Anda di halaman 1dari 9

Kod Kertas

IKBN.A1.2.01( T )

Page 1 of 9

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KURSUS TAHAP DUTI TASK

PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A1 A1 12 - SISTEM BATERI 12.01 - JENIS-JENIS BATERI

OBJEKTIF PENCAPAIAN PIAWAI

MEMBERI PENGETAHUAN MENGENAI JENIS-JENIS BATERI SUPAYA DAPAT MENGENALINYA DAN SETERUSNYA MENGENAL PASTI JENIS-JENIS BATERI.

TAJUK

1. Sel Kering 2. Sel Basah KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN

TUJUAN

Jenis-jenis Bateri dan Kendaliannya

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 12 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2004 ( Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.2.01( T )

Page 2 of 9

PENGENALAN Bateri adalah dua atau lebih sel disambung secara siri dan bateri juga adalah salah satu sumber arus terus tulin yang juga sumber tenaga yang tidak banyak mencemarkan udara. Tenaga dihasilkan dengan tindak balas kimia ke atas plat. Jangka hayat bateri tertakluk kepada jenisnya dan ada diantaranya sehingga menjangkau 25 tahun.

JENIS-JENIS BATERI DAN PENGGUNAAN. Bateri terdiri dari dua jenis:1. Sel kering banyak digunakan dalam penggunaan domestik. Beberapa jenama terkenal telah menggunakan nikel kadmium untuk bateri jenis ini dimana ia lebih tahan lama serta ringan dan boleh dicaj semula sebanyak 1000 kali. 2. Sel basah Terdiri daripada sel sekunder. Digunakan untuk tugas berat. Dikenali sebagai sel basah kerana sel jenis ini menggunakan tindak balas cecair kimia dalam menghasilkan sumber arus terus.

SEL KERING / SEL PRIMER Satu cara di mana tenaga elektrik boleh dijanakan ialah dengan menggunakan tindakan di antara logam-logam & elektrolit-elektrolit. Elektrolit ialah suatu cecair yang akan terurai apabila tenaga elektrik dialirkan melaluinya. Bahagian yang penting bagi sel primer yang biasa ialah suatu elektrod zink, yang direndam dalam suatu cecair mengkonduksi ( elektrolit ) yang berkeupayaan untuk bertindak dengan zink, dan satu lagi elektrod lain yang terdiri daripada kuprum, karbon atau platinum, yang juga direndamkan di dalam elektrolit. Perbezaan keupayaan akan wujud yang mana elektrod kuprum atau karbon adalah positif berbanding dengan zink. Jika kedua-dua elektrod tersebut disambungkan dengan seutas dawai atau litar di luar sel tersebut , arus akan mengalir dari kuprum atau karbon melalui litar luar ke zink dan melalui sel dari zink ke kuprum.. Dalam sel primer, tenaga kimia hilang dan tenaga elektrik dihasilkan.

JENIS-JENIS SEL KERING / SEL PRIMER

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 12 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2004 ( Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.2.01( T )

Page 3 of 9

a) Sel Leclanche i) Sel Leclanche Basah ii) Sel Leclanche Kering b) Sel Zink Udara c) Sel Merkuri a) i. Sel Leclanche Basah Terdiri daripada sebuah balang kaca yang mengandungi larutan salammoniak ( ammonium klorida) yang tepu, dengan satu rod zink sebagai kutub negatif dan plat karbon sebagai kutub positif. Sambungan dawai biasanya dibuat kepada zink dan terminal loyang dipasang kepada plat karbon. Campuran mangan dioksida dan serbuk karbon ditekan disekeliling karbon tersebut dan keseluruhan bahagian ini diletakkan di dalam sebuah pot tanah yang telap yang membolehkan larutan meresap masuk ke dalamnya. Serbuk karbon akan memberikan kekonduksian yang lebih besar. D.g.e bagi sel Leclanche ialah di antara 1.5V hingga 1.6V. Rintangan dalamnya pula bagi saiz yang biasa ialah kira-kira 1 Contoh penggunaan ialah di dalam pemasangan loceng dan telefon.
- IF

Rod Zink

+ IF

Plat Karbon

Pot Telap MnO2 dan Karbon

Larutan tepu SALAMMONIAK BINAAN SEL LECLANCHE BASAH

Tindakan Sel Leclanche Basah. Apabila litar luar terbuka, sedikit sahaja atau tidak ada langsung tindakan kimia yang berlaku. Apabila litar luar tertutup, salammoniak akan bertindak ke atas zink, membentuk
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 12 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2004 ( Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.2.01( T )

Page 4 of 9

zink klorida, ammonia dan hydrogen. Hidrogen yang muncul di plat karbon dengan cepat dilitupi oleh gelembung-gelembung hydrogen atau dikutubkan. Penyahkutub iaitu mangan dioksida menurunkan hidrogen kepada air, tetapi pada kadar yang lebih perlahan daripada ianya dihasilkan. Dengan ini, d.g.e lama kelamaan akan menjadi kurang dan habis. Jika litar dibuka, penyahkutub terus bertindak sehingga kesemua hidrogen diturunkan dan d.g.e. kembali kepada keadaaan normal. ii. Sel Leclanche Kering Sel Leclanche kering adalah berbentuk padu dan bebas dari meresap. Plat positifnya ialah rod karbon, dikelilingi oleh campuran mangan dioksida dan karbon. Di sekeliling bahan ini, terdapat pula satu adunan basah yang terdiri daripada kapur Paris, tepung dan zink klorida. Bekas luar ialah zink dan bertindak sebagai plat negatif. Keseluruhannya pula dibaluti oleh kadbod dan bahagian atasnya diisikan dengan pasir atau bahan-bahan penebat yang lain dan seterusnya dilitupi dengan sebatian materi. Satu lubang juga disediakan. Tindakan sel ini adalah sama seperti sel basah. D.g.e adalah 1.6V semasa baru. Ia jatuh dengan cepat ke 1.5V dan kekal pada voltan ini sehingga sel ini hampir habis digunakan. Apabila d.g.e kira-kira 1V, sel ini tidak boleh digunakan . Rintangan dalamnya adalah rendah iaitu antara 0.1 hingga 0.3.
+ IF -IF BAHAN MATERI BEKAS ZINK
ADUNAN BASAH

Lubang

PENYAHKUTUB ROD KARBON BEKAS KADBOD

BINAAN SEL LECLANCHE KERING b) Sel Zink-Udara

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 12 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2004 ( Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.2.01( T )

Page 5 of 9

Terdiri daripada sebuah anod zink yang telap dalam bentuk plat yang diisikan dengan suatu elektrolit, dan dua katod udara yang nipis di kedua-dua sisi anod tersebut. Anod yang diperbuat daripada bahan dan bentuk seperti ini supaya ianya dapat mengambil udara dan menggunakan kandungan oksigennya sebagai punca tenaga. Sel ini mempunyai voltan litar terbuka sebesar 1.4V dan mempunyai penghasilan tenaga beberapa kali lebih besar daripada apa yang dihasilkan oleh sel Leclanche atau sel-sel lain yang serupa. Ia boleh dicaskan semula dengan menggantikan anod yang sudah habis terpakai. Sel ini dihasilkan dengan tujuan ketenteraan , pengembaraan dasar laut dan di angkasa. Dalam hal-hal yang disebut kemudian itu, dimana tidak terdapat udara bebas , oksigen dibekalkan kepada sel secara terus. c) Sel Merkuri Dihasilkan dalam bentuk yang kecil sebagai punca kuasa untuk kegunaan dalam alatalat pembantu pendengaran, jam tangan, jam dinding, fotografi dan lain-lain. Bentuk asasnya terdiri daripada satu bekas keluli termateri luar sebagai elektrod positif dan satu silinder yang terdiri daripada serbuk zink yang dimampatkan yang terletak di bahagian tengah sel. Ia merupakan elektrod negatif. Elektrod negatif ini dikelilingi pula oleh elektrolit kalium hidroksida ( alkali ) dan campuran penyahkutub yang terdiri daripada mangan dioksida dan karbon yang ditekan sehingga berbentuk silinder. Voltan nominal ialah kira-kira 1.35V. Selepas susutan voltan awal yang kecil, voltan output adalah tetap sehingga hampir ke akhir hayat di mana susutan voltan adalah sangat cepat.. RINTANGAN DALAM SATU SEL Setiap sel mempunyai rintangan elektrik yang terdiri daripada rintangan plat-plat positif dan negatif dan juga rintangan elektrolit. Ini dipanggil rintangan dalam sel. Rintangan akan berubah mengikut jenis sel dan juga mengikut dimensinya .Penambahan saiz plat-plat atau pengurangan jarak di antara mereka akan menurunkan rintangan dalam. Rintangan dalam akan memberi kesan ke atas beza keupayaan sel; apabila sel sedang membekalkan arus elektrik. D.g.e , E sesuatu sel ialah voltan keseluruhan yang dijanakan oleh sel dan diukur dengan sel berada dalam litar terbuka. Pengujian dibuat dengan sebuah voltmeter rintangan tinggi supaya arus yang melalui voltmeter tersebut boleh diabaikan. Apabila sel membekalkan arus kepada suatu litar luar maka arus I yang mengalir di dalam litar luar tersebut akan mengalir melalui sel itu sendiri. Arus ini menimbulkan satu susutan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 12 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2004 ( Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.2.01( T )

Page 6 of 9

voltan Ir di dalam sel. Beza keupayaan V sel ini adalah d.g.e ditolak dengan susutan voltan dalam. Katakan I ialah arus yang mengalir dan r ialah rintangan dalam. Maka, V = E - Ir

Dapat diperhatikan bahawa semakin besar arus yang mengalir melalui sel dan juga dalam litar luar, semakin besarlah susutan voltan dalam dan dengan itu semakin kecil beza keupayaan untuk kegunaan di dalam litar luar.

Contoh: 1. Sebuah sel Leclanche basah, dengan d.g.e nya 1.5V, dan rintangan dalamnya 1 , membekalkan arus kepada loceng elektrik lejang tunggal berintangan 5 .Kira arus yang seragam di dalam litar dan beza keupayaan sel tersebut. Penyelesaian: Rintangan total dalam litar Oleh itu, arus yang mengalir dalam litar, = I = = Beza Keupayaan R + r = 5+1 = 6 ohm # d.g.e rintangan total 1.56 6 => E Ir = 1.5 ( 1 x 0.25 ) Oleh itu, V = 0.25 x 5 = 1.25 V.# Catatan: r adalah rintangan dalam R- adalah rintangan beban ( loceng elektrik ) = 1.25 V # Semak pengiraan. Di dalam litar luar , V = IR , = 0.25 Amp #

2. Satu sel yang mempunyai d.g.e 2 V dan rintangan dalamnya1/5 ohm telah disambungkan kepada satu rintangan luar 2 ohm. Kira arus elektrik yang mengalir di dalam litar itu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 12 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2004 ( Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.2.01( T )

Page 7 of 9

* D.g.e ( E ) adalah daya penolakan sesuatu sel dan ini termasuklah daya yang menolak arus elektrik melalui rintangannya sendiri. Jika arus elektrik dalam litar ialah 1 ampere, arus ini mengalir melalui rintangan dalam r dan juga rintangan luar R. Jumlah rintangan litar Voltan dalam litar = R+r = E E = I ( R + r ), Iaitu, 2 = I ( 2 + 1 ), 5 2 I = I ( 11 ), 5 = 10 11 3. Satu sel kering yang mempunyai d.g.e 1.5V mengalirkan arus 0.1 ampere melalui satu rintangan 1.2 ohm. Berapakah rintangan dalamnya? Penyelesaian: Katalah rintangan dalam r ohm, Seperti contoh I , E = I ( R + r ), R+r Iaitu , 1.2 + r r = E I = 1.5 0.1 = 15 1.2 = 13.8 ohm . = 0.909 Ampere. Arus elektrik dalam litar = I Dengan menggunakan Hukum Ohm pada litar ini,

SEL SEKUNDER / SEL BASAH Digunakan untuk penyimpanan tenaga. Apabila arus terus dan voltan yang sesuai dikenakan kepada sel tersebut, tenaga elektrik yang digunakan akan menyebabkan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 12 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2004 ( Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.2.01( T )

Page 8 of 9

berlakunya perubahan kimia di dalam sel tersebut dan tenaga kimia akan disimpan. Tindakan kimia ini adalah berbalik dan tenaga kimia yang tersimpan boleh dibebaskan sebagai arus elektrik. Terdapat dua jenis Bateri Sel Basah dalam pasaran: a) Bateri Nikel Kadmium direka & dikilang untuk 4 jenis kegunaan : i) Untuk tujuan am yang tahan dengan beban terus menerus selama 3 jam atau lebih seperti ii) bekalan kepada pencahayaan kecemasan, pensuisan pelantik, penggera kebakaran dan bekalan tunggu sedia. Untuk prestasi sederhana berbeban terus-menerus selama hingga 2 jam seperti bekalan kepada pencahayaan kecemasan, tugas-tugas luar pantai, telekomunikasi dan lokomotif elektrik. iii) Untuk prestasi tinggi dimana terus-menerus selama kurang dari jam seperti Bekalan Kuasa tanpa gangguan ( UPS ), pemulaan injin, penutupan suis dan electromagnet. iv) Untuk penggunaan berkala dimana bateri berkeadaan caj dan nyahcaj seperti pencahayaan dalam lokomotif, system lokomotif, tugas-tugas luar pantai dan solar. Jangka hayat bateri ini boleh mencapai 25 tahun dengan penyenggaraan berjadual tetap. b) Bateri Asid Plumbum direka dan dikilang untuk 4 jenis. i) Plante yang berjangka hayat 20 hingga 25 tahun dan biasa digunakan di stesen janaelektrik, penutupan suis, pencahayaan keselamatan, bekalan kuasa tanpa gangguan ( UPS ), dan pemulaan injin. ii) iii) Tubular berjangka hayat 15 tahun dan biasa digunakan pada sistem telekomunikasi, stesen janaelektrik dan lokomotif. Plat rata ( flat plate ) berjangka hayat selama 10 tahun dan digunakan pada suis pelantik . penutupan, pencahayaan keselamatan , bekalan kuasa tanpa gangguan ( UPS ) dan PABX (Public Automatic Branch Exchange ). Jenis kedap yang berjangka hayat selama 10 tahun dan biasa digunakan untuk sistem telekomunikasi, bekalan kuasa tanpa gangguan ( UPS ), pemulaan injin, suis pelantik / penutupan, pertolongan di laut, penggera kebakaran, panel pengesan gas dan sebagainya

CIRI-CIRI TEKNIKAL BAGI BATERI.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 12 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2004 ( Versi 1)

Kod Kertas

IKBN.A1.2.01( T )

Page 9 of 9

Asid Plumbum Voltan namaan Voltan Apong Voltan Galak Kecekapan Ampere Jam Kadar Caj maksimum 2.4 2.0 V 2.16 - 2.25 V - 2.7 V 90 % 14 % C10

Nikel Kadmium 1.2 V 1.4 - 1.5 V 1.53 - 1.7 V 75 - 80 % 33 % C5

PERBEZAAN SEL PRIMER DENGAN SEL SEKUNDER Di dalam bateri primer, arus elektrik dikerluarkan hasil dari peribahan kimia yang tidak berbalik dan yang berlaku di antara berbagai bahagian anak bateri. Bateri ini tidak boleh dibalikkan kepada keadaan asalnya memasukkan arus terus ke dalamnya. Di dalam bateri sekunder, tindakan kimia dapat dilakukan dengan mengalirkan arus elektrik ke dalamnya. Kemudian barulah arus elektrik dapat diperolehi darinya. Bateri ini akan luput cas selepas digunakan tetapi boleh digunakan lagi dengan mengecaskannya semula dari satu sumber luar. Kebaikan dan Keburukan Sel Sel utama mempunyai kebaikan serta keburukannya seperti:Kebaikan a) Senang dibawa b) Harganya murah c) Tahan getaran / lasak Sel sekunder mempunyai kebaikan serta keburukannya seperti :Kebaikan a) Boleh dicas semula b) Tahan lama c) Kuasanya tidak terhad. Keburukan a) Harga mahal b) Perlu dibuat penyenggaraan Keburukan a) Tidak dapat digunakan terlalu lama b) Kuasanya terhad selepas digunakan dengan mengecas atau

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 12 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum KBS 2004 ( Versi 1)

Anda mungkin juga menyukai