.

setengah ulama yang dimaksudkan dengan ulil amri itu ialah ulama-ulama dan ahlil Quran (yang mengetahui isi kandungan

viii.

Di antara perkara yang mudah menjahanamkan manusia ialah cakapcakap bohong dan tidak benar.

ix.

juang orang Melayu yang sebenarnya pada masa itu ialah tokohtokoh Melayu yang peka terhadap Islam seperti Abu

6.6

ialah diikuti dengan kata tanya. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila, dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan , maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikal - kah. Ada tiga bentuk kata ganti nama yang digunakan juga sebagai kata tanya, iaitu apa, siapa, dan mana.

Contoh daripada konkordans. i. Masalah utama ialah bolehkah pihak pembela mengemukakan keterangan untuk menyangkal pihak ii. Hukum yang diputuskan itu ialah apa yang terkandung di dalam al-Quran dan hadith iii. Persoalan yang timbul di fikiran kami ialah bagaimana pihak kementerian dan BPMB mengharapkan kertas kerja iv. Tetapi apa yang lebih menarik perhatian kita semua ialah apakah strategi belanjawan kali ini untuk menghadapi dan v. saya, polis mungkin mempunyai banyak keterangan tetapi persoalannya ialah, adakah dasar 90 peratus tepat, atau ia 6.7 ialah diikuti oleh kata singkatan. Penyingkiran sebahagian daripada kata atau perkataan tetapi membawa maksud yang sama dengan perkataan asal. Contohnya: (hendak nak), (tidak tak), (mahu mau) Contoh daripada konkordans. i. tak keluaar dari Rumah Putih, hajat Tuan Clinton ialah nak tengok Tuan Saddam jatuh. ii. Yang Jantan mahu ialah nak dia kalah dalam pilihan raya di

7.0

Kesimpulan Hasil analisis daripada data korpus, kata pemeri ialah menjelaskan bahawa penggunaan yang mengikut rumus adalah sebanyak 358 konkordans ( 75.8%) sementara yang menyimpang daripada rumus pula sebanyak 142 konkordans (28.9%) Jumlah konkordans yang diambil daripada data korpus adalah sebanyak 10 320 dan jumlah konkordans yang dibuat kajian hanyalah berjumlah 500 sahaja. Kajian yang telah dijalankan, menunjukkan kata pemeri ialah yang banyak menyimpang daripada rumus adalah diikuti dengan kata kerja iaitu sebanyak 45 konkordans (9.0%), diikuti dengan kata sendi nama sebanyak 43 kookordans 8.6%), hampir sama dengan bilangan kata kerja. Bilangan yang paling sedikit menyimpang daripada adalah diikuti kata nafi iaitu 1 konkordans sahaja (0.2%). Secara umumnya, jika diperhatikan secara kasar di dapati penggunaan kata pemeri ialah adalah sukar untuk kita membezakan sama ada betul ataupun salah penggunaaannya. Secara keseluruhannya, hasil dapatan ini tidak menunjukkan ketepatan keseluruhan penggunaan kata pemeri yang mengikut rumus seperti yang terdapat dalam tatabahasa dewan

RUJUKAN .Asmah Hj. Omar. (1980).Morfologi-Sintaksis Bahasa Melayu (Malaya) dan Bahasa Indonesia: Satu Perbandingan Pola. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. C h o m s k y , N o a m . ( 1 9 5 7 ) . Syntatic Structures. The Hague: Mouton Safiah, Nik dll. (1993).Tatabahasa Dewan Edisi Baru . Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.

Kridalaksana, Harimurti (2008), Kamus Lingustik (edisi ke-4), Jakarta: Gramedia Pustaka Utama Korpus DBP: Penyelidik. Dewan bahasa dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai