Anda di halaman 1dari 5

KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN ANATOMI DAN FISIOLOGI AMALI - POSISI ANATOMI

Latihan: Nama Ahli Kumpulan; Matematik 1. Fauziah Hanim Suaibah binti Ghazali 2. Nur Azwa binti Azman 3. Nurul Nadia binti Azmi 4. Syaheema binti Safuan Opsyen: PISMP

Arahan; Berdasarkan rangsangan di bawah, berikan justifikasi anda beserta contoh-contoh yang sesuai. 1. Posisi Anatomikal / Satah

a) Median (midsagittal)

b ) Frontal (coronal) plane

c ) Tranverse plane BIDANG ANATOMIS Dalam posisi seperti ini tubuh manusia dibahagi menjadi beberapa bahagian oleh 3 satah: 1. Satah Medial; yang membahagi tubuh menjadi kiri dan kanan 2. Satah Frontal; yang membagi tubuh menjadi depan (anterior) dan bawah (posterior) 3. Satah Transversal; yang membahagi tubuh menjadi atas (superior) dan bawah (inferior)

2. Melabelkan dan warnakan selular dan tisu organisma

3. Kepentingan kimia Bahan kimia terdiri daripada satu atau lebih daripada elemen-elemen(unsur-unsur) di bumi. Bahan kimia sangat penting di dalam kehidupan seharian kita seperti di dalam bidang perubatan, bahan kimia digunakan untuk memerangi penyakit dan memanjangkan angka hayat seseorang. Dalam industri pertanian bahan kimia dapat dijadikan sebagai bahan seperti baja dan racun perosak, kegunaan ini ialah untuk meningkatkan hasil tanaman. Di dalam makanan juga bahan kimia diguna pakai seperti contoh bahan pengawet iaitu untuk membantu memanjangkan masa penyimpanan makanan. Selain itu juga bahan kimia juga digunakan untuk bahan yang digunakan untuk membuat pakaian seperti kapas (cotton), sutera (silk) dan nilon (nylon). Bahan binaan seperti simen (cement), konkrit (concrete) dan kaca (glass). Selain itu juga komponen automobile dan computer juga menggunakan bahanbahan kimia. Bahan kimia juga digunakan di dalam prosuk pengguna seperti sabun, pencuci muka dan juga bahan cucian.

4. Apakah homeostasis 4.1Definisi Homeostasis adalah satu tindakan yang dilakukan oleh organisma untuk mengekalkan kestabilan persekitaran dalaman melalui pengawalan suhu badan, peredaran oksigen dan kandungan garam (potasium, sodium dan klorida) di dalam sel badan. 4.2Kitaran

Antara contoh homeostasis ialah apabila cuaca panas, sistem kulit akan bertindak balas dengan mengeluarkan peluh melalui kelenjar peluh pada epidermis kulit untuk mencegah suhu darah daripada meningkat.Salur darah pula akan mengembang untuk mengeluarkan haba ke persekitaran dan hal ini kadang kala menyebabkan kulit berwarna merah. Apabila aras glukosa dalam darah telah habis atau berkurangan daripada julat tertentu, hati akan dirangsang oleh insulin untuk menukarkan glikogen kepada glukosa supaya dapat digunakan sebagai tenaga untuk tindakan otot. Organ yang terlibat dalam kawalatur homeostasis ialah hati ,ginjal dan kulit.

4.3Jenis Homeostasis Terdapat 2 jenis keadaan tetap atau mantap dalam homeostasis iaitu : 1) Sistem tertutup- Keseimbangan statis. Lingkungan dalam tidak berubah seperti botol tertutup. 2) Sistem terbuka- Keseimbangan dinamis. Lingkungan dalam yang konstan walaupun system ini terus berubah contohnya seperti sebuah kolam di dasar air terjun.

Anda mungkin juga menyukai