Anda di halaman 1dari 5

PENGURUSAN TANAMAN PISANG PELUANG NIAGA TANAMAN PISANG DI MALAYSIA - Analisis Pasaran (Pisang) Semasa.

Berdasarkan Pembangunan Industri Makanan Bagi mencapai Sasaran Pelan Imbangan Dagangan (BOT) Jabatan Pertanian Malaysia, Buah pisang merupakan tanaman utama bagi negara Malaysia, Rujuk Jadual 1. Senarai Tanaman Utama Mengikut Pelan BOT Buah-buahan Belimbing Betik Jambu Batu Limau Mangga Nangka Tembikai Pisang Nanas Rambutan Durian Kelapa

* Sumber: Kementerian Pertanian & Asas Tani Malaysia Berdasarkan Jadual 2, dapat juga disimpulkan bahawa pengeluaran buah-buahan sedia ada di Malaysia masih bergantung kepada import dari luar negara. Sekiranya negara ingin memenuhi pasaran tempatan para pengeluar tanaman buah-buahan perlu meningkatkan pengeluaran hasil tanaman daripada 1.3 juta tan pada 2000 kepada 5.1 juta tan menjelang 2010, iaitu tahun depan. Perbezaan sebanyak 3.8 juta tan hasil buah-buahan merupakan peluang besar kepada pengusaha-pengusaha buah-buahan untuk direbut , kesannya secara selari akan meningkatkan permintaan terhadap pengeluaran anak pokok buah-buahan, termasuklah busah pisang. Menurut maklumat yang diperolehi dari Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA), potensi pasaran pisang Carvendish bagi tahun 2005 mencecah 19,023 MT berbanding 18,210 MT tahun sebelumnya, iaitu peningkatan sekitar 4.5 peratus . Ia merangkumi 63 peratus pasaran domestik dan eksport yang masing- masing berjumlah 11,908 MT. Potensi pasaran pisang Carvendish bagi tahun 2006 diramal 19,916 MT, naik 4.7 peratus berbanding tahun 2005. PASARAN DUNIA Berdasarkan Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO) dianggarkan statistik pengeluaran pisang untuk eksport pada tahun 2004 ialah sebanyak 14.7 juta tan (dengan nilai USD10 billion) dan meningkat lagi pada tahun 2006 iaitu mencecah 16.8 juta tan, dengar nilaian USD5.8 billion. Ia dijangkakan terus meningkat dari tahun ke tahun pada masa akan datang kerana permintaan terhadap makanan tidak akan putus ditambah lagi dengan populasi manusia semakin meningkat saban tahun.

Peluang dalam sektor pertanian cukup luas dan memberangsangkan, ia berdasarkan keadaan ekonomi semasa yang semakin tenat yang berkadar sonsang dengan permintaan dan penawaran produk berasaskan pertanian. Iaitu rakyat lebih peka untuk membuat 'Belanjawan Berhemat' bagi membeli sesuatu barangan keperluan. Barangan keperluan asas adalah merupakan awlawiyat (keutamaan) yang patut didahulukan. Sedikit fakta yang ingin dikongsikan bersama; Sony akan menutup 4 daripada 7 kilang bagi mengecilkan operasi & pengeluaran barangan elektronik , kilang Intel ditutup, 150,000 pekerja kilang (elektrik & elektronik) bakal diberhentikan pada tahun ini, pasaran kereta Honda jatuh merundum dan ia terburuk dalam sejarah sejak 31thn dll. Keperluan asas seperti makanan@pertanian dijangka akan mengalami peningkatan mendadak disebabkan berlakunya krisis ekonomi, ia mungkin sebagai langkah jaminan terhadap bekalan makanan (food security) supaya tidak berlaku seperti krisis Beras sepertimana tahun lalu. Sekian, hanya pandangan berdasarkan analisis maklumat dan keadaan ekonomi semasa. BAHAN TANAMAN TANAH TANAH GEMBUR KEDALAMAN ANTARA 100 150 SM TIDAK DIBANJIRI AIR TERDAPAT PUNCA AIR UNTUK PENYIRAMAN TIDAK TERLALU TINGGI ATAU CURAM Sulur Benih tisu kultur.

PENYEDIAAN TANAH NILAI pH ANTARA 5.5 6.5 (LAKUKAN PENGAPORAN) KAWAL RUMPAI DENGAN SEMPURNA PECAHKAN TANAH - RIPPER , BAJAK PIRING & PUTAR LINING

JARAK TANAMAN TANAMAN MONO 9 x 9 atau 9.5 x 9.5 TIGA SEGI : 554 617 POKOK/EKAR DOUBLE HEDGE : 8 x 8 x 12 TIGA SEGI : 620 POKOK / EKAR

SELINGAN KELAPA / KELAPA SAWIT

DUA BARIS 1.5m x 2.5m TIGA SEGI : 600 POKOK/EKAR LUBANG TANAMAN 1 x 1 DAN KEDALAMAN 1 GAULKAN BAJA FOSFAT DAN ORGANAN. TABURKAN FURADAN 3G DI DASAR LUBANG. TANAM BENIH & KAMBUS KEDALAMAN LUBANG. KAMBUS LUBANG SEPENUHNYA : POKOK = 3 TINGGI.

PEMBAJAAN AKTIVITI TERPENTING DALAM PENANAMAN PISANG LAKUKAN PEMBAJAAN SECARA BERJADUAL GUNAKAN BAJA YANG BETUL DAN SESUAI APLIKASIKAN DENGAN CARA DAN KADAR YANG DISYORKAN JIKA TIADA PENGAIRAN BILA ADA HUJAN

KEPERLUAN AIR KEPERLUAN AIR TANAMAN PISANG ADALAH TINGGI BERLEBIHAN SEPERTI BANJIR : MEMUDARATKAN POKOK TERENDAM AIR TIDAK LEBIH 48 JAM : BUSUK AKAR 10 MM HUJAN : 2 3 KALI / MINGGU PALING IDEAL : SISTEM PENGAIRAN MASA PALING KRITIKAL : KETIKA BERJANTUNG

KAWALAN SULUR PUSINGAN PEMANGKASAN : PUSINGAN 30 45 HARI PANGKAS KE PARAS MATA TUNAS SIMPAN 1 POKOK PENURUT : INDUK BERUMUR 5-6 BULAN PILIH SULUR PEDANG YANG DALAM SAHAJA PILIH SULUR YANG SESUAI ORIENTASINYA SETIAP MASA HANYA ADA 1 INDUK DAN 1 PENURUT SAHAJA

KAWALAN RUMPAI PANGKAL POKOK BEBAS RUMPAI : PERSAINGAN SUNGKUPAN DISEKELILING PERDU PALING SESUAI RACUN RUMPAI PALING SESUAI : BASTA 15

CANTASAN DAUN SIMPAN SEMUA DAUN SIHAT : 10 12 HELAI PANGKAS HANYA DAUN TUA DAN BERPENYAKIT TIDAK DIPANGKAS : KEBUN LEMBAP : PENYAKIT TEMPAT BERLINDUNG PERUSAK POKOK PISANG DAUN KERING : SUNGKUPAN TANAH

PENYAKIT TANAMAN PISANG LEAF SPOT DISEASES BINTIK DAUN SIGATOKA BINTIK DAUN CORDANA BINTIK DAUN SPECKLES & FRECKLES KARAT DAUN PISANG PENYAKIT SOIL BORNE PENYAKIT LAYU PANAMA PENYAKIT BACTERIAL HEAD ROT PENYAKIT-PENYAKIT BUAH PENYAKIT CROWN ROT (BUAH) PENYAKIT ANTHRACNOSE (BUAH) PENYAKIT CIGAR END ROT (BUAH) PENYAKIT JOHNSON SPOT (BUAH)

PEROSAK TANAMAN PISANG NEMATOD EKTOPARASIT ENDOPARASIT BURROWING NEMATODES PENGOREK UMBI / BATANG PENGOREK UMBI PENGOREK BATANG PERUSAK-PERUSAK BUAH LALAT BUAH KUTU TERITIP

13. PEMANGKASAN JANTUNG PENGELUARAN JANTUNG P. BERANGAN c.v JUITA : 7 10 BULAN (40%:50%:10%) P. TANDUK LANG KUNING : 7 10 BULAN (30%:50%:20%) DIPANGKAS SELEPAS SISIR TERAKHIR TERBENTUK 10 14 HARI SELEPAS JANTUNG KELUAR SELEPAS PANGKASAN JANTUNG BALUT TANDAN KARUNG PLASTIK BIRU KARUNG KERTAS MAKANAN AYAM TANDAKAN DENGAN WARNA DITANGKAI BAWAH TANDAN

PEMUNGUTAN HASIL PISANG BERANGAN c.v JUITA : 11-12 MINGGU TANDUK LANG KUNING : 60 80 HARI KERETA SORONG DILAPIK SPONGE/TILAM TANDAN TIDAK TERDEDAH KEPADA PANAS MATAHARI

ANALISA EKONOMI BAGI PROJEK 10 EKAR ANDAIAN KELUASAN 10 EKAR DENGAN DENSITI ,6000 POKOK ANDAIAN TIADA SISTEM PENGAIRAN ANDAIAN TIADA MENGALAMI MUSIM KEMARAU BERPANJANGAN ANDAIAN HARGA KEKAL SEPERTI SEKARANG I.E RM1-30/KG ANDAIAN MENGGUNAKAN TENAGA BURUH ASING 2 ORANG MENGAMBIL CONTOH TANAMAN PISANG BERANGAN C.V JUITA

ANALISA EKONOMI BAGI PROJEK 2.5 EKAR @ 1 Ha ANDAIAN KELUASAN 1HA DENGAN DENSITI ,1,500 POKOK ANDAIAN TIADA SISTEM PENGAIRAN ANDAIAN TIADA MENGALAMI MUSIM KEMARAU BERPANJANGAN ANDAIAN HARGA KEKAL SEPERTI SEKARANG I.E RM1-30/KG ANDAIAN MENGUSAHAKAN SENDIRI

PENUTUP Diharapkan kertas kerja ringkas penanaman pisang ini dapat dijadikan panduan asas kepada parapara usahawantani yang berminat ingin menceburi sektor pertanian masakini. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, bolehlah bertanya kepada mana-mana Jabatan Pertanian yang berhampiran di kawasan anda. Terdapat cara-cara yang efektif untuk menjimatkan kos pengurusan dan meningkatkan hasil pertanian, maklumat ini akan saya masukkan dalam terbitan saya pada edisi keluaran akan datang. Semoga berjaya *** PENAFIAN: Penulis tidak akan bertangungjawab diatas sebarang masalah dan kesalahan yang berlaku sekiranya terjadi perkara-perkara yang tidak diigini.