Anda di halaman 1dari 2

Hukum membaca al-fatihah lebih dari sekali Jawapan: Yang dituntut oleh syari'at yang mulia (bila kita

solat secara individu) ialah kita membaca al fatihah, kemudian diikuti membaca sesuatu ayat al-Qur'an walaupun pendek (tidak boleh lagi membaca al Fatihah lagi sekali) Menurut madzhab Hanafi, wajib membaca ayat lain selain alfatihah dan mesti melebihi tiga ayat. (Rahbawi: madzhab arba'ah) Mengikut madzhab Syafi'iy, hendaklah dibaca ayat-ayat lain selain al Fatihah, jika tidak mampu hendaklah membaca sebarang bentuk zikirulLlah atau wirid yang dingati. (al Azkar Imam nawawi) Apakah alasan apa seseorang hendak membaca dua kali alFatihah dalam satu rakaat? Jika seseorang itu solat berjama'ah, jika dia membaca alFatihah dua kali bermakna dia tidak memberi perhatian langsung kepada bacaan Imam; walhal makmum tidak wajib membaca Fatihah jika dia dapat mendengar bacaan Imam dengan jelas. Jika dia solat secara sendirian, dia perlu membaca surah lain atau minimanya sebarang bentuk zikruLlah tapi tidak perlu Fatihah lagi. Jika Kes ini sama dengan sifulan yang berwudhu dua kali berturutturut, takbiratul Ihram dua kali atau tiga kali, ia masuk kes perasaan was-was. Ia adalah masalah saikologi dan mainan Syaitan. Jika saja-saja hendak baca dua kali, ia adalah bid'ah (inovasi) dalam ibadah yang dicela oleh syari'at. Membaca Al-Fatihah lebih dari sekali dalam satu rakaat solat. Kata satu pandangan, boleh, solat tetap sah. Komentar: Memberi jawapan ringkas seperti di atas ditegah oleh Syaikh Qardhawi dalam muqaddimah kitab Fatawa Mu'asirat (vol 1); jelas beliau, sesiapa yang ingni menjelaskan masalah feqah kepada orang awam mestilah dilengkapi dengan nas-nas dan dalil-dalil yang muktabar, supaya ia mendatangkan keyakinan kepada mereka dan mengeluarkan mereka dari budaya bertaklid. Amat malang bagi umat Islam bila mereka bertanya kepada mufti dan alim ulama' yang mareka dengar ialah haram, tidak boleh, harus tanpa dijelaskan apakah sandarannya. Kita berada di zaman teknologi

maklumat dan setiap maklumat yang kita sibarkan mestilah tepat dan dalil yang jelas. Jika saudara masih keliru dengan apakah boleh membaca al Fatihah dua atau tiga kali berturut-turut dalam satu raka'at? Saya amat yakin, mereka yang berbuat demikian ialah mereka yang telah diserang penyakit was-was seperti mereka yang bertakbir berkali-kali kerana susah hendak masuk niat atau yang berwudhu' berkali-kali. Jika seseorang itu hanya tahu surah al Fatihah saja; maka Imam Nawawi menyuruh sifulan itu membaca apa jua .zikrullah tapi tidak lagi fatihah

Anda mungkin juga menyukai