Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEREMPUAN METHODIST, RAUB 1.

TAJUK : PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA PELAJAR PMR TAHUN 2013 2. PENDAHULUAN Program Permuafakatan Ibu bapa pelajar-pelajar Tingkatan Tiga ini dirancang adalah untuk proses konsultasi antara ibu bapa dan guru-guru agar menjadi teras bagi kejayaan seseorang pelajar kerana ibu bapalah yang memainkan peranan utama dalam mendidik dan mengawasi anak-anak di rumah. Dengan adanya program ini, para ibu bapa dapat berbincang permasalahan anak-anak agar boleh dibaiki dari peringkat awal lagi. 3. RASIONAL Mewujudkan perhubungan yang baik diantara ibu bapa, guru dan pelajar agar sama-sama mengecapi kejayaan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) serta dalam pembinaan sahsiah pelajar tersebut. 4. MATLAMAT Meningkatkan peratus lulus Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi semua pelajar Tingkatan Tiga. 5. OBJEKTIF 5.1 5.2 5.3 Pihak sekolah dapat menerangkan Visi, MIsi, dan Matlamat sekolah serta target pencapaian PMR 2013. Pihak sekolah dapat memberi penerangan kepada ibu bapa tentang peranan yang harus dimainkan oleh ibu bapa pelajar yang akan menghadapi peperiksaan. Para ibu bapa dapat berbincang dengan para guru tentang prestasi akademik anak masingmasing dan bersedia untuk memotivasikan anak-anak di rumah agar kejayaan dapat dicapai oleh semua pihak. Pelajar membuat aku janji di hadapan ibu bapa dan guru.

5.4

6. TARIKH / HARI 27 APRIL 2013 (Sabtu) 7. MASA 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari 8. TEMPAT Dewan SMK Perempuan Methodist, Raub 9. SASARAN Semua ibu bapa pelajar Tingkatan Tiga Tahun 2013.