Anda di halaman 1dari 11

MASYARAKAT MADANI TANPA DADAH

Makan roti disapu kaya, Kaya dibeli menaiki kereta, Dadah dan Aids sangat berbahaya, Perosak bangsa negara kita. Jebat derhaka berpaling tadah, Menuduh Tuah melanggar sumpah; Kalau sudah ketagihan dadah, Bangsa musnah agama pun punah. Samfu, kebaya dan juga sari, Yang mana satu pilihan hati; Usah menyeksa diri sendiri, Dadah bukan teman sejati. Tempat riadah Saujana Asahan, Pergi bersama rakan dan jiran; Mengambil dadah satu kesalahan, Merosak badan melemahkan iman. Dari Alor Gajah ke Kampung Gangsa, Hendak menjerat di Parit Melana; Jauhi dadah pemusnah bangsa, Hidupkan berkat lebih bermakna.

KELUARGA BAHAGIA

Burung kenek-kenek, Jatuh atas tanah; Pesan datuk nenek, Jangan hisap dadah. Ikan gelama dikerat-kerat, Untuk hidangan si burung camar; Kerana dadah diri terjerat, Maruah tergadai nama tercemar. Melaka bersejarah diberi nama, Terkenal sudah di serata dunia; Hindarilah dadah musuh utama, Tanpa dadah keluarga bahagia. Terkenal bola kerana bulat, Terkenal tukul kerana pahat; Jika dadah dijadikan kiblat, Hidup merana sepanjang hayat. Hendak berkelah di Tanjung Bidara, Janganlah lupa membawa celana; Hilang keluarga hilang saudara, Pengaruh dadah diri yang merana.

SEKOLAH BEBAS DADAH

Anak kenari si anak merbah, Anak merpati di atas para, Cemerlang sekolah tanpa dadah; Gemilang bangsa maju negara. Terang tanah baru nak pulang, Duduk bermadah hati nan walang; Tanpa dadah pelajar cemerlang, Maju bangsa negara terbilang. Waktu petang menunggang kuda, Duduk berbincang di atas titi; Cegahi dadah di usia muda, Cergas minda pelajar berkualiti. Hendak mencari bunga angsana, Hutan tebal jangan diredah; Program dirancang tugas dilaksana, Agar murid bencikan dadah. Dara sunti berdua di tangga, Sambil menganyam ketupat palas; Pelbagai agensi berpadu tenaga, Pastikan HIV AIDS terus dibanteras.

Mawar merah kesukaan mama, Gubahan indah hiasan meja; Sifar dadah wawasan utama, Warga sekolah bersemangat waja.

HIDUP CEMERLANG TANPA DADAH

Melaka terkenal di mana-mana, Tumpuan pelancong serata dunia; Perangi dadah musuh durjana, Usia remaja usah persia. Pelawak terkenal bernama Nabil, Membuat orang mudah tergelak; Punca utama dadah diambil, Pengaruh rakan susah ditolak. Tenggek burung dan juga pegaga, Pelbagai ulam sangat digemari; Iman dipupuk takwa dijaga, HIV dan AIDS dapat dihindari. Singgah kuala memasang lukah, Sambil membaca di tepi jeti; Usah remaja tersilap langkah, Pemimpin berjaya jadi realiti. 1Malaysia laungan bersama, Hidup harmoni aman sejahtera; AADK pelaksana utama, PPDa peneraju negara.

CERGAS DAN CERDAS TANPA DADAH

Berjalan-jalan ke Masjid Tanah, Singgah berkelah di Tanjung Bidara; Kerana inhalan hidup musnah, Dijangkiti barah jiwa sengsara. Dadah dan AIDS isu yang panas, Arak inhalan pemusnah bangsa; Badan cergas minda pun cerdas, Jiwa yang aman hidup sentosa. Di petang hening pergi berburu, Rehat sebentar di bawah pokok; Batuk kering kanser paru-paru, Amaran tegar penagih rokok. Bertemu rakan di Kesang Tua, Menaiki bas ke Taman Indah; Hidup ceria idaman semua, Cergas dan cerdas tanpa dadah. HIV AIDS tak mengenal mangsanya, Pangkat darjat mahupun keturunan; Penyakit bahaya tiada penawarnya, Hidup melarat sesal berpanjangan.

Syair Pesanan Ibu

Wahai anak ibumu berpesan, Waktu remaja banyak cabaran, Besarlah dikau dengan peraturan, Agar sejahtera sepanjang zaman. Ibu dan ayah banyak berkorban, Lahirkan dikau nyawa ditaruhkan, Kasih dicurah penuh harapan, Semoga jadi anak kebanggaan. Pabila dikau mencari teman, Carilah teman baik budiman, Supaya tidak tersalah haluan, Kelak umpama sampan di lautan. Ilmu pengetahuan jangan dilupakan, Itulah harta masa hadapan, Ibu dan ayah bukanlah hartawan, Hanyalah pelajaran dapat diberikan.

Syair Anak Wawasan

Marilah anak-anak wawasan, Kita menyahut seruan kerajaan, Tingkatkan diri dengan pelajaran, Itulah senjata masa hadapan. Sejarah lama dilupa jangan, Hidup terseksa belenggu penjajahan, Kerana miskin ilmu pengetahuan, Rakyat merana tidak keruan. Pabila penjajah dapat dikalahkan, Muncullah dadah meracuni fikiran, Jika tidak segera dilawan, Pastinya ramai jadi tawanan. Bersyukur kini dengan kemakmuran, Terlepaslah sudah segala seksaan, Bersama kita menjana wawasan, Membangun negara capai kemajuan.

Syair Kawan Setia

Bijaklah bijak mencari kawan, Mencari kawan sebagai teman, Harta dan rupa bukan ukuran, Kawan setia penyuluh kegelapan. Jika kita mencari kawan, Haruslah pandai buat pilihan, Andai tersilap langkah tujuan, Segeralah pulang ke pangkal jalan. Pabila ramai kawan dan rakan, Nasihat keluarga jangan lupakan, Banyaklah sudah cerita teladan, Kerana kawan merana badan. Sebagai kawan saling ingatkan Sikap yang buruk mesti dijauhkan Hindari dadah perosak badan Itulah sumpah setia kawan.

Syair Keluarga Bahagia

Keluarga bahagia impian semua Tempat berteduh intan permata Saling menghormati tua dan muda Hidup ceria berseri suasana Sayangilah keluarga sepanjang masa Kerana keluarga payung mahkota Andai terguris terkasar bahasa Janganlah mudah bermasam muka Ibu dan bapa nahkoda keluarga Merekalah tempat kita bermanja Berkongsi cerita suka dan duka Pasti terlerai resah yang ada Wahai anak ingatlah sentiasa Jauhi dari perbuatan durjana Kelak keluarga rosak binasa Keluarga itu tonggak Negara

Syair Satu Malaysia Satu Tujuan

Satu bangsa satu negara Rakyatnya hidup aman sentosa Pelbagai bangsa adat budaya Itulah dia Malaysia kita Sedarlah wahai tuan semua Kemakmuran negara bukan selamanya Jika kita lalai dan alpa Mudahlah musuh datang menerpa Aduhai anak generasi muda Kamu harapan nusa dan bangsa Benteng negara pahlawan setia Sanggup berkorban darah dan nyawa Dengan semangat satu Malaysia Marilah kita majukan bangsa Hindari dari api sengketa Itulah racun paling bahaya.