Anda di halaman 1dari 1

Wahai nasi, beritahu kami rahsia kamu; Bagaimana agaknya kamu boleh memikat semua orang?

Satu ketika kamu mesra dengan daging kambing varuval, Di ketika lain, kamu bergaul pula dengan daging ayam Ipoh yang empuk. Dan pada setiap pagi, kamu tidak pernah ketinggalan untuk bersama-sama ikan bilis, sambal dan telur buat sarapan. Di pesta kami yang meriah, kamu sentiasa di sana meraikannya bersama-sama Di Hari Raya, kamu menyertai kawan-kawan kamu dan membawa lemang dan ketupat. Deepavali tidak kan sama tanpa kamu yang memberikan warna paling menarik untuk dijadikan kolam. Dan di ambang Tahun Baru Cina, kamu membawa keluarga dari jauh untuk pulang. Di Hari Gawai dan Kaamatan, kamulah punca semua orang menyambutnya! Mungkin rahsia kamu adalah kerana kamu tidak memilih; Tak kisahlah jika kami menggunakan penyepit, sudu dan garfu atau tangan. Kamu gembira berkongsi makanan dengan kami. Setiap hari, tatkala kami berkumpul bersama keluarga menikmati hidangan, Kamu sentiasa hadir untuk mengingatkan kami tentang rahsia sebenar Bahawa kita semua berkongsi 1 periuk nasi yang dipenuhi, satu demi satu, dengan pengorbanan, kerja keras dan perpaduan mereka yang hadir sebelum kita. Dan kita semua berkongsi 1 tanggungjawab untuk terus mengisi periuk nasi ini, bersama-sama untuk mereka yang akan hadir selepas kita. Kekuatan kita yang paling utama adalah satu sama lain Semoga semangat 1 periuk nasi yang dikongsi bersama akan terus menjadikan kita paling istimewa.

Anda mungkin juga menyukai