Anda di halaman 1dari 5

ICT in Vocational and Technical Schools: Teachers, Managerial and Personal Use Matters

Maklumat jurnal Penulis Sumber Pengulas :Filiz Kuskaya Mumcu, Yasemin Kocak Usluel :The Turkish Online Journal of Educational Technology :Muhammad Ihfan Bin Suparman Publish / presented :2010

1.0

Pengenalan Ulasan ini membahas jurnal yang mengangkat topik mengenai penggunaan ICT oleh para pengajar di institusi pendidikan teknik dan vokasional di Turki di dalam kaedah penyampaian seperti mengurus, kegunaan individu dan kaedah penyampaian instruktional di dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). pendidikan, umur, peluang Begitu juga dengan kepada ICT dan tahap tahap cara penerimaan ICT oleh para pendidik bergantung menggunakan

pembelajaran menggunakan komputer dan ICT. Tahap pendidikan merupakan faktor penting dalam menentukan penggunaan ICT oleh para pendidik. Analisa menggunakan kaedah kuantitatif yang telah diperolehi dari soal selidik kepada 416 guru-guru pendidikan teknik dan vokasional di ibu kota Turki, Ankara.. 2.0 Perbincangan Pada penghujung tahun 1990-an banyak kerajaan di Negara membangun telah melaburkan jumlah yang cukup besar bagi menyokong

pembangunan sistem penyampaian maklumat menggunakan ICT. Namun ada juga dikalangan institusi pendidikan yang mengeluarkan belanja sendiri tanpa bantuan dari pihak kerajaan. Dalam jurnal ini penulis mengemukakan terdapat 2 jenis pendidikan menengah yang dijalankan di Turki iaitu pendidikan menengah biasa dan pendidikan menengah berasaskan teknik dan vokasional(TVET). Setelah Turki menjadi sebuah Republik kepesatan pendidikan TVET telah meningkat sebanyak 170 kali ganda. Namun permasaalahan yang dihadapi oleh para pendidik TVET ialah tiada peruntukan khusus untuk menjalankan pengajaran menggunakan ICT. Di dalam penulisan ini juga dibincangkan bagaimana penulis mendapati tiada keputusan khusus yang menyatakan dengan menggunakan ICT pelajar akan mendapat kemahiran yang lebih baik berbanding tanpa menggunakan ICT. 2.1 Hubungan antara ICT dengan Pendidikan

Ulasan ini mencakup perbahasan mengenai permasalahan khusus yang mengaitkan antara pendidikan dan teknologi. Hubungan secara terus di dapati antara ICT dengan proses pembelajaran adalah berasaskan kepada sikap pelajar dan karakter individu. Namun dalam kajian susulan yang dijalankan penulis mendapati masih terdapat ada penyelidik lain yang bersetuju dengan penggunaan ICT secara betul dan maksimum dapat meningkatkan tahap berfikir aras tinggi (HOTS). Di dalam penulisan ini juga penulis mengkaji penggunaan ICT melalui 3 kategori iaitu arahan, pengurusan dan kegunaan peribadi. (i) Kegunaan pengarahan: menggunakan ICT bagi tujuan arahan tergolong dari 2 jenis iaitu di dalam dan di luar kelas. Di luar kelas merangkumi persediaan kursus, handouts, dan mengkaji di internet bagi mendapatkan bahan pengajaran. Manakala di dalam kelas pula terdiri dari menggunakan perisian tertentu ketika penyampaian

pengajaran, membuat persembahan menggunakan power point, menjalankan kajian makmal dan membuat eksperiment. (ii) Kegunaan pengurusan: ahli pengurusan menggunakan ICT bagi menyampaikan pelan dan perancangan harian, mingguan, bulanan dan tahunan begitu juga menggunakan ICT untuk peperiksaan jabatan. (iii) Kegunaan peribadi: para pendidik menggunakan ICT untuk berinteraksi dengan rakan-rakan, berbual (chatting), melayari internet dan menyimpan data peribadi. 2.2 Perbezaan Tahap Penggunaan ICT di kalangan guru-guru

Di dalam penulisan ini persoalan yang ingin dikaji adalah seperti adakah terdapat perbezaan tahap penggunaan ICT bagi guru-guru institusi pendidikan teknik dan vokasional dari segi umur, tahap pendidikan, peluang menggunakan komputer dan cara mempelajari komputer. Adakah keterbezaan ini memberi kesan yang signifikan terhadap penggunaan ICT. Seperti yang dijelaskan sebelumnya, penggunaan ICT telah melahirkan analisa seperti berikut, guru-guru yang tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini telah mula menggunakan komputer bagi menjalankan kerja-kerja berkaitan urusan peribadi, pengurusan dan arahan. Dari penulisan ini juga didapati kebanyakan guru mempunyai kemudahan komputer di rumah mereka. Jika dibuat perbandingan pula kebanyakan pengajar mnenggunakan komputer untuk kerja-kerja pengurusan berbanding kerja-kerja pengajaran. Dari segi perbezaan karekter yang dikaji pula diringkaskan seperti di bawah: (i) Umur

Terdapar perbezaan yang significan yang berkaitan antara umur guru dengan penggunaan ICT mereka. (ii) Tahap pendidikan Kebanyakan guru mempunyai tahap pendidikan sehingga ke tahap sarjana muda namun tidak terdapat sebarang perbezaan yang signifikan dalam penggunaan ICT dikalangan mereka. Malah penulis juga menulis kebanyakan guru lebih selesa menggunakan kaedah pengajaran tradisional tanpa menggunakan ICT. Ini adalah disebabkan kurangnya perisian yang bersesuaian untuk diguna pakai di dalam kaedah pengajaran subjek kemahiran dan teknologi. Namun semakin tinggi tahap pendidikan guru-guru yang terlibat semakin kerap penggunaan ICT dikalangan mereka. (iii) Peluang untuk menggunakan komputer Terdapat perbezaan yang signifikan antara peluang guru tehadap penggunaan komputer. Penulis mengajukan sebuah penemuan yang mana kekurangan peluang untuk menggunakan ICT akan menyebabkan halangan terhadap pengembangan ICT dalam pendidikan. (iv) Cara Belajar Menggunakan Komputer Melalui penulisan ini didapati tidak terdapat perbezaan antara guru-guru yang menerima pendidikan di universiti ataupun mempelajari sendiri ICT secara individu. Penggunaan ICT untuk tujuan peribadi menunjukkan tahap kecenderungan yang tinggi berbanding kegunaannya untuk tujuan arahan dalam kelas. 3.0 Ulasan dan Pandangan Penulis berpendapat bahawa kegunaan ICT adalah amat tinggi frekuensinya bagi tujuan pengurusan. Namun penggunaan ICT bagi

tujuan luar bilik darjah lebih tinggi jika dibandingkan dengan penggunaan di dalam bilik darjah. Dengan meningkatnya umur para pendidik maka penggunaan ICT akan semakin menurun namun semakin mudah para pendidik ini mendapat kemudahan komputer maka semakin tinggi tahap literasi mereka terhadap ICT. Maka cadangan untuk mengadakan projek satu pengajar satu komputer amatlah baik sekali. Cadangan seumpama ini telah dijalankan di Malaysia namun masih belum meluas di mana tidak semua guru mendapat manfaat dari program seumpama ini. 4.0 Penutup Keputusan dari analisa yang didapati menunjukkan para guru di Turki banyak menggunakan ICT bagi tujuan pengurusan. Kegunaan ICT Bagi tujuan diluar kelas lebih banyak dijalankan berbanding di dalam kelas. Ini menunjukkan para guru masih belum dapat mengintegrasi sepenuhnya kegunaan komputer dan ICT di dalam kelas Pengajaran dan Pembelajaran. Kelihatan para guru yang telah menggunakan ICT semasa di universiti akan meneruskan kegunaan ICT di dalam kelas, untuk mengurus dan memberikan arahan kepada para pelajar mereka berbanding guru-guru yang baru menerima literasi komputer semasa di dalam perkhidmatan. Masih terdapat beberapa perkara berkaitan yang memerlukan pelaburan untuk meningkatkan prasarana dan kadar celik IT dikalangan guru-guru pendidikan teknik dan vokasional.

Anda mungkin juga menyukai