Anda di halaman 1dari 18

PSIKOLOGI SUKAN

PENETAPAN MATLAMAT (GOAL-SETTING)


OBJEKTIF: 1. Untuk memahami 6 prinsip-prinsip penetapan matlamat. 2. Untuk mengetahui bagaimana hendak mengaplikasikan prinsip-prinsip ini dalam merancang matlamat-matlamat.

PENGENALAN: Atlet perlu menetapkan matlamat-matlamat untuk memberi arah tuju usahanya. Penetapan matlamat penting bukan hanya ia merangsang pemikiran atlet untuk menuju ke arah sasarannya, tetapi juga memberinya cara berperingkat peringkat untuk sampai kepadanya. Ini bermakna, penetapan matlamat diperlukan untuk pertandingan & latihan. Jurulatih harus berupaya membantu atlet menentukan matlamat-matlamat ini.

MATLAMAT
Goal atau matlamat mempunyai ciri-ciri penting:1. Ia mempunyai pergerakan ke arah sesuatu. 2. Ia mempunyai sedikit intensiti ke arah sesuatu.

Matlamat mungkin menjadi sesuatu yg SANGAT PENTING dalam hidup atlet atau hanya sbg. SEDERHANA PENTING sahaja
Jurulatih/atlet selalu menetapkan matlamat untuk MENANG: 1. Menang pertandingan akan datang, atau menang banyak pertandingan dlm. sesuatu musim. Ini adalah Matlamat Hasil ( Outcome goal)

OUTCOME vs PERFORMANCE GOAL


2. Matlamat Perlakuan (Performance Goal) Jurulatih/atlet perlu juga menetapkan matlamat perlakuan. Matlamat Perlakuan terhad kepada tingkah laku atlet secara spesifik. Contoh: Mendapatkan ketepatan sebanyak 90% dalam rejaman bola tampar atau lain-lain kemahiran.

Dalam latihan, matlamat perlakuan lebih bermakna /berguna, kerana atlet dapat mengawal perlakuannya berbanding dengan matlamat hasil sesuatu pertandingan. Hasil sesuatu pertandingan kadang-kadang sukar dikawal/ ditentukan oleh atlet kerana ia bergantung kepada faktor- faktor lain seperti rakan sepasukan atau lain-lain.

Tahap kawalan: Sebaik-baiknya, atlet hendaklah menetapkan matlamat perlakuan yg 100% di bawah kawalannya, tetapi kebanyakan matlamat ini tidak boleh 100% di bawah kawalan atlet. Oleh itu, atlet hendaklah menetapkan matlamat-matlamat yg dia sendiri boleh kawal sebanyak mungkin.

Harga Diri dan Pencapaian: Dalam sukan, pencapaian diukur dengan KEMENANGAN. Menang dilihat sebagai kejayaan dan kalah sebagai kegagalan. Pemenang dikira lebih berharga dari orang yg. kalah. Apabila atlet menilai harga dirinya dengan kemenangan, maka keyakinan dirinya bergantung kpd. menang atau kalah yg ditentukan oleh orang lain. Jika begitu, maka keyakinan diri akan menjadi tidak stabil.

Mengapa perlu matlamat perlakuan?


Bantu atlet dapatkan keyakinan diri yang stabil dan merasa ada harga diri walaupun kalah. Gantikan matlamat kemenangan dengan matlamat perlakuan yg lebih realistik. Kejayaan mestilah dimaksudkan apabila atlet mencapai sesuatu melebihi matlamat perlakuannya dan bukannya untuk mengatasi matlamat perlakuan orang lain.

Matlamat yang mencabar


Matlamat yg mencabar menghasilkan prestasi yg baik. Matlamat yg mencabar sukar ditentukan. Kaitan di antara kesukaran matlamat dan motivasi mendapati apabila matlamat terlalu sukar motivasi atlet akan jatuh dengan jelas.

Matlamat yg munasabah (realistic goal)


Adalah penting atlet mengetahui dirinya dan tidak bercelaru dengan siapa dia berada dan harapannya dia hendak menjadi apa? Ukurlah kemampuan diri sebelum menetapkan matlamat supaya ianya realistik/munasabah.

Matlamat yang spesifik


Matlamat yg menyatakan untuk lakukan yg terbaik merupakan matlamat UMUM (general). Atlet tidak boleh mencapainya, kerana tiada siapa tahu apakah yg terbaik untuk dirinya. Matlamat SPESIFIK lebih berkesan kerana ia mengarahkan perlakuan yg lebih tepat dgn menentukan kriteria kejayaan secara spesifik. Matlamat spesifik mesti boleh diukur (quantifiable). Contoh: Untuk berlari 1500m dlm masa 3:50 di pertandingan esok.

Matlamat Jangka panjang & pendek


Matlamat jangka pendek lebih mencabar dan realistik. Matlamat Jangka panjang kabur. Matlamat Jangka pendek tidak boleh lebih daripada 1 bulan. Jika lama sangat ia menjadi tidak realistik.

Matlamat Individu & Pasukan


Matlamat individu mesti ditekankan. Matlamat pasukan - kabur

6 PRINSIP PENETAPAN MATLAMAT


1. Tetapkan matlamat perlakuan (performance) bukan matlamat akhir (outcome). 2. Tetapkan matlamat yang mencabar 3. Tetapkan matlamat yang munasabah 4. Tetapkan matlamat yang spesifik 5. Tetapkan matlamat jangka pendek 6. Tekankan kepada matlamat individu bukan pasukan

FAEDAH PENETAPAN MATLAMAT


Meningkatkan prestasi Meningkatkan kualiti latihan Menjelaskan harapan/ ekspektasi Boleh bantu melegakan kebosanan Meningkatkan keazaman bagi motivasi dalaman. 6. Meningkatkan kepuasan, kebanggaan dan keyakinan diri 1. 2. 3. 4. 5.

LANGKAH-LANGKAH MENETAPKAN MATLAMAT PROGRAM LATIHAN


1. Analisis tugasan 2. Ukur prestasi 3. Tetapkan matlamat 4. Susun urutan sasaran 5. Selaraskan/ Koordinasikan keperluan

segala

Anda mungkin juga menyukai