Anda di halaman 1dari 4

5.

Penulisan

Refleksi:

Kesan

penggunaan

teknik

intervensi

dalam

mengendalikan sesi temubual

Nama murid Kelas Masalah

: Nurul Zulaika : 6 UTM : (i) Keluarga miskin, kelengkapan yang serba kekurangan (ii) Keputusan akademik yang lemah

Teknik intervensi : Teknik Terapi Bermain

Teknik intervensi yang dipilih oleh kumpulan kami dalam mengendalikan sesi temubual ialah Teknik Terapi Bermain. Kami bermain dengan boneka sepanjang sesi perbualan. Menurut Choong Lean Keow (2010), apabila kanak-kanak bermain dengan boneka, mereka berpeluang untuk melakonkan pemikiran dan perasaan yang sukar untuk dilahirkan. Selain itu, mereka juga dapat menunjukkan emosi yang kuat seperti perasaan marah kepada boneka tanpa berasa serba salah, serta meluahkan perasaan secara selamat dan sihat. Kumpulan kami telah mengaplikasikan Model Lima Tahap Orton (1997) sepanjang sesi temubual. Kami menjalani sesi perbualan secara berstuktur. Berikut merupakan carta aliran yang kami jalani sepanjang sesi temubual bersama murid:

Langkah 1: Rasa diterima akibat hubungan erat yang terbina: Menjalin hubungan yang mesra dengan murid agar murid hilang ketakutan terhadap guru.

Langkah 2: Murid memilih boneka haiwan yang disukai.

20

Langkah 3: Luahkan perasaan yang terpendam secara catharsis: Sesi temubual tentang latar belakang dan masalah yang dihadapi oleh murid.

Langkah 4: Penerokaan peristiwa atau hubungan interpersonal yang mencetuskan pemikiran dan perasaan kurang selesa: Sesi temubual tentang punca dan faktor-faktor masalah yang dihadapi oleh murid.

Langkah 5: Bertindak ke atas alternatif penyelesaian yang dipilih, dan terus mencuba sehingga berjaya: Perkongsian cerita bersama murid. Guru memotivasi dan memberi khidmat nasihat kepada murid.

Rajah 1: Carta Aliran Sesi Temubual

21

Melalui sesi perbualan bersama Zulaika sepanjang 30 minit ini, kami telah berjaya mengesan punca dan faktor masalah yang dihadapi oleh murid. Nasihat yang disampai oleh guru turut diterima oleh murid. Pada permulaan sesi temubual, Zulaika kelihatan kekok dan tidak selesa apabila berdepanan dengan guru secara individu. Namun, Zulaika mula menerima apabila wujudnya watak-watak boneka. Zulaika menunjukkan minat dan senyum apabila guru menunjukkan boneka haiwan yang disukai. Tambahan pula, penggunaan boneka merupakan cara yang selamat bagi murid meluahkan perasaan secara catharsis. Zulaika memberitahu latar belakang dan masalah yang dihadapi melalui watak boneka arnab. Menurut Axline (Choong Lean Keow, 2010), guru sepatutnya membentuk suasana bersifat permisif supaya kanak-kanak bebas untuk melahirkan perasaan secara terbuka. Justeru, kami menerusikan perbualan dengan cara yang lebih menyenang dan tidak

membebankan murid, kami mendapati Zulaika mula memberi kepercayaan terhadap guru dan meluahkan perasaannya tanpa bantasan. Lantarannya, guru dapat mendekati dunia Zulaika dan mengenalpasti masalah yang dihadapi dengan lebih mendalam. Selain itu, guru juga dapat bergaul mesra dengan murid dan mula berinteraksi dengan murid secara bebas pada pertengahan sesi perbualan. Murid menjawab soalan yang dipersoal dengan hati yang terbuka. Sepanjang 30 minit ini, kami tidak sekadar berbual secara lisan, kami turut mendalami dunia Zulaika menerusi sesi melukis. Zulaika melukiskan peserkitaran rumahnya dan kelengkapan-kelengkapan yang terdapat dalam rumah. Kami mendapati rumah Zulaika kekurangan dengan kelengkapan yang membantunya untuk membuat ulangkaji. Zulaika membuat kerja rumah dan ulang kaji di atas lantai. Tambahan pula, rumah Zulaika yang perlu menampung seramai sebelas orang ini turut menyukarkan Zulaika untuk menumpukan perhatian terhadap pembelajarannya.
22

Zulaika turut bertanggungjawab atas makanan seharian bagi ahli keluarganya. Keadaan ini menyebabkan Zulaika kesuntukan masa untuk membuat ulangkaji. Pada akhir sesi perbualan, kami cuba memotivasi murid melalui cerita Perlumbaan kura-kura dan arnab. Zulaika bertepuk tangan apabila kura -kura memenangi pertandingan ini. Kami membuat refleksi bersama Zulaika. Zulaika mencerita semula apa yang telah dilihat dalam video yang ditayangkan. Kami meneruskan sesi perkongsian dengan membimbing murid untuk mendalami nilai pengajaran yang terkandung dalam cerita ini. Tambahan pula, kami turut menasihati beberapa cadangan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid. Zulaika menunjukkan keyakinan pada diri sendiri pada akhir sesi temu bual serta berjanji akan berusaha dengan gigih dan menguruskan masa dengan lebih baik pada masa akan datang. Zulaika tidak lupa untuk bersalaman dengan boneka biri-biri selepas sesi perbualan. Natijahnya, pemilihan teknik intervensi yang bersesuaian amat penting dalam mengendali bimbingan sesi temubual dengan murid. Penggunaan boneka sepanjang sesi perbualan ini memang membantu kami dalam menerokai dunia Zulaika dengan lebih mendalam.

23

Anda mungkin juga menyukai