Anda di halaman 1dari 3

TAJUK PROGRAM : PISMP PJ / BM / KS / SN AMBILAN JANUARI 2011 KOD DAN NAMA KURSUS : PJM3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN

JASMANI DAN SUKAN TARIKH MULA 2 APRIL 2013

NAMA PELAJAR :

SEMESTER : LIMA (5)

TARIKH HANTAR

24 APRIL 2013

Hasil Pembelajaran Kursus 1. 2. 3. Pelajar dapat menghuraikan teori pembelajaran yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran PJ dan sukan. Pelajar dapat menjelaskan jenis-jenis penaksiran dan prosedur yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran PJ dan sukan. Pelajar dapat mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan. Pelajar dapat melaksanakan pengurusan dan pentadbiran PJ dan sukan dengan berkesan. Pelajar dapat mengintegrasikan kemahiran yang dipelajari dengan kemahiran teknologi maklumat dan cara berkomunikasi berkesan untuk melaksanakan latihan yang sistematik, berkesan dan bermakna. Pelajar dapat bekerjasama dan berinteraksi dalam pelbagai situasi dan keadaan. Bertanggungjawab terhadap pelajar dalam aspek keselamatan, bimbingan dan kebajikan tanpa mengira agama dan bangsa.

4. 5.

6. 7.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 3, 4, 5 dan 6

Objektif Projek Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Menyediakan kertas kerja pengelolaan pertandingan permainan tradisional. 2. Perlaksanaan pertandingan permainan tradisional 3. Menghasilkan laporan pertandingan permainan tradisional Tugasan Projek (100%)

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan bermatlamat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dari aspek pengurusan, pentadbiran dan pengelolaan aktiviti Pendidikan Jasmani dan juga sukan. Pelajarpelajar juga diperkenalkan dengan permainan tradisional dari aspek jenis- jenis, peraturan pertandingan dan pengurusan pertandingan permainan tradisional untuk memperkembangkan pengetahuan mereka dalam konteks pengurusan dan pengelolaan bagi meningkatkan potensi mereka ke arah insan yang seimbang dan harmonis supaya dapat mengamalkan budaya kerja sihat melalui pelbagai bentuk medium kecergasan yang menyeronokkan. Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki mengelolakan pertandingan permainan tradisional yang telah dipilih. Sub-tugasan i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber tentang permainan tradisional . Membentuk ahli jawatankuasa pelaksanaan. Menyediakan kertas kerja yang mengandungi semua aspek pengelolaan. Mengadakan mesyuarat pengelolaan (menyediakan notis mesyuarat sebelum mesyuarat dan minit mesyuarat selepas mesyuarat diadakan) Mengelolakan Pertandingan Permainan Tradisional yang telah dipilih. Membuat penilaian dan laporan pengelolaan Pertandingan Permainan Tradisional. Penyediaan bahan-bahan bukti (gambar, sumber internet, keratan akhbar dan sebagainya) Refleksi secara ringkas sepanjang penyediaan tugasan ini.

Panduan Pelaksanaan Projek 1. Tugasan hendaklah dibuat secara berkumpulan dan 3 orang bagi setiap kumpulan. 2. Anda (kumpulan kecil 3 orang) perlu memilih satu jenis permainan tradisional sebagai salah satu jenis permainan tradisional yang dikelolakan oleh kumpulan utama anda. 3. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data. 4. Anda boleh melampirkan gambar-gambar atau rakaman video semasa pertandingan. 5. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut; I ) Font Arial II ) Saiz huruf - 11, III) Langkau 1.5 baris IV) Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association) V) Lampiran 6. Panjang tugasan tidak kurang daripada 15 muka surat (termasuk persembahan visual) 7. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan. 7. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. 8. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 70%. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut: 1. Liputan kertas kerja dan laporan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. 2

2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara yang berikut: a. Sejarah dan pengenalan, jenis, peraturan pertandingan permainan, spesifikasi gelanggang (jika ada), alatan (jika ada) permainan tradisional yang dipilih. b. Pembentukan ahli jawatan dan senarai tugas setiap jawatankuasa kerja. c Menyediakan kertas kerja untuk pengelolaan pertandingan permainan tradisional. d. Menguruskan mesyuarat dan menyediakan surat-menyurat yang berkaitan serta minit mesyuarat. e. Mengelolakan pertandingan permainan tradisional yang dipilih. f. Laporan yang lengkap g. Rumusan/ cadangan penambahbaikan 3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. 4. Keseluruhan isi dan pengelolaan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan ilmiah. 5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. 6. Penulisan laporan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan. 7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih. Kriteria Pemarkahan Tugasan ini akan dinilai berdasarkan Garis Panduan Pemarkahan Tugasan disediakan oleh Disemak oleh

_______________________ ( SYHIBIN BIN JAPAR ) Penyelaras Kursus PJM3112 Jabatan PJK IPG Kampus Kent Disahkan oleh:

_____________________________________ ( VICKNESWARAN A/L NAKAR SALAPAN ) Ketua Unit Pendidikan Jasmani Jabatan PJK IPG Kampus Kent

__________________________ ( VICTOR P.L SALANGGANG ) Ketua Jabatan Jabatan PJK IPG Kampus Kent

Anda mungkin juga menyukai