Anda di halaman 1dari 8

1 Kecanggihan Internet - kemampuannya mengatasi sempadan

geografi

2 Perlukah internet dikawal selia

3 Klasifikasi Jenayah siber

4 Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya

5 Kepentingan ekonomi

6 Berbeza takrifan jenayah

7 Kepentingan ketenteraan

8 Sikap manusia

9 Kesimpulan

Kecanggihan Internet - kemampuannya mengatasi sempadan


geografi

Keupayaan Internet sebagai alat komunikasi jauh mengatasi alat-alat


komunikasi yang ada sekarang. Percetakan, telefon dan televisyen
telah berzaman memainkan alat yang penting dalam media untuk
menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Namun,
bahan-bahan media ini penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan
tidak interaktif seperti Internet. Ini membolehkan pengawalan
maklumat dilakukan secara berkesan. Malah kebanyakan negara
mempunyai peruntukan undang-undang yang mengawal percetakan
dan kandungan televisyen. Di Malaysia contohnya, sebarang
percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit
yang sah. Peruntukan undang-undang yang sedia ada seperti Akta
Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988, Akta
Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 membataskan maklumat-
maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada orang ramai

Bahan media yang tradisional juga dibatasi oleh had geografi.


Penyebaran buku, makalah dan surat khabar memerlukan kos, tenaga
manusia, infrastruktur jalan dan kemudahan kenderaan. Kesemua
faktor ini membataskan penyebaran maklumat dan pada masa yang
sama memudahkan pengawalan maklumat.

Perbezaan antara Internet dan bahan media yang sedia ada amatlah
nyata kerana Internet adalah satu platform yang menyediakan
maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji selidik dari
seluruh dunia. Internet memungkinkan seseorang menyebarkan
maklumat dan berinteraksi dengan orang lain yang mungkin beribu-
beribu batu jauhnya.

Perlukah internet dikawal selia

Pengawal seliaan bahan-bahan media dan cetak adalah satu praktis


yang sudah lumrah di negara membangun dan juga di kebanyakan
negara maju. Dengan perkembangan Internet, timbullah tanda tanya
sama ada Internet harus dikawal selia atau tidak.

Namun pihak kerajaan Malaysia mengambil langkah yang positif untuk


tidak menapis dunia siber. Ini termaktub dalam rang undang-undang
jaminan yang dijanjikan oleh kerajaan Malaysia dengan syarikat-
syarikat Koridor Raya Multimedia. Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 juga mengisytiharkan bahawa tiada suatu pun
peruntukan di bawah akta tersebut yang membenarkan sebarang
penapisan maklumat berlaku.

Prinsip ini adalah berdasarkan pendapat bahawa pengawalan


maklumat hanya akan memberikan kesan yang negatif kepada
perkembangan teknologi komunikasi yang canggih ini.

Ini berbeza sekali dengan sesetengah negara yang mengambil


pendirian yang jauh lebih agresif. Negara-negara seperti Cuba dan
China, mengamalkan penapisan maklumat secara total atau separa.
Mereka menganggap kandungan yang dibawa di dalam Internet
sebagai ancaman ideologi kepada penduduk mereka. Mereka lebih
suka penduduk mereka pasif, buta dan tidak celik kepada maklumat
dan perkembangan dunia terkini.

Banyak juga negara yang bersikap sederhana dan menapis hanya


maklumat yang mungkin merosakkan fikiran orang awam.

Kebebasan bersuara yang sedia ada seharusnya tidak disalahgunakan.


Namun demikian jika adapun penyebar maklumat palsu ataupun pihak
pembangkang sesuatu kerajaan menggunakan internet untuk
menyebarkan ideologinya, ia bukannya satu ancaman serious. Pihak
kerajaan masih ada cara lain untuk mengatasinya contohnya adalah
dengan cara meningkatkan ilmu pengetahuan rakyat dan
menyebarkan berita yang benar di media cetak atau TV. Dengan cara
ini orang ramai akan dapat mempertimbangkan kebenaran. Tapi
bagaimana dengan jenayah siber yang lain. Bolehkah kita bertolak
ansur dengan jenayah siber yang boleh membawa ancaman kepada
masyarakat dan tamadun ?

Klasifikasi Jenayah siber

Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan


dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah
atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input,
pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah
digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah
siber yang biasa kita dengar

1. Penipuan
2. Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data
komputer.
3. Kecurian maklumat.
4. Capaian secara tidak sah keatas sistem
5. Menyalin perisian secara tidah sah.
6. Pengintipan
7. Judi siber
8. Skim cepat kaya
9. Pornography
10.Hacker
11.Penyebaran virus

dan banyak lagi dan mungkin juga kita akan berhadapan dengan
bentuk jenayah baru selaras dengan kepesatan pembangunan
komputer .Isu yang ingin di bincangkan di sini bukanlah berkenaan
bagaimana jenayah dilakukan tetapi mengapakah jenayah ini sukar
dibendung. Antara beberapa faktor yang dikenal pasti ialah

1. Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya


2. Kepentingan ekonomi
3. Berbeza takrifan jenayah
4. Kepentingan ketenteraan
5. Sikap manusia "Human attitude"

Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya

Siapakah penjenayah siber? Apakah jenayah yang dilakukan? Di mana


jenayah dilakukan? Soalan-soalan yang sukar di jawab. Kalau jenayah
lain senang dikenali contohnya perompak tentu sekali memegang
senjata , penculik tentu sekali meminta wang tebusan tetapi
bagaimana mengenali penjenayah siber. "Satu masalah utama untuk
membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah untuk
menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana,
dan dari mana," Michael A. Vatis dari FBI.Umumnya penjenayah siber
adalah golongan berpengetahuan ataupun profesional. Munkin kawan
kita , mungkin pelajar, mungkin profesor atau siapa sahaja. Mereka
akan melakukan jenayah terhadap intitusi mereka sendiri atau intitusi
persaing atau mereka diupah oleh pihak tertentu contohnya

Businesses may be targetted by their competitors,employees and ex-


employees Banks and financial institutions by professional criminals
Universities may be targets of students and former students
Government and Utility companies by terrorists and information
warriors Military computers may be targetted for espionage

Kalaulah orang yang melakukan jenayah tidak di kenali undang-undang


yang di rangka untuk membendungnya tidak akan bermakna. Di
amerika yang canggih teknologinyapun gagal mengesan perancang
trajedi 11 september. Semasa Peristiwa 11 September 2001, 19 orang
perampas kapal terbang memasuki Amerika Syarikat dengan
menggunakan visa yang sah. Selain secara peribadi, mereka
berhubung melalui Internet atau membuat panggilan telefon dengan
menggunakan kad prabayar untuk merancang serangan terhadap New
York dan Washington. Mereka akhirnya dalam misi mereka.

Kepentingan ekonomi

E-commerce dan K –ekonomi menjadi begitu penting sekarang. Dalam


era globalisasi sekarang sesebuah negara akan ketinggalan jika masih
bergantung kepada kaedah traditional sahaja dalam urusan ekonomi.
Mereka perlu bergerak seiring dengan negara-negara yang
mengamalkan K- ekonomi. Bagi negara-negara membangun kepakaran
dalam bidang teknologi maklumat amat terhad. Untuk mengatasi
masalah ini mereka perlu membuka pintu untuk perlaburan luar.
Malaysia contohnya telah membina Multimedia Super Corridor (MSC),
iaitu sebuah kawasan seluas 15 km x 50 km selatan Kuala Lumpur.
MSC mensasarkan untuk menarik syarikat teknologi bertaraf dunia
menggunakan MSC sebagai pusat untuk mengujian teknologi. Tujuh
aplikasi perdana telah dibentuk untuk mengujudkan aktiviti di dalam
MSC. Ianya terdiri daripada sekolah bestari, kad pintar,teleperubatan,
kluster R&D, kerajaan elektronik, rangkaian pengilangan sedunia dan
pemasaran tanpa sempadan.

Untuk menarik pelaburan asing yang berstatus MSC Malaysia telah


memperkenalkan sebuah senarai yang dikenali sebagai Rang Jaminan
(Bill of Guarantees) yang antara jaminannya ialah tiada pernapisan
internet.selain malaysia banyak negara lain mengambil langkah yang
sama contohnya Indonesia, india , mexico dan boleh dikatakan semua
negara maju tidak menapis internet. Tidak menapis internet bermakna
semua orang boleh menggunakan internet dengan bebas ini
termasuklah penjenayah siber. Oleh itu tidak bermakna dirangka
undang-undang jenayah siber. Beberapa contoh peristiwa akibat tiada
penapisan internet : melalui alam siber Zapatista National Liberation
Army di Mexico semakin bertenaga dalam menegakkan perjuangan
mereka , aktivis siber di Indonesia berjaya menumbangkan rejim
Suharto pada bulan Mei 1998, Pelampau Hindu yang merobohkan
masjid pada awal tahun 1990-an dan menyerang penganut Kristian
pada akhir tahun 1990-an terdiri daripada golongan pekerja di India
yang menggunakan kaset video dan Internet untuk menyebarkan
mesej serta tragedi 11 sept juga menggunakan komunikasi internet.

Berbeza takrifan jenayah

Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi untuk membincangkan jenayah


siber ini, terlebih dahulu marilah kita lihat terlebih dengan definisi
jenayah siber itu sendiri. Jenayah membawa maksud aktiviti seperti
kecurian, penipuan, pemalsuan, peras ugut dan sebagainya. Jenayah
komputer pula melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan
seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang
melibatkan jenayah.

Walau bagaimana, definisi yang lebih baik dan komprehensif telah


dibuat oleh Mr Donn B. Parker seorang penyelidik di dalam jenayah
komputer dan keselamatan untuk SRI International di Menlo Park,
California. Beliau menyatakan bahawa jenayah komputer adalah mana
perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer
melalui apa-apa cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh
menyebabkan penderitaan, kerugian dan berterusan.

Jabatan Kehakiman US menguatkan lagi definisi ini dengan


mengatakan bahawa jenayah komputer adalah mana-mana aktiviti
yang tidak sah dimana pengetahuan mengenai teknologi komputer
digunakan untuk merealisasikannya.

Namun demikian kita harus akui bahawa ujudnya takrifan jenayah


siber antara negara. Bagi negara-negara islam judi, pornography,
pengiklanan sex adalah suatu jenayah tetapi bukan jenayah
dikebanyakan negara.contohnya di America syarikat hal-hal sebegini
dianggap remeh hanya pornography kanak-kanak saja dianggap
jenayah . Mereka lebih memberi tumpuan kepada keselamatan dan
perdagangan. Berbagai –bagai undang yang berkait rapat dengan
keselamatan dan perdagangan di rangka seperti trademark low,
copyright low,undang yang berkaitan hacker dan penyebaran virus dan
sebagainya. Dengan adanya takrifan yang berbeza ini sukar untuk
dikuatkuasakan undang-undang siber. Dimalaysia yang terikat dengan
janji tidak menapis internet

Kepentingan ketenteraan

Dunia tanpa sempadan menjanjikan peluang serta ancaman,


kesejahteraan serta kemusnahan, dan keamanan serta peperangan.
Akibat semakin saling berhubungan, maka sistem dan rangkaian
maklumat kini terdedah kepada pelbagai ancaman dan mudah
diserang. Keadaan ini mewujudkan isu baru tentang keselamatan,
seperti yang disebut dalam OECD Guidelines for the Security of
Information Systems and Networks: Towards A Culture of Security.
Sesetengah negara, seperti Amerika Syarikat meletakkan perlindungan
daripada serangan berasaskan siber dan jenayah teknologi tinggi
sebagai salah satu keutamaan yang penting. Ekoran Peristiwa 11
September kerajaan dalam OECD merangka Garis Panduan
Keselamatan Sistem dan Rangkaian Maklumat yang baru untuk
bertindak balas terhadap keganasan siber, virus komputer,
penggodaman, dan ancaman lain.

“Walaupun Zaman Maklumat ini menjanjikan kecekapan yang semakin


meningkat, namun keselamatan negara lebih sukar untuk diurus,” kata
Eliot A. Cohen, pakar strategi dan kuasa ketenteraan, semasa
Persidangan Tahunan Keenam di Abu Dhabi. Teknologi maklumat bukan
sahaja mengaburkan sempadan antara perkhidmatan dan sempadan
antara dunia ketenteraan dengan dunia awam, tetapi juga
mengaburkan sempadan keselamatan.

Peperangan zaman teknologi maklumat bukan sahaja peperangan


yang melibatkan kekuatan fizikal ketenteraan sahaja malahan
peperangan ilmu pengetahuan. Pihak musuh akan menggunakan
teknologi ini untuk menyerang sistem komputer kita. Serangan
dilakukan dengan berbagai cara temasuklah mencuri maklumat dan
merosakkan sistem .kita sebagai pihak yang diserang perlu
melengkapkan diri dengan ilmu bagaimana mempertahankan diri dan
menyerang balas. Situasi ini secara tidak lansung akan menggalakkan
ilmu bagaimana untuk menceroboh sistem dan merosakkan komputer
berkembang. Secara tidak langsung hacker dilahirkan. Hacker ini jika
disalahgunakan terhadap awam akan menjadi jenayah jenayah. Dalam
masa undang undang siber di rancang dan dalam masa yang sama
kita melahirkan hacker. Sampai bila masaalah ini akan selesai.

Sikap manusia

Sikap manusia memang sesuatu yang sukar di kawal. Kita tidak boleh
mengubah attitude sesaorang melainkan orang itu sendiri
mengubahnya. Jenayah siber sering dilakukan oleh manusia yang
mempunyai attitude negetif. Mereka menyerang sistem hanya sekadar
suka-suka ataupun mencuba ilmu yang baru mereka pelajari.
Kebanyakan mereka ini adalah remaja ataupun dalam lengkongan 20
an. “Pertumbuhan penduduk dunia kira-kira 20 peratus hingga tahun
2010, dengan 95 peratus daripadanya berlaku di negara membangun,
dan kemunculan golongan remaja, berdasarkan pengalaman sejarah,
merupakan faktor utama ketidakstabilan.” Leftenan Jeneral Patrick M.
Hughes, Pengarah Agensi Perisikan Pertahanan, Amerika Syarikat
menyatakan kebimbangan ini kepada Jawatankuasa Perkhidmatan
Bersenjata Senat pada Februari 1997.

Golongan remaja mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka belum


cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah yang mereka
lakukan. Lebih malang kerana kecanggihan teknologi gagal mengenal
pasti penceroboh. Misalnya, pada Februari dan Mac 2000,
pencerobohan telah berlaku terhadap lebih 500 sistem komputer
tentera, kakitangan kerajaan, dan sektor swasta di Amerika Syarikat.
Ketika itu Amerika bersiap sedia dengan angkatan tenteranya di Teluk
Parsi ekoran ketegangan antara Iraq dengan pemeriksa senjata
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Apabila berlaku pencerobohan
sedemikian, pihak berkuasa Amerika Syarikat mengesyaki Iraq, tetapi
terbukti bahawa pihak yang bertanggungjawab ialah dua orang juvenil
dari Cloverdale, California, dan beberapa orang penduduk Israel.

Soalnya dari mana remaja atau mereka yang gemar menceroboh


mempelajari ilmu ini. Mereka ini sebenarnya mahir tentang komputer.
Mereka bukan belajar khusus untuk menceroboh tetapi dengan
mempelajari ilmu komputer secara tidak lansung mereka boleh
mencuba untuk menceroboh sistem atau cuba mencipta virus. Oleh itu
semakin tinggi teknologi IT berkembang semakin tinggi juga teknologi
bagaimana jenayah dilakukan.

"Pembangunan teknologi meningkatkan keselamatan sistem maklumat


secara keseluruhan," kata Gillespie dan Nakatomi dari Direktorat Sains,
Teknologi, dan Industri OECD. "Namun begitu, teknologi juga
menyediakan kapasiti kepada bakal penyerang atau penceroboh untuk
melakukan penerobosan yang lebih pantas dengan kesan yang sangat
luas dan mendalam, yang sukar dijejak."

Oleh itu undang-undang siber tidak bermakna jika masih terdapat


orang yang bersikap negetif dan menggunakan kemajuan komputer ke
arah negetif.

Kesimpulan
Daripada perbincangan di atas cyber law tidak boleh kita harapkan
untuk melindungi kita dari ancaman jenayah komputer. Dalam dunia
tanpa sempadan serangan mungkin dilakukan beribu-ribe batu jauhnya
ataupun dari orang yang disebelah kita dan amat malang sekali kita
sukar mengenalli siapa mereka dan dari mana mereka menyerang kita.
Walau bagaimanapun kita kena mengambil langkah untuk melindungi
sistem komputer kita sendiri. Lengkapkan diri kita dengan iimu tentang
komputer dan mungkin kita boleh lindungi sistem komputer kita
dengan software yang ada dipasaran seperti anti virus, fire wall dan
apasaja security software yang lain

Anda mungkin juga menyukai