Anda di halaman 1dari 17

TERAPI CARA KERJA & TERAPI FISIO

DISEDIAKAN OLEH: KANNIAMAL A/P V.GAPALOO GUNAVATHY A/P KUNASEHARAN SINDHU MATHI A/P SELVAN UNIT: PML/BT/MT AMBILAN JAN 2011

KONSEP TERAPI
Terapi merupakan kaedah untuk membantu
seseorang pelajar untuk bergerak balas terhadap aktiviti atau kemahiran. Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran.

Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan dengan rawatan pemulihan ke atas pesakit yangpernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikankefungsian badan secara normal.
Terapi dalam pendidikan pemulihan adalah usaha untuk memulihkan kesihatan orang yang sedang sakit. Terapi ini akan dapat meningkatkan lagi perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal. (http://www.scribd.com/doc/67282885/APA-ITUTERAPI)

TERAPI CARA KERJA


Terapi cara kerja tertumpu kepada kemahirankemahiran motor halus seseorang. Motor halus berfokus kepada otot-otot kecil kita seperti yang terdapat pada muka, tapak tangan, tapak kaki dan jari.

Antara kemahiran atau aktiviti yang melibatkan


motor halus adalah seperti menggenggam sesuatu dengan tangan dan melepaskannya, mengambil dan memanipulasikan sesuatu dengan tangan atau jari, menyuapkan makanan, aktiviti-aktiviti harian yang lain.

KEPENTINGAN TERAPI CARA KERJA


Membimbing seseorang kurang upaya mempelajari cara-cara melakukan aktiviti-aktiviti harian khususnya menguruskan dirinya.

Seseorang upaya yang hilang keupayaannya akibat penyakit atau kemalangan untuk mempelajari semula kemahiran-kemahiran menjalankan aktiviti-aktiviti harian.

Membantu seseorang kurang upaya sama ada


yang mengalami masalah pergerakan tangan, masalah sensori khususnya masalah penglihatan dan masalah yang berkaitan dengan deria sentuhan dan masalah kognitif untuk mempelajari pelbagai aspek kehidupan supaya mereka dapat hidup berdikari.

CONTOH AKTIVITI TERAPI CARA KERJA

Aktiviti permainan

Aktiviti menulis

Aktiviti menekap

KONSEP TERAPI FISIO


Kamus perubatan Mosby (2001) iaitu rawatan
ke atas ketidakupayaan seseorang individu dengan menggunakan agen-agen fizikal dan kaedah berikut: a. Mengurut b. Manipulasi c. Latihan teraputik d. Penyejukan dan pemanasan e. Terapi hidro

Fisio terapi adalah terapi yang dilakukan untuk


membantu anak mengembangkan kemampuan motor kasar.

Kemampuan motor kasar meliputi otot-otot besar pada seluruh tubuh yang memungkinkan tubuh melakukan fungsi berjalan, melompat, jongkok, lari, menendang, duduk tegak, mengangkat, dan melempar bola.

AKTIVITI TERAPI FISIO


Latihan berpusatkan psikomotor halus.
Merenyuk Menguli Mengoyak Menggentel Menggunting Memotong Mencabut

Latihan berpusatkan motor kasar.


Membaling Menolak Menarik Melompat Memukul Berlari Berjalan

Kemampuan motor kasar sangat penting kerana membuat tubuh biasa melakukan aktivitinya, menjaga keseimbangan, koordinasi, dan lain-lain.
Kemampuan motor kasar juga sangat berhubungan dengan fungsi fizikal lainnya.

KEPENTINGAN TERAPI FISIO


Meningkatkan keupayaan berkomunikasi. Meningkatkan keyakinan diri. Meningkatkan peningkatan psikomotor kasar dan halus. Peningkatan kepada keupayaan koordinasi mata dan tangan. Meningkatkan kawalan tingkah laku koordinasi badan.

RUJUKAN
Terapi cara kerja dan terapi fisio . Dimuat turun pada Jun 20, 2012 daripada http://www.scribd.com/womanise/d/84049750Terapi-Fisio-Dan-Terapi-Cara-Kerja-2. Terapi fisio. Dimuat turun pada Jun 23, 2012 daripada http://terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-fisiog57.html.

SEKIAN TERIMA KASIH!!!