Anda di halaman 1dari 5

TAJUK 5 : BENGKEL AKTIVITI PRATULISAN

SOALAN OBJEKTIF
1) Dalam aktiviti kemahiran pra tulisan murid diberi latihan pergerakan mata dari kiri ke
kanan serta mengkoordinasi pergerakan mata dan tangan.
Berdasarkan pernyataan yang di atas aktiviti yang bersesuaian ialah :

A. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua

B. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu
C. Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan.
D. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk
mendapat keseragaman
2)

Menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama

Memilih yang sama dan yang berbeza
Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk huruf
Mengelaskan benda atau gambar mengikut urutan yang
munasabah

Aktiviti di atas merupakan merupakan komponen dalam pengajaran :

A. Prabacaan
B. Bacaan mekanis
C. Kesediaan membaca
D. Pratulisan
3) Latihan menggerak-gerakkan jari, membuat gerakan jari di atas pasir, di dalam air
dan di atas meja bertujuan untuk
A. Membolehkan murid-murid menulis dengan pantas.
B. Menguatkan otot-otot jari, tangan dan mata murid-murid sebelum diajar asas
menulis.

C. Memudahkan murid-murid memegang pensel dan dapat menulis dengan

cantik.
D. Membolehkan murid-murid mewarna gambar-gambar yang diberikan dengan
teratur.
4)

Melaksanakan aktiviti susulan seperti memadankan huruf kecil

dengan huruf besar

Menyesuaikan nama huruf dengan huruf

Memadankan nama huruf dengan bunyi huruf

Aktiviti di atas merupakan komponen dalam pengajaran,

A. Pratulisan
B. Prabacaan
C. Bacaan mekanis
D. Penulisan mekanis
5. Cikgu Syukran merancang untuk mengajarkan kemahiran menulis huruf mengikut
urutan dan mengisi tempat kosong dengan huruf yang tertinggal pada peringkat
penulisan mekanis kepada murid-murid LINUS. Cadangan aktiviti yang sesuai
dilaksanakan oleh Cikgu Syukran ialah
I. Murid menulis huruf kecil abjad yang disebut guru mengikut urutan.
II. Murid melaksanakan aktiviti pergerakan jari, tangan dan mata.
III. Murid menulis huruf kecil yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan.
IV. Murid menulis huruf besar yang tertinggal dalam ruang atau petak yang
dikosongkan.
A. I, II, III dan IV

B. III dan IV sahaja

C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

SOALAN SUBJEKTIF

1) Kemahiran menulis dan membaca seharusnya dijalankan serentak atau selari

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Apakah yang dimaksudkan dengan peringkat pratulisan?
______________________________________________________________________

2) Senaraikan empat aktiviti asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid dalam
memperkenalkan proses pratulisan.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

3) Jelaskan empat tingkah laku yang dijadikan petunjuk oleh guru bagi mengesan
murid-murid yang menghadapi masalah dalam tulisan.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

4) Peringkat pratulisan ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan akivitiaktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul.
Nyatakan tiga aktiviti kemahiran pratulisan mengikut urutannya.
i. ____________________________________
ii. ____________________________________
iii. ____________________________________
5) Dalam aktiviti kemahiran pratulisan, murid telah diberi latihan pergerakan mata kiri ke
kanan serta mengkoordinasi pergerakan mata dan tangan.
i. _____________________________________
ii. _____________________________________