Anda di halaman 1dari 1

Anjung Bitara 2010

Iktiraf Sumbangan Penulis Akademik UTeM


18 Februari 2011 : Bidang penulisan kini semakin mendapat tempat dikalangan ahli akademik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Beberapa tahun kebelakangan ini, semakin banyak buku telah diterbitkan. Demi mengiktiraf dan merancakkan senario penulisan ini, Penerbit UTeM telah mengadakan sekali lagi Majlis Anjung Bitara bagi tahun 2010 bersama Pelancaran Web Jurnal Universiti dan Penyerahan Buku Terbitan Khas Khidmat Masyarakat kepada Pengetua Warga Rumah Orang-orang Tua Kenangan Cheng. Majlis telah dirasmikan oleh Naib Canselor UTeM, Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff bin Hassan yang diiringi oleh Pengarah Penerbit UTeM, Y. Bhg. Dr. Hazmilah binti Hasan bertempat di Dewan Auditorium, Canselori, UTeM. Majlis dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan serta staf UTeM dan anggota-anggota Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) yang telah diundang khas. Majlis Anjung Bitara ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan beberapa buah buku baru terbitan Penerbit UTeM seperti Pendekatan Pembelajaran Makmal Maya, Introduction To Linear Algebra, Control Systems Engineering, Inovasi Pengajaran Reflektif Bidang Sains Dan Kejuruteraan, Pembelajaran Berasaskan Masalah dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, satu laman web jurnal UTeM telah dilancarkan sebagai salah satu usaha untuk mempromosi dan memasarkan jurnal-jurnal terbitan Penerbit UTeM ke pasaran global. Di dalam majlis yang sama, seramai 14 orang penulis buku telah menerima royalti hasil daripada penulisan masing-masing dan ada di antara mereka menerima royalti untuk cetakan kali kedua. Semoga dengan majlis seperti ini, ia dapat mengiktiraf, menyokong serta meniupkan semangat kepada penulis dikalangan ahli akademik, agar dapat mentransformasikan hasil penyelidikan mereka kepada buku dengan lebih giat lagi dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh pelajar UTeM khususnya dan warga Malaysia amnya.