Anda di halaman 1dari 1

Kepada yang nak try ni resepinyer...simple jer..

Bahan-bahannya: 1 cawan ikan bilis yang telah dibersihkan 1 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1 inci belacan 3 sudu cili kering mesin halus 2 sudu air asam jawa 2 sudu besar minyak untuk menumis Garam, gula & air secukupnya Cara membuatnya: 1) Ikan bilis digoreng garing dan diasingkan. 2) Bawang merah, bawang putih dan belacan ditumbuk lumat. 3) Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk. Tumis hingga kuning. 4) Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga pekat. 5) Masukkan air asam jawa, gula dan garam. 6) Jika pekat bolehlah masukkan sedikit air. Air tak boleh banyak cukup hanya untuk tidak hangus sahaja. 7) Bila minyak tumis dah terbit bolehlah masukkan ikan bilis dan tutup api. 8) Ikan bilis jangan ditumis lama takut nanti tak garing dan liat. Sedia untuk dihidangkan.
v

Anda mungkin juga menyukai