Anda di halaman 1dari 23

Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran o Pengajaran Pendidikan Jasmani adalah prosedur-prosedur yang digunakan oleh para guru untuk

menolong pelajar dalam proses pembelajaran. o Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam menangani sesuatu penyampaian maklumat kepada pelajar dapat dicapai melalui pelbagai cara. o Kepelbagaian cara dapat mengatasi masalah yang dijangkakan atau tidak terutamanya dalam pengajaran pendidikan jasmani yang dijalankan bukan sahaja di bilik darjah tetapi di luar bilik dengan pelbagai situasi rangsangan. Oleh itu kaedah pengajaran yang menekankan prinsip-prinsip pengajaran berikut perlu di guna pakai sebagai panduan : 1. Prinsip Ansurmaju (a) (b) Daripada pergerakan kasar kepada pergerakan halus. ( Coarse to refine ) Daripada pergerakan ringkas kepada pergerakan kompleks. ( Simple to complex ) Daripada pergerakan mudah kepada pergerakan susah. ( Easy to difficult )

(c)

Kebaikan ansurmaju: A. i. Melibatkan guru Guru mengajar secara berperingkat-peringkat dan menegaskan butiran mengajar secara terperinci bagi setiap peringkat pergerakan. Guru dapat mengenalpasti kesalahan yang dilakukan oleh murid pada setiap peringkat dan membetulkannya dengan serta merta. Guru dapat membuat tunjukcara atau demonstrasi bagi setiap peringkat pergerakan dan menjelaskan kaitannya antara setiap peringkat. Membantu guru mengajar menggunakan model jika guru sendiri tidak dapat melakukan kemahiran. Menunjukkan tingkat kreativiti guru dalam pengajaran. Perkembangan pengajaran menunjukkan pemeringkatan sesuai dengan kebolehan murid secara teratur dan terkawal.

ii.

iii.

iv. v. vi.

vii. Pemeringkatan penguasaan kemahiran mengikut urutan memacu ke arah pencapaian objektif. viii. Dapat minimumkan berlakunya kemalangan dan kecederaan. ix. Jika berlaku juga kemalangan, tahap serius kecederaan dapat dikurangkan.
2

B.

Melibatkan murid i. ii. iii. iv. v. vi. Murid memahami dengan jelas setiap peringkat pergerakkan aktiviti. Murid dapat mengenalpasti setiap kesalahan yang dilakukan pada setiap peringkat pergerakan. Murid dapat melihat kaitan / hubungan gerakan bagi setiap peringkat pergerakan Murid tidak akan merasa bosan kerana terdapat berbagai gaya gerakan dalam sesuatu aktiviti Dengan berperanan sebagai penyokong murid dapat memainkan peranan sebagai pembantu guru Dapat memupuk semangat keberanian dan keyakinan murid setelah menyedari tahap kecederaan amat minimum Menekankan aspek kerjasama, saling tolong menolong dan membantu penerapan nilai murni Murid akan amat responsif dan terlibat sepenuhnya dlm aktiviti

vii. viii.

Rajah 1 : Contoh ansur maju kemahiran memukul

2.

Variasi aktiviti Variasi merupakan pelbagai aktiviti yang dirancang untuk mengajar satu kemahiran dalam sesuatu permainan. Ciri-ciri variasi (a) Mempelbagaikan aktiviti yang diajar tetapi kemahiran tetap satu. (b) Melakukan latih tubi melalui pelbagai variasi. (c) Pengukuhan penguasaan kemahiran yang diajar. (d) Mengelakkan murid merasa bosan dengan melakukan satu aktiviti sahaja. (e) Menunjukkan kreativiti guru dalam pengajarannya. (f) Mendedahkan murid kepada pergerakan yang mungkin dilakukan atau dilaluinya dalam situasi permainan sebenar.

(g) Penglibatan murid yang aktif dan menyeluruh

Contoh variasi
Kemahiran : Menolak dan menahan Variasi 1 Statik Variasi 2 Bergerak ke depan Undur ke belakang Statik

Variasi 3

Bergerak ke sisi Variasi 4

Statik Ke depan

dan undur ke belakang

Variasi 5

Bergerak ke sisi kanan dan kiri

Statik

PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI Sejarah Pembangunan Tingkah Laku Pengajaran. o Pengajaran Pendidikan Jasmani menitikberatkan komponen kecergasan dan telah berubah mengikut perkembangan masyarakat yang berkembang maju maka kaedah pengajaran terpaksa berubah. o Oleh itu wujudlah gaya arahan yang mementingkan rangsangan tindakbalas iaitu Pendekatan Tradisional. o Pendekatan arahan ini masih wujud dan diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di Malaysia. o Pada masa kini suatu pendekatan baru mula muncul menyahut cabaran masyarakat moden yang progresif. o Pendekatan Humanistik meresap masuk dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan menjadi popular. o Di Malaysia pendekatan Humanistik dan Tradisional digabungkan. Selain itu Pendekatan Tingkahlaku dan Pendekatan Sistem ada dijalankan di Malaysia.

Pendekatan Humanistik menekankan perasaan seseorang itu terhadap pengalaman pembelajaran. Fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan memberi peluang untuk penglibatan individu secara mendalam. Pembelajaran adalah melalui pengalaman.di mana pelajar digalak untuk bertindak sendiri untuk menemui sesuatu. Pendekatan ini mementingkan pelajar sebagai individu yang berpotensi dan menitikberatkan pembangunan sosial dan emosi individu. Mengikut Hellison (1973) dalam bukunya Humanistic Physical Education terdapat empat matlamat yang boleh menolong seseorang guru untuk membentuk cara pengajaran Pendidikan Jasmani ke arah kemanusiaan iaitu penghargaan diri (self esteem), merealisasikan diri(selfactualization), kefahaman diri(self-understanding) dan pertimbangan sosial(social consideration).

Pendekatan Tingkahlaku menumpukan perhatian kepada pemilikan kandungan mata pelajaran. Ia muncul dari aplikasi psikologi operan(operant psychology) yang dipelopori oleh Skinner(1974). Pendekatan ini menggunakan penguasaan isi kandungan mata pelajaran sebagai pengukur kejayaan pengajaran. Skinner(1974) mencadangkan tiga perkara untuk interaksi antara tingkahlaku dan persekitaran iaitu ketika bila tingkahlaku berlaku, tingkahlaku itu sendiri dan aktiviti pengukuhan. Matlamat pendekatan ini ialah untuk membentuk tingkahlaku terakhir yang boleh diperhati dan dinilai. Aplikasi prinsip psikologi operan ini mencipta suatu alat untuk Pendidikan Jasmani mencapai matlamat bertanggungjawab.

Pendekatan Sistem pula menganggap proses pengajaran pembelajaran melibatkan prosedur langkah demi langkah. Pendekatan ini digunakan oleh guru untuk menunjukkan langkah yang digunakan oleh seseorang guru untuk membawa perubahan kepada tingkahlaku. Ciri penting pendekatan ini ia sangat produktif dan ia menunjukkan pertalian antara komponen-komponen yang merangkumi seluruh sistem. Menurut Straub(1976) menyenaraikan sepuluh proses yang terlibat dalam sistem ini iaitu mengenal pasti matlamat, analisis pengajaran, mengenalpasti kemahiran kemasukan pelajar, pembangunan objektif tingkahlaku, pembangunan alat penilaian, rekabentuk strategi pengajaran, pemilihan media, pembangunan atau pemilihan bahan pengajaran dan penilaian formatif.

10

Definisi Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Strategi


Pendekatan : merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan kepada objektifnya (Edward M. Anthony 1963). Ianya merupakan satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur-unsur aksiomatik (kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan). Model pembelajaran diperlukan sebagai rujukan untuk menentukan pendekatan yang dijalankan sesuai digunakan dan mendatangkan keberkesanan. Pendekatan ini berteraskan kepada pembelajaran; - konkrit ke abstrak - mudah ke kompleks - keseluruhan ke sebahagian - umum ke spesisifik (deduktif) prinsip atau teori

11

Pendekatan mengajar Semasa pengajaran dan pembelajaran seseorang guru boleh menggunakan kaedah-kaedah yang telah dipelajari. Kaedah yang dipilih haruslah bersesuaian dengan tahap kognitif dan psikomotor pelajar. Bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran dicadangkan guru mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik dan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan murid. Pendekatan pengajaran berpusatkan guru, pelajar dan berpusatkan bahan seperti penggunaan ICT.

Kaedah
Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan Merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektf pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih (Edward M. Anthony 1963).

12

Jenis kaedah
Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani adalah 1. Kaedah Tradisional Ia meliputi - Tugasan membaca buku teks - Kuliah - Mengucap dengan kuat - Tumpuan kepada perbendaharaan - Laporan secara lisan oleh murid - Mengkaji semula(riview) - Ujian,kuiz dan peperiksaan 2. Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan) Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu : P1- Kenal pasti masalah P2- Rancang penyelesaian P3- Kumpul maklumat P4- Buat tafsiran P5- Buat kesimpulan 3. Kaedah kumpulan - perbincangan kumpulan - kuliah perbincangan - kerja jawatankuasa - main peranan - Sesi Buzz - Sumbangsaran - Wawancara
13

- Konferen 4. Kaedah penyelesaian masalah Ia meliputi - Projek - Tinjauan - Penyelidikan atau penjelajahan - Tunjukcara atau demonstrasi - Kelab kesihatan - Lawatan Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan yang panjang, memahami masalah dan memikir dengan logik dan sistematik. Dalam kelas Pendidikan Jasmani pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah berikut. 1. 2. 3. maklumat. 4. 5. 6. 7. masalah itu. Menganalisis dan memahami masalah Menyenaraikan syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah. Guna pelbagai strategi untuk mendapatkan Membentuk jawapan yang mungkin. Pilih dan uji penyelesaian alternatif. Pilih penyelesaian yang sesuai. Menilai kejayaan dalam penyelesaian

14

Kelebihan Kaedah Penyelesaian Masalah


1. 2. 3. Menggalakkan interaksi antara pelajar memupuk tahap pemikiran kognitif yang tinggi menggalakkan ingatan tentang apa yang diuji.

Kelemahan Kaedah Penyelesaian Masalah


1. 2. Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusatkan guru Kadangkala sukar untuk melibatkan setiap pelajar dengan berkesan. Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.

15

5.

Kaedah Kolaboratif satu situasi di mana terdapat unsur bermuafakat serta tolak ansur di antara beberapa individu atau pihak untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan. Maka pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah di mana sekumpulan murid bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti pembelajaran dengan bimbingan sebaya demi untuk menuju ke arah satu matlamat. Ahli kumpulan berbincang, merancang dan membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan oleh guru. Pembelajaran kolaboratif memerlukan semangat setiakawan, saling percaya, mempercayai dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Prinsip pembelajaran ini ialah kesebayaan, eksperimen, berinteraksi dan kepimpinan.

16

6.

Kaedah Koperatif Unsur- unsur pembelajaran koperatif ialah o murid terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan. Ahli berinteraksi diantara satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan kemajuan o murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Ahli kumpulan bergantung secara positif. o murid belajar secara aktif danbukan hanya bergantung kepada guru. Ahli kumpulan bertanggungjawab untuk pencapaian pembelajaran kumpulan. o murid tidak terlalu bergantung kepada guru untuk menyelesaikan masalah. Ahli berusaha untuk menyumbangkan idea dan pendapat untuk menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan. o Ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut giliran,memberi galakan,mendengar,memberi pertolongan,memberi penjelasan untuk membolehkan kumpulan berfungsi dengan efektif. o Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian matlamat.

17

Teknik Ialah merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main peranan, simulasi, sumbang saran dan lain-lain. Untuk menentukan keberkesanan pengajaran di tahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut ; - Umur - Kebolehan - Kecerdasan - Minat

Teknik simulasi
Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat. Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit. Salah satu kaedah
18

yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer.

Teknik main peranan


Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan spontan mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang dipilih. Melalui aktiviti ini murid boleh mendapat gambaran dan pengalaman yang baru. Lakonan ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip. Ia boleh dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur.

Teknik latih tubi


Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau konsep baru dengan lancar. Aktiviti ini boleh dilakukan secara lisan,amali dan bertulis.Latihan seperti ini boleh memperkukuhkan fakta,konsep dan kemahiran pendidikan jasmani yang dipelajari.

19

Teknik demonstrasi
Teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran. Murid lain memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dengan cara ini diharapkan murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan. Guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak ditunjukkan serta segala alat kelengkapan yang diperlukan. Demonstrasi boleh dilakukan dengan menggunakan model hidup, model simbolik dan model persepsi. Contoh guru boleh mendemonstrasikan cara menendang bola mengikut teknik yang betul di padang.

Teknik sumbangsaran
Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah.

20

Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan.

Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu : I. II. III. IV. topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid. kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan perjalanan aktiviti berjalan lancar. setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan.

V. semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum. VI. cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik.

Contoh teknik mengajar kemahiran asas Teknik adalah merupakan cara bagaimana melakukan sesuatu kemahiran dengan betul. Lazimnya apabila teknik lakuannya betul maka hasilnya pastilah betul.
21

Contohnya dalam permainan hoki; kemahiran yang dipilih adalah memukul. o Bagaimanakah lakuan memukul dilakukan? o Ia melibatkan butiran mengajar bagaimana perlakuan memukul itu dilaksanakan berasaskan kepada cara-cara memegang kayu; iaitu pegangan rapat, kedudukan kaki, kedudukan bola, hayunan, ikut lajak, sentuh bola , dan sebagainya.

Rajah 2 : Cara memegang kayu

Strategi Ialah merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang. Konsepnya adalah berteraskan kepada ; - Kebijaksanaan memilih pendekatan - Kecekapan merancang kaedah dan teknik
22

- Berdasarkan objektifnya

23

Anda mungkin juga menyukai