Anda di halaman 1dari 23

BENGKEL ASAS MEMBACA: KAEDAH FONETIK

Afifah binti Ramli Aimuni binti Zakaria Siti Fairuz binti Mohd Saufi Taharah binti Abdullah PISMP PI/ BI/ BA 2 Semester 2
Pensyarah: Pn. Hajah Suhailah binti Shariff

Disediakan oleh :

1.Fonetik berasal daripada perkataan yunani (phone) bunyi atau suara yang membawa maksud kajian terhadap bunyi Fizikal percakapan manusia. 2.Bidang ini berkaitan dengan sifat fizikal bunyi , serta proses penghasilan fisiologi ,penerimaan auditori dan persepsi neurolofizikal.

3. Fonetik mengkaji unsur-unnsur bunyi bahasa yang digunakan di dalam peruturan. 4. Bunyi bahasa dikaji untuk membuat deskripsi bunyi-bunyi sesuatu bahasa , membuat penggolongan bunyi-bunyi tersebut dan membuat transkripsinya.

5. Membuat deskripsi bunyi dilakukan dengan menggunakan kesan-kesan pendengaran yang kita dapati dalam menuturkan bunyi-bunyi tersebut. 6. Membuat deskripsi bunyi adalah untuk kita mendeskripsi bagaimana bunyi-bunyi tersebut dituturkan, apa daerah sebutan yang terlibat, apa alat sebutan yana digunakan dan adakah pita suara degetarkan atau tidak.

7. Pengggolongan bunyi ataupun dikenali sebagai klasifikasi bunyi dilakukan dengan menggunakan maklumat dalam deskripsi bunyi tadi. 8. Maklumat tentang daerah sebutan, alat sebutan, kesan-kesan pendengaran bunyibunyi dan keadaan pita suara digunakan dalam deskripsi.

9. Kemudian barulah bunyi-bunyi tadi diklasifikasikan ke dalam dua golongan besar iaitu vokal dan konsonan. 10. Seterusnya vokal dan konsonan pula diklasifikasikan lagi kepada jenis-jenisnya. 11. Membuat transkripsi iaitu memberi lambang kepada bunyi-bunyi bahasa tersebut kerana bunyi diberi lambang fonetik, maka kita dapat membunyikan sesuatu huruf.

Empat cabang Fonetik


Fonetik penghasilan bunyi -Berkenaan penghasilan bunyi percakapan: kedudukan, bentuk ,dan pergerakan organ percakapan seperti bibir, lidah dan lipatan vokal.

Fonetik Akustik Berkenaan dengan sifat akustik percakapan : sifat gelombang bunyi, seperti kekerapan dan harmonik bunyi.

Fonetik Auditori- berkenaan dengan persepsi bunyi : bagaimana bunyi diterima oleh telinga dalam dan seterusnya ditafsirkan di dalam otak.

Fonetik Forensik- adalah kegunaan ilmu fonetik (sains percakapan bagi tujuan forensik (perundangan)

Cara Pelaksanaan
Membunyikan huruf:

Murid-murid diajar membunyikan hurufhuruf konsonan dan vokal berdasarkan bunyi-bunyi yang berkait dengan huruf tersebut. Contoh: - a disebut a, i disebut i (huruf vokal disebut seakan sama seperti kaedah abjad) - b disebut beh, c disebut ceh, k disebut keh.

Membatang dan membunyikan suku kata: Melalui kaedah ini, murid-murid membatang suku kata daripada huruf-huruf konsonan dan vokal. Bagi peringkat permulaan, penggunaan suku kata terbuka lebih digalakkan.

Contoh: ba, ka, ju, ki, ma, ta, be, se Kemudian, murid-murid diajar untuk membunyikan suku kata suku kata tersebut mengikut bunyi-bunyi yang telah ditetapkan.

Membunyikan perkataan / frasa / ayat:


Bagi kaedah ini, murid-murid diajar membina perkataan dengan menggunakan suku kata - suku kata yang telah dipelajari. Kemudian, murid-murid diajar untuk membunyikan suku kata suku kata tersebut menjadi satu perkataan yang bermakna. Contoh: ba + ju = baju ka + ki = kaki ma + ta = mata

Kelebihan Kaedah Fonetik


Huruf yang dilihat dapat dikaitkan dengan bunyi oleh murid. Penggunaan asosiasi dapat mempercepatkan proses mengingat. Murid dapat mengurangkan beban memori. Terdapat huruf-huruf tertentu yang lebih mudah boleh diperkenalkan dahulu

Kelemahan Kaedah Fonetik


Murid-murid lembap tidak sesuai belajar mengikut kaedah ini. Sesuai untuk murid-murid yang pandai. Persiapan awal oleh murid perlu dilakukan sebelum aktiviti membaca. Murid hendaklah mengetahui bunyi dan bentuk huruf terlebih dahulu. Kaedah ini lebih sesuai digunakan kepada murid yang telah mahir menyebut dan mengingat bunyi huruf yang telah diajarkan.

Rumusan Kaedah Fonetik


Kaedah Fonetik menggunakan bunyi-bunyian vokal dan konsonan untuk memperkenalkan perkataan. Contohnya bunyi vokal untuk e merupakan furuf vokal untuk perkataan emak. Contoh huruf konsonan pula iaitu huruf l boleh dikaitkan dengan objek lori. Maka, murid akan mengingati bunyi-bunyian vokal dan konsonan itu untuk dikaitkan dengan perkataan dan objek yang lain.

Alat Bantu Mengajar (ABM)

SEKIAN, TERIMA KASIH.