Anda di halaman 1dari 20

PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM

PTV (MBE 1023)


TUGASAN : PROBLEM BASED-LEARNING
(PBL)

PENSYARAH : EN. KAMAROLZAMAN


BIN JIDI

KHUZAINEY BINTI ISMAIL


GB070117
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)

ISI KANDUNGAN MUKASURAT

GB070117
1.0 Pengenalan 3

1.1 Perbandingan corak pembelajaran aktif 5

2.0 Langkah-langkah pengajaran dengan kaedah penyelesaian masalah 6

2.1 kebaikan kaedah penyelesaian masalah 10

2.2 kelemahan-kelemahan kaedah penyelesaian masalah 11

3.0 Model kurikulum PBL 12

4.0 Penilaian di dalam PBL 14

5.0 Kesimpulan 16

Rujukan 17

Lampiran 18

2
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)

1.0 Pengenalan

Pembelajaran berasaskan masalah (PBL) yang menjadi kaedah popular di banyak


universiti di Eropah dikendalikan dengan memperkenalkan suatu masalah yang realistik.
GB070117
Masalah ini mestilah dipilih untuk menarik pelajar menyelesaikannya dalam pasukan masing-
masing. Ianya telah diperkenalkan oleh Barrows and Tamblyn (1980). Mereka telah membuat
kajian keatas pelajar perubatan di McMaster School di Canada. Semasa kajian dilakukan para
pelajar secara individu dikehendaki menyelesaikan soalan yang diberi oleh pengajar . Dapatan
kajian adalah para pelajar akan terikat dengan pembelajaran mereka di dalam konsep
penyelesaian masalah. Melalui PBL pelajar memperolehi real-world challenges, higher-order
thinking skills, problem-solving skills, interdisciplinary learning, independent learning,
information-mining learning, teamwork dan kemahiran berkomunikasi

Keinginan menyelesaikan masalah tersebut mendorong pelajar melaksanakan


pembelajaran kendiri dan pengajaran antara rakan sebaya (peer teaching) dalam kumpulan dan
antara kumpulan. Melalui PBL, para pelajar dapat membina kemahiran pemikiran kritis dan
kreatif, menganalisis dan menyelesaikan masalah. PBL menyediakan suasana pembelajaran
yang menggalakkan percambahan ilmu dan idea di kalangan pelajar, langsung menjurus
kepada pembinaan komuniti pembelajaran dinamik. Proses pembelajaran PBL adalah seperti
Rajah 1

Pemasalahan diberi: membentuk pemikiran kognitif, peranan kerja


berkumpulan, brainstorming, persetujuan terhadap penyata masalah
Pembelajaran
Analisa masalah dan isu pembelajaran : brainstorming dan kendiri
analisa masalah, mengenalpasti isu pembelajaran dan objektif
pembelajaran Pembelajaran
Penemuan dan membuat laporan : Membuat kerja secara kendiri
berkumpulan dan di antara rakan sebaya
Pembelajaran
kendiri
Pembentangan penyelesaian : Pelajar akan membentangkan hasil
perbincangan. Pembelajaran kontektual dan aplikasi ilmu dapat dijana.
Pembelajaran
kendiri
Gambaran keseluruhan, integrasi dan penilaian

Rajah 1 : Proses pembelajaran PBL

3
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)

GB070117

Gambar 1 : Pendekatan pembelajaran PBL

Pengajaran secara PBL, pengajar berfungsi sebagai fasilitator untuk memastikan pelajar
tidak lari jauh daripada matlamat masalah, memberi motivasi dan panduan untuk mencari
penyelesaian, dan memberi penutup (closure) selepas penyelesaian di bentangkan oleh pelajar
untuk memperbetulkan konsep sekiranya terdapat kesilapan, dan memberi ulasan terhadap
penyelesaian yang akan dibentangkan.

Proses, heuristics
dan pengetahuan
pelajar

Facilitating, coaching
and mediating

Rajah 2 : Peranan pengajar di dalam pembelajaran PBL

Boud (1985) telah mencadangkan Pembelajaran Berasaskan Masalah ini adalah merujuk
kepada matlamat dan bidang sesuatu pengajaran. Beliau telah menggariskan lapan (8) ciri
untuk pembelajaran PBL :-

i. Pelajar menghargai sesuatu pembelajaran melalui pengalaman.

ii. Pelajar akan lebih bertanggungjawab terhadap pembelajarannya.

iii. Pembelajaran ini boleh diapplikasikan bagi semua jenis bidang pengajaran.

iv. Pembelajaran yang melibatkan teori dan amali.

v. Pembelajaran ini lebih memfokuskan kepada proses pembelajaran.

vi. Pengajar berperanan sebagai fasilitator


4
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)

vii. Hasil daripada pembelajaran adalah ‘student self-assessment’ dan ‘peer


assessment’

viii. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi di kalangan pelajar.


GB070117

Barrows (1986) telah memperkenalkan taksonomi kaedah pembelajaran PBL . Menurut beliau
terdapat pelbagai gabungan variasi melalui kaedah PBL bagi mencapai objektif pembelajaran
seperti:-

i. ‘Lecture Based Cases’ : Pelajar akan membentangkan maklumat dan membuat

demostrasi berdasarkan soalan yang diberi oleh pengajar.

ii. ‘Cased – based lecturer’ : Pelajar perlu mencari maklumat pembelajarannya terlebih

dahulu sebelum pengajar mengajar perkara tersebut.

iii. Kaedah berdasarkan kes : Pelajar dikehendaki membuat kajian bagi menyelesaikan

masalah yang berasaskan kes dan ianya perlu dibentangkan di dalam sesi
perbincangan pada keesokkan harinya.

iv. ‘Modified case-based’ : Pelajar diberi beberapa maklumat dan mereka dikehendaki

untuk membuat keputusan dan tindakan berasaskan kepada maklumat tersebut.

v. Kaedah penyelesaian masalah : Pelajar dikehendaki menyelesaikan masalah yang

diberi oleh pengajar. Oleh yang demikian mereka perlu ada pemahaman yang tinggi
terhadap masalah tersebut dan menentukan kriteria yang dianggap bagi menghasilkan
penyelesaian.

vi. ‘Closed-loop problem based’ : Pelajar diminta untuk menyelesaikan masalah

berdasarkan beberapa kaedah dan pengajar akan menilai melalui kaedah-kaedah yang
digunakan.

5
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)

1.1 Perbandingan corak pembelajaran aktif

GB070117
Kaedah Struktur Peranan Pelajar Peranan Jenis-jenis aktiviti
pembelajaran pengajar

Problem Berasaskan Penglibatan aktif di kalangan Pemboleh Bekerja di dalam kumpulan


Based- masalah pelajar kerana berlaku soal jawab pembelajaran dan pembelajaran individu
Learning berasaskan pandangan dan
pengalaman pembelajaran mereka

Project Pengajaran Melibatkan kerja berkumpulan Penyelia Kaedah penyelesaian


Based- berstruktur untuk menyelesaikan masalah dan projek masalah dan pengurusan
Learning pembentukan strategi bagi mencari masalah
penyelesaian masalah

Problem- Pengajar akan Pengetahuan untuk menyelesaikan Pembimbing Menyelesaikan masalah


solving mengajar masalah untuk berdasarkan pemasalahan
learning secara langkah mendapatkan yang diberi.
demi langkah penyelesaian
untuk yang betul
menyelesaikan
masalah

Pembelajaran Pembelajaran Pelajar akan mencapai matlamat Fasilitator Pencapaian kepada


berasaskan secara pembelajaran mereka dan matlamat individu
tindakan berkumpulan membantu rakn sepasukan melalui
yang tindakan dan ‘reflection’
melibatkan
perbincangan
penyelesaian
masalah

2.0 Langkah-langkah pengajaran dengan kaedah penyelesaian masalah

Strategi penyelesaian masalah merupakan cara pengajaran yang berdasarkan kepada


penyiasatan saintifik. Tujuan penyelesaian masalah menyediakan peluang kepada pelajar
mengaplikasikan konsep, prinsip dan teori yang telah dipelajari, menggalakkan pemikiran kritis,
analitis, logis dan rasional, memperkukuhkan prinsip dan teori yang telah dipelajari, meningkat
dan memperkukuhkan ingatan pelajar, memenuhi kehendak prinsip ‘ belajar melalui membuat,
mendatangkan kepuasan kepada pelajar yang berjaya mencapai hasil yang dikehendaki,
membina sifat yakin di kalangan pelajar dan memupuk perkembangan sifat berdikari. Menurut
Prof. Khalid Mohamed Nor (2002) terdapat 3 fasa dalam menyelesaikan masalah iaitu:-

6
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)

i. Fasa pemahaman masalah

- Fahamkan masalah dengan memastikan semua takrif dan makna berkaitan GB070117

diketahui

- Tuliskan semula fakta dan maklumat yang berkaitan

- Senaraikan semua maklumat yang diberi dan buat senarai lain bagi maklumat yang
tidak diketahui

- Rumuskan pertalian maklumat tersebut dalam bentuk sebutan matematik ataupun


grafik seperti rajah, graf, gambarajah, carta dan lain-lain

ii. Fasa penentuan cara penyelesaian

- Gunakan pengalaman penyelesaian yang lepas untuk memerhatikan kesamaan


masalah dari segi pertalian maklumat yang ada

- Jika tidak ada kesamaan, cuba selesaikan dengan menggunakan prinsip asas, hujah
logik atau kaedah cuba dan salah

- Sekiranya langkah tersebut tidak menghasilkan jawapan, lihat semula maklumat tadi
dengan tujuan untuk merumus semula masalah supaya boleh diselesaikan dengan
pendekatan yang berlainan.

iii. Fasa perumusan masalah

- Selepas mendapat jawapan, rumuskan jalan penyelesaian supaya ia dapat dijadikan


pengalaman dan contoh menyelesaikan soalan yang serupa pada masa yang akan
dating.

Model-model penyelesaian masalah adalah seperti berikut :-


7
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)

i. Model Dewey

Menurut John Dewey, pembelajaran menyelesaikan masalah melibatkan lima peringkat


penyelesaian.
GB070117
Mengenalpast Mencari Membentuk Menguji
i masalah maklumat hipotesis hipotesi
rumusan s

Menilai dan
membuat
keputusan
ii. Model Polya

Mengikut Polya, terdapat empat peringkat di dalam menyelesaikan masalah dalam


matematik iaitu:-

 Memahami soalan bermasalah : pelajar akan dibimbing untuk memahami item-


item yang terlibat di dalam masalah itu, perkaitan antara item-item yang
dikenalpasti dan item-item yang hendak dicari atau dijawab.

 Merancang strategi penyelesaian: terdapat beberapa cara iaitu dengan memilih


operasi-operasi yang sesuai, menggunakan cara gambarajah, menggunakan
cara analogi dan menggunakan cara analogi

 Melaksanakan strategi penyelesaian: Sebaik sahaja strategi penyelesaian


masalah telah dirancang, pelajar boleh melaksanakan strateginya untuk
menyelesaikan masalah. Pelajar-pelajar hendaklah menghuraikan langkah-
langkah penyelesaiannya secara sistematik untuk mendapatkan jawapan yang
betul.

 Menyemak semula masalah dan penyelesaiannya: Pelajar boleh menyemak


jawapan dengan mencari cara lain untuk menyelesaikan masalah matematik
yang sama atau menggunakan cara ‘songsang’ seperti jawapan yang didapati
daripada operasi bahagi boleh disemak dalam operasi darab, pembedaan
dengan pengamilan.

iii. Model Lester.


8
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)

Berdasarkan Model Polya, Lester pada tahun 1978 menyarankan enam peringkat
penyelesaian masalah yang dikenali sebagai Model Lester. Keenam-enam peringkat itu
adalah :-
GB070117
• Kesedaran masalah

• Kefahaman masalah

• Analisis objektif

• Perancangan strategi

• Pelaksanaan strategi

• Prosedur dan penilaian penyelesaian

iv. Theory of Constraints (TOC)

Ianya digunakan untuk membantu para pelajar menyelesaikan masalah, masalah


akademik dan peribadi. Ia membantu pelajar menggunakan kemahiran berfikir dan
berkomunikasi dengan sistemaik, berlogik, tepat dan mudah dalam proses penyelesaian
masalah. Terdapat 3 langkah utama dalam TOC iaitu :-

• Kesedaran dan mengenalpasti situasi bermasalah: penyataan masalah dan


menentukan apa yang perlu diubah, menentukan objektif penyelesaian.

• Mengenalpasti cara menyelesaikan masalah iaitu dengan menentukan apa


perubahan yang berlaku

• Perlaksanaan cara penyelesaian masalah dengan mengendalikan proses


perubahan.

Terdapat 3 teknik penyelesaian masalah yang digunapakai di dalam TOC iaitu:-

• Teknik umum : digunakan untuk menyelesaikan masalah konflik, atau memikir


tentang sesuatu keadaan, situasi, idea dan sebagainya. Banyak menggunakan

9
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)

kaedah dan teknik mengajar seperti main peranan, perbincangan, sumbangasan


dan pemudahcaraan.

• Teknik sebab dan akibat : Teknik ini digunakan untuk membimbing pelajar
GB070117
membuat keputusan selepas member pertimbangan tentang akibatnya dari
sesuatu masalah yang timbul. Banyak menggunakan kemahiran berfikir secara
kritis, kreatif dan reflektif.

• Teknik mencita-citakan kejayaan: Digunakan untuk menyelesaikan masalah yang


berkaitan dengan cabaran. Teknik ini memerlukan teknik merancang serta
koloboratif dan sistematik, serta kemahiran berfikir secara sistematik dan logical

v. Model Inkuiri Suchman

Memilih Menerangkan Mengumpul


masalah proses data dan
membuat
hipotesis

Menganalisis Membincangka Menguji


proses n peraturan- hipotesis dan
peraturan membuat teori

2.1 Kebaikan kaedah Penyelesaian Masalah

Pengukuhan ingatan dan


kefahaman

Pelajar berfikiran terbuka dan


Mengembangkan sikap tanggungjawab pelajar
menerima pendapat orang lain
10
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)

Kebaikan kaedah PBL


Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran bekerja di dalam
kumpulan
GB070117
Pelajar berdikari dan berinisiatif
Kemahiran pengurusan
projek

Huraian Kebaikan Kaedah Penyelesaian Masalah

i. Pengukuhan ingatan dan kefahaman : Apabila seseorang pelajar membuat


analisis, menyelesaikan masalah yang diberi oleh pensyarah dan mencari
kaedah untuk menyelesaikan masalah tersebut maka daya ingatan seseorang
pelajar itu dapat dikembangkan. Ini membantu untuk pengukuhan ingatan dan
kefahaman pelajar mengenai ilmu pengetahuan yang diperolehinya.

ii. Kemahiran berkomunikasi :Pelajar digalakkan untuk bekerja secara


berkumpulan dan berinteraksi di antara satu sama lain untuk menyelesaikan
masalah yang diberi. Pelajar juga diminta untuk membentangkan hasil kerja yang
telah diperolehi. Kemahiran berkomunikasi ini secara tidak langsung dapat
dibentuk di kalangan pelajar.

iii. Pelajar berfikiran terbuka dan menerima pendapat orang lain : Perdebatan
dan sesi bercambahan fikiran di kalangan pelajar menyebabkan mereka lebih
terbuka di dalam perbincangan dan menerima pendapat orang lain. Ini sedikit
sebanyak membantu mereka semasa bekerja kelak kerana konsep bekerja
secara berpasukan telah diterapkan semasa proses pembelajaran ini dijalankan.

iv. Pelajar berdikari dan berinisiatif : Setiap pelajar akan berusaha sendiri dan
berinisiatif untuk berjaya di dalam pembelajaran mereka. Pelajar akan mencari
maklumat samada di dalam perpustakaan, buku rujukan, majalah, jurnal, artikel
dan sebagainya untuk menyiapkan tugasan yang diperlukan.

v. Mengembangkan sikap dan tanggungjawab pelajar : Setiap pelajar


bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Ini membantu mereka untuk
lebih bersikap positif untuk mencapai kecemerlangan di dalam pembelajaran
mereka.

vi. Kemahiran pengurusan : Pelajar berusaha untuk menguruskan masa dan


disiplin diri untuk menyiapkan tugasan mereka.

11
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)

2.2 Kelemahan-kelemahan kaedah penyelesaian masalah

Penyelesaian mengambil masa


GB070117

Keburukan kaedah Isu berbentuk konventional sukar

Penilaian pembelajaran

Huraian kelemahan-kelemahan kaedah penyelesaian masalah

i. Penyelesaian mengambil masa

Setiap tugasan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan kerana perlu
membuat rujukan terlebih dahulu untuk mendapatkan isi kandungan yang
diperlukan. Pelbagai rujukan perlu dirujuk seperti jurnal, buku, artikel dan
sebagainya untuk memantapkan hujahan kelak.

ii. Penilaian Pembelajaran

Penilaian pembelajaran tidak tetap dan pelbagai kaedah penilaian diperlukan. Ini
memerlukan pelajar untuk terus berusaha dan sentiasa berdaya saing sesama
mereka untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.

iii. Isu berbentuk konventional sukar

Sekiranya isu semasa yang cuba dihuraikan adalah lebih menyenangkan


berbanding dengan isu konventional. Berkemungkinan para pelajar perlu
merujuk kepada bahan bacaan yang lama yang sukar diperolehi.

3.0 Model kurikulum PBL

Kurikulum di dalam PBL direkabentuk untuk membolehkan pelajar mengaplikasikan


pengetahuan dan kemahiran, meransang pemikiran kreatif dan kritis di kalangan pelajar,
menggalakkan pemerhatian dan pengujian hipotesis, memperkembangkan keyakinan dan
kepakaran melalui perbincangan, perbahasan, perdebatan dan melatih kemahiran
terancang. Rekabentuk kurikulum PBL merangkumi objektif PBL, objektif pembelajaran,
struktur kursus PBL, jadual waktu, panduan kepada pengajar, sumber pembelajaran dan
kriteria penilaian. Kurikulum direkabentuk berdasarkan kepada pengetahuan, isi
12
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)

kandungan dan kaedah menyelesaikan masalah sesuatu subjek. Terdapat pelbagai


kurikulum PBL yang direka mengikut kesesuaian organisasi. Terdapat pelbagai kaedah
kurikulum di dalam Problem Based-Learning sepertimana yang ditunjukkan di dalam jadual
di bawah :- GB070117

Kaedah Applikasi Kurikulum Jadual PBL

Single Module Direka dengan


Approach menggunakan model
McMaster. Pelajar akan
menyelesaikan masalah
yang diberi oleh pengajar.
Perjumpaan dan
perbincangan dengan
pengajar dilakukan 2 atau 3
kali untuk menyelesaikan
masalah tersebut.

Problem- Hanya melibatkan beberapa Tahun1 PBL Mengajar Mengajar PBL Mengajar
Based learning orang pengajar dan kos Tahun Mengajar PBL Mengajar PBL Mengajar
on a shoestring pembelajaran yang minima. 2
Kekurangan :
Tahun Mengajar Mengajar Mengajar PBL PBL
Kebergantungan 3
pembelajaran sepenuhnya
terhadap pengajar, pelajar
menjadi kurang yakin
terhadap kurikulum

The Funnel Pelajar didedahkan kepada Tahun 1 Lecture-based learning


Approach pengetahuan teori dan
Tahun 2 Problem based-learning
amali pada tahun pertama
samada melalui kelas, Tahun 3 Problem based-learning
bengkel dan seminar.
Kurikulum ini dibina kerana
pengajar mempercayai
pelajar harus didedahkan
kepada prinsip dan konsep
sesuatu pembelajaran
sebelum mereka melalui
pembelajaran PBL dan
memberi ruang dan
peluang belajar kepada
pengajar kurang
berpengalaman di dalam
proses pembelajaran PBL

13
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)

The two-strand Kurikulum ini direka untuk Tahun Problem-based learning modules
approach seiringkan antara 1
Mixed approach modules
pengajaran PBL dan
kaedah pembelajaran Tahun Problem-based learning modules
campuran. Ianya 2
diaplikasikan di universiti
GB070117
Mixed approach modules
dan kolej.

The integrated PBL bukan sekadar Tahun Masalah1 Masalah2 Masalah3 Masalah4
approach prinsipal tetapi ia 1
merupakan falsafah dalam Tahun Masalah5 Masalah6 Masalah7 Masalah8
kurikulum seperti dalam 2
model McMaster. Ia
menggalakkan Tahun Masalah9 Masalah1 Masalah11 Masalah13
3 0
pembelajaran secara
berkumpulan yang dipantau
oleh seorang pengajar.
Pelajar digalakkan bekerja
di dalam aktiviti
berkumpulan.

Contoh garis panduan pengajaran berkonsepkan PBL di dalam kursus psikologi pendidikan:-

Minggu Kandungan kursus

Minggu Pengenalan kursus , persediaan PBL


pengenalan

1 Punca masalah – penyata masalah, analisa senario masalah

2 Isu pembelajaran dan analisis masalah – Kenalpasti objektif dan isu pembelajaran

3 Membuat laporan – penulisan laporan secara pembelajaran kendiri

4 Persediaan pembentangan masalah secara berkumpulan

5 Pembentangan untuk melihat hasil kajian/ penemuan

6. Pengajar membuat penilaian serta sesi soal jawab

14
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)

4.0 Penilaian di dalam PBL GB070117

Penilaian dijalankan untuk menentukan samada segala aktiviti pengajaran dan

pembelajaran iaitu pencapaian pelajar, objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum yang
telah dijalankan mencapai objektif atau tidak. Kegunaan penilaian adalah untuk membaiki
rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan dan membuat ramalan. Proses
perlaksanaan penilaian melibatkan proses pengukuran, proses penganalisaan, proses
interpretasi dan melapor.

Pelajar perlu dinilai selepas mereka memperolehi ilmu pengetahuan atau menguasai
kemahiran yang berkaitan. Soalan harus dibina berdasarkan kepada kebolehan dan
pengetahuan lepas pelajar serta sesuai dengan pengalaman mereka. Sebelum proses
penyelesaian masalah dimulakan, pengajar harus membimbing pelajar memahami dan
mengenalpasti masalah itu. Pengajar harus berbincang dengan pelajar berbagai cara yang
membolehkan mereka menyelesaikan masalah. Di dalam proses pengajaran, pengajar hanya
sebagai fasilitator. Oleh yang demikian segala proses pemikiran dan penyelesaian masalah
dijalankan sendiri oleh pelajar. Contoh kriteria penilaian secara PBL melalui kursus Psikologi
Pendidikan :

Komponen Pembelajaran Proses Penilaian Markah

Isu Merujuk kepada Penyata masalah Mengenalpasti masalah 5


pembelajaran objektif dan Hipotesis
Idea dan hipotesis masalah
dan masalah pembangunan
Objektif
pembelajaran pembelajaran Mencapai objektif 5
(10 markah)
pembelajaran yang
komprehensif

Kerja Membuat Persembahan Penilaian oleh rakan-rakan 5


secara
berkumpulan laporan,

15
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)

(20 markah) persembahan berkumpulan Persembahan merangkumi


kumpulan dan kualiti kepada penyelesaian
15
pengajaran masalah melalui idea atau
sesama rakan kajian GB070117

sebaya

Pembelajaran Penulisan esei Penulisan esei Integrasi antara kerja secara 10


individu melalui
untuk belajar melalui portfolio individu dan berkumpulan.
pembelajaran
(30 markah) kendiri dan Kualiti sistesis, pembelajaran
belajar dari rakan
kendiri dan kualiti dapatan
sebaya (1500 –
2000 patah maklumat dan kerja secara
perkataan)
berkumpulan.
Refleksi 20
pembelajaran Kefahaman pembelajaran dan
kepada pelajar
refleksi hasil pembelajaran.
Pandangan individu
mengenai penyelesaian yang
diperolehi merangkumi
pengetahuan, teori dan
kontektualisme

Jumlah keseluruhan 60

5.0 Kesimpulan

Proses pembelajaran dan pengajaran secara PBL adalah lebih realistik di dalam dunia
pendidikan di mana pelajar dapat bekerja secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah
yang diberi, pelajar dapat memperkembangkan pemikiran mereka kearah pemikiran yang lebih
kreatif dan kritis juga kompleksiti masalah mendorong proses pembelajaran. Tiada lagi suapan
daripada pengajar dan ini mendorong semangat dan motivasi pelajar untuk terus berjaya di
dalam bidang mereka.

16
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)

Proses pembelajaran sebegini hanya sesuai diimplimentasikan kepada pelajar yang dewasa
dan matang sahaja. Pelajar sekolah rendah juga boleh diterapkan pembelajaran sebegini
kerana ini lebih membantu mereka untuk lebih berjaya di dalam pembelajaran mereka. Kaedah
pembelajaran ini banyak membantu pelajar untuk lebih berusaha di dalam pembelajaran, GB070117

proses kendiri untuk berjaya dan tidak hanya bergantung kepada pensyarah semata-mata.

Rujukan :

Mok Son Sang (2006). Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran: Mutimedia-ES Resources


Sdn Bhd

Onn-Seng Tan, Ph.D. (2003) Problem-based Learning Usinf Problems to Power Learning in the
21th century:Thomson Asia Pte Ltd

Maggi Savin-Baden and Claire Howell Major (2004) Foundations of Problem-based Learning :
Society for Research into Hagher Education & Open University Press

Dr. Ee Ah Meng (2003) Ilmu Pendidikan Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas (Semester 1):
Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd

17
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)

Baharom Mohamad, Ahmad Esa, Husin Jusoh (2007) Psikologi Pendidikan dalam PTV:
Penerbit UTHM

GB070117

Lampiran : Contoh perlaksanaan PBL di universiti tempatan

18
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)

UF3712
FALSAFAH PERBANDINGAN

GB070117
SINOPSIS

Kursus ini membincangkan pelbagai permasalahan kefalsafahan dari tradisi asia dan barat
dengan menggunakan pendekatan sejarah dan analitikal. Pertamanya, kursus ini akan
meninjau sejarah falsafah dengan memberi tumpuan kepada persoalan-persoalan dan tema-
tema khusus yang berbangkit dalam falsafah Yunani Purba, Pertengahan (Islam dan Kristian),
Asia Selatan dan Asia Timur. Kedua, kursus ini membincangkan dan menilaikan secara kritis
beberapa permasalahan-permasalahan kefalsafahan mengenai metafizik, epistemologi, etika,
politik dan erti kehidupan.

OBJEKTIF

• Untuk memperkenalkan pelajar kepada ahli-ahli falsafah, penulisan-penulisan


kefalsafahan serta permasalahan-permasalahan utama dari kedua-dua tradisi
kefalsafahan Barat dan Asia.
• Untuk mendorongkan pelajar supaya berfikir secara kritis dengan menilai secara analitik
penghujahan-penghujahan kefalsafahan.
• Untuk menggalakkan pelajar supaya mengambil bahagian secara aktif dalam
perbincangan kelas.

RUJUKAN

Blocker, H. Gene (1999). World Philosophy: An East-West Comparative Introduction to


Philosophy. New Jersey: Prentice-Hall.

Koller, John M. & Patricia Joyce Koller (1998). Asian Philosophy. New Jersey: Prentice Hall.

Lawhead, William. (2003). The Philosophical Journey: An Interactive Approach. 2nd ed. New
York: McGraw-Hill

Nagel, Thomas (1985). What Does It All Mean? A Very Short Introduction to Philosophy.
Oxford: Oxford University Press.

Soccio, Douglas J. (1998). Archetypes of Wisdom. Belmont, California: Wadsworth Publishing


Company.

Wall, Thomas F. (2001). Thinking Critically About Philosophical Problems. Belmont, California:
Wardsworth Group.

MINGGU 1

19
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)

FALSAFAH PRA-SKORATIK: APAKAH HAKIKAT KEJADIAN ALAM

Kuliah memperkenalkan kursus secara umum dengan mengupas pengertian dan ruang likup
falsafah. Kuliah bermula dengan perbincangan mengenai, dan penilaian terhadap, pandangan GB070117
ahli-ahli falsafah pra-Sokratik tentang hakikat kejadian alam. Antara ahli-ahli falsafah yang akan
dibincangkan ialah Thales, Anaximender, Anaximenes, Pythagoras, Heraclitus, Parmenides,
Empedocles, Democritus, dan Protagoras.

TOPIK PERBINCANGAN

Yakinkah anda dengan pandangan Protagoras bahawa kebenaran itu bersifat relatif?

RUJUKAN

Kolak, Daniel (1997). Lovers of Wisdom: A Historical Introduction to Philosophy. Belmont,


California: Wadsworth Publishing Company.

Lawhead, William (1996). The Voyage of Discovery: A History of Western Philosophy. Belmont,
California: Wadsworth Publishing Company.

Lawhead, William. (2003). The Philosophical Journey: An Interactive Approach. 2nd ed. New
York: McGraw-Hill

Russell, Bertrand (1993). Sejarah Falsafah Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Soccio, Douglas J. (1998). Archetypes of Wisdom. Belmont, California: Wadsworth Publishing


Company. Bab Pertama, pp. 2- 22.

20