Anda di halaman 1dari 12

LONTAR PELURU.

Pengenalan

Lontar peluru merupakan salah satu acara padang yang paling mudah jika dibandingkan dengan acra balingan yang lain. Kalau diperhatikan acara ini selalunya dikuasai oleh atlit yang bertubuh besar Dan tegap serta mempunyai kekuatan otot.

Teknik lontaran merupakan faktor utama dalam menentukan jarak lontaran yang dibuat. Ramai penonton menganggap atlit yang bertubuh besar Dan kuat boleh membuat lontaran yang jauh serta akan memenangi dalam sesuatu kejohanan.

Sebenarnya teknik melontar adalah sesuatu yang kompleks yang mesti dipelajari secara berterusan sehingga dapat dikuasai dengan sepenuhnya. Jarak lontaran dalam acara melontar peluru adalah dipengaruhi oleh :

Halaju Pelepasan Sudut ketika membuat lontaran Ketinggian peluru ketika melontar

Ini bermakna atlit melontar peluru mesti memahirkan teknik lontaran Dan kepantasan ketika membuat lontaran menjadi faktor yang paling penting dalam mencapai jarak balingan yang baik.

Peluru

Bahan atau peralatan yang digunakan dalam acara melontar peluru adalah besi yang pejal yang berbentuk bulat Dan licin. Berat besi (peluru) ini adalah berbeza-beza mengikut peringkat umur Dan jantina. Ini adalah untuk memudahkan lontaran dibuat mengikut keupayaan atlit berdasarkan peringkat umur Dan jantina mereka.

Berat peluru bolek diketogerikan seperti berikut:

Kategori Lelaki Dewasa Remaja Bawah 16 tahun Bawah 17 tahun Sek. Men 4.0kg 6.0kg 12.0Ib 7.257kg

Berat Peluru Wanita 4.0kg

3.25kg 4.0kg 8.0Ib

Untuk diameter peluru atlit lelaki ialah antara 110mm hingga 130mm manakala wanita ialah 95mm hingga 110m.

Gelanggang

Gelanggang khusus telah disediakan dalam acara melontar peluru. Undangundang perlu diikuti untuk mengelakkan daripada atlit membuat lontaran yang dibatalkan.

Gambarajah berikut spesifikasi gelanggang melontar peluru yang telah ditetapkan oleh IAAF.

Peraturan-peraturan 181

i. Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan undian. ii. Di mana lebih daripada lapan orang peserta mengambil bahagian , tiap-tiap peserta dibenarkan membuat 3 percubaan Dan lapan orang peserta yang terbaik diantara kesemuanya akan dibenarkan pula membuat 3 percubaan tambahan. Jika berlaku seri ditempat kelapan, seri ini tidak diputuskan, tetapi peserta-peserta yang seri itu akan dibenarkan lagi membuat 3 percubaan tambahan bersama peserta yang layak tadi. Sekiranya terdapat hanya lapan peserta tadi atau kurang daripada lapan peserta bertanding, setiap peserta dibenarkan membuat 3 percubaan sahaja. iii. Di tempat pertandingan, setiap peserta diberi dua percubaan sahaja untuk latihan. Percubaan latihan ini dijalankan cara undi dan peserta-peserta yang dipanggil namanama mereka dan diawasi oleh hakim-hakim.

iv. Lontaran hendaklah dibuat dari dalam bulatan. Seseorang peserta mestilah memulakan lontarannya dengan keadaan tidak bergerak. Seseorang peserta dibenarkan menyentuh bahagian dalam relang dan papan. v. Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan sebelah tangan sahaja. Semasa peserta membuat permulaan lontaran dalam dagu dan tangan tidak boleh dijatuhkan ke bawah daripada tempat ini semasa melontar. Peluru tidak boleh dibawa ke belakang dari paras garisan bahu. a) Tiada sebarang alatan, seperti ikatan dua atau lebih jari yang boleh membantu peserta bila membuat lontaran akan dibenarkan. Penggunaan pita di tangan tidak dibenarkan kecuali untuk membalut luka. b) Sarung tangan tidak boleh digunakan. c) Untuk mendapat cengkaman yang baik, peserta-peserta dibenarkan menggunakan bahan yang sesuai dibahagian tangan sahaja. d) Untuk menyelamatkan tulang belakang dari kecederaan, pesertapeserta dibenarkan memakai tali pinggang kulit atau bahan-bahan sejenis itu. e) Peserta-peserta tidak dibenarkan menyembur sebarang bahan samada di dalam bulatan atau kasutnya. vi. Lontarannya dikira batal dan tidak dikira jika seseorang peserta, sesudah memasuki bulatan dan memulakan lontarannya tersentuh dengan mana-mana bahagian sebarang anggota badannya ke tanah, di luar bulatan atau bahagian atas hujung

bulatan atau dengan tidak senonoh melepaskan peluru pada ketika membuat percubaan. vii. Untuk lontaran yang sah, keseluruhan peluru hendaklah jatuh di dalam kawasan diantara dua sisi di sebelah dalam garisan 50mm lebar. viii. Pengukuran setiap lontaran hendaklah dilakukan dengan segera dari titik mula sentuhan peluru sehingga ke sisi sebelah dalam lingkaran bulatan sepanjang garisan sehingga ke bahagian tengah bulatan. ix. Setelah selesai lontaran, peluru mesti dibawa balik ke tempat permulaan atau bulatan dan tidak secara dibaling. x. Garis pusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13m. Gelung besi bulatan mestilah xi. sekurang-kurangnya 6mm tebalnya dan dicat putih. xii. Ukuran papan penahan adalah diantara 112mm dan 300mm lebar, 1.21m xiii. sehingga 1.23m panjang di sebelah dalamnya dan 98mm sehingga 102mm berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan. tinggi

Teori-teori Latihan

Jika diperhatikan kita akan menganggap kekuatan otot tangan adalah faktor utama dalam menentukan jarak lontaran seseorang atlit. Sebenarnya bahagian otot tubuh yang paling penting adalah mengikut peratusan berikut: i. 50% otot kaki ii. 30% otot trunk iii. 20% otot tangan

Kesalahan yang biasa dibuat oleh seseorang atlit ialah lontaran tangan (am throwing). Bahagian tangan hanya menyumbang 20% ketika lontaran manakala bahagian bawah tubuh (lower body) menyumbang 80% kekuatan iaitu kaki dan bahagian trunks.

Kuasa atau kekuatan kaki ialah kunci kejayaan atlit ketika membuat sesuatu lontaran yang baik. Kuasa atau kekuatan bermula daripada bahagian kaki bergerak kebahagian pinggang dan seterusnya ke bahagian bahu hinggalah peluru dilepaskan.

Jenis-jenis latihan yang dicadangkan untuk seseorang atlet lontar peluru: 1. Vertical jump 2. Standing long jump 3. Bench press 4. Snatch 5. Power clean 6. Squat

Walaupun kekuatan adalah penting dalam melontar peluru tetapi ianya bukanlah faktor utama untuk mencapai jarak lontaran yang jauh. Faktor yang paling utama ialah Explosive Strength. Explosive Strength inilah yang digunakan ahli angkat berat Olimpik dan latihan lompatan plyometrik.

Teknik-teknik Dalam Melontar Peluru

Tiga faktor utama yang mempengaruhi jarak lontaran bagi seseorang atlit lontar peluru ialah: Kedudukan badan Halaju, sudut dan ketinggian peluru dilontar Rintangan angin Ketiga-tiga faktor ini banyak mempengaruhi jarak lontaran atlit melontar peluru.

Teknik dan Gaya Melontar Peluru

Diantara berikut adalah beberapa teknik Dan gaya melontar peluru yang sering digunakan oleh atlit dunia dalam acara melontar peluru: Side facing style technique James Funcs (USA) style technique Perry OBrien back facing style technique Alexander Barishnikov (USSR) style technique

Fasa Melontar Peluru

(GAYA PERRY OBRIEN)

A.

Fasa Persediaan

1. Kedudukan kaki semasa Dirian Belakang. Berdiri di bahagian belakang bulatan. Kaki kanan/kiri berada di hujung bulatan dan kaki kiri/kanan berada di belakang kaki kanan/kiri. 2. Kedudukan Badan dan Gerakan Kaki. Badan dibengkokkan dari pinggul. Kaki kanan / kiri dinaikkan dan membawa paha kiri/kanan ke kiri /kanan ke kaki kanan/kiri. 3. Gerakan Kaki / Gelungsuran Kaki kanan/kiri ditolak ke arah papan penahan. Kaki kanan/kiri digerakan dengan membawa badan melintasi pertengahan bulatan.

4. Kedudukan Kaki Dan Gerakan Badan. Kaki kanan/kiri menolak keseluruhan kanan badan. Pinggang dikilaskan. Bahagian dada menghadap ke atas sambil memindahkan daya melalui pinggul ke bahagian bahu, lengan dan tangan.

B. FASA PELAKSANAAN / PEMULIHAN 5. Lontaran

Tolakan terakhir dibuat dari pergelangan tangan semasa peluru dilepaskan. (Sudut pelepasan diantara 40-42 darjah) Kaki kanan/kiri digerakan ke depan dengan cepat. (Ikut lajak)

Prinsip Biomekanik Dalam Melontar Peluru

1. Hukum Newton Pertama (Inertia) Semasa permulaan perlu dikenakan satu daya yang lebih besar daripada berat badan untuk menggerakkannya. Untuk mula memecutkan peluru.

2. Hukum Newton Kedua (F=MA) Dikenali sebagai Hukum Pecutan (Law Of Acceleration). Apabila sesuatu objek dikenakan sesuatu daya, ia akan bergerak ke arah yang sama dengan daya yang berkenaan. Pecutan atau peningkatan kelajuan adalah berkadar terus dengan daya yang dikenakan Dan berkadar songsang dengan saiz Dan jisim objek. Bagi semua acara lontaran ini, alatan tidak dapat diubah kerana terikat dengan undang-undang pertandingan. Oleh itu atlit cuba menggunakan cara yang lain untuk mendapatkan jarak lontaran yang jauh iaitu melalui impulse. Kedudukan lengan pelontar lurus akan menghasilkan impulse yang tinggi pada daya yang ditarik pada sebelah tubuh supaya pemecutan yang tinggi berlaku ke atas peluru.

3. Hukum Newton Ketiga (F1=F2)

Setiap aksi atau tindakan akan terdapat suatu reaksi (tindak balas) yang sama magnitud dari arah yang bertentangan. Maka kita boleh memaksimakan daya yang diaplikasi ke atas objek melalui daya tindak balas dari tanah. Demi mengekalkan kestabilan semasa tindakan daya yang maksimum ini, kita perlu mengarahkan posisi badan ke arah pergerakan yang telah ditentukan. Tolakan kaki pada papan penghadang di tanah akan menghasilkan daya yang bertentangan yang sama dengan tolakan peluru.

4. Sudut Lontaran (35-42 darjah)

Berdasarkan laluan parabola bahagian objek yang dilepaskan di udara. Sudut pelepasan adalah terpenting sekali iaitu di antara 35 hingga 42 darjah. Ketinggian atlit memainkan peranan yang penting. Seseorang atlit yang tinggi akan dapat melontar dengan jarak yang lebih jauh daripelontar yang rendah.

5. Stabiliti Sesuatu objek itu akan kekal dalam keadaan stabil selagi garisan pusat graviti jatuh pada tapak sokongan objek tersebut. Jika garisan graviti jatuh ke titik tengah tapak sokongan maka objek tersebut akan lebih stabil. Ini bermakna semakin hampir garisan graviti garisan graviti jatuh ke pusat tapak sokongan, maka semakin teguh stabiliti objek tersebut.

Dalam melontar peluru, pusat graviti bagi atlit bermula dari penghujung tapak sokongan Dan berakhir di hadapan tapak sokongan pelontar.

Geseran Merupakan satu daya yang bertindak di kawasan pada dua permukaan yang bersentuhan yang menentang pergerakan atau tendensi pergerakan. Tapak kasut pelontar akan bergeseran dengan lantai/sektor lontaran.

7. Daya Centrepetal Dan Daya Centrefugal

Daya yang menarik masuk dari pusat dipanggil Daya Centrepetal, manakala daya yang menarik keluar dari pusat pula dipanggil Daya Centrefugal.

Langkah-langkah Keselamatan

a) Sentiasa mendengar dan mengikut arahan daripada guru atau jurulatih. b) Memastikan kawasan lontaran bebas dari laluan orang lain. c) Memastikan kawasan latihan sesuai dan selamat digunakan. d) Memastikan peluru berada di kawasan yang sepatutunya. e) Memastikan peluru tidak dijadikan bahan mainan. f) Memakai pakaian yang sesuai ketika latihan. g) Memakai kasut yang sesuai.

h) Memastikan peluru tidak dilontar/golek ke arah rakan. i) Memastikan peralatan seperti peluru berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

Anda mungkin juga menyukai