Anda di halaman 1dari 2

Q : Sahkah puasa bagi pesakit asma yang perlu menggunakan alat bantuan inhaler (saya kurang pasti namanya)

yang perlu dimasukkan ke dalam mulut? A : Penggunaan Inhaler bagi Pesakit Athma Bagi pesakit athma atau lelah. Amalan penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa kerana yang disedut itu ialah gas dan untuk tujuan perubatan. Ini adalah fatwa Syaikh Ben Baz dalam koleksi fatwanya (Fataawa adDa'awah Syaikh Abdul Aziz ben Baz, Grand Mufti of Saudi Arabia, Fatwa No 979) Keharusan penggunaan inhaler bagi pesakit athma juga harus berdasarkan Fatwa umum dalam masalah ini oleh Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa Ibn Taymiyah, Jld 25, ms 248) Keharusan ini meliputi teknik perubatan yang tidak menggunakan makanan atau minuman. Jika dari jenis debu maka ia diharuskan Imam Ibn Hazm al Andalusi (al Muhalla, Jld 6, ms 203) tidak batal puasa dalam urusan perubatan termasuk suntikan atau menghirup serbuk.. Kita terpaksa menggunakan dalil fatwa dalam masalah ini kerana ini adalah masalah baru yang tidak ujud semasa Imam-Imam besar Fiqh dahulu.

Q : Bagaimana pula bagi orang yg memakai contact lense yg memasukkan cecair ke dalam matanya utk membasahkan mata. Adakah itu juga boleh membatalkan puasa? A : Tidak batal kerana tiga alasan (illat): a. tujuan utk perubatan atau suatu keperluan harian yg dharuri. b. niat menitiskan cecair itu bukan menghilangkan haus (dahaga). c. ia bukanlah jalan yg tabi'iy (normal) bagi kemasukan cecair itu. (Prof Qardhawi, Fatawa Mu'asirat, Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, Majmu' Fatawa lil Syaikhul Islam; Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah,Jld 3)

Q : Ada hamba Allah yang bertanyakan Jika kita sedang bersahur, tiba-tiba kedengaran azan terdapat dua hadis: HR Bukhari yang menyuruh kita mengeluarkan makanan dalam mulut dan berhenti makan dan minum. Ada juga hadis versi Abu Daud yang meriwayatkan, apa yang sudah berada dalam mulut hendaklah ditelan sahaja?. A : Jumhur (majoriti) ulama' berpendapat jika kedengaran azan subuh, maka hendaklah dikeluarkan segala makanan yang ada dalam mulut berpandukan hadis Bukhari. Madzhab Syafi'iy juga berpegang dengan hadis ini. Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah) juga menyokong pendapat majoriti. Atas alasan inilah setengah ulama' menyarankan penggunaan jadual waktu imsak (10 minit buffer sebelum azan subuh).

Q : Batalkah puasa air masuk ke dalam hidung semasa berwudhu'. Seseorang yang berpuasa, apabila ia mengambil wuduk dengan membasuh muka, air wuduk tadi termasuk dalam hidung terus ke tekaknya. Adakah batal puasanya? A : Ibn Qudamah al Hambali (al Mughni bab wudhu): jika ia berkomor atau istinsyaq dan air termasuk kedalam rongga hidung terus ketekaknya--tidak batal puasa. Ini juga pandangan Syafi'iy, Awza'iy dan Ibn Abbas. Syaikh Qardhawi (Fatawa Mu'asirat, vol 1 bab Siyyam): yang membatalkan puasa ialah bila kita memasukkan sesuatu melalui jalan yang tabi'iy untuk makan dan minum dengan ssengaja; maka

jika air itu masuk melalui cara yang tidak tabi'iy dan niat kita bukan bertujuan membatalkan puasa, maka puasa itu tidak akan batal.

Q : Bagaimanakah caranya untuk kita mengira beberapa hari yang tertinggal untuk menggantikan (qada') ibadah puasa atau solat yang tertinggal pada zaman remaja, yang tidak dapat dikira kerana terlalu banyak (kadang-kadang buat, kadang-kadang tinggal)?. A : Amalan fiqh Syafi'iy di Malaysia dan Hanbali di Saudi, wajib diganti puasa yang terdahulu dan dikenakan kafarat satu mud makanan asasi sehari kepada seorang miskin (di Malaysia: 1 cupak=0.6 kg beras) mengikut jumlah hari yang di yakini telah ditinggalkan. Fatwa Qardhawi: amalan tersebut tidak ada sandaran dalil yang kuat, yang lebih kuat ialah hanya mengkadha' puasa sahaja tak perlu membayar kafarat; namun jika membayar kafarat atau mengeluarkan fidyah adalah lebih baik. Jika berlaku syak tentang jumlah hari yang ditinggalkan; gunakan kaedah feqah: dzan ghalib (apa yang diyakini); jika kita berpuasa terlebih dari apa yang disyakki itu adalah lebih baik.

Q : Adakah pahala membaca AI-Quran dan bersedekah di bulan Ramadhan berganda dari bulanbulan yang lain? A : Pahala membaca AI-Quran dan bersedekah dibulan Ramadhan adalah berganda.

Q : Apakah hukum seseorang yang mati yang belum sempat menunaikan puasa nazar? A : a. Mengikut Qaul Jadid hendaklah wali memberi secupak beras sehari. b. Mengikut Qaul Qadim wali boleh memberi secupak beras sehari atau menggantikan puasa.

Q : Apakah hukumnya bagi perempuan yang mengandung atau perempuan yang menyusukan anak membatalkan puasanya? A : Harus membatalkan puasa tersebut dengan dua sebab: a. Kerana keuzuran dirinya sendiri. b. Kerana menjaga kesihatan anak. Keterangan: a. Kalau berbuka puasa kerana menjaga kesihatan dirinya wajib qada' sahaja. b. Kalau berbuka puasa kerana mahu menjaga kesihatan anak bukan dirinya, wajib qada'dan fidyah sekadar 1 cupak beras untuk sehari. c. Kalau berbuka puasa kerana menjaga diri dan anak wajib qada' sahaja.

Anda mungkin juga menyukai