Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Ahli-ahli Kumpulan: Ang Xiao Wen Huan Jing Yi Oh Hui En Wong Ting Ting
Sukan adalah industri yang penting dari segi ekonomi berdasarkan pendapatan yang diraih daripada kejohanankejohanan yang dianjurkan dalam Malaysia. Banyak keuntungan yang dapat diperoleh melalui sektor sukan dari segi ekonomi sekaligus memajukan negara Malaysia.
Industri sukan ini bukan sahaja berkaitan dengan industri pembuatan produk yang berkaitan sukan semata-mata tetapi turut melibatkan pelbagai komponen lain termasuklah dari segi perkhidmatan, perubatan, sains sukan, pelancongan dan lain-lain yang berteraskan atlet, masyarakat dan aktiviti sukan itu sendiri. Penyediaan segala trek dan kemudahan bagi sukansukan besar di Malaysia adalah berjuta-juta ringgit jumlahnya, dan jumlah kos ini biasanya disembunyikan dari rakyat. Pulangan/pendapatan yang diperolehi dari penganjuran sukan-sukan tersebut seolah-olah telah banyak menyumbang kepada pendapatan negara dan dapat menyelamatkan ekonomi Malaysia.
Iklan
Sebagai contoh, iklan sukan di televisyen dan radio. Bagi mereka yang tidak dapat menyaksikan kejohanan sukan yang dipertandingkan secara langsung, mereka boleh menyaksikannya melalui media massa seperti televisyen dan radio. Banyak siaran langsung dibuat oleh negaranegara yang mengambil bahagian untuk melaporkan perkembangan kejohanan itu kepada penduduk di negara masing-masing. Dapat menarik minat para penonton untuk datang menyaksikan pertandingan.
Penajaan
Antaranya seperti Maxis, Adidas, Nike, Puma, Reebok, Celcom, TM, Gapurna dan lain-lain lagi. Melalui penajaan, syarikat yang menaja sesebuah pasukan itu dapat mempromosikan barangan keluaran syarikat mereka. Hasil yang mereka peroleh sekaligus dapat meningkatkan ekonomi negara dari sektor sukan.
Sektor Pembuatan
Contohnya seperti peralatan sukan, pakaian sukan, jersi, dan aksesori sukan. Barangan buatan Malaysia ini akan dipasarkan di dalam dan di luar negara untuk meningkatkan sektor ekonomi negara. Nama negara juga akan lebih dikenali melalui barangan sukan yang dihasilkan.
Sektor
Perkhidmatan
Sebagai contoh, penyediaan pengangkutan awam yang canggih dan hotel penginapan yang selesa. Ekonomi negara akan dapat dipertingkatkan jika kemudahan perkhidmatan ini disediakan untuk para pasukan yang akan bertanding. Kebanyakan pasukan dari negara yang maju dan kaya pastinya akan memilih hotel dan penginapan yang mewah, oleh itu kemudahan ini perlulah disediakan.
Sektor Pelancongan
Penganjuran sukan yang diadakan di Malaysia akan dapat menarik pelancong negara asing untuk datang menonton kejohanan tersebut atau menyokong pasukan mereka. Hotel dan infrastruktur yang disediakan untuk pelancong domestik dan pelancong antarabangsa dapat meningkatkan ekonomi negara Negara juga dapat mengadakan aktiviti jualan barangan keluaran negara untuk dijadikan kenangan.
Tujuan
Mengenalpasti strategi, inisiatif dan cadangan yang berdaya saing bagi mengubah sukan sebagai suatu industri yang boleh menjana pendapatan dan menyumbang kepada ekonomi negara. Mendapatkan input, idea inovasi, cadangan daripada sektor swasta, syarikat berasaskan sukan, dan pihak yang berkepentingan dalam sukan untuk bersama-sama menggembleng tenaga dan fikiran dalam melakukan transformasi sukan sebagai satu industri.
Latar
Belakang
Objektif
i) Menghasilkan hala tuju dan Pelan Strategi Industri Sukan negara. ii) Mengenalpasti strategi, inisiatif serta pelan tindakan pembangunan industri sukan yang benar-benar menyumbang kepada ekonomi negara. iii) Mendapatkan input, idea inovasi, cadangan daripada sektor swasta, syarikat berasaskan sukan, dan pihak yang berkepentingan. iv) Memberi peluang kepada stakeholders yang akan bersama-sama Kementerian dalam membangunkan industri sukan negara khususnya dari segi sumbangan ekonomi
Industri Sukan dikategorikan kepada tiga iaitu: i) Kategori Barangan dan Peralatan ii) Kategori Kemudahan iii) Kategori Perkhidmatan Mensasarkan penglibatan seramai 30 orang ahli makmal yang terdiri daripada penggerak industri dari sektor swasta dan swasta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam ketiga-tiga kategori industri sukan.
Kementerian Belia Dan Sukan melalui Pelan Strategik KBS 2010-2015 telah meletakkan industri sukan sebagai teras strategik kelima kementerian yang mana pembangunan industri sukan sebagai penjana ekonomi negara. Antara langkah strategik tersebut adalah seperti berikut: a) Menggalakkan badan-badan sukan, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi pembangunan industri sukan; b) Mempertingkatkan pengeluaran produk dan perkhidmatan sukan untuk penggunaan tempatan dan eksport; c) Meningkatkan pembangunan dan penyelidikan (R&D) yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan sukan melalui penyediaan insentif yang sesuai; d) Mempertingkatkan pemasaran dan promosi produk dan perkhidmatan sukan tempatan dan; e) Mempertingkatkan pelancongan sukan melalui lebih banyak penganjuran acara di peringkat antarabangsa.
Terima Kasih...