Anda di halaman 1dari 3

170gm marjerin atau butter 50gm gula aising 1 biji telur Gred C 290gm tepung gandum 1 sudu kecil

esen vanilla acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. (Jangan putar lama sangat) Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. 2. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. 3. Bakar pada suhu 170C selama 2025 minit atau sehingga masak. 4. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. 5. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

1.

Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

250gm cream cheese 50gm gula kastor / gula halus 1 biji telur Saiz B sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.

1. 2.

Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!

3.

Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.

Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi. tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah.

Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam 40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.

Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell. Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese

Beri Nilai