Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA

PROJEK KEUSAHAWANAN PELAJAR (DET)


JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
1

SATU LAGI PROJEK DI BAWAH AKTIVITI

PUSAT KEGIATAN KEUSHAWANAN JKE (DET)


KERTAS KERJA PROJEK KEUSAHAWANAN PELAJAR JKE JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (DET) , POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)

1.0

TUJUAN Kertas ini dikemukakan bertujuan untuk; 1.1 Mendapatkan kelulusan bagi mengendalikan Projek Keushawanan Pelajar dan; 1.2 1.3 Menggunakan khemah di hadapan Pusat Islam, dan; Kebenaran untuk beroperasi setiap hari (Isnin hingga Ahad), bermula jam 9.00 malam hingga 11.30 malam serta; 1.4 Kebenaran untuk menjalankan perniagaan di PSAS.

2.0

LATAR BELAKANG 2.1 Negara sedang melalui satu proses transformasi daripada ekonomi berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi 2

pada ketika ini. Ini adalah sejajar dengan hasrat Y.A.B. Perdana Menteri semasa memperkenalkan Model Baru Ekonomi yang yang menekankan kepada pembangunan modal intelektual

mempunyai daya inovasi yang tinggi. Proses transformasi ini sesungguhnya memerlukan komitmen padu daripada pelbagai pihak tidak kira daripada sektor awam ataupun swasta serta sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ianya juga perlu didokong oleh tenaga manusia ataupun modal insan yang inovatif, kreatif, berkualiti dan berdaya saing serta mempunyai nilai moral yang tinggi. 2.2 Maka di sinilah terletaknya peranan golongan muda yang menuntut di Politeknik dalam memainkan peranan yang amat penting dalam merealisasikan Sehubungan hasrat ini. Pastinya pemangkin perlu utama diambil dalam untuk pencapaian hasrat ini adalah menerusi elemen keusahawanan. itu, usaha yang bersepadu meningkatkan lagi jumlah usahawan siswazah yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada pertumbuhan pesat ekonomi negara dan pewujudan kekayaan (wealth creation). 2.3 Melalui Dasar Pembangunan Keusahawanan dibawah Kementerian Pengajian Tinggi ini adalah diharapkan agar politeknik secara tidak langsung dapat mempertingkatkan dan merencana pembangunan keusahawanan yang lebih terancang, holistik dan berimpak tinggi dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai sejajar pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan untuk serta melahirkan lebih ramai lagi usahawan siswazah. Ini adalah juga dengan keputusan Kementerian menjadikan pembangunan keusahawanan sebagai salah satu Projek Agenda Kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

2.4

Maka untuk itu, satu projek keusahawanan akan dilaksanakan iaitu projek melibatkan penjualan makanan dan minuman bermasak Islam yang dapat memberikan kemudahan kepada pelajar dan staf di PSAS pada waktu malam. Projek ini juga merupakan projek tambahan sediada dari Program kelolaan Pusat Kegiatan Keusahawanan JKE. Jika projek ini dapat dijalankan, ianya akan menjadikan Pusat Islam kembali ceria di waktu malam seperti di masjid-masjid yang telah menjalankan perniagaan di kawasan sekitar masjid.

3.0

MATLAMAT Projek ini dirangka sebegini rupa dengan harapan dapat memberikan impak yang besar kepada peserta dan warga PSAS dalam aspek keusahawanan. Antara objektif projek ini ialah: 3.1 Melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan; 3.2 Memberi peluang untuk peserta merasai dunia perniagaan sebelum menceburi secara rasmi apabila tamat pengajian kelak; 3.3 Memberi ruang dan peluang kepada pelajar dan staf PSAS untuk mendapatkan makanan dan minuman panas pada waktu malam berikutan pihak kafeteria selalu menghentikan operasi pada pukul 9.00 malam serta makanan yang dijual tidak dipelbagaikan dan tidak banyak pilihan makanan; 3.4 Menggalakkan perniagaan di hadapan Pusat Islam; 4

3.5

Memberi peluang kepada pelajar dan staf untuk membeli makanan serta berbual di kedai kopi bagi merapatkan ukhwah sesama staf dan pelajar.

4.0

SASARAN Buat masa ini, sasaran pelanggan kepada perkhidmatan yang bakal ditawarkan ialah pelajar dan staf PSAS sahaja. Ini adalah penting bagi peserta projek menguruskan perniagaan dalaman terlebih dahulu sebelum perancangan projek Fasa 2 bermula kelak. Di akhir projek, disasarkan jumlah aliran wang tunai ialah berjumlah RM 1,000.00 dengan keuntungan bersih di sasarkan bernilai RM 300.00 sebulan. Kadar keuntungan ini akan di salurkan ke Pusat Islam dan program (untuk aliran wang tunai bagi Projek Fasa ke-2).

5.0

SKOP PROJEK Peserta projek akan didedahkan dengan tatacara untuk melakukan proses awal permulaan perniagaan gerai makanan dan prosedur-prosedur awal serta perancangan menu makanan yang hendak dijual. Projek ini hanya terhad melibatkan perkhidmatan penyediaan makanan dan minuman bermasak islam.

6.0

IMPLIKASI 6.1 Penggunaan Pusat Islam Tapak meletakkan kenderaan ini akan digunakan sebagai tapak gerai. Pemantauan kebersihan akan dilakukan oleh Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik bersama AJK Pusat Islam. 6.2 Penglibatan pensyarah 5 Tapak Meletakkan Kenderaan Berhadapan

Seramai 4 orang pensyarah Jabatan akan terlibat secara langsung dalam perlaksanaan projek ini. Pensyarah-pensyarah ini akan dijadualkan bagi melaksanakan tugas pemantauan kebersihan. Semua pensyarah akan bertugas secara optimum di luar waktu bekerja. 6.3 Kewangan Buat masa ini, tiada peruntukkan kewangan yang diperlukan kerana perniagaan ini akan dijalankan oleh pensyarah bersama pelajar. Walaubagaimanapun, sekiranya pihak Kementerian/Kerajaan memperuntukkan kewangan untuk projek sebegini di masa akan datang, permohonan keperluan kewangan akan dimajukan. 7.0 MASA DAN TEMPAT Projek perintis ini akan dilaksanakan dalam tempoh 1 semeter bermula sesi pengajian Jun 2012 iaitu dalam tempoh penghujung bulan Julai Disember 2012 (5 bulan). Pengoperasian premis ini akan dijalankan di tempat meletak kenderaan berhadapan Pusat Islam. 8.0 STRATEGI PERLAKSANAAN / MODUS OPERANDI Satu hebahan akan dilakukan di Portal PSAS, outlook staf PSAS dan posterposter yang akan ditampal disekitar PSAS. Hebahan ini akan mengandungi maklumat jenis perkhidmatan yang ditawarkan, masa operasi, tempat operasi dan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya ingin berurusan bagi penempahan makanan. 8.3 Setelah kerosakkan dikenalpasti (jangkaan tempoh maksimum

proses troubleshoot ialah 2 hari bekerja), peserta projek akan menghubungi pelanggan untuk memaklumkan jenis kerosakkan. Dan 6

sekiranya

pelanggan

ingin

menggunakan

perkhidmatan

yang

ditawarkan, satu surat rasmi (invois) akan dikeluarkan oleh peserta projek bagi memaklumkan kepada pelanggan berkenaan harga dan jangkaan siap akan komputer tersebut. Tempoh maksimum untuk proses pembaikkan komputer ialah selama 3 hari bekerja. Dan sekiranya pelanggan tidak bercadang untuk menggunakan perkhidmatan ini, komputer tersebut akan dipulangkan kepada pelanggan tanpa sebarang caj. 8.5 Semasa proses ini berlaku, pelajar akan berpeluang untuk mempelajari teknik dalam bertemu dengan pelanggan, proses runding-harga, proses keluar-masuk peralatan dan sebagainya. 9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA Lampiran 1 10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Tidak berkenaan 11.0 OUTCOMES Outcomes terhadap perlaksanaan projek ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan peserta projek dan seterusnya akan mempersiapkan mereka (pelajar semester akhir) sekiranya mereka berminat untuk menceburi dunia perniagaan gerai makanan di pasar malam. 12.0 PENUTUP Pendidikan dan pembangunan keusahawanan yang holistik amat signifikan dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan. Usaha-usaha ini juga adalah untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan siswazah yang akan bertindak sebagai pemangkin dan penggerak kepada transformasi ekonomi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan berpaksikan 7

inovasi ke arah pencapaian status negara maju menjelang tahun 2020. Namun begitu, untuk mencapai objektif ini, perhatian dan usaha yang bersepadu perlu diambil agar prestasi akademik pelajar tidak akan terjejas.

14.0 SOKONGAN KETUA JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK .... .... .... 15.0 ULASAN TIMBALAN PENGARAH (SOKONGAN AKADEMIK) 8

.... .... .... 16.0 ULASAN TIMBALAN PENGARAH (AKADEMIK) .... .... .... 17.0 KEPUTUSAN PENGARAH .... .... .... Semoga usaha ini dilihat sebagai satu amal ibadah yang memberi manfaat demi kebaikan ummah. Disediakan oleh, .... Mohd. Yusri Bin Abdul Rahim Pensyarah 9

Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Sultan Azlan Shah LAMPIRAN 1 JAWATANKUASA PERLAKSANA PROJEK PENAUNG PENASIHAT Aminah Binti Othman Syahrunizam Bin Buyamin

PENGARAH PROJEK

Mohd. Yusri Bin Abdul Rahim En Mohd. Fauzi Bin Othman

JAWATANKUASA TEKNIKAL

En Zainul Anwar Bin Ahmad Zawawi En Mohd. Fauzi Bin Ghani JURUAUDIT dilantik kelak) PESERTA PROJEK Elektrik (DET) 5 Orang pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Seorang staf dari Jabatan Perdagangan (akan

Semua pelajar yang terpilih adalah mereka yang telah disenarai pendek dan mahir dalam aspek penyediaan makanan bermasak Islam dan boleh bekerja di bawah seliaan yang minimum.

10

11