Anda di halaman 1dari 5

Ulasan Jurnal : Restructuring Vocational and Technical Education in Ghana: The Role of Leadership Development Christina Boateng, PhD,

Employment Counselling Unit, Saskatoon Open Door Society, Saskatoon, Canada

Abstrak Pendidikan teknikal dan kemahiran vokasional di Ghana sedang melalui proses penstrukturan semula. Kejayaan proses ini banyak bergantung kepada pentadbir dan pengurus yang perlu bertanggungjawab untuk menjana idea dan merangka dasar. Perubahan dan pembaharuan persekitaran pendidikan

vokasional memerlukan kepimpinan yang berkesan. Maka kepimpinan ini menjadi pembolehubah penting dalam persekitaran pendidikan vokasional yang baru. Bagi memastikan sistem pendidikan teknikal dan vokasional di Ghana lebih mantap dan berkesan, maka mereka perlu memberi perhatian terhadap penyediaan program kepimpinan, bimbingan kepada pemimpin semasa dan pentadbir baru serta pengurus pendidikan teknikal dan vokasional itu sendiri.

Pengenalan Pendidikan teknikal dan vokasional (PTV) adalah sebagai satu proses pendidikan yang melibatkan kajian tentang teknologi dan sains berkaitan, kemahiran praktikal, pengetahuan bertujuan dan juga untuk membangunkan individu bagi menghadapialam pekerjaan dalam pelbagai sektor ekonomi dan kehidupan sosial. PTV memerlukan manusia yang berpengalaman dan berwibawa serta berkebolehan untuk belajar dengan pantas dan memahami teknologi canggih bagi menyediakan individu yang berkebolehan dan mengekalkan mereka di alam pekerjaan sebenar.

Latarbelakang Kajian Pengkaji tidak mencatatkannya secara jelas, namun melalui penulisan ini beliau menyatakan PTV mengalami perubahan dengan pelbagai maksud dan tujuan yang disebabkan oleh teknologi, sosial, ekonomi, pembangunan politik dan demografi dunia. Oleh itu pengkaji mengenalpasti lima justifikasi penting dalam pendidikan teknikal dan vokasional iaitu meningkatkan nilai persekolahan kepada individu supaya lebih produktif, mengurangkan pengangguran generasi muda dan mereka yang tidak berjaya dalam akademik, meningkatkan pembangunan ekonomi, mengurangkan kemiskinan dan mengubah kelakuan manusia untuk mewujudkan kemungkinan pekerjaan masa hadapan.

Penyataan masalah Pengkaji tidak mengemukakan penyataan masalah secara jelas mengenai peranan pembangunan kepimpinan. Beliau cuba membawa empat pendekatan oleh Lillies dan Hogan (1983) iaitu seluruh kurikulum sekolah diorientasikan semula kearah penyediaan pekerjaan yang berkebolehan, mewujudkan sistem yang selari antara institut teknikal dan vokasional dengan sistem sekolah umum, pemilihan teras kurikulum, dan pendekatan sistem yang tidak formal dengan menyediakan peluang kepada lepasan sekolah untuk memperolehi kebolehan teknikal dan vokasional ini.

Objektif / Persoalan Kajian Pengkaji melontarkan banyak persoalan tentang cabaran perlaksanaan PTV di Ghana. Pada tahun 2003, Kerajaan Ghana melantik sebuah badan untuk mengkaji semula sistem pendidikan umum untuk perancangan strategik bagi tahun 2003-2015. Jawatankuasa itu melaporkan kekurangan yang serius dalam sistem pendidikan awam sebagai pengabaian subsektor pendidikan vokasional teknikal

(Kerajaan Ghana, 2003). Laporan itu menyatakan bahawa, pembaharuan yang diperkenalkan pada tahun 1987 mengabaikan sepenuhnya pendidikan vokasional sebagai sub-sektor pendidikan teknikal. Oleh itu pengkaji berusaha untuk mencari jalan bagi mengatasi semua cabaran tersebut.

Kupasan Sebagai pengkaji yang meneliti banyak dokumen perlaksanaan PTV di banyak negara, maka beliau berjaya mengemukakan beberapa perkara yang betul untuk dilakukan seperti mengenalpasti kepimpinan yang berkesan dan cekap, membina dasar-dasar yang boleh dirumuskan, matlamat perlu ditetapkan, dan perlaksanaan program strategik. Maka jelas bahawa hal ini memerlukan

penglibatan peranan pembangunan kepimpinan sepenuhnya.

Dapatan Kajian Dapat disimpulkan bahawa kepimpinan yang berkesan akan menjadi faktor kejayaan yang kritikal dan harus menjadi salah satu keutamaan perkara yang utama di Ghana untuk menggalakkan perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional. Perlaksanaan langkah yang berkesan boleh digunapakai untuk

memantau dan menilai program-program untuk memastikan bahawa matlamat dapat dicapai. Ini adalah penting memandangkan kepentingan besar bidang pendidikan teknikal dan vokasional untuk survival negara adalah besar dan berdaya saing untuk nilai ekonomi Ghana pada peringkat global. Sebagai

pembangun kepimpinan dalam siri perubahan PTV yang pesat dan ketara, ia akan mengubah persekitaran pendidikan dan ekonomi di mana sahaja pendidikan teknikal dan vokasional itu wujud. Berdasarkan dapatan kajian maka dicadangkan bahawa pendidikan teknikal dan vokasional mesti memulakan transformasi sendiri jika ia ingin terus kekal sebagai suatu bentuk yang berdaya maju dalam persekitaran pendidikan yang baru. Ramai orang mula menyedari bahawa pendidikan teknikal dan vokasional

amat memerlukan pemimpin yang bijak dan kreatif di semua peringkat dalam usaha untuk menyesuaikan diri dengan perubahan.

Kelebihan Kajian ini telah berjaya mengenalpasti sehingga sepuluh perkara

keutamaan untuk dilakukan oleh kerajaan Ghana. Iaitu; (i) Membuat perubahan besar dalam dasar pendidikan teknikal dan vokasional, dalam usaha untuk membina stok modal insan negara dan memberi kemahiran pekerjaan untuk belia di seluruh Negara. (ii) Semua Institut Teknikal dan Vokasional perlu dipulihara dan dinaik taraf serta membina sekolah vokasional baru di seluruh Wilayah dalam tempoh 10 tahun akan dating. (iii) Mengemas kini program institusi vokasional dan teknikal supaya sejajar dengan trend dan amalan moden dalam industry. (iv) Kerajaan menubuhkan Lembaga Latihan Perantisan Negara dengan keahlian daripada pelbagai sektor ekonomi. (v) Majlis Kebangsaan Pendidikan Teknikal dan Vokasional dan Latihan ditubuhkan di bawah Pejabat Presiden untuk pelarasan pra-tertiari pendidikan vokasional teknikal Negara. (vi) Menggubal satu polisisistempendidikan teknikal dan vokasional kebangsaan yang diselaraskan peringkat nasional. (vii) Kemudahan Perguruan Teknikal negara diperluaskan bagi memenuhi keperluan latihan guru teknikal dan vokasional. (viii) Menganjurkan kursus dalam perkhidmatan untuk guru-guru

vokasional dan teknikal awam dan swasta. (ix) Meningkatkan hubungan yang wujud antara institusi pendidikan teknikal dan vokasional dengan pihak industry. (x) Mengukuhkan keupayaan kepimpinan dan pengurusan di peringkat kebangsaan dan institusi latihan.

Penutup Sebenarnya, peranan pembangunan kepimpinan adalah sangat penting untuk mencapai kejayaan dalam penstrukturan semula pendidikan teknikal dan vokasional di Ghana. Oleh itu sistem pendidikan teknikal dan vokasional di Ghana memerlukan pemimpin yang memahami dan menguasai skop yang cukup luas tentang pendidikan teknikal dan vokasional. Mereka haruslah mempunyai

kebolehan berkomunikasi, mesti bijak dalam bekerjasama melibatkan kerajaan, institusi pendidikan, dan industri. Hal ini sangat mempengaruhi kualiti dan kuantiti bagi pendidikan teknikal dan vokasional. Oleh itu, program khas perlu disediakan sebagai petunjuk kepada pengurus, pentadbir dan pemimpin. Pengorbanan yang besar dari sudut masa, tenaga kerja, kewangan, dan sikap pemimpin/pelaksana sangat diperlukan untuk memastikan cita-cita Ghana tercapai.

Anda mungkin juga menyukai