Anda di halaman 1dari 19

SEP / 2012

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN : NO. TELEFON E-MEL

<NO MATRIKULASI>

<NO. KAD PENGENALAN> : : <TELEFON> <EMEL ID>

PUSAT PEMBELAJARAN :

<PUSAT PEMBELAJARAN>

1.0 ETNIK JAWA DAN KEKERABATAN DENGAN MELAYU Dalam masyarakat majmuk di negara kita, pelbagai jenis kebudayaan dan kesenian ada pada masyarakat masing-masing. Kedatangan masyarakat Jawa ke tanah air kita terutamanya di selatan Semenanjung beberapa kurun yang lalu telah membawa banyak kesenian yang kini hampir dilupakan, dibawa oleh arus kemewahan teknologi moden. Banyak kesenian masyarakat Jawa seperti kuda kepang, wayang kulit, ketoprak, ludruk, angklong, barongan, pencak silat dan kempling hampir dilupakan oleh generasi baru kerana usaha-usaha untuk memeliharanya tiada.Kesenian itu sesetengahnya masih hidup lagi terutama di kampung-kampung yang dihuni oleh masyarakat Jawa di mana generasi tua masih ada. Suku Jawa adalah salah satu suku yang termasuk dalam rumpun Melayu ,populasi suku Jawa dianggarkan terdapat sekitar 100 juta orang di seluruh dunia, daripada jumlah itu terdapat sekitar satu hingga dua juta jumlah masyarakat Jawa di Malaysia.Selain itu daripada aspek agama dan kepercayaan pula hampir keseluruhan masyarakat Jawa yang berada di Malaysia adalah terdiri daripada mereka yang menganut agama Islam. Hal ini berbeza dengan Indonesia dimana sebahagian besar orang Jawa di Indonesia yang menganut agama Islam , terdapat ramai juga suku Jawa di Indonesia yang menganut agama Kristian,Hindu, Buddha dan juga agama kepercayaan suku Jawa iaitu agama Kejawen. Umum mengetahui bahawa kolompok masyarakat Jawa yang berada di Malaysia pada hari ini adalah berasal daripada Indonesia.Menurut Khazin Mohd Tamrin (1984). Masyarakat Jawa berhijrah kerana tekanan berat dari penjajah Belanda dan faktor mengerjakan haji. Tekanan berat yang dimaksudkan ialah lambakan cukai yang dikenakan ke atas penduduk asal Pulau Jawa. Berkenaan dengan faktor mengerjakan haji pula, ramai penghijrah berangkat ke Tanah Melayu khususnya di negeri Selangor kerana hendak mencari wang untuk dijadikan tambang pergi ke Makkah Mereka pergi ke Tanah Melayu untuk membuka kawasan baru. Mereka mengerjakan kebun dan ladang di kawasan itu dan kemudiannya menjualkannya untuk mendapatkan tambang pergi ke Makkah Kebiasannya, mereka yang pulang daripada menunaikan haji akan terus menetap di Tanah Melayu dan tidak pulang semula ke Pulau Jawa. Pada sekitar tahun1890an, masyarakat melayu yang menetap di Kuala Lumpur adalah terdiri daripada pedagang daripada Sumatera dan Jawa (Gullick, 1993:34). Di daerah Klang, telah dikesan aktiviti perdagangan yang diketuai oleh pedagang jawa yang diketuaioleh Syeikh Mohd Taib (MISC 183/80 Kuala Lumpur). Pada tahun 1930an, kebanyakkan peniaga melayu yang berniaga di kawasan Batu Road, Melaka Streetdan Malay Street adalah terdiri daripada orang Jawa dari Sumatera. Masyarakatj awa di Selangor kebanyakkannya memilih penempatan di kawasan pertanian, mereka memilih cara hidup dengan bercucuk tanam dan berkebun. (Noriah Mohamed,2001:223)

Faktor perkembangan pesat industri pelombongan bijih timah di kawasan lembah Sungai Kelang juga telah menarik penghijrahan ramai orang jawa ke daerah ini. Berbanding dengan orang cina dari tanah besar, orang jawa ini menjalankan kegiatan melombong bijih timah secara kecil kecilan di kawasan pendalaman.(Khazin, 1978:73).Menurut Noriah Mohamed(2001:147), kawasan yang dikesan mempunyai penduduk berketurunan jawa yang ramai di Selangor ialah: 1) 2) 3) 4) 5) 6) Tanjung Karang Sabak Bernam Kuala Selangor Kelang Banting ( Kuala Langat) Sepang

Di Johor pula, kebanyakan mereka dijadikan sebagai buruh untuk melebarkan sungai. Justeru itu, kebanyakan penempatan di Johor dikenali sebagai Parit seperti Parit Sulung, Parit Jawa, Parit Setan dan lain-lain. Masyarakat Jawa merupakan masyarakat yang paling banyak mengalami proses asimilasi berbanding dengan masyarakat pendatang yang lain. Sehingga hari ini, masyarakat Jawa terus mengalami proses tersebut sehingga generasi muda pada hari ini sukar untuk menerima sebagai orang Jawa yang tulen memandangkan segala corak kehidupan telah bertukar kepada masyarakat tempatan. Pada dasarnya terdapat beberapa perkara yang menyebabkan masyarakat Jawa mengalami proses asimilasi. Antaraya adalah dari segi wajah yang seiras, bahasa yang hampir sama, agama yang sama, persamaan corak hidup, pakaian dan perkahwinan. Ini menyebabkan masyarakat Jawa telah diterima sepenuhnya sebagai bangsa Melayu di bawah satu rumpun.

1.0.1 HUBUNGAN KEBUDAYAAN DAN SENI KRAF Permainan Kuda Kepang. Permainan kuda kepang ialah tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa. Ia turut dibawa oleh penghijrah ke Tanah Melayu. Permainan ini kini merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia dan Malaysia, khususnya di negeri Johor, dan biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis keramaian. Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Beliau menggunakan telur mentah, bunga, rumput dan air untuk persembahan. Dikawali oleh seorang "danyang" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu. Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya. Semasa penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang. Tarian Gamelan : Tarian klasik ini mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17.Ia mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang. Ianya mula di perkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu. Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.Elemen Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian Melayu.

Kompangan. Kompang adalah sejenis alat muzik yang dipercayai berasal dari Tanah Arab. Ia di bawa masuk melalui Tanah Jawa. Ia telah menjadi muzik tradisional yang diterima di seluruh Malaysia. Kalau dulu kompang hanya digunakan dalam majlis perkahwinan, khususnya menyambut dan mengiringi kedatangan pengantin, kemudian pengantin duduk di atas kerusi di halaman (ada silat pengantin) dan hinggalah pengantin duduk di atas pelamin. Melenggang Perut. Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak perlu disiapkan untuk menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut disediakan adalah seperti berikut: Tujuh helai kain yang berlainan warna. Satu gantang beras. Sebiji buah kelapa. Beberapa urat benang. Satu batang damar. Sedikit minyak kelapa atau minyak urut. Beberapa batang lilin. Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya. Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu. Keramaian :Segelintir masyarakat Jawa di Malaysia masih lagi mengekalkan tradisi nenek moyang mereka walaupun tidak secara keseluruhan. Salah satu tradisi yang masih dipelihara sehingga ke hari ini adalah among-among. Among-among merupakan tradisi masyarakat Jawa yang meraikan bayi selepas 36 hari dilahirkan. 5

Upacara ini diadakan setiap tahun sehinggalah bayi itu pandai bercakap, kebiasaannya sekitar umur empat tahun. Among-among sebenarnya adalah untuk meraikan kanak-kanak sama seperti sambutan hari lahir. Sebelum upacara tersebut dijalankan, ada beberapa tradisi lain yang perlu dilakukan sebaik sahaja seseorang bayi itu lahir. Hari pertama hingga ketujuh bayi dilahirkan, ramai jiran serta saudara-mara menziarahi keluarga bayi dan kunjungan tradisi tersebut dipanggil muyi. Biasanya kaum ibu datang pada waktu siang, manakala kaum bapa pada waktu malam. Jika orang melayu , hari ketujuh juga disambut dengan kenduri akikah dan diselangi dengan bacaan marhaban. Selepas muyi, ia diikuti dengan puputan atau kenduri cukur jambul. Pada masa ini, para tetamu dihidangkan dengan nasi ambang atau disebut ambeng yang dimakan bersama ayam masak kicap, mi goreng, sambal goreng, sayur dan serunding kelapa. Kemudian, barulah tradisi among-among bermula selepas tempoh berpantang tamat. Among-among diadakan setiap tahun sejak bayi dilahirkan hinggalah bayi tersebut fasih bercakap, tetapi kebanyakan masyarakat Jawa Malaysia menyambutnya pada hari kelahiran bayi tersebut. Memadai menjemput jiran tetangga dan saudara-mara terdekat yang akan dijamu dengan nasi keluban yang dihidangkan di dalam dulang. Makanan. Masakan dan hidangan orang melayu kebanyakkannya dipengaruhi dari Jawa dan kepulauankepulauan Melayu. Terdapat sesetengah makanan ini, yang ramuannya begitu unik dan begitu sukar di dapati di negeri-negeri lain di Malaysia. Hanya di keraian-keraian tertentu sahaja makanan yang unik dini biasanya boleh didapati. Antara hidangan dan makanan yang dipengaruhi oleh unsur Jawa adalah seperti: Laksa Johor ; makanan yang berasal dari Johor. Ianya berbeza dari laksa penang kerana menggunakan santan kelapa untuk kuahnya. Laksa ini juga popular di tanah Jawa Mi bandung ~ juga masakan yang berasal dari negeri Johor dan amat terkenal di Muar. Perkataan bandung tidak berasal dari Bandung, Indonesia tetapi membawa maksud pelbagai bahan-bahan yang disatukan dari pelbagai rencah. Bandung adalah antara negeri yang ramai etnik Jawa Mi rebus atau mee Jawa~ adalah makanan terkenal yang terkandung mi yang di celur dan di hidangkan bersama kuahnya tersendiri, telur rebus dan bahan sampingan. Sate ~ makanan kegemaran yang buakan lagi menjadi kegemaran warga Johor malah Malaysia. Daging lembu atau ayam berempah (kini dengan pelbagai jenis daging seperti rusa dan kambing) yang di bakar ini, boleh diperolehi di dalam mana-mana sahaja sekitar Johor. Di tanah Jawa, sate kebanyakannya adalah dari sate kambing.

BATIK : Batik berasal dari bahasa Jawa "amba" yang bererti menulis dan "titik". Kata batik merujuk pada kain dengan corak yang dihasilkan oleh bahan "malam" (wax) yang diaplikasikan ke atas kain, sehingga menahan masuknya bahan pewarna (dye), atau dalam Bahasa Inggerisnya "wax-resist dyeing".Batik secara historis berasal dari zaman nenek moyang yang dikenal sejak abad XVII yang ditulis dan dilukis pada daun lontar. Pada saat itu motif atau corak batik masih didominasi dengan bentuk binatang dan tanaman. Namun seiring perkembangannya, motif atau corak batik mengalami perkembangan, iaitu dari corak-corak lukisan binatang dan tanaman lambat laun beralih pada motif abstrak yang menyerupai awan, relief candi, wayang beber dan sebagainya. Selanjutnya melalui penggabungan corak lukisan dengan seni hiasan pakaian, muncul seni batik tulis seperti yang kita kenal sekarang ini. Batik adalah kerajinan yang memiliki nilai seni tinggi dan telah menjadi sebahagian daripada budaya Malaysia (khususnya Jawa) sejak lama. Seni kraf ini telah menjadi sebahagian daripada budaya seni dan seni kraf yang mempengaruhi orang melayu dimana perkataan batik itu sendiri adalah berasal dari perkataan Jawa, cuma perbezaannya, di Indonesia, kain batiknya dipakai oleh orang lelaki dan perempuan manakala di Malaysia terutama orang melayu, hanya dipakai oleh orang perempuan.

1.0.2 HUBUNGAN SASTERA DAN BAHASA Bahasa Melayu telah berkembang dan diguna sebagai Lingua Franca di Dunia Melayu sejak masa lampau.Oleh yang demikian, kita boleh menemui banyak perkataan bahasa serumpun di kepulauan Indonesia terutamanya dari Jawa dan Sumatra.Kerana aliran masuk kata-kata dari bangsa- bangsa serumpun di sana kerapkali dilakukan terhadap bahasa Melayu. Khususnya berhubung dengan akibat bahawa ramai petani berimigrasi ke Semenanjung Tanah Melayu dari Jawa dan Sumatra, perkataan dari bahasa Jawa dan Minangkabau dapat dijumpai lebih banyak dari kata-kata bahasa lain dari kawasan tersebut dalam bahasa Melayu. Kalau dianalisa sifatnya, perkataan tersebut agaknya sudah menyerap sebagai sebahagian unsur bahasa Melayu sekarang dan kebanyakannya ialah kata yang bererti mengenai alam, pertanian, makanan, haiwan, nama keluarga diraja, adat-istiadat dan sebagainya yang berdasarkan adat dan kebudayaan daerah masing-masing di kepulauan Indonesia. Dalam jumlah kata tersebut, bahasa-bahasa pertuturan di pulau Jawa (bahasa Jawa, Jakarta Melayu dan Sunda) melebihi dari 50 peratusBahasa Melayu meminjam sekurang-kurangnya 1977 perkataan Jawa dalam meeperkaya kosa katanya. -Penyerapan bahasa Jawa ke dalam bahasa Melayu berlaku melalui beberapa cara.Antaranya akibat daripada pengaruh kerajaan Jawa,Majapahit, dan Mataram di Kepulauan Melayu.Semasa keagungan kerajaan Jawa ini,bahasa Jawa telah digunakan sebagai bahasa pertuturan oleh sebilangan besar penduduk di Kepulauan MelayuSelepas pengaruh kerajaan Jawa pudar,aspek atau unsurunsur Jawa masih tersebar,terutamanya dalam buku-buku sastera seperti cerita panji.Dalam cerita panji ini banyak kosa kata Jawa digunakan. -Antaranya perkataan Jawa yang masih digunakan hingga hari ini ialah awet,ayu,enteng,jerok,kali,keringat,lumrah,matang,tulen,duda,soto,dadar,pecal,perabot,gadogado,garing,lontong,pamer,lumrah,pinggir,lempeng,wali,lurah,prihatin,sembrono dan gamelan. Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun. Kedua-kedua bahasa tergolong kepada keluarga bahasa Indonesia. Terdapat dua faktor utama dalam penyebaran pengaruh bahasa Jawa ke Bahasa Melayu, iaitu: 1. Pengaruh melalui penyebaran cerita panji 2. Pengaruh melalui interaksi sosial dan ekonomi Cerita panji ialah sejenis cerita yang berasal dari Jawa. Isinya adalah mengenai wira dan wirawati. Cerita ini terdapat banyak versi, dan boleh dikesan di seluruh nusantara sehingga di Kemboja. Migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu telah berlaku semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pertempatan orang 8 perkataan

Jawa sudah dapat dikesan di bandar Melaka pada zaman itu, iaitu Kampung Jawa dan Parit Jawa. Walaubagaimanapun, migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu yang ketara berlaku bermula pada awal abad ke-19. Tumpuan migrasi Jawa adalah di negeri-negeri Selat dan juga negeri Selangor dan negeri Johor. Pertembungan orang tempatan yang menutur bahasa Melayu dengan pendatang Jawa yang menutur dalam bahasa Jawa telah menyebabkan unsur-unsur bahasa Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa kata-kata pinjaman Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu secara terpencil dan tidak tersebar luas. Ia dikatakan diserap ke dalam Bahasa Melayu kerana migrasi orangorang Jawa yang masih mengekalkan bahasa mereka dan tidak menguasai perbendaharaan bahasa Melayu yang sebenar. Berikut disenaraikan beberapa kata-kata pinjaman Jawa dalam bahasa Melayu:

Perkataan Andong Batok berangasan wedana adipati

Maksudnya Kereta kuda(sewaan) tempurung mudah naik marah ketua daerah raja

Seorang sarjana Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini. J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada satu kesimpulan bahawa: (a) Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk

yang menyebar ke tempat lain. (b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain.

Bahasa seperti yang diketahui merupakan alat untuk membentuk minda, perasaan dan keinginan. Selain penanda bangsa, bahasa juga dapat merefleksikan latar budaya. Bahasa Jawa adalah bahasa pertuturan yang digunakan penduduk suku bangsa Jawa terutama di sesetengah bahagian Banten, Jawa Barat, Jawa Tengah & Jawa Timur di Indonesia. Bahasa Jawa terbahagi menjadi dua yaitu Ngoko dan Kromo. Ngoko sendiri dalam perkembangannya secara tidak langsung terbahagi lagi kepada Ngoko kasar dan Ngoko halus ( campuran ngoko dan kromo ). Malah Krama juga terbagi lagi menjadi Krama, Krama Madya dan Krama Inggil ( Krama Halus ). Krama Madya ini pun agak berbeza antara Krama yang digunakan dikota dengan Krama yang digunakan di desa. Malah Krama Halus juga berbeza antara Krama Halus atau Inggil yang digunakan oleh kalangan Kraton dengan kalangan rakyat biasa. Penduduk Jawa yang berhijrah ke Malaysia turut membawa bahasa Jawa ke Malaysia. Bahasa dalam masyarakat Jawa merujuk pada bahasa Jawa yang merupakan bahasa ibu bagi masyarakat Jawa yang tinggal di Malaysia, namun terdapat juga elemen asimilasi melalui penggunaan Bahasa Melayu di kalangan sesama masyarakat Jawa atau seharian. Terdapat beberapa tingkat tutur kata berbeza dalam bahasa masyarakat Jawa di Malaysia yang digunakan sesuai dengan pangkat atau kedudukan seseorang supaya menyampaikan rasa hormat kepada mereka sewaktu disapa sehingga rasa harmonis dilestarikan antara semua anggota masyarakat Jawa. Kedua tingkat tutur utama yang dipakai masyarakat Jawa di Malaysia adalah tingkat Krama dan Ngoko. Bahasa Jawa Krama itu dipakai dalam situasi formal atau kalau dua orang asing bertemu yang ingin saling menyampaikan rasa hormat tetapi bahasa Jawa Ngoko itu lebih kasar dan dianggap tidak formal dan cocok dipakai antara teman-teman atau dengan orang yang rapat atau intim. Yang menarik mengenai bahasa Jawa adalah tingkat tutur bahasa Jawa Krama itu masih lagi digunakan dalam percakapan sehari-hari seperti sekarang. Namun masih terdapat kegusaran mengenai kepupusan bahasa yang semakin luntur dipuput waktu. Sama juga halnya dengan tingkat tutur bahasa Jawa Karma Inggil yang dianggap tingkat tutur tertinggi dan paling sopan yang hanya dipakai untuk menyampaikan rasa hormat pada orang-orang yang memiliki posisi atau kedudukan yang jauh lebih tinggi daripada penuturnya. Pelestarian tingkat ini khususnya adalah warisan orang-orang yang tinggal di sekitar daerah perkampungan Jawa. Terdapat juga loghat dalam bahasa Jawa yang terbahagi kepada dua kategori iaitu loghat sosial dan loghat daerah.Loghat dalam Bahasa Jawa menurut kelas sosial terbahagi kepada lapan iaitu Ngoko, Ngoko Andhap, Madhaya, Madhayantara, Kromo, Kromo Inggil, Bagingan dan Kedhaton. Loghat Bagingan dan Kedhaton digunakan di kalangan keluarga Kraton dan sulit difahami oleh orang Jawa kebanyakan.

10

Perbezaan perkataan menurut loghat sosial dalam Bahasa Jawa boleh difahami melalui contoh berikut: * Bahasa Malaysia: Maaf, saya nak tanya rumah kak Budi itu, di mana? 1. Ngoko kasar: Eh, aku arep takon, omah Budi kuwi, nng*ndi? 2. Ngoko halus: Aku nyuwun pirsa, dalem mas Budi kuwi, nng endi? 3. Ngoko meninggikan diri sendiri: Aku kersa ndangu, omah mas Budi kuwi, nng ndi? 4. Madya: Nuwun swu, kula ajeng tanglet, griyan mas Budi niku, teng pundi? 5. Madya alus: Nuwun swu, kula ajeng tanglet, dalem mas Budi niku, teng pundi? 6. Krama andhap: Nuwun swu, dalem badh nyuwun pirsa, dalemipun mas Budi pundi? 7. Krama: Nuwun sewu, kula badh takn, griyanipun mas Budi punika, wonten pundi? 8. Krama inggil: Nuwun sewu, kula badhe nyuwun pirsa, dalemipun mas Budi punika, wonten pundi? Namun masyarakat Jawa di Malaysia menggunakan bahasa Jawa dengan loghat biasa. Malah penggunaan bahasa Jawa Krama serta Ngoko dari masa ke semasa sangat bergantung di bahu generasi muda sekarang. Amat wajarlah sekiranya generasi muda sekarang berusaha untuk menggunakan semua tingkat tutur bahasa Jawa ini dalam interaksi sehari-harinya. Walaupun begitu sudah ironis bahawa orang yang lebih tua menyatakan begini kerana bahasa ibunda itu diajar sejak lahir sehinggalah ke usia remaja. Maka seharusnya menjadi tanggung jawab orang tua mengajar anak-anaknya tingkat tutur bahasa Jawa itu, bukan sekadar mengharapkan kaum muda mengamalkan di sekolah atau di tempat lain. Meninggalkan pertanggungjawaban penggunaan bahasa Jawa di kalangan komuniti kelestarian penggunaan tingkat tutur bahasa Jawa yang kompleks ini. Menurut pengalaman dan hasil kajian, didapati bahawa masyarakat Jawa di Malaysia sangat teguh mewarisi bahasa Jawa dan mengamalkannya di kalangan ahli keluarga dan masyarakat Jawa setempat. 11 tak cukup untuk memastikan punika, wonten

Namun proses asimilasi terjadi melalui pergaulan mereka dengan pelbagai kaum terutamanya dengan masyarakat Melayu sama ada di sekolah, kedai, pasar atau di kawasan setempat. Jika bahasa Jawa tidak diperhidupkan, mungkin di masa depan hanya segenggam orang yang mengingati semua peraturan dan cara pengucapan tingkat tutur bahasa Jawa Krama ini iaitu bahasa Jawa formal kerana majoriti masyarakat Jawa memakai bahasa Jawa Ngoko dalam pertuturan. Ini kerana wujudnya bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama dalam pembelajaran di Malaysia. Sekiranya memfokuskan perubahan bahasa Jawa, harus diingat bahawa bahasa Jawa itu sebenarnya terdiri atas sembilan tingkat tutur dan di masa lampau secara luas digunakan oleh masyarakat Jawa. Hanya kerana perubahan modernisasi yang menuntut masyarakat Jawa menuntut ilmu menyebabkan penggunaan dan pemahamannya kian berkurangan. Terdapat juga anak-anak muda di kalangan masyarakat Jawa yang berkahwin campur memahami percakapan Jawa yang diutarakan oleh ibu dan bapanya namun sukar untuk menjawab dalam bahasa Jawa kembali kerana tidak diamalkan dan diajar di sekolah. Oleh kerana itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan penggunaan dan pemahaman bahasa sejak dari kecil untuk mengukuhkan jati diri yang kuat di kalangan anak muda. Namun seharusnya bahasa lain terutamanya Bahasa Melayu tidak dipinggirkan. Sesungguhnya , bahasa memainkan peranan yang sangat penting untuk memartabatkan sesuatu bangsa. Bak kata pepatah, bahasa itu jiwa bangsa, rosak bahasa bina salah bangsa..Hasil daripada amalan animisme yang begitu kuat di kalangan orang-orang Melayu pada ketika itu telah melahirkan beberapa genre seperti mantera dan melalui mantera ini diwujudkan pula jampi, serapah, sembur, cuca dan sebagainya yang bertindak untuk menjaga keselamatan, kesejahteraan, maruah dan kehormatan orang-orang Melayu pada ketika itu. Pengaruh bahas jawa dan melayu ini telah lama wujud dan ramai yang tidak mengetahui bahawa mantra ini adalah genre yang terawal wujud dan di dalamnya terdapat pantun, mantera, syair, seloka, gurindam, peribahasa, terasul, pepatah-petitih, bidalan, ungkapan, teka-teki dan banyak lagi. Semuanya adalah bersifat berkias, menyindir dan menguji kefahaman khalayak Melayu pada ketika itu. Ramai yang tidak merasai bahawa kehebatan sastera jawa dan Melayu adalah terletak kepada genre seperti ini. Perhubungan rapat nilai sastera , samada bentuk mistik atau cerita-cerita yang berkaitan dengan bangsa jawa, kekarabatan tetap kuat, contoh diatas tentang mantra juga ada diamalkan oleh masyarakat melayu dan diangkat sebahagian dari seni lisan kesusasteraan melayu.

12

1.0.3 HUBUNGAN KEPERCAYAAN DAN PEGANGAN Kepercayaan merupakan sesuatu yang penting dalam sesebuah masyarakat. Orang Jawa asli sebahagian besar secara nominal menganut agama Islam. Tetapi terdapat juga yang menganut agama Kristian, Protestan dan Katholik. Umumnya masyarakat Jawa di Malaysia merupakan masyarakat yang mengganut agama suci Islam. Agama Islam yang dianuti oleh mereka sama dengan agama Islam yang menjadi anutan masyarakat Melayu. Keseragaman ini sememangnya penting untuk melestarikan persefahaman kepercayaan di kalangan kelompok. Malah ia juga penting untuk memastikan Islam terus terpelihara di negara ini. Masyarakat Jawa bermazhabkan Syafie dengan memegang teguh lima rukun Iman dan mempercayai enam rukun Islam. Dua rukun inilah yang menjadi landasan kepercayaan mereka untuk menjadi seorang Islam yang sempurna di mata Allah SWT. Oleh kerana masyarakat Jawa lebih menekankan aspek pembelajaran, beberapa buah pondok telah dibina untuk dijadikan tempat untuk belajar fardu ain bagi menguatkan lagi pegangan. Kebiasaannya, kelas ini akan dikendalikan oleh Kiai atau imam. Namun begitu, terdapat juga masyarakat Jawa yang mengambil inisiatif sendiri untuk mengajar anak-anak di rumah. Anak-anak akan diajar membaca Al-Quran di samping menyelitkan beberapa ilmu lain yang berkaitan dengan agama. Mereka akan diajar daripada peringkat bawah hingga kepada peringkat tinggi. Selain itu, golongan dewasa juga digalakkan untuk mempelajari ilmu agama untuk meningkatkan lagi pengetahuan mengenai Islam. Masyarakat Jawa juga percaya akan aspek persaudaraan. Jika dikaji , masyarakat Jawa seperti juga masyarakat Melayu lain , amat mementingkan aspek persaudaraan. Malah tali persaudaraan sendiri amat ditekankan oleh agama Islam. Oleh itu, masyarakat Jawa adalah saudara kepada masyarakat Islam yang lain. Secara tuntasnya, dapatlah diputuskan bahawa , oleh kerana agama itu sendirilah yang menyatukan masyarakat Jawa dan Melayu. Sesungguhnya, agama memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk keperibadian yang sempurna. Disamping kepercayaan terhadap agama Islam, terdapat juga segelintir masyarakat Jawa yang mengamalkan amalan animisme. Amalan ini dianggap sebagai satu amalan yang kuno dan masih juga diamalkan oleh segelintir masyarakat Jawa walaupun telah menganut agama Islam. Amalan ini lebih menekankan tentang aspek makhluk-makhluk halus dan semangat sesuatu tempat. Terdapat segelintir masyarakat Jawa yang mempercayai sesuatu tempat tersebut mempunyai makhluk halus. Oleh itu, adalah penting untuk meneroka sesebuah tempat sebelum diduduki atau didirikan bangunan. Terdapat segelintir 13

warga emas masyarakat Jawa yang mempercayai tentang semangat di tempat yang baru. Sekiranya semangat tersebut hilang atau diganggu gugat seperti membersihkan kawasan, dipercayai akan menyebabkan seseorang itu mendapat penyakit. Oleh itu, mereka perlu membuat beberapa semahan atau menjamu dengan bertih supaya semangat tersebut pulih seperti sedia kala. Selain itu, masyarakat Jawa juga mempercayai beberapa objek yang mempunyai kuasa seperti busut, batu-batu besar atau pokok-pokok besar. Kuasa ini dikatakan mampu member kesan kepada mereka yang mengusik atau melakukan perkara yang tidak senonoh kepada objek tersebut. Justeru itulah ramai di kalangan mereka yang mengambil peluang dengan menjadikan busut, batu atau pokok besar sebagai satu objek yang boleh mendatangkan keuntungan seperti tikam nombor ekor. Sungguhpun demikian, amalan dan kepercayaan animisme ini semakin hilang di telan zaman kerana Islam menegaskan amalan ini dianggap sebagai perbuatan syirik yang bertentangan dengan agama. Masyarakat Jawa mengamalkan agama Islam sebagai kepercayaan yang kukuh melalui niat di hati dan praktikal dalam perbuatan.Akibat dari ajaran dan pegangan mereka itu lahir dan wujudlah berbagaibagai bentuk kebudayaan dan adat resam mengikut jenis agama dan kepercayaan yang mereka anuti. Kedatangan Islam ke Nusantara selepas itu telah berjaya membasmi kepercayaan karut dalam masyarakat Melayu pada ketika itu. Namun tidak semua masyarakat Melayu yang mahu meninggalkan kepercayaan mereka secara keseluruhan dan sehingga ke hari ini, kita masih dapat melihat betapa amalan Khurafat itu masih tegak dan tetap hidup dalam adat resam dan kebudayaan Melayu atau Jawa terutamanya dalam majlis perkahwinan, kematian, perbomohan dan perbidanan, latihan pertahanan diri dan sebagainya. Di samping itu kepercayaan kepada benda-benda keramat seperti keris, kubur, pokok besar, batu dan sebagainya begitu kuat sehingga dapat di lihat sesetengah orang Melayu yang masih menjaga dan menyimpan dengan baik keris pesaka sejak turun temurun, yang dikatakan "Penjaga keluarga." Sungguhpun demikian, amalan dan kepercayaan animisme ini semakin hilang di telan zaman kerana Islam menegaskan amalan ini dianggap sebagai perbuatan syirik yang bertentangan dengan agama. Masyarakat Jawa mengamalkan agama Islam sebagai kepercayaan yang kukuh melalui niat di hati dan praktikal dalam perbuatan. sebagai

14

JANTINA

Lelaki dan Perempuan Jawa Disamping pengetahuan mengenai adat resam kaum Jawa, molek kiranya kita mengetahui tentang keunikan Kaum Jawa dalam perkaitan di antara peranan kaum lelaki dan perempuan dalam masyarakatnya. Lelaki dan perempuan merupakan makhluk Allah yang saling melengkapi antara satu sama lain. Sifat saling melengkapi inilah yang menjadi lumrah dalam kehidupan. Kajian tentang stereotaip jantina menunjukkan bahawa biasanya perempuan dan lelaki mempunyai stereotaip yang sama. Lelaki di dapati bersikap logik, dominan, berdikari dan agresif. Perempuan pula disifatkan sebagai sensitif, emosional, penyayang, menggunakan intuisi, agak berdikari dan mudah berputus asa. Kemungkinan besar sifat personaliti seperti ini tidak semulajadi sepenuhnya kerana dalam beberapa budaya tedapat kaum wanita agresif dan dominan manakala kaum lelaki bersifat emosional dan sensitif. Oleh itu, budaya memainkan peranan penting dalam menentukan sikap tertentu dan menyembunyikan sikap yang lain. Dalam masyarakat Jawa, sejak dari kecil,anak-anak lelaki dan perempuan di layan secara berbeza sejak dilahirkan. Kanak-kanak dapat mengenalpasti diri sendiri sebagai lelaki atau perempuan dan secara terbuka mencari dan menerima maklumat tentang sifat kelelakian atau kewanitaan. Anak lelaki disuruh jangan menjadi pondan dan anak perempuan pula disuruh bersopan. Anak lelaki juga tidak digalakkan menunjukkan emosi dan anak perempuan dihalang menjadi agresif. Ini terbukti mengenai pendedahan keluarga masyarakat Jawa dalam kehidupan. Anak-anak lelaki akan diajak bertani oleh bapa. Manakal anak-anak perempuan akan diajar menguruskan kerja rumah oleh ibu.

15

Inilah yang menjadi pegangan orang tua zaman dahulu. Pernyataan ini benar!, Dalam masyarakat Jawa, lelaki dianggap sebagai sumber kekuatan dalam sesuatu masyarakat. Sama seperti kebanyakan kaum serumpun Melayu yang lain, kaum lelaki dianggap sebagai ketua. Contohnya seperti pelantikan Kiai atau Siak dan Lurah. Jawatan ketua ini akan disandang oleh kaum lelaki. Menurut kepercayaan, kaum lelaki lebih berfikiran matang tanpa mengikut perasaan dibandingkan dengan kaum perempuan. Ini kerana jiwa perempuan yang lebih sensitif akan menjadikan mereka lebih beremosi dalam membuat keputusan. Sifat kaum lelaki yang lebih kuat juga menjadikan mereka sebagai orang yang sangat penting dalam menjadi ketua keluarga. Tugas-tugas ketua keluarga merangkumi pencari nafkah. Kaum lelaki masyarakat Jawa pada masa dahulu menyara hidup keluarga mereka dengan membuat kerja kampung contohnya seperti petani. Kekuatan sifat fizikal mereka dengan susuk tubuh yang sasa mekar , kuat, gagah, maskulin, keras dan perkasa menjadi penyumbang yang penting dalam menjalankan kerja mencari rezeki. Malah kaum lelaki turut menjadi pelindung seluruh anggota keluarga. Mereka menjaga keselamatan isteri dan anak-anak mereka. Sifat lelaki Jawa yang tegas dari luar namun lembut dari dalam. Lelaki Jawa seperti juga lelaki Melayu tidak memarahi anak-anak secara terbuka , tetapi disampaikan melalui isteri. Malah pandangan dan jelingan mata mereka juga mampu menyampaikan mesej tertentu kepada anakanak. Boleh dikatakan juga bahawa bapa adalah pelindung keluarga dalam diam. Berbanding dengan perempuan Jawa , mereka lebih dicirikan sebagai seorang wanita yang penuh dengan nilai-nilai kelembutan. Terdapat istilah Jawa yang menyebut bahawa isteri sebagai Kanca Wingking yang bermaksud isteri adalah tulang belakang suami dalam mengelolakan bahtera rumah tangga.Bertepatan dengan sikap dan sifat mereka yang feminin, halus, lemah-lembut dan manis, adalah bersesuaian tugas mereka untuk membuat kerja-kerja di rumah sementara menunggu pulangnya suami dari mencari rezeki. Antara kerja-kerja rumah yang dibuat oleh kaum perempuan adalah memasak, mengemas rumah, menjaga kebajikan anak-anak dan lain-lain. Malah wanita Jawa dikaitkan dengan sifat berkorban yang tinggi. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga yang tercinta. Wanita Jawa juga disifatkan sebagai pembantu kepada suami. Wanita yang lembut menjaga kebajikan suami. Setelah suami pulang dari mencari rezeki, wanita Jawa akan menyambut kepulangan suami dengan wajah yang berseri-seri dengan selitan melur di di atas sanggul. Sambil menunggu lauk dipanaskan, mereka akan memicit dan mengurut badan suami untuk menghilangkan rasa penat selepas seharian bekerja. Selepas itulah makanan akan dihidangkan dan mereka akan melayan suami makan sambil bersembang.

16

Terdapat istilah Jawa yang menyebut Suwarga nunup neraka katut yang bermaksud suami adalah yang menentukan isteri akan masuk syurga atau neraka. Ini bersamaan dengan pernyataan syurga di bawah telapak kaki suami. Tiada guna amalan wanita itu, walau setinggi gunung, tetapi mengabaikan tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak. Terdapat juga pepatah Jawa yang mengatakan Kalau suami masuk syurga bererti isteri juga akan masuk syurga. Ini bermaksud, isteri merupakan pendorong suami yang terbaik. Sekiranya suami lalai dan leka, adalah menjadi tanggungjawab isteri untuk membimbingnya. Menurut Islam, isteri dijadikan daripada tulang rusuk kiri suami. Betapa penyataan ini tepat jika dibandingkan dengan sifat saling melengkapi antara lelaki dan perempuan. Namun dewasa ini, melalui proses pemodenan dan pembangunan, masyarakat Jawa juga saling berinteraksi dengan masyarakat luar dan mengubah sedikit demi sedikit peranan setiap jantina. Kini, masyarakat Jawa sudah keluar dari kepompong melalui peluang pendidikan . Terdapat anak-anak Jawa yang melanjutkan pelajaran ke luar negara dan menjadi pemimpin. Contohnya seperti Datuk Khir Toyo yang merupakan anak jati Jawa Negari Selangor. Malah perbezaan jantina antara lelaki dan perempuan juga semakin terhakis mengikut peredaran zaman. Namun sifat kewanitaan dan kelakian lelaki Jawa sebenar tidak akan luput.

17

RUMUSAN Kesimpulannya, masyarakat Jawa merupakan masyarakat pendatang yang banyak mengalami proses asimilasi dengan masyarakat tempatan. Proses ini adalah disebabkan corak hidup, bahasa dan adat yang mereka amalkan sama dengan masyarakat tempatan yang lain. Oleh itulah ramai di kalangan generasi muda sendiri tidak tahu asal usul masyarakat mereka. Di Malaysia, petempatan masyarakat Jawa bukanlah secara menyeluruh. Malah hanya bertumpu di beberapa buah negeri sahaja. Namun kewujudan mereka mampu mewarnai kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia yang pelbagai. Walaupun sedikit demi sedikit kebudayaan mereka diasimilasikan dengan masyarakat Melayu, mereka masih mengekalkan identiti mereka. Kekerabatan antara Melayu dan Jawa di Malaysia ini merupakan satu manifestasi keserumpunannya antara kedua-duanya. Bak kata pepatah tidak lapuk dek hujan, tidak lekang di panas.

18

Rujukan Khazin Mohd. Tamrin.(1978). Orang Jawa di Selangor Kedatangan dan Penempatan. Jebat (7/8), 68 - 85. Khazin Mohd. Tamrin (1984). Orang Jawa di Selangor: Penghijrahan danPenempatan 1880 1940 . Kuala Lumpur: DBP. (Kat D 595.2 .J4.K45 n.5) Koleksi Cerita Rakyat : Daerah Kuala Selangor . (2006). Selangor: Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN). Nelmawarni Bungo & Nordin Hussin. (2011).Merantau ke Kuala Lumpur: Tradisi merantau dan berdagang masyarakat Minang. Geografia,7, 116 - 131. Noriah Mohamed. (2001). Jawa Di Balik Tabir. Bangi: Penerbit UKM. ( 42 PL 5161.N67 n.5)

19