Anda di halaman 1dari 11

TOPIK 4: PEMBENTUKAN DISIPLIN KANAK-KANAK

Pengenalan
Pengurusan disiplin murid merupakan

satu aspek yang sangat penting kerana


disiplin yang baik di kalangan murid dan

masyarakat sekolah akan dapat


mewujudkan suasana yang kondusif

untuk proses pengajaran dan


pembelajaran

Definisi Disiplin:
seseorang individu menghormati dan mematuhi undangundang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau kerelaan sendiri (Jawatankuasa Kabinet, 1979)
Kesanggupan

Konsep Dan Tujuan Disiplin


Peraturan yang secara langsung mengawal tingkah laku murid.

Satu bentuk latihan untuk memperkembangkan mental, fizikal dan sikap


Nilai-nilai disiplin harus disemai, dipupuk dan diterapkan. Untuk mewujudkan masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu, berdemokratik, adil, liberal dan maju.

Disiplin dan hukuman:


Disiplin itu menyediakan kanak-kanak dengan:
a. Satu garis panduan berkenaan tingkah-laku yang boleh diterima dan tidak boleh diterima b. Pemerhatian bagi memastikan undang-undang dipatuhi c. Pelaksanaan hukuman yang konsisten agar mereka faham apa yang tidak benar d. Menghukum dalam keadaan yang tidak marah

Disiplin & Tingkah Laku yang Tidak Diterima


Tingkah laku yang tidak diterima merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas juga ketika di luar sesi p&p. Tingkah laku ini bukan sahaja melibatkan kanakkanak yang suka mengganggu rakan lain malah kanak-kanak yang sering memberontak dalam kelas merupakan contoh kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang tidak diterima. Contohnya, seorang murid sedang beratur untuk dapatkan makanan tiba-tiba seorang murid yang lain, memotong barisan tersebut.

Antara cara cara mengatasi masalah disiplin ialah dengan penggunaan konsep pencegahan, penguatkuasaan dan pemulihan.
Ciri Ciri Dan Contoh Kesalahan Berpunca dari :1. Keinginan diri sendiri (termasuk faktor ketahanan dan daya uji diri sendiri) 2. Hubungan keluarga yang kurang baik : Perlakuan biasanya dilakukan secara sengaja tanda protes terhadap ibu bapa, ahli keluarga, guru atau pihak sekolah. 3. Sikap guru kanak-kanak rasa tersisih dengan sikap guru yang pilih kasih atau menyinggung perasaan mereka. 5. Persekitaran sekolah yang tidak menarik dan membosankan pelajar membuatkan mereka ingin mencuba sesuatu yang baru. Cara Cara Mengatasinya. Pencegahan : Bina hubungan dengan kanak-kanak. Memahami mengapa perkara tersebut tidak boleh dilakukan Hayati disiplin Penerapan integriti Pembudayaan ; mencipta satu budaya yang menyeronokkan maka dapat mengelakkan kanak-kanak dari melakukan kesalahan kecil seterusnya menumpukan perhatian terhadap perkara yang lebih penting.

Contoh kesalahan adalah tidak menyiapkan kerja sekolah, membuat bising yang keterlaluan, mengganggu murid lain dan pengurusan masa yang tidak teratur.

Langkah Mengatasi
Mempunyai harapan yang realistik Sesuai dengan kemampuan kanak-kanak
Arahan yang diberi hendaklah ringkas dan berterus-terang Tempoh tumpuan perhatian yang singkat dan kosa kata yang terhad memerlukan arahan yang diberi ringkas dan jelas Tetapkan had yang perlu Kanak-kanak perlu mengetahui sejauh mana mereka boleh membuat tuntutan. Perlu dijelaskan kepada mereka apa yang boleh dan tidak boleh dibuat. Laksana apa yang dikata akan dibuat Ugutan kosong akan mendorong kanak-kanak belajar melepaskan diri daripada salah lakunya.

Langkah Mengatasi
Bersikap konsisten Sikap konsisten membantu kanak-kanak berasa selamat dan yakin. Penjagaan atau disiplin yang tidak konsisten boleh menaikkan kemarahan atau menjadikan kanak-kanak berasa gelisah dan keliru, mengakibatkan salah laku Puji dan beri ganjaran untuk tingkah laku yang betul Kanak-kanak perlu diberitahu dengan jelas tingkah laku positif apa yang dikehendaki daripada mereka. Puji kanak-kanak dan elakkan kata-kata yang menyakitkan hati dan menghina untuk meningkatkan jati diri dan keyakinan.

Langkah Mengatasi
Kepimpinan melalui teladan Kanak-kanak menganggap ibu bapa atau guru sebagai contoh. Mereka memerhati dan meniru tingkah laku yang diperhatikan. Kanak-kanak membesar untuk menjadi apa yang telah dilatih. Jika telah melakukan kesalahan, akuinya dan mohon maaf. Ini akan menjadi contoh baik bagi kanak-kanak. Luangkan masa berkualiti dengan kanak-kanak Kanak-kanak yang dapat berinteraksi secara bebas dengan ibu bapa umumnya kurang mengalami masalah mental. Cara ini akan menunjukkan mereka disayangi dan diberi perhatian.

Rujukan
http://www.amway.my/en/ResourceCenterDo cuments/Visitor/MM_Article9.pdf http://raisingthesoftvolume.blogspot.com/20 10/07/pengurusan-tingkah-laku-kanakkanak.html http://pendidikangurubaru.blogspot.com/201 2/02/kesalahan-dan-disiplin-pelajar.html