Anda di halaman 1dari 9

PRINSIP PEMBINAAN ITEM

JENIS SUBJEKTIF

PRINSIP PRINSIP PEMBINAAN ITEM SUBJEKTIF


1. Perlu menyemak menggunakan sukatan pelajaran dan objektif pengajaran agar bertepatan dengan silibus yang diajar 2. Arahan soalan hendaklah jelas dan tidak mengelirukan pelajar. 3. Solan yang ditulis mestilah padat dan tidak berbunga-bunga. 4. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan yang diberi markah yang sama, mempunyai aras kesukaran yang sama juga.

5. Soalan perlu ditulis supaya murid dapat membayangkan satu kerangka stuktur yang akan memandu murid untuk menjawab soalan tersebut 6. Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah untuk memudahkan penyediaan skema jawapan. 7. Gunakan lebih banyak soalan berjawapan pendek daripada soalan berjawapan panjang supaya lebih banyak soalan boleh diberikan.

PRINSIP PEMBINAAN ITEM


JENIS ESEI

Esei Berjawapan Pendek


Item jenis ini memerlukan murid memberikan jawapan pendek yang memberi peluang kepada mereka menyampaikan pendapat, hujah atau idea sendiri Item bentuk ini amat sesuai untuk mengukur pengetahuan, kefahaman dan aplikasi / penyelesaian masalah mudah, yang turut melibatkan kemahiran berfikir Item jenis ini bileh dibina agar jawapannya menjadi lebih objektif

Esei Berjawapan Terbuka


Item bentuk ini membenarkan murid merancang dan memberikan jawapan seara bebas Item ini amat sesuai untuk mengukur konstruk yang memerlukan murid menggunakan beberapa kemahiran seperti menginterpretasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

Item jenis ini juga membolehkan murid mempamerkan proses pemikiran kritis dan kreatif Disebabkan jawapannya amat terbuka, maka pembina item perlu menyediakan skema pemarkahan yang jelas, terperinci dan menyeluruh agar penilaian pencapaian pelajar dapat dibuat sewajarnya

Kekuatan dan kelemahan item berjawapan terbuka


KEKUATAN KELEMAHAN

Menggalakkan murid untuk - Meneroka pelbagai cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah - membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat -Mempamerkan sesuatu idea yang asli -Menggabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat -Mengenalpasti, memilih, menyusun dan mempersembahkan sesuatu perkara atau idea dalam bentuk komunikasi bertulis

Item jenis ini memerlukan -Pemeriksa yang terlatih untuk memeriksa jawapan -Masa yang panjang untuk memeriksa jawapan -Masa yang panjang untuk murid menulis jawapan -Murid menulis secara jelas dan boleh dibaca