Anda di halaman 1dari 2

TEKNIK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

1. Main Peranan Melakukan sesuatu situasi, masalah atau peristiwa yang sebenar secara olok-olokkan. Tiada skirp disediakan bagi pelakon. Pelakon melakukan secara spontan setelah diberi taklimat tentang apa yang dikehendaki dilakukan. Sebagai langkah permulaan pelakon diberi 5 minit hingga 10 minit untuk berfikir dan merancangkan peranan yang hendak dilakukan. Sambil sebahagian peserta mainkan peranan, beberapa orang peserta lain diminta menjadi pemerhati dan mencatat perkara-perkara yang penting untuk dijadikan bahan perbincangan dan analisis kemudian kelak. Setelah main peranan dilakukan elok disusuli dengan perbincangan secara keseluruhan oleh peserta. Perbincangan ini berpusat kepada objektif dan isi yang hendak disampaikan oleh guru. Situasi yang dirancang boleh berupa distrukturkan atau yang berupa bebas bagi peserta melakukannya. Antaran kebaikan yang diperoleh melalui main peranan : i. Peserta dapat meluahkan perasaan dan sikap mereka. ii. Main peranan menggalakkan kreativiti. iii. Peserta berpeluang merasai situasi yang sebenarnya. iv. Dorongan peserta tinggi. v. Dapat melihat sikap, pengetahuan dan kemahiran peserta. vi. Dapat mempertingkatkan kemahiran bersosial vii. Satu sistem berkomunikasi berdasarkan aksi dan bukan sahaja secara lisan. viii. Peserta dapat menyusun pemikiran dan bertindak secara spontan kepada sesuatu situasi. Antaranya keburukannya: i. Jika tidak diawasi, peserta akan lebih bermain daripada mencapai objektif pelajaran. ii. Memakan masa. iii. Mungkin merosakkan peserta yang kurang mahir atau pemalu. iv. Peserta yang aktif akan mengawal aktiviti. v. Mungkin peserta yang mengambil bahagian yang dapat nikmatnya.

Beberapa panduan bagi memastikan Main Peranan dapat dilaksanakan dengan licin i. Rancang main peranan terlebih dahulu. ii. Tuliskan peranan yang hendak dilakukan oleh peserta yang mengambil bahagian. iii. Kawal dan sentiasa beri panduan. Main Peranan merupakan strategi yang mempunyai nilai unik yang membawa peserta ke alam yang sebenarnya melalui peranan yang dilakukan. Ini memberi peluang kepada peserta melihat perasaan, pemikiran dan tindakan orang lain. Di samping itu, strategi juga menggalakkan situasi mengatasi masalah (Problem Solving). Ini berlaku apabila berbagai dilakukan dalam situasi yang berkonflik. Persoalan 1. Main Peranan sering dilihat sebagai aktiviti yang menyeronokkan. Bagaimanakah dapat dipastikan keseronokan itu merupakan satu pengalaman pembelajaran yang sebenarnya? 2. Apakah kesukaran-kesukaran yang ditemui dalam melaksanakan Main Peranan dalam kelas? Kenapa? 3. Bagaimanakah mengatasi kesukaran itu? 4. Bilakah Main Peranan boleh digunakan di dalam kelas? Kenapa?

Anda mungkin juga menyukai