Anda di halaman 1dari 78

Jan

2013

January 2013

2.0 Mengkaji Kembali Cara Pembelajaran Pelajar Abad ke-21


2.0 Rethinking Learning The 21st Century Learner

transforming education through the Internet

104

Mengkaji Kembali Cara Pembelajaran Pelajar Abad ke-21


TUGASAN:
Mengkaji kembali cara pembelajaran pelajar abad ke-21

OBJEKTIF:
Memberi motivasi dan merangsang tenaga pengajar untuk menerima kaedah pengajaran yang baru.

TEMPOH MASA:
10 minit

ALATAN DIPERLUKAN:
Video (Link): www.youtube.com/watch?v=rvyP-cwpHN8 Slaid PowerPoint 001

PANDUAN PENGGUNA
Mengkaji Kembali Cara Pembelajaran Pelajar Abad ke-21 Paparkan petikan di bawah menggunakan slaid PowerPoint.

Bincang tentang perubahan yang telah berlaku dalam dunia pembelajaran dan pengajaran. Mainkan video How will you teach me in the 21st century ? Bincangkan tentang peranan guru dalam merealisasikan perubahan ini.

powered by

2.1 Bagaimana Menggunakan Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan (Pengguna: Guru)


2.1 How to Use Your Classroom Resource as an Assignment (User: Staff)

transforming education through the Internet

106

Bagaimana Menggunakan Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan


TUGASAN:
Menggunakan sumber pembelajaran sebagai tugasan.

OBJEKTIF:
Memastikan para peserta memahami cara untuk menambah Text Activity Widget ke dalam sumber pembelajaran mereka.

TEMPOH MASA:
20 minit

ALATAN DIPERLUKAN:
VIDEO 2.1 Bagaimana Menggunakan Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan Komputer Papan putih Pen penanda Buku nota Projektor Kertas & pen

TATACARA:
1. PENGENALAN Jurulatih akan menerangkan tujuan sesi ini diadakan. Jurulatih akan menerangkan bagaimana sumber pembelajaran boleh diubah kepada aktiviti dengan menggunakan Text Activity Widget. Para pelajar akan dikehendaki untuk menyerahkan jawapan-jawapan mereka dengan menaip di dalam Text Activity Widget. Jawapan ini kemudian akan diserahkan kepada guru-guru untuk tujuan pemarkahan. 2. VIDEO - Bagaimana Menggunakan Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan Jurulatih akan memainkan klip video dan meminta peserta mengikuti panduan yang diberikan. 3. SESI IMBASAN Jurulatih akan mengimbas semula objektif sesi ini dan membuka ruang untuk sebarang pertanyaan.

powered by

transforming education through the Internet

107

Panduan Pengguna
Bagaimana Menggunakan Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan Semua laman yang dihasilkan dalam VLE boleh dijadikan sebagai tugasan dan diberi kepada pelajar untuk disiapkan. Contoh tugasan yang boleh diberi ialah memberi arahan kepada pelajar untuk membaca kandungan laman atau memuat naik fail untuk disemak. Bagi membolehkan pelajar menghantar tugasan mereka, dua jenis Activity Widgets di dalam Content Panel boleh digunakan. Text Activity Widget. Widget ini membolehkan guru memasukkan arahan untuk tugasan yang akan diberi. Setelah tugasan dihantar kepada pelajar, pelajar boleh memasukkan pula jawapan mereka dan menghantar tugasan tersebut kepada guru mereka untuk disemak. File Drop Widget. Pelajar boleh memuat naik fail yang ingin disemak oleh guru dengan menggunakan widget ini. Terdapat tetapan untuk menentukan bahawa hanya pengguna yang memuat naik fail sahaja yang boleh melihat fail tersebut. Tetapan ini berguna jika seluruh kumpulan memuat naik fail. Ia juga boleh ditetapkan untuk membenarkan pengguna memadamkan fail setelah dimuat naik. Activity Widgets boleh digunakan bersama dengan widget lain. Anda boleh memasukkan widget Text, Media (imej, video atau fail audio), Forums dan Wall untuk membuatkan laman anda menjadi lebih menarik. Guru boleh menghantar mesej kepada para pelajar atau kumpulan yang diberi tugasan, secara individu ataupun secara berkumpulan. Ini dapat membantu pelajar menyelesaikan kemusykilan mereka dengan mudah dan pantas. Setiap komunikasi antara pelajar dan guru akan muncul dalam panel Notification. Menambah Activity Widgets Dalam Laman Buka laman yang ingin dijadikan sebagai tugasan. Anda boleh mengaksesnya dari Sites di Resource Manager.

powered by

transforming education through the Internet

108

Langkah pertama, masukkan widget Text Activity ke dalam laman anda. Untuk memasukkan widget ini, klik Edit di sebelah kiri skrin untuk memaparkan Content Panel.

Tambahkan tab baru dalam halaman dan namakannya sebagai Assignments. Pelajar akan mengakses tugasan mereka di halaman ini. Di Content Panel, klik pada tab Widgets. Pilih widget Text Activity dan seret widget tersebut masuk ke dalam kotak kandungan di dalam halaman.

powered by

transforming education through the Internet

109

Masukkan arahan untuk pelajar ke dalam kotak teks di bahagian Settings. Teks yang ditaip kemudiannya akan muncul dalam widget Text Activity di halaman tersebut.

Klik Save Changes untuk menyimpan perubahan.

Widget File Drop perlu digunakan bersama widget Text. Pilih widget Text dan tarik widget itu ke dalam kotak kandungan pada halaman anda.

Klik dua kali pada sample text yang tertera pada kotak kandungan.

powered by

transforming education through the Internet

110

Taipkan arahan ke dalam kotak teks di dalam Content Panel. Teks yang ditaipkan akan muncul dalam widget Text di halaman anda.

Pilih widget File Drop dan tarik widget tersebut ke dalam kotak kandungan di halaman anda.

Klik dua kali pada kotak kandungan File Drop yang tertera di halaman.

powered by

transforming education through the Internet

111

Di Content Panel, gunakan menu ke bawah untuk menentukan sama ada pelajar dibenarkan untuk melihat fail-fail lain dalam File Drop atau sebaliknya. Pilihan yang tersedia ketika ini ialah:

Individual. Pengguna hanya boleh melihat fail yang dimuat naik olehnya. Group. Pengguna boleh melihat dan memuat turun semua fail yang dimuat naik oleh pengguna yang lain.

Untuk membenarkan pelajar memadamkan fail setelah muat naik, klik kotak tanda. Klik butang Save Changes untuk menyimpan perubahan.

Kemudian, klik butang x untuk menutup Content Panel.

Tugasan anda kini sedia untuk dihantar kepada pelajar.

powered by

2.2 Bagaimana Menghantar Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan (Pengguna: Guru)


2.2 How to Assign Your Classroom Resource (User: Staff)

transforming education through the Internet

113

Bagaimana Menghantar Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan


TUGASAN:
Menghantar sumber pembelajaran sebagai tugasan.

OBJEKTIF:
Memastikan peserta memahami cara mengagihkan tugasan dan menghantar mesej kepada pelajar dan kumpulan.

TEMPOH MASA:
20 minit

ALATAN DIPERLUKAN:
VIDEO 2.2 Bagaimana Menghantar Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan Komputer Papan putih Pen penanda Buku nota Projektor Kertas & pen

TATACARA:
1. PENGENALAN Jurulatih menerangkan tujuan sesi ini diadakan. Dalam sesi ini, anda akan ditunjukkan cara untuk menghantar sumber pembelajaran sebagai tugasan serta cara menghantar mesej kepada pelajar dengan menggunakan fungsi Assign. Menghantar tugasan dengan cara ini mempunyai kebaikan berikut: Mesej yang konsisten. Tugasan yang sama boleh dihantar kepada pelajar dan kumpulan yang berbeza. Aktiviti yang berunsur interaktif. Tugasan boleh melibatkan pelbagai format media termasuk imej, video, forum dan pautan luar. Ini akan menjadikan pembelajaran menjadi satu pengalaman yang lebih menyeronokkan untuk pelajar.
powered by

transforming education through the Internet

114

Maklum balas formatif Fungsi mesej dalam Assignments boleh digunakan untuk memberi maklum balas sebelum, semasa dan selepas sesuatu tugasan dikembalikan. Ini dapat membantu para pelajar untuk menghasilkan kualiti tugasan yang lebih baik. 2. VIDEO- Bagaimana Menghantar Sumber Pembelajaran Sebagai Tugasan. Jurulatih memainkan klip video dan meminta peserta mengikut arahan pada video itu. 3. SESI IMBASAN Jurulatih mengimbas kembali objektif sesi dan membuka sesi soal jawab.

Panduan Pengguna
Klik Share di Frog Bar. Setelah itu, tetingkap Share atau Assign akan terbuka.

Klik Assign.

powered by

transforming education through the Internet

115

Isikan maklumat berkaitan dan masukkan nama tugasan anda ke dalam ruang Assignment Name. Gunakan menu ke bawah Subject untuk memilih mata pelajaran yang bersesuaian dengan tugasan tersebut.

Dalam ruangan Recipients, taipkan nama pengguna atau kumpulan yang bakal menerima tugasan ini.

Setelah selesai, klik butang Add untuk memasukkan nama tersebut ke dalam senarai.

Klik Next untuk meneruskannya.

powered by

transforming education through the Internet

116

Klik kotak tarikh di sebelah Assignment available from untuk menentukan tarikh mula dan tarikh akhir tugasan tersebut. Gunakan kalendar yang terpapar untuk memilih tarikh anda.

Setiap aktiviti tugasan boleh mempunyai tarikh serahan masing-masing. Klik kotak tarikh di ruang Activities untuk menetapkan tarikh serahan yang dikehendaki bagi setiap aktiviti yang diadakan.

powered by

transforming education through the Internet

117

Masukkan arahan ke dalam ruangan Instructions. Arahan ini perlu berbeza dengan arahan yang dimasukkan ke dalam widget Text Activities.

Untuk mendapat maklum balas pelajar tentang tugasan yang diberi, klik kotak Ask for Self Evaluation.

Kemudian, klik butang Assign yang berwarna biru untuk menghantar tugasan anda.

Tugasan tersebut akan dihantar kepada pelajar yang telah anda senaraikan. Mereka akan menerima satu mesej di dalam panel Notification mereka tentang tugasan yang diberi.

powered by

2.3 Bagaimana Pelajar Menyiapkan Tugasan (Pengguna: Pelajar)


2.3 How Students Complete an Assignment (User: Student)

transforming education through the Internet

119

Bagaimana Pelajar Menyiapkan Tugasan


TUGASAN:
Menyiapkan tugasan.

OBJEKTIF:
Memastikan para peserta memahami bagaimana pelajar menerima dan menyiapkan tugasan mereka.

TEMPOH MASA:
20 minit

ALATAN DIPERLUKAN:
VIDEO 2.3 Bagaimana Pelajar Menyiapkan Tugasan Komputer Papan surat Pen penanda Buku nota Projektor Kertas & pen

TATACARA:
1. PENGENALAN Jurulatih akan menerangkan tujuan sesi tersebut. Dalam sesi ini, anda akan faham bagaimana pelajar menerima dan menyiapkan tugasan mereka. 2. VIDEO - Bagaimana Pelajar Menyiapkan Tugasan Jurulatih akan memainkan klip video dan meminta para peserta mengikuti arahan-arahan yang ditayangkan di dalam video. 3. SESI IMBASAN Jurulatih mengimbas kembali objektif sesi tersebut dan membuka ruang untuk sesi soal jawab.

powered by

transforming education through the Internet

120

Panduan Pengguna
Bagaimana Pelajar Menyiapkan Tugasan Mereka Penting! Untuk menyiapkan tugasan, anda harus log masuk ke dalam Frog sebagai pelajar terlebih dahulu. Setelah sesuatu tugasan diberikan oleh guru, pelajar akan menerima mesej di panel Notifications. Ikon Notifications akan memaparkan jumlah mesej yang belum dibaca oleh pelajar.

Pelajar kemudiannya perlu mengklik panel Notifications tersebut dan kemudiannya mengklik deskripsi berkaitan tugasan.

Tetingkap aplikasi Assignments akan terbuka.

Semua tugasan yang baru dihantar akan disenaraikan di dalam tab open. Pelajar perlu klik butang Next untuk mencari tugasan yang diterima dari Notification. Tarikh dalam lajur Issue adalah tarikh tugasan dihantar oleh guru. Tarikh dalam lajur Due adalah tarikh akhir tugasan. Pelajar boleh menghantar tugasan sebelum tarikh akhir, tetapi tarikh akan berubah berwarna merah sekiranya tugasan tersebut tamat tempoh dan pelajar masih belum menyiapkan atau menghantar tugasan tersebut.

powered by

transforming education through the Internet

121

Gerakkan kursor anda pada tajuk tugasan di lajur Assignment Name untuk melihat arahan tugasan.

Tugasan yang telah dihantar akan bertanda semak (berwarna hijau), di bawah lajur Submitted dan ia tidak boleh diubah suai.

Untuk membuka tugasan, klik nama tugasan tersebut.

powered by

transforming education through the Internet

122

Pelajar boleh melihat laman yang digunakan oleh guru mereka untuk memberi tugasan. Sekiranya tugasan tidak terpapar di laman utama, pelajar perlu mengklik tab-tab yang terdapat di atas halaman.

Menyiapkan Text Activity Text Activity adalah kotak yang mengandungi arahan, yang terdapat di panel atas. Pelajar perlu memasukkan jawapan mereka ke dalam kotak di bahagian bawah.

Setelah maklumat dimasukkan, teks tersebut perlu disimpan dengan mengklik ikon Save Activity di bahagian kanan sebelah bawahnya. Guru kini boleh melihat pelajar yang membuat tugasan di bahagian Text Activity.

powered by

transforming education through the Internet

123

Nota: Jika ikon Save Activity tidak diklik, teks yang dimasukkan tidak akan disimpan sebaik anda selesai menyiapkan tugasan.

Menyiapkan Aktiviti File Drop File Drop memudahkan pelajar untuk memuat naik fail yang ingin dihantar kepada guru. Pelajar boleh melihat fail yang mereka muat naik, atau yang dimuat naik oleh ahli kumpulan lain, bergantung kepada tetapan yang ditentukan oleh guru. Pelajar juga dibenarkan untuk memadamkan fail-fail yang telah dimuat naik. Pelajar boleh membaca soalan di atas tetingkap File Drop.

Pelajar perlu menyediakan dokumen mereka dan mengklik butang Upload untuk memaparkan File Uploader.

Kemudian, butang biru Choose Files perlu diklik untuk memilih fail yang ingin dimuat naik dari komputer. Beberapa fail boleh dimuat naik secara serentak.

powered by

transforming education through the Internet

124

Pilih fail yang ingin dihantar dengan mengklik Open untuk mula memuat naik fail tersebut.

Apabila muat naik fail selesai, klik Done untuk kembali ke Resource Manager.

Setelah itu, klik butang Submit Activity. Pada masa ini, guru boleh melihat pelajar yang telah menyiapkan tugasan di bahagian File Drop.

powered by

transforming education through the Internet

125

Nota: Jika tetingkap tugasan tertutup, ia bermaksud pelajar masih lagi belum menyiapkan tugasan mereka. Disebabkan itu, guru tidak boleh melihat atau menyemak tugasan, manakala pelajar pula masih boleh membuka semula tugasan itu untuk mengubah suai jawapan atau menambah fail-fail lain. Menghantar Mesej Jika pelajar ingin menghubungi guru berkaitan sesuatu tugasan, misalnya, untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang tugasan atau memohon supaya diberikan lebih masa, pelajar boleh menghantar mesej kepada guru menerusi message wall guru tersebut. Nombor yang tertera pada ikon adalah bilangan mesej di dalam message wall yang berkaitan dengan tugasan berkenaan. Jika nombor pada ikon itu meningkat, ia bermakna terdapat mesej yang masih belum dibaca. Pelajar boleh mengklik ikon message wall yang terdapat di sebelah nama tugasan untuk melihat message wall tersebut.

Untuk menambah mesej ke dalam message wall, klik butang Post. Semua mesej daripada pelajar dan guru akan dipaparkan pada message wall yang sama.

powered by

transforming education through the Internet

126

Menyiapkan Tugasan Setelah yakin dan pasti dengan tugasan yang disiapkan, klik butang Complete Assignment di Frog Bar.

Jika dikehendaki, pelajar perlu terlebih dahulu menjawab Self Evaluation yang bertanyakan tentang tahap kefahaman mereka terhadap tugasan atau soalan yang diberi.

Pelajar juga turut boleh memasukkan komen mengenai tugasan yang diterima. Komen dimasukkan ke dalam kotak Your Comments.

Akhir sekali, pelajar perlu mengklik butang Complete untuk menghantar tugasan kepada guru. Guru akan menerima dan menyemak tugasan tersebut dan pelajar tidak lagi boleh mengubah jawapan yang dihantar.

Satu mesej pemberitahuan akan dipaparkan di panel Notifications sebagai pengesahan bahawa tugasan tersebut telah berjaya dihantar.

powered by

2.4 Bagaimana Menyemak Tugasan (Pengguna: Guru)


2.4 How to Mark an Assignment (User: Staff)

transforming education through the Internet

128

Bagaimana Menyemak Tugasan


TUGAS:
Menyemak tugasan.

OBJEKTIF:
Memastikan peserta memahami cara menyemak dan memberi markah tugasan.

TEMPOH MASA:
15 minit

ALATAN DIPERLUKAN:
VIDEO 2.4 Bagaimana Menyemak Tugasan Komputer Papan putih Pen penanda Buku nota Projektor Kertas & pen

TATACARA:
1. PENGENALAN Jurulatih menerangkan tujuan sesi diadakan. Jurulatih menerangkan cara tugasan disemak dan maklum balas yang diberikan. 2. VIDEO- Bagaimana Menyemak Tugasan Jurulatih memainkan klip video dan meminta peserta mengikuti arahan dalam video. 3. SESI IMBASAN Jurulatih mengimbas kembali objektif sesi. Sesi soal jawab dibuka kepada para peserta.

powered by

transforming education through the Internet

129

Panduan Pengguna
Semua laman yang dijadikan tugasan perlu disemak dan dihantar semula kepada pelajar atau kumpulan. Setelah pelajar menghantar tugasan mereka untuk disemak, anda akan menerima pemberitahuan di panel Notifications. Klik pada ikon Notifications untuk memaparkan maklumat tentang tugasan yang dihantar. Nota: Anda juga boleh mengakses tugasan yang dihantar melalui ikon Assignments di Quick Launch.

Klik maklumat di panel Notifications untuk membuka tetingkap Assignments.

Dalam tetingkap Assignments, anda akan dapat melihat nama tugasan yang dihantar kepada pelajar serta nama penerima tugasan tersebut.

powered by

transforming education through the Internet

130

Gerakkan kursor pada nama tugasan untuk membaca arahan yang diberikan kepada pelajar.

Klik pada nama tugasan untuk melihat nama-nama pelajar yang diberikan tugasan berkenaan.

Klik nama pelajar untuk melihat tugasan yang dihantar.

powered by

transforming education through the Internet

131

Memuat Turun Fail Yang Dihantar Widget File Drop terletak di atas Submitted Work. Klik pautan View untuk membuka laman tugasan.

Setelah ia dibuka, anda akan dapat melihat fail yang dimuat naik oleh pelajar.

Untuk memuat turun fail berkenaan, klik pada nama fail dan ia akan berubah menjadi warna biru.

Setelah itu, fail akan dimuat turun ke dalam komputer anda. Klik fail tersebut untuk membukanya. Nota: Frog VLE tidak boleh membuka atau memainkan fail. Anda memerlukan software yang betul untuk membuka dan memainkan fail.

Setelah muat turun fail selesai, klik ikon anak panah di Frog Bar.

Untuk menutup laman tersebut dan kembali ke Assignments, anda perlu klik x di sudut kiri.

powered by

transforming education through the Internet

132

Memaparkan Text Activity Text Activity berada di bawah widget File Drop di kawasan Submitted Work.

Untuk memaparkan Text Activity klik bahagian teks di sebelah kanan.

Teks yang dihantar oleh pelajar akan dibuka dalam tetingkap baru.

Klik OK untuk menutup tetingkap dan kembali ke kawasan Submitted Work. Menyemak Tugasan Maklum balas dan komen pelajar boleh dilihat di bahagian Self Evaluation.

Taipkan komen jika ada, ke dalam kotak Overall Comments. Masukkan markah ke dalam kotak Overall Mark.

powered by

transforming education through the Internet

133

Klik Save untuk meneruskannya.

Setelah selesai, klik pada anak panah untuk menyemak tugasan pelajar seterusnya.

Menutup Tugasan dan Mengedarkan Markah Selepas menyemak dan menandakan tugasan pelajar, tugasan perlu ditutup dan anda perlu mengedarkan markah yang diberi kepada pelajar. Untuk tujuan tersebut, klik nama tugasan di Navigation Trail, di bahagian atas Assignments untuk memaparkan senarai pelajar-pelajar yang menerima tugasan.

Klik butang Close assignment.

powered by

transforming education through the Internet

134

Di tetingkap Close Assignment, tandakan Release marks and notify all recipients.

Untuk menghantar markah yang diiringi dengan mesej, taipkan mesej ke dalam ruangan Add a message.

Klik butang Close untuk menghantar markah dan menutup tugasan. Markah dan mesej yang dimasukkan akan terpapar di panel Notifications pelajar.

powered by

2.5 Bagaimana Menggunakan Dashboard Sekolah untuk Komunikasi (Pengguna: Guru)


2.5 How to Use the School Dashboard for Communication (User: Staff)

transforming education through the Internet

136

Bagaimana Menggunakan Dashboard Sekolah untuk Komunikasi


TUGASAN:
Menggunakan Dashboard Sekolah untuk berkomunikasi.

OBJEKTIF:
Memahami bagaimana Dashboard Sekolah boleh memudahkan komunikasi antara warga sekolah.

TEMPOH MASA:
15 minit

ALATAN DIPERLUKAN:
VIDEO 2.5 Bagaimana Menggunakan Dashboard Sekolah untuk Komunikasi Papan Putih Pen Penanda Buku Nota Projektor Kertas & Pen

TATACARA:
1. PENGENALAN Komunikasi yang baik antara warga sekolah boleh menyumbang kepada pengurusan dan pentadbiran sekolah yang licin dan cekap. Komunikasi yang kurang baik pula boleh menyebabkan berlakunya kesilapan, kekeliruan, kekecewaan and salah tafsir. Dashboard sekolah boleh membantu mengelakkan perkara-perkara tersebut dari berlaku. Ruangan yang berada di sebelah Dashboard pengguna telah direka khas sebagai satu laman yang boleh diakses oleh semua warga sekolah. Maklumat penting seperti acara sekolah, imej, video dan notis boleh dipaparkan di sini. Untuk lebih mudah dilayari, lebih dari satu halaman boleh dibina pada Dashboard sekolah untuk memaparkan notis dari unit-unit yang berlainan. Dashboard Sekolah adalah ibarat papan kenyataan maya sekolah anda! Nota: Hanya pengguna Pentadbir Frog yang memiliki akses untuk mengedit kandungan Dashboard Sekolah. Justeru, Pentadbir Frog perlu sentiasa mengemaskini paparan Dashboard Sekolah. Mulakan perbincangan mengenai kandungan yang perlu ada pada Dashboard Sekolah dengan memanfaatkan pengalaman guru yang sedia ada.

powered by

transforming education through the Internet

137

SOALAN: Bagaimanakah seorang guru atau pelajar mengetahui tentang acara yang diadakan di sekolah? Apakah cara terkini yang digunakan untuk mengingatkan tentang acara yang diadakan di sekolah? Pernahkah anda tidak tahu tentang mana-mana acara sekolah yang diadakan? Mengapakah ia boleh terjadi? Apakah perkara mengenai sekolah yang anda ingin tahu? 2. VIDEO- Bagaimana Menggunakan Dashboard Sekolah untuk Komunikasi Jurulatih menerangkan kandungan video. Mainkan klip video tersebut. Minta peserta menyaksikan video tersebut dan mencatat nota. 3. SESI IMBASAN Tunjukkan aplikasi yang berlainan yang terdapat di Dashboard Sekolah dan adakan sesi soal jawab.

Panduan Pengguna
Bagaimana Menggunakan Dashboard Sekolah untuk Komunikasi Penting! Untuk mengedit Dashboard Sekolah, anda perlu log masuk sebagai Pentadbir Frog.

Untuk mengakses Dashboard Sekolah, sila klik anak panah kanan pada Dashboard Switch yang berada di Frog Bar. Dashboard Sekolah juga boleh diakses melalui Quick Launch di Frog Bar. Seterusnya anda akan dibawa ke Dashboard Sekolah, yang memaparkan notis-notis serta maklumat sekolah.

powered by

transforming education through the Internet

138

Notis Sekolah

Antara widget yang boleh digunakan ialah School Notices atau Papan Kenyataan. Widget ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu Sekolah, Akademik, Kokurikulum dan HEM. Hanya Pentadbir Frog yang dibenarkan untuk memasukkan notis, yang boleh dilakukan mengikut kategori. Contoh notis yang boleh dipaparkan ialah Notis Cuti Ganti dan kejayaan pasukan sekolah dalam aktiviti kokurikulum.

MOE RSS

Di dalam Dashboard Sekolah juga terdapat MOE RSS yang menyalurkan maklumat-maklumat terkini dari KPM untuk para guru dan pelajar. MOE RSS ini dikemaskini oleh KPM dan antara maklumat yang berkaitan pendidikan yang disediakan ialah seperti: Pekeliling Tatacara Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah, Sebut Harga Kerja-Kerja Pembaikan dan Penyelenggaraan Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang. Maklumat pada widget ini dikemaskini secara automatik, tanpa dikawal oleh pihak sekolah. School Calendar

Widget ini digunakan untuk memaparkan acara atau aktiviti yang sedang dan akan berlangsung. Ia boleh memaparkan 5, 10 atau 15 acara pada dashboard, yang berasaskan School Calendar yang dikemaskini dengan tarikh-tarikh penting. Aktiviti sepanjang minggu di sekolah juga boleh dipaparkan. Misalnya, Program Merentas Desa, Peperiksaan Percubaan SPM dll.

powered by

2.6 Bagaimana Menghasilkan Forum Perbincangan (Pengguna: Guru)


2.6 How to Create a Discussion Forum (User: Staff)

transforming education through the Internet

140

Bagaimana Menghasilkan Forum Perbincangan


TUGASAN:
Menghasilkan forum perbincangan.

OBJEKTIF:
Memahami dengan baik bagaimana forum boleh dihasilkan dan digunakan untuk menyokong komunikasi di antara guru / pelajar.

TEMPOH MASA:
15 minit

ALATAN DIPERLUKAN:
Video 2.6 - Bagaimana Menghasilkan Sebuah Forum Perbincangan Komputer Papan putih Pen penanda Buku nota Projektor Kertas & pen

TATACARA:
1. PENGENALAN Jurulatih mengajukan soalan untuk mendapatkan maklum balas tentang topik tersebut. SOALAN: Pernahkah anda mendengar tentang forum? Berapa ramaikah di antara anda pernah mengambil bahagian di dalam forum? Bolehkah anda namakan beberapa forum yang anda tahu? Apakah yang anda bincangkan? Adakah anda poskannya atau anda memberi respon kepada topik orang lain? Mengapakah anda berbuat demikian? Bagi sesiapa yang belum pernah mengambil bahagian dalam forum di internet, bagaimanakah anda berkongsi pendapat dan membuat perbincangan? Bagi guru-guru, jika anda memerlukan pendapat daripada rakan sekerja dan para pelajar, apakah yang anda akan lakukan?
powered by

transforming education through the Internet

141

Jurulatih mula membuka topik perbincangan soalan forum dan mengesahkan maklum balas yang telah diposkan. Minta peserta mencatat nota tentang jenis-jenis soalan yang diposkan di dalam forum. Bincang tentang bentuk soalan yang biasa diajukan dan kenapa forum menjadi tempat yang popular untuk soalansoalan seperti itu. Maklumkan peserta bahawa mungkin terdapat beratus-ratus maklum balas dan maklumat yang diposkan adalah tidak sahih. 2. VIDEO - Bagaimana Menghasilkan Forum Perbincangan Jurulatih memainkan klip video serta menunjukkan cara untuk menghasilkan forum. Peserta memasukkan topik forum masing-masing di akhir tayangan video.

Panduan Pengguna
Bagaimana Menghasilkan Forum Perbincangan Klik Quick Launch di Frog Bar dan klik pada Forums.

Untuk memasukkan topik perbincangan baru, klik butang Create Topic.

Masukkan tajuk topik anda ke dalam kotak Title serta deskripsi tajuk di bahagian Content.

powered by

transforming education through the Internet

142

Jika topik anda agak penting dan anda mahu topik tersebut kekal di atas senarai forum, tandakan kotak Sticky topic.

Klik Submit untuk menghantar topik anda.

Topik forum anda kini sudahpun dimasukkan.

Memasukkan Forum Perbincangan Ke Dalam Laman Buka laman untuk berada di dalam mod edit. Klik tab baru untuk memasukkan Forum. Tindakan ini akan meletakkan forum dalam satu halaman tersendiri, sekaligus memudahkan pengguna untuk membacanya.

Seret widget Forum ke halaman baru tersebut.

powered by

transforming education through the Internet

143

Klik dua kali pada kotak kandungan untuk memaparkan tetapan widget Forum.

Anda akan diberi pilihan untuk menetapkan bagaimana pengguna boleh memadam maklum balas forum. Pengguna boleh memadam dan mengedit maklum balas forum berdasarkan pilihan berikut: Never (default) pembuat laman sahaja yang boleh mengedit dan memadam maklum balas. Temporarily: dalam tempoh 2 min, 5 min, 15 min sebaik pengguna memberi maklum balas, mereka mempunyai masa yang terhad untuk mengubah atau memadamkan mesej tersebut. Always Pengguna boleh mengubah atau memadamkan maklum balas pada bila-bila masa. Nota: Hanya pentadbir Frog dan pencipta laman yang boleh memadamkan maklum balas. Untuk memasukkan tajuk forum, masukkan widget Text di atas forum.

powered by

transforming education through the Internet

144

Klik dua kali pada kotak kandungan widget Text.

Taipkan tajuk Forum ke dalam Content panel.

Klik butang Save Changes untuk menyimpan perubahan.

Untuk menutup Content Panel klik butang x.

Nota: Anda mesti menukar pilihan Share pada laman anda kepada pilihan Can Contribute agar pengguna lain boleh memberi maklum balas pada forum dalam laman ini.

powered by

2.7 Pengenalan kepada The Frog Community Site (Pengguna: Guru)


2.7 Introduction to the Frog Community Site (User: Staff)

transforming education through the Internet

146

Pengenalan kepada Frog Community Site


TUGASAN:
Gambaran Keseluruhan Frog Community Site.

OBJEKTIF:
Meningkatkan kesedaran pengguna tentang keupayaan Frog Community Site dalam membantu komunikasi antara sekolah.

TEMPOH MASA:
15 minit

ALATAN DIPERLUKAN:
VIDEO 2.7 Pengenalan kepada Frog Community Site.

TATACARA:
1. PENGENALAN KEPADA FROG COMMUNITY SITE Jurulatih menerangkan tentang Frog Community Site dan kebaikan menyertainya kepada para guru. Frog Community Site adalah satu laman yang boleh memudahkan guru-guru dan sekolah-sekolah membentuk hubungan sosial sesama sendiri. Di laman ini mereka boleh saling berkongsi idea, aktiviti, acara, minat, amalan terbaik dan pengalaman semasa di dalam dan ataupun di luar sekolah. Dengan berkongsi pengalaman dan mengumpulkan idea-idea serta cerita-cerita mengenai kejayaan, kami boleh membina salah satu komuniti guru yang terbaik dan berkembang maju di seluruh dunia. Dengan adanya rangkaian teknologi sosial, guru-guru akan mempunyai keupayaan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain, membina kumpulan baru yang mempunyai minat yang sama dan membincangkan topik-topik terkini. Seperti rangkaian sosial yang lain, pengguna diberi pilihan untuk melibatkan diri dalam aktiviti mengikut minat dan kesukaan masing-masing.

powered by

transforming education through the Internet

147

Sekarang, marilah kita mula meneroka Frog Community Site ini.

Apabila guru membuka Frog Community Site buat kali pertama, mereka akan menjadi sebahagian daripada ahli laman tersebut secara automatik. Frog Community Site dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu Get Started, Connect dan Ideas. 1. Get Started Pertama sekali, mari kita lihat bahagian Get Started, yang terbahagi kepada tiga lagi bahagian iaitu Learn, Discover dan Inspire.

Learn Anda akan menemui Panduan Pengguna dan Panduan Jurulatih. Anda boleh memuat turun manual pengguna pada desktop anda dan mencetaknya jika perlu, atau anda boleh membacanya sahaja. Panduan Jurulatih mengandungi video-video yang boleh dimuat turun atau ditonton. Discover Anda akan menemui 3 lagi bahagian iaitu; Ready, Set dan Go. Di bahagian ini anda boleh mendapatkan bahan sokongan seperti Templat Pelan Tindakan, Pek Idea Frog Buzz dan banyak lagi. Inspire Anda akan menemui Lembaran Aktiviti yang akan memudahkan pengurusan aktiviti yang berkaitan dengan Frog VLE di sekolah.
2. Connect Menerusi Connect, anda boleh menyertai kumpulan dan berkongsi idea, pengalaman serta membina satu koleksi untuk cerita-cerita mengenai kejayaan di antara guru-guru di Malaysia. Berikut adalah ciriciri yang boleh digunakan:

powered by

transforming education through the Internet

148

Wall untuk menghantar apa saja mesej kepada ahli-ahli kumpulan. Blog untuk menyuarakan pengalaman dan pandangan tentang penggunaan Frog VLE dan ahli-ahli kumpulan lain boleh memberi komen mereka. Forum platform perbincangan yang membolehkan komunikasi melalui mesej teks dilakukan sesama sendiri Request/Invite membolehkan anda menjemput guru-guru lain untuk menyertai kumpulan anda. Settings membolehkan anda menamakan serta memberi penerangan ringkas tentang kumpulan yang dibentuk. 3. Ideas Ideas membolehkan anda melihat kad-kad interaktif Frog Trumps. Setiap Trump Card akan memberi anda idea-idea dan pengalaman daripada sekolah-sekolah lain tentang bagaimana mereka mencapai keputusan yang cemerlang. Anda boleh klik butang Like dan berikan komen untuk setiap kad yang ada. SOALAN: Pada pandangan anda, bagaimanakah Frog Community Site dapat membantu sekolah anda? Apakah kebaikan berkomunikasi dengan sekolah yang lain?

powered by

2.8 Bagaimana Menambah Pengguna Baru (Pengguna: Pentadbir)


2.8 How to Add a New User (User: Admin)

transforming education through the Internet

150

Bagaimana Menambah Pengguna Baru


TUGASAN:
Menambah pengguna baru ke dalam Frog VLE.

OBJEKTIF:
Memastikan peserta memahami dengan jelas tentang cara pengguna baru ditambah ke dalam Frog VLE.

TEMPOH MASA:
15 minit

ALATAN DIPERLUKAN:
VIDEO 2.8 Bagaimana Menambah Pengguna Baru Komputer Papan putih Pen penanda Buku nota Projektor Kertas & pen

TATACARA:
1. OBJEKTIF Jurulatih menerangkan tentang jenis-jenis pengguna yang berbeza dan tahap akses mereka. Dalam tetapan lalai, hampir kesemua pengguna ditambah ke dalam Frog VLE secara automatik. Bagaimanapun, anda juga mungkin perlu menambah pengguna secara manual. Ini kerana mungkin terdapat guru atau pelajar baru yang tidak memiliki ID pengguna. Menambah pengguna adalah satu proses yang mudah. Namun, anda perlu ingat bahawa para pengguna terbahagi kepada 3 kategori yang berbeza iaitu: Pentadbir Frog Pentadbir Frog memiliki tahap akses yang terbesar di antara semua jenis pengguna. Mereka boleh mengedit semua platform termasuk Dashboard sekolah dan mengakses semua sistem pengurusan pengguna. Guru Guru memiliki tahap akses untuk semua fungsi yang tersedia di dalam VLE, kecuali fungsi pentadbir Frog dan Dashboard Sekolah. Pelajar Pelajar hanya memiliki tahap akses yang terhad iaitu hanya untuk Dashboard peribadi dan kawasan My Documents.

powered by

transforming education through the Internet

151

2. VIDEO Jurulatih menerangkan tentang kandungan video. Jurulatih memainkan video. 3. RUMUSAN Jurulatih merumuskan tentang jenis-jenis pengguna dan bagaimana pengguna boleh ditambah.

Panduan Pengguna
Bagaimana Menambah Pengguna Baru Di Frog VLE Antara peranan utama pentadbir Frog ialah menambah, mengedit dan mengaktifkan fungsi Enable/Disable pengguna di dalam VLE. Tugas ini boleh dilakukan melalui aplikasi Users.

Untuk mengaksesnya, pergi ke Resource Manager dengan mengklik ikon Resource Manager di Frog Bar.

Setelah tetingkap Resource Manager terbuka, sila klik ikon Applications.

Kemudian, klik ikon Users.

powered by

transforming education through the Internet

152

Menambah Pengguna Baru Skrin User Admin adalah tempat untuk anda menambah pengguna baru, mengedit pengguna yang sedia ada dan mengaktifkan fungsi Enable/Disable. Anda juga boleh menukar kata laluan pengguna di sini.

Mulakan proses ini dengan memilih jenis pengguna yang ingin ditambah (Student, Teachers). Klik pada tab yang dikehendaki. Nota: Untuk menambah pentadbir Frog yang baru, pilih tab Teacher.

Menambah Pelajar Baru Setelah anda memilih jenis pengguna, klik butang Create New Student di sudut kiri di bahagian User Admin.

Skrin seterusnya memaparkan 2 borang yang perlu dilengkapkan iaitu borang: Student information, dan Parent or Guardian. Kedua-dua bahagian ini boleh diakses dengan memilih tab-tab di atas halaman.

Masukkan maklumat peribadi pelajar ke dalam borang Student Information. Sesetengah ruang memerlukan anda untuk memilih menu ke bawah. Setelah melengkapkannya, klik butang Next dan anda akan diminta pula untuk mengisi borang Parent or Guardian. Nota: Ruangan bertanda * adalah wajib diisi.

powered by

transforming education through the Internet

153

Setelah selesai, klik butang Save di sudut kanan. Sila semak maklumat pengguna dan klik butang Confirm untuk menambah pengguna tersebut ke dalam VLE.

Pengguna pelajar baru kini sudah ditambah ke dalam VLE. Butiran log masuk untuk pelajar dan ibu bapa atau penjaga akan tertera pada skrin.

Penting! Kata laluan yang dipaparkan tidak akan disimpan setelah skrin ini ditutup. Oleh itu, anda dinasihatkan agar mencatat butiran yang dipaparkan.

powered by

2.9 Bagaimana Menambah Kumpulan Baru (Pengguna: Pentadbir)


2.9 How to Add a New Group (User: Admin)

transforming education through the Internet

155

Bagaimana Menambah Kumpulan Baru


TUGASAN:
Menambah kumpulan ke dalam Frog VLE.

OBJEKTIF:
Untuk memahami bagaimana kumpulan dapat ditambah ke dalam Frog VLE.

TEMPOH MASA:
15 minit

ALATAN DIPERLUKAN:
VIDEO 2.9 Bagaimana Menambah Kumpulan Baru Komputer Papan putih Pen penanda Buku nota Projektor Pen

TATACARA:
1. PENGENALAN Jurulatih menjelaskan tentang jenis-jenis kumpulan yang berbeza dan kegunaannya. Kumpulan digunakan untuk menyelaras tugas-tugas pentadbiran dalam Frog VLE. Kumpulan juga boleh ditambah, diedit dan dipadam oleh pengguna Pentadbir Frog bila perlu. Kumpulan mungkin terdiri daripada kelab ko-kurikulum, pasukan sekolah, persatuan dan kakitangan pentadbiran. Pembentukan kumpulan dapat mempercepatkan dan mempermudahkan perkongsian serta pengagihan tugasan kerana guru tidak lagi perlu menambah pelajar ke dalam VLE satu persatu. Anda juga boleh mengubah suai kumpulan iaitu dengan menambah atau memadamkan nama pelajar atau guru dari kumpulan. Dalam tetapan lalai di Frog VLE, terdapat kumpulan-kumpulan yang dibahagikan mengikut kelas. 2. VIDEO- Bagaimana Menambah Kumpulan Baru Jurulatih menerangkan tentang kandungan video Jurulatih memainkan klip video. 3. RUMUSAN Jurulatih merumuskan tentang jenis-jenis kumpulan yang berbeza, bagaimana kumpulan boleh ditambah ke dalam Frog VLE dan kumpulan yang sedia digunakan.
powered by

transforming education through the Internet

156

Panduan Pengguna
Antara peranan utama pentadbir Frog ialah menambah, mengedit dan memadam kumpulan dalam VLE.

Tugas ini boleh dilaksanakan melalui aplikasi Groups.

Untuk mengakses aplikasi ini, klik ikon Resource Manager di Frog Bar.

Di tetingkap Resource Manager pula, sila klik Applications.

Sekarang, klik ikon Groups.

Skrin Groups Section akan terbuka dan anda boleh menambah, mengedit atau memadam kumpulan di bahagian ini.

powered by

transforming education through the Internet

157

Di lajur (kolum) Groups terdapat 2 jenis kumpulan iaitu Class dan Other. Kumpulan boleh diakses melalui tab. Kumpulan Class adalah bermaksud kelas-kelas yang tersedia manakala Kumpulan Other merujuk kepada ko-kurikulum atau pentadbiran.

Untuk menambah kumpulan baru, klik butang Create New Group.

Haalaman Group Details akan terpapar dan sila taipkan nama kumpulan yang ingin ditambah.

Pilih jenis kumpulan dari menu ke bawah. Pilih antara Other dan Class.

Kemudian, klik anak panah biru di sebelah kanan untuk pergi ke halaman Groups Members: Students. Untuk memasukkan pelajar ke dalam kumpulan, klik nama pelajar yang dikehendaki dan ia akan bergerak dari lajur kiri ke lajur kanan. Semua pengguna yang disenaraikan di lajur kanan adalah ahli kumpulan ini.

powered by

transforming education through the Internet

158

Klik anak panah biru di sebelah kanan untuk ke halaman Groups Members: Teachers.

Untuk menambah guru ke dalam kumpulan, klik nama guru tersebut dan ia akan bergerak dari lajur kiri ke lajur kanan. Semua pengguna yang disenaraikan di lajur kanan akan dimasukkan ke dalam kumpulan ini. Peringatan: Anda dinasihatkan supaya tidak menambah guru ke dalam kumpulan Class kerana ia digunakan dalam aplikasi Assignment untuk memberi tugasan kepada pelajar. Sekiranya guru dimasukkan ke dalam kumpulan, setiap pengguna dalam kumpulan itu (termasuk pelajar) tidak boleh melihat tugasan yang diberi.

Klik anak panah biru di sebelah kanan untuk ke halaman Finish.

powered by

transforming education through the Internet

159

Di skrin terakhir, semak semula maklumat kumpulan anda dan sila pastikan bahawa anda telah menambah pelajar dan guru yang betul ke dalam kumpulan tersebut.

Setelah anda berpuas hati, klik tanda biru di sebelah kanan untuk mengesahkannya.

Kumpulan baru anda telahpun ditambah dan akan dipaparkan di bawah tab kumpulan, pada skrin permulaan.

powered by

2.10 Bagaimana Mengedit Dashboard Sekolah (Pengguna: Pentadbir)


2.10 How to Edit the School Dashboard (User: Admin)

transforming education through the Internet

161

Bagaimana Mengedit Dashboard Sekolah


TUGASAN:
Mengedit Dashboard Sekolah.

OBJEKTIF:
Memahami tentang cara mengemaskinikan Dashboard Sekolah dengan notis, kalendar dan MOE RSS Feed.

TEMPOH MASA:
30 minit

ALATAN DIPERLUKAN:
VIDEO 2.10 Bagaimana Mengedit Dashboard Sekolah Komputer Papan putih Pen penanda Buku nota Projektor Kertas & pen

TATACARA:
1. PENGENALAN Jurulatih menerangkan tahap akses dan tanggungjawab pengguna Pentadbir Frog dan guruguru. Jurulatih menggalakkan para peserta untuk memikirkan kegunaan dan kepentingan Dashboard Sekolah. Dashboard memaparkan maklumat baru atau maklumat yang perlu disampaikan kepada seluruh warga sekolah. Dashboard ini memaparkan notis dan maklumat yang diurus oleh sekolah anda. Ia juga mengandungi MOE RSS Feed untuk memaklumkan anda tentang berita pendidikan atau maklumat yang perlu diketahui oleh sekolah dan guru-guru. Dashboard Sekolah hanya boleh diubahsuai oleh pengguna pentadbir Frog sekolah. Ia boleh diakses dengan mengklik anak panah Dashboard Switch yang terletak di bahagian tengah Frog Bar. 2. VIDEO Jurulatih menerangkan kandungan klip video. Video ini akan menunjukkan cara-cara untuk mengubah suai Dashboard sekolah anda. Jurulatih memainkan klip video.

powered by

transforming education through the Internet

162

3. RUMUSAN Jurulatih merumuskan sesi dan menekankan tentang kepentingan Dashboard Sekolah kepada komuniti sekolah. Jurulatih berkongsi idea mengenai maklumat yang boleh dipamerkan di Dashboard Sekolah.

Panduan Pengguna
Bagaimana Mengedit Dashboard Sekolah Penting! Untuk mengubah suai Dashboard Sekolah, anda perlu log masuk ke dalam Frog VLE sebagai pengguna Pentadbir Frog. Sila klik anak panah kanan Dashboard Switch untuk memaparkan Dashboard Sekolah.

Klik butang Edit di sebelah kiri skrin. Ia akan memaparkan Content Tray.

Content Tray mengandungi tiga tab pilihan iaitu Layout, Widgets dan Settings. Tab Layout ini digunakan untuk menukar bilangan dan kedudukan kotak kandungan dalam halaman. Tab Widgets boleh diseret masuk ke dalam lajur di dalam halaman anda untuk menambah kandungan seperti teks, video dan gambar. Tab Settings digunakan untuk menukar nama dan tema Dashboard. Menukar Tetapan dalam School Dashboard `

Dalam Content Tray, klik pada tab Settings. Untuk menukar nama Dashboard Sekolah, masukkan nama yang dikehendaki ke dalam kotak Name of Site. Nama halaman akan dikemaskini secara automatik. Anda juga boleh memasukkan mesej aluan ke dalam kotak tersebut; misalnya: Welcome to SMK Frog.

powered by

transforming education through the Internet

163

Nama School Dashboard akan terpapar di sebelah atas halaman.

Seterusnya, untuk menukar tema School Dashboard, pilih tema baru dari menu dengan mengklik anak panah kecil di sebelah tema. Sebaik tema baru dipilih, tema Dashboard tersebut akan dikemaskini secara automatik.

Menukar Susun Atur Dashboard Sekolah

Untuk menukar susun atur Dashboard, klik tab Layout.

Untuk memilih bilangan susun atur yang ingin diletakkan dalam halaman anda, pilih nombor yang terpapar di dalam kotak yang tersedia. Sekiranya anda mahu di laman anda terdapat tiga susun atur, klik kotak nombor 3. Setelah anda mengklik susun atur yang sesuai, halaman anda akan dikemaskini dengan pilihan susunan kotak berkaitan, secara automatik.

powered by

transforming education through the Internet

164

Bergantung kepada tema yang dipilih, susun atur Dashboard Sekolah anda akan kelihatan seperti ini:

Mengubah Suai Dashboard Dengan Widgets

Di dalam Content Tray, klik pada tab Widgets. Anda akan melihat semua widgets yang disediakan kepada anda sebagai pengguna Pentadbir Frog. Setiap widget boleh dikenali melalui nama dan ikonnya yang tersendiri. Widget adalah komponen laman atau dashboard yang membolehkan para pengguna menggunakannya untuk sesuatu fungsi atau mengakses perkhidmatan. Widget boleh digunakan dengan menyeretnya masuk ke dalam kotak kandungan pada halaman dan tetapannya boleh ditentukan. Lebih daripada satu widget boleh digunakan dalam satu-satu halaman.

Terdapat banyak widgets yang boleh membantu anda untuk menghasilkan Dashboard sekolah. Pentadbir Frog mempunyai kelebihan untuk menggunakan dua widget tambahan iaitu MOE RSS dan School Notices.

powered by

transforming education through the Internet

165

Menambah Widget School Notices Pada Dashboard Kini, anda akan memasukkan widget School Notices. Di Content Tray, sila pilih widget School Notices dan seret widget tersebut ke dalam kotak di halaman anda. Pastikan kotak kandungan bertukar ke warna biru sebelum anda melepaskan widget tersebut. Klik dua kali pada kotak kandungan.

Tetapan untuk widget School Notices akan dipaparkan di sebelah kiri.

Nota: School Notices mengandungi 4 tab berbeza yang boleh dipilih iaitu Sekolah, Akademik, Kokurikulum dan HEM. Pengguna disaran meletakkan notis mengikut kategori notis yang bersesuaian. Bagaimanapun, Pentadbir Frog sahaja yang diberi akses untuk widget ini. Justeru, sekiranya anda mempunyai maklumat yang anda ingin paparkan, sila berhubung terus dengan Pentadbir Frog untuk mendapatkan bantuan pemaparan.

powered by

transforming education through the Internet

166

Untuk menambah notis, sila masukkan maklumat yang ingin dipaparkan ke dalam panel tetapan. Misalnya, untuk kategori Sekolah, anda mungkin mahu memaklumkan seluruh warga sekolah bahawa Kempen Go Green telah ditunda. Notis tersebut akan terpapar sebagai Kempen Go Green telah ditunda.

Berdasarkan tema yang dipilih, susun atur Dashboard Sekolah anda perlu kelihatan seperti ini:

Skrol ke bawah dalam tetapan School Notices untuk melihat kategori yang lain. Untuk memasukkan notis ke dalam kategori yang lain, ikuti langkah-langkah yang sama.

Klik pada Save Changes untuk menyimpan halaman anda.

powered by

transforming education through the Internet

167

Menambah Widget Calendar Pada Dashboard Kini, kita akan menambah widget Calendar. Di Content Tray, pilih widget Calendar dan seret ia ke dalam kotak kiri di halaman anda. Pastikan kotak kandungan bertukar menjadi biru sebelum melepaskan widget. Klik dua kali pada kotak kandungan.

Tetapan untuk widget Calendar akan dipaparkan di sebelah kiri.

powered by

transforming education through the Internet

168

Di dalam menu ke bawah Calendar to Display, pilih School Calendar anda. Nota: Kalendar sekolah yang penuh tidak dipaparkan pada Dashboard Sekolah dan hanya acara/aktiviti yang telah dimasukkan akan dipaparkan.

Tetapkan bilangan acara/aktiviti maksimum yang ingin dipaparkan pada Dashboard Sekolah. Misalnya, pilih 5.

Klik Save Changes untuk menyimpan halaman anda.

Nota: Acara / Aktiviti School Calendar hanya akan terpapar selepas Content Tray ditutup. Menambah Widget MOE RSS Feed ke Dashboard Kini, kami akan menambah widget MOE RSS ke dalam Dashboard Sekolah. Widget ini akan memaparkan maklumat terkini daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada Content Tray, pilih widget MOE RSS dan seret ke dalam kotak kandungan di sebelah kanan halaman. Pastikan kotak kandungan bertukar ke warna biru sebelum anda melepaskan widget.

powered by

transforming education through the Internet

169

Nota: MOE RSS Feed hanya akan terpapar selepas Content Tray ditutup.

Klik butang Save Changes untuk menyimpan halaman anda.

Klik butang X untuk menutup halaman anda.

Contoh Dashboard Sekolah yang telah siap.

powered by

2.11 Bagaimana Mengakses Saluran Bantuan (Pengguna: Pentadbir)


2.11 How to Access the Support Channel (User: Admin)

transforming education through the Internet

171

Bagaimana Mengakses Saluran Bantuan


TUGASAN:
Gambaran keseluruhan saluran bantuan.

OBJEKTIF:
Untuk memberi lebih kefahaman tentang bagaimana untuk mengakses saluran bantuan.

TEMPOH MASA:
15 minit

ALATAN DIPERLUKAN:
VIDEO 2.11 Bagaimana untuk Mengakses Saluran Bantuan Komputer Papan putih Pen penanda Buku nota Projektor Kertas & Pen

TATACARA:
1. PENGENALAN Jurulatih menerangkan saluran bantuan yang disediakan untuk pengguna Pentadbir Frog. 2. VIDEO- Bagaimana Mengakses Saluran Bantuan Jurulatih menerangkan tentang tujuan video bagaimana untuk mengakses saluran bantuan. Jurulatih memainkan video. 3. RUMUSAN Jurulatih merumuskan jenis bantuan yang disediakan untuk pengguna Pentadbir Frog.

Panduan Pengguna
Saluran Bantuan Sebagai seorang Pentadbir Frog, anda juga bertanggungjawab melaporkan isu-isu berkaitan Frog VLE, sambungan internet 4G atau Google Chromebooks ke Meja Bantuan. Laporan anda mungkin meliputi masalah yang berkaitan dengan akses di sekolah, sehinggalah isu-isu yang berkaitan dengan aplikasi atau widget di dalam Frog VLE anda.
powered by

transforming education through the Internet

172

Guru Besar / Pengetua sekolah adalah pegawai perhubungan utama bagi Meja Bantuan, bersama dengan 3 pegawai yang lain. Mereka merupakan individu yang akan melaporkan isu-isu yang anda hadapi berkaitan akses dan Frog VLE. Terdapat 3 cara untuk menghubungi Meja Bantuan: Melalui telefon Melalui e-mel Melalui Portal Self Care 1BestariNet Halaman-halaman seterusnya akan menerangkan cara untuk menghubungi dan memasukkan tiket aduan dan bantuan, serta cara-cara menggunakan Portal Self Care 1BestariNet. Berhubung Melalui Telefon Anda boleh menelefon Meja Bantuan dan pegawai perhubungan pelanggan kami akan mencatat aduan daripada pihak anda. Anda akan diberikan salinan aduan tersebut menerusi e-mel. Mereka akan mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu tersebut, seperti ID pengguna dan kata laluan pengguna yang berdepan dengan isu terbabit. Sentiasa simpan kod sekolah anda kerana ia akan digunakan untuk mengenal pasti sekolah anda. Pegawai perhubungan pelanggan kami akan menjawab panggilan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Sekiranya anda ingin melaporkan isu berkaitan Frog VLE atau akses Internet, sila dail: 018 799 8787 Berhubung Melalui E-mel Anda juga boleh menghubungi Meja Bantuan melalui e-mel. Anda perlu sertakan butir-butir aduan di dalam e-mel tersebut dan seterusnya satu tiket aduan akan dihasilkan. Jangan lupa menyertakan sekali kod sekolah anda di dalam e-mel yang dihantar kerana ia akan digunakan untuk menghasilkan tiket aduan, dalam sistem bantuan. Sekiranya pegawai kami ingin bertanyakan soalan lanjut tentang e-mel yang anda hantar, anda akan dihubungi melalui e-mel ataupun telefon untuk pengesahan selanjutnya. Hantarkan e-mel anda ke: moesupport@ytlcomms.my Portal Self Care 1BestariNet Kaedah terakhir untuk menghubungi Meja Bantuan adalah menerusi portal Self Care 1BestariNet. Anda bukan sahaja dapat melaporkan aduan, tetapi juga dapat menyemak aduan lama atau aduan yang tertangguh serta membatalkan aduan yang telah diselesaikan. Untuk log masuk ke dalam portal layan diri, sila layari ke: https://1bnselfcare.yes.my

powered by

transforming education through the Internet

173

Anda akan menemui ruangan log masuk dan anda hanya perlu menaipkan ID pengguna dan kata laluan ke dalam ruangan yang disediakan. ID pengguna adalah kod sekolah anda dan kata laluan akan diberikan kemudian. Apabila anda log masuk buat kali yang pertama, anda akan diminta menukar kata laluan tersebut. Kata laluan yang baru mesti terdiri daripada kombinasi satu huruf besar, satu nombor dan satu aksara khas. Sekurang-kurangnya 6 aksara diperlukan. Contoh kata laluan: Fr0gAsia# ID pengguna dan kata laluan yang sama akan digunakan oleh 4 pegawai perhubungan sekolah. Sekiranya anda terlupa kata laluan anda, klik Forgot Password dan kata laluan yang baru akan dihantar ke alamat e-mel sekolah anda.

Sejurus anda log masuk ke portal Self Care 1BestariNet, anda akan melihat paparan laman utama. Di sini anda boleh melihat butiran pegawai perhubungan, pengumuman dan aduan yang telah anda laporkan.

powered by

transforming education through the Internet

174

Bahagian Announcements memaparkan pengumuman-pengumuman penting dari Meja Bantuan. Sekiranya anda menghadapi masalah, sila semak bahagian ini dahulu.

Menu utama memberi akses kepada bahagian-bahagian lain dalam portal ini.

User Information Di bawah tab User Management klik User untuk melihat butiran sekolah anda.

Klik nama sekolah untuk melihat butiran yang selanjutnya.

powered by

transforming education through the Internet

175

Klik tab Contacts untuk melihat butiran pegawai perhubungan sekolah anda.

Klik nama sekolah untuk melihat maklumat selanjutnya.

powered by

transforming education through the Internet

176

Menghasilkan Tiket Aduan Untuk menghasilkan tiket aduan, klik pada tab Support diikuti dengan Incidents dari menu.

Skrin Incidents akan muncul dan satu senarai aduan yang anda telah buat akan dipaparkan bersama status aduan tersebut.

Untuk memasukkan aduan baru, klik butang Create Incident.

User Name: Nama sekolah akan diisi secara automatik. Semak dahulu bahagian ini sebelum pergi ke bahagian lain. Hubungi Meja Bantuan melalui nombor telefon yang diberi jika nama sekolah anda tidak tepat.

powered by

transforming education through the Internet

177

Type: Gunakan menu ke bawah untuk memilih jenis soalan dan isu yang dihadapi.

Category: Gunakan menu ke bawah untuk memilih kategori soalan atau isu berkaitan.

Sub Category: Terdapat pilihan sub kategori bagi sesetengah kategori utama, di menu ke bawah.

Taipkan nama anda ke dalam kotak Reported By. Satu senarai menu ke bawah akan terpapar. Pilih nama anda dari senarai tersebut.

powered by

transforming education through the Internet

178

Dalam kotak Issue, taip tajuk kecil bagi isu yang anda hadapi misalnya, tidak dapat log masuk.

Dalam kotak Description, masukkan deskripsi / keterangan tentang isu tersebut. Deskripsi anda mesti mengandungi butiran berikut: ID dan kata laluan pengguna yang berdepan dengan isu/masalah yang diutarakan. Langkah-langkah mereplikasikan isu tersebut. Jenis Pelayar (Google Chrome, Internet Explorer etc.) Ini akan membantu pasukan bantuan untuk menyelesaikan isu yang anda hadapi dalam masa yang singkat. Lebih banyak maklumat yang diberi kepada pasukan bantuan, lebih mudah isu tersebut dapat diselesaikan.

Klik butang Save. Aduan tersebut akan disimpan di dalam sistem Meja Bantuan. Butiran aduan anda akan dimasukkan dalam senarai Incidents.

powered by

Anda mungkin juga menyukai