Anda di halaman 1dari 10

RESEPI AIR KOKO

Sumber: Buku Resepi Harian Bahan-Bahan: 4 camca teh penuh koko 1 liter susu Cara: Campurkan sebatian koko dengan 6 camca besar susu. Jerangkan susu selebihnya dalam periuk yang sudah dibasahkan. Apabila susu mendidih, tuangkan ke dalam bekas berisi koko dan kacau.Bilas periuk kemudian tuangkan bancuhan koko ke dalam periuk dan jerang semula.Masak hingga mendidih supaya masak kanjinya. Biarkan merenih selama 1-2 minit. Tuangkan ke dalam jag tembikar yang sudah dipanaskan dan hidangkan dengan gula. Gula dalam mangkuk

RESEPI AIR BANDUNG


Bahan-Bahan: Sirap/Pewarna Merah Gula Pasir Daun Pandan Air Sedikit garam Satu tin susu cair Sebotol air soda

Cara penyediaan: 1. Untuk membuat sirap, campurkan gula pasir, pewarna merah, daun pandan dan air secukupnya. Untuk menghasilkan sirap yang lebih baik, pastikan ianya pekat, merah dan cukup manis. 2. Bancuh susu cair bersama sirap (mengikut sukatan yang diperlukan). Kacau sehingga sebati. 3. Campurkan air soda ke dalam bancuhan susu dan sirap. Semasa proses ini, anda perlu mengacau supaya susu tidak pecah. 4. Tambahkan secubit garam dan kacau lagi. 5. Sedia untuk dihidangkan. Tambah ais untuk sejuk.

RESEPI AIR JAGUNG


Bahan-bahan: 1 tin krim jagung 1/2 tin susu pekat Gula secukup rasa(dicairkan) Garam secubit Ais

Cara penyediaan: 1. Campurkan krim jagung dan susu sejat ke dalam jag atau mangkuk. 2. Masukkan secubit garam dab gula secukup rasa. 3. Kemudian,campurkan ais. 4. Masukkan ais krim soda supaya minuman lebih sedap.

AIR TEMBIKAI
Bahan-Bahan: biji buah tembikai (sedang) 125 gm gula pasir (sirap) 125 ml air panas mendidih (sirap) 1 biji limau nipis Air tembikai & ketul-ketul ais 875 ml air sejuk

Hiasan: Daun pudina cawan isi tembikai yang dipotong dadu

Cara penyediaan: 1. Sediakan sirap. Masukkan gula ke dalam mangkuk, tuangkan air panas. Kacau tutup mangkuk itu. 2. Sediakan air buah. Cuci & dipotong dadu (hiasan). Korek isi tembikai dengan sudu besar dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. 3. Perah air tembikai dengan menekankannya di dalam tapis aluminium dengan menggunakan senduk kayu kemudian tuang air ke dalam jag. 4. Perah limau. Tapis sirap ke dalam jag air tembikai, tambahkan 875 ml air sejuk, kacau & sejukkan di dalam peti ais. 5. Potong dadu isi tembikai untuk hiasan. Apabila cukup sejuk masukkan hiasan ini serta daun pudina dan hidangkan.

AIR KATIRA
Bahan-bahan: Air Gula pasir ~ Secukup rasa 15 biji badam~ tanpa kulit 1 tin susu cair Daun pandan 100 g katirah Sedikit pewarna hijau Bahan isian tambahan jika suka: Segenggam kembang semangkuk ~ direndam berasingan 1 sudu besar biji selasih ~ direndam berasingan Hirisan buah kurma Cincau ~ dipotong Kacang tanah goreng ~ dibuang kulit Cendol Ketulan ais secukupnya

Cara penyediaan: 1. Rendam dahulu katirah hingga kembang semalaman.Tapis dan bersihkan. 2. Masak air, gula dan daun pandan sehingga gula larut. 3. Kisar badam bersama sedikit air hingga halus dan tapiskan ke dalam air gula tadi dan masak lagi hingga mendidih, kacau sentiasa. Matikan api dan biar sejuk. 4. Setelah air sejuk, masukkan susu cair dan katirah dan gaul rata. Titikkan pewarna hijau dan pewarna lain jika suka dan tambahkan bahan2 isian lain secukupnya. 5. Sejukkan didalam peti sejuk.

RESEPI JUS JAMBU BATU


Bahan-bahan: ( 1 jug plastik ) 2 biji jambu batu tanpa bijik ( yg jenis berkedut tuh ) 2 liter air 1 1/2 2 senduk gula pasir sedikit pewarna hijau Asam boi serbuk/asam boi tanpa biji dihiris secukupnya Air batu secukupnya

Cara penyediaan: 1. Jambu batu dibersihkan dan dipotong dadu, ambil jambu yg telah didadu dan masukkan kedalam blender dan ditambah air, gula dan asam boi sesukupnya. Blander hingga hancur. 2. Kacau sebati dan titikkan sedikit pewarna hijau untuk mencantikkan warna jus ini. 3. Masam dan manis jus ini bergantung pada kehendak masing-masing. 4. Tambahkan air batu siap untuk diminum.

RESIPI TEH BUNGA


Bahan-Bahan (untuk satu jug 800ml) : 10-20 bunga krisantimum gula batu / madu lebah air panas pewarna kuning (jika mahu)

Cara penyediaan: 1. Basuh sekejap sahaja bunga krisantimum 2. Masukkan bunga krisantimum dalam air panas, biarkan bunga kembang dalam air panas selama 5 minit 3. Masukkan pemanis (gula batu / madu) mengikut citarasa anda 4. Masukkan pewarna kuning untuk warna teh yang menarik (jika mahu) 5. Boleh tambah ais untuk hidangan sejuk 6. Boleh ganti gula batu atau madu, dengan gula biasa.. cuma bila guna gula batu / madu, rasanya lebih sedap lah! 7. Di mana nak dapatkan bunga krisantimum tu? senang sahaja.. cuba cari di kedai ubat cina.. selalunya memang ada di situ.. harganya lingkungan rm40-rm80 sekilogram.. Ada dijual dalam bentuk timbang dan paket.. Selamat Mencuba!

RESEPI AIR KELAPA SIRAP LAICI PERISA LEMON

Bahan-Bahannya: 1 biji kelapa - ambil air dan isinyer 1/2 sudu makan sirap merah cordial - yang dah ada gula 5 biji buah laici 1 biji limau nipis beberapa ketul kiub ais

Cara-caranya: Masukkan sirap ke dalam gelas. Kemudian tuangkan air kelapa dan isinya. Perah sebiji limau nipis. Masukkan kiub ais ke dalam gelas. Akhir sekali masukkan buah laici.

RESEPI AIR KOPI


Air Kopi Sumber: Buku Resepi Harian Bahan-Bahan: 1 camca besar penuh serbuk kopi 500 ml air panas mendidih 1 jag susu panas 1 mangkuk gula halus Cara: Jerangkan air hingga mendidih. Panaskan koleh dan tekoh kopi dengan air mendidih. Masukkan kopi ke dalam koleh dan tuangkan air mendidih. Kacau. Tutup koleh dan biarkan kopi terseduh selama 10 minit di tempat suam seperti ditepi dapur. Kacaukan kopi dan tapiskan ke dalam tekoh kopi yang sudah dipanaskan. Hidangkan air kopi dengan susu panas dan gula berasingan di atas dulang.

Anda mungkin juga menyukai