Anda di halaman 1dari 44

1.

PENGENALAN

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan . Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Selain itu,murid mampu

mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi. Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa murid.

Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran ini mengandung matlamat, objektif, dan organisasi kandungan. Organisasi kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil

Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Terdapat enam dokumen sampingan yang dikenali sebagai Huraian Sukatan Pelajaran untuk panduan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi [setiap tahun, iaitu dari tahun satu hingga tahun enam. Falsafah Pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia pula dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dengan adanya Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan citacita negara. Oleh itu, Sukatan Pelajaran sangat penting dan bermakna dalam mencapai matlamat pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sukatan Pelajaran sememangnya dibentuk dan diwujudkan bagi merealisasikan hasrat FPK. Matlamat dan objektif Sukatan Pelajaran telah dibentuk selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) selaras dengan objektif dan matlamat Sukatan Pelajaran dan saling berkait rapat.

2.0

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Meneliti setiap kata yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas, dapat kita perhatikan bahawa matlamat atau hasrat kerajaan dalam sektor pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan individu atau modal insan yang seimbang dalam semua segi sama ada intelek, rohani, emosi mahupun jasmani. Bagi mencapai matlamat ini, sudah pastilah tanggungjawab dipikul oleh mereka yang bergelar guru dalam menerapkan segala aspek dalam kalangan pelajar bagi melahirkan modal insan yang unggul dan dalam melaksanakan tanggungjawab ini, sudah pastilah penekanan dalam aspek penyampaian ilmu melalui pengubalan kurikulum perlu dilakukan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan usaha murni kerajaan dalam meningkatkan taraf pendidikan di negara kita. Salah satu elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekaligus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. Falsafah Pendididkan Kebangsaan (FPK) juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

3.0

MATLAMAT SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu usaha

yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan usaha ini adalah semata-mata bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia. Selain itu. matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian. Matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini telah dibentuk selaras dengan matlamat sistem pendidikan negara dan bertujuan untuk merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

4.0

OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Bagi mengkaji sama ada objektif Sukatan Pelajaran dapat dikaitkan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) atau tidak, terlebih dahulu kajian terhadap objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal oleh Kementerian Pelajaran untuk rakyat Malaysia perlu dijalankan. Hasil daripasa kajian ini barulah kita dapat melihat adakah Sukatan Pelajaran yang digubal selama ini mempunyai kaitan atau menjiwai roh dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Jika kedua-dua perkara ini mempunyai kaitan dan saling berhubung, maka usaha yang dijalankan bagi memartabatkan pendidikan negara kita telah pun berada di jalan yang betul dalam usaha untuk merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang diajar kepada murid sekolah rendah di seluruh Malaysia. Namun, beberapa pendekatan yang baik dan berkesan perlu dilakukan dari semasa ke semasa bagi memantapkan pengakaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Menurut kandungan Sukatan Pelajaran, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah, murid-murid dapat: i. Mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari; ii. Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila; iii. iv. Membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan; Menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan; v. Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul; vi. vii. Memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul; Menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi; viii. ix. Menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu; Menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan;

x.

Memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai; dan

xi.

Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan. Manakala, pada akhir pengajaran dan pembelajaran (P&P) pula, murid-murid

akan dapat : i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal; ii. Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi; iii. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah,

mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara; iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis; v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan; vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis; vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul; viii. Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis; ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan x. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme dan perasaan cinta akan negara.

Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Namun demikian, guru-guru digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan tahap dan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi dan berfikir.

5.0

HUBUNG KAIT ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DENGAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur, membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan.

Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guruguru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian sukatan pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah.

10

6.0

KONSEP

PENGGABUNGJALINAN,

PENYERAPAN,

PENGAYAAN,

PEMULIHAN DAN PENILAIAN (5P) Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep

penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Konsep ini merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR. Konsep ini merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam ransangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Konsep 5P terdiri daripada proses

penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan,

penerapan nilai murni,

pemulihan dan juga pengayaan. Rajah di bawah menunjukkan kelima-lima asas tersebut.

Penggabungjalinan

Penilaian Asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran KBSR

Penyerapan

Pemulihan

Pengayaan

Rajah 6.1

Asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran KBSR.

11

6.1

Konsep Penggabungjalinan

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran atau kemahiran daripada mata pelajaran lain. Seterusnya, strategi penggabungjalinan kemahiran ialah satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang intergratif dan menyeluruh. Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang berkaitan secara bersepadu serta menyeluruh dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan strategi ini dilaksanakan ialah bagi membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran dalam sesuatu masa pengajaran dan pembelajaran secara serentak serta meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu strategi ini juga penting untuk menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran disamping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna murid. Proses penggabungjalinan kemahiran juga dapat memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid secara seimbang dan menyeluruh melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas yang melibatkan murid secara aktif serta seluruh kelas. Terdapat tiga jenis bentuk penggabungjalinan kemahiran iaitu

penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran, penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain dan penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran ialah apabila proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan melibatkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-lain.

12

Penggabungjalinan ini memerlukan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang digabungkan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahirankemahiran ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kemahiran fokus dan kemahiran sampingan. Kemahiran fokus merupakan kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagaimana yang terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran manakala kemahiran sampingan pula ialah kemahiran yang digabungkanjalinkan setelah dipilih berdasarkan kaitannya dengan kemahiran yang di fokus. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam pelaksanaan pengajaran yang melibatkan proses penggabungjalinan seperti membuat penelitian terhadap keperluan mata pelajaran untuk mengenal pasti kemahiran yang di fokus dan kemahiran sampingan yang akan terlibat ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Penilitian ini sangat penting dalam menentukan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar agar objektif pengajaran dapat dicapai. Di samping itu guru perlu memastikan keutamaan kemahiran agar kemahiran fokus dapat dikuasai oleh murid berbanding kemahiran sampingan. Selain itu guru juga perlu menetapkan susunan atau tertib kedudukan kemahiran-kemahiran tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai persediaan sebelum bermulanya proses pengajaran guru boleh menyediakan keperluan bahan-bahan yang diperlukan bagi tujuan pelaksanaan kemahiran-kemahiran tersebut selaras dengan objektif mata pelajaran. Bentuk penggabungjalinan yang seterusnya ialah penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain.Proses ini memerlukan penggabungan kemahirankemahiran yang terdapat di dalam sesuatu mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran yang diajar. Sebagai contoh yang jelas dapat dilihat penggabungjalinan yang diaplikasikan ialah seperti penggabungan kemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dengan mata pelajaran Kajian Tempatan iaitu melalui aktiviti seperti

melukis Jalur Gemilang atau pelan kedudukan sekolah. Penggabungjalinan ini perlu diwujudkan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain bagi meningkatkan kemahiran dalam kalangan murid.

13

Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum pula melibatkan kemahirankemahiran yang terdapat dalam kurikulum seperti kemahiran belajar untuk proses pembelajaran murid, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Setiap kemahiran ini mempunyai hubungan dan berkait rapat dengan kehidupan seharian murid. Oleh itu kemahiran-kemahiran ini perlu

dititikberatkan ole setiap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu guru yang juga perlu menitikberatkan soal kemahiran pelbagai kecerdasan serta kemahiran generik kerana kemahiran ini melibatkan kecerdasan murid dan penting untuk proses pertumbuhan dan perkembangan murid. Implikasi daripada proses penggabungjalinan kemahiran ini objektif bagi setiap mata pelajaran dapat dicapai disamping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Proses ini juga merupakan suatu

pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperoleh oleh murid daripada mata pelajaran lain. Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus sebagaimana yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu murid-murid juga berpeluang untuk menyepadukan kemahirankemahiran yang perlu dalam kehidupan. Kemahiran-kemahiran yang telah mereka perolehi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dalam aktiviti kehidupan seharian seperti membaca, menulis, melukis dan mengira.

Penggabungjalinan juga berkeupayaan untuk menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan dapat mengelakkan kebosanan murid disamping menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan murid-murid secara seimbang, harmonis dan bersepadu.

14

6.2

Konsep Penyerapan

Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalam pelbagai mata pelajaran. Rajah di bawah menunjukan kandungan dalam konsep ini.

Konsep Penyerapan

Penyerapan Pengetahuan

Penyerapan Nilai Murni

Pendekatan Implisit

Pendekatan Eksplisit

Rajah 6.2

Kandungan konsep penyerapan dalam proses pembelajaran.

Penyerapan pengetahuan melibatkan proses penyebatian dan penyepaduan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. Hal ini adalah kerana setiap perkara yang dipelajari dalam suatu mata pelajaran adalah saling berkaitan dan amat berguna bagi mata pelajaran lain. Sebagai contohnya isi pengetahuan daripada mata pelajaran Sains dan Matematik diserapkan seiring dengan penguasaan kemahiran-kemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Konsep ini sedikit berbeza dengan konsep penggabungjalinan kerana proses penyerapan pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan bukannya kemahiran. Dalam proses ini murid akan dapat melihat perkaitan antara suatu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain. Hasil daripada penyerapan ini maka wujudlah beberapa kelebihan kepada proses pengajaran dan pembelajaran antaranya seperti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya.
15

Oleh itu secara tidak langsung aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih produktif serta efektif. Penguasaan ilmu yang lebih luas juga turut berlaku kerana pelbagai maklumat dapat disampaikan disamping murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang telah dipelajarinya melalui penyerapan kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung isi pengajaran telah dihubungkaitkan dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain. Guru haruslah bijak memilih isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain untuk meransang minat murid terhadap pengajaran dan menjadi lebih ceria, aktif serta progresif. Selain penyerapan pengetahuan, penyerapan nilai murni juga terkandung dalam konsep ini. Penyerapan nilai murni merupakan proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai murni ini melibatkan semangat kewarganegaraan masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepada

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Melalui proses pengajaran dan

pembelajaran, penyerapan nilai murni ini telah dilakukan secara sedar dan terancang tetapi murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara semulajadi dan sendirinya. Walaubagaimanapun, secara terperincinya penyerapan nilai-nilai murni ini telah berlangsung melalui dua pendekatan iaitu pendekatan implisit dan juga pendekatan eksplisit. Pendekatan implisit digunakan apabila guru-guru secara tidak langsung telah menerapkan sesuatu nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti apabila guru bercakap benar, berpakaian kemas dan adil. Pendekatan ini boleh berlangsung secara merentas kurikulum serta oleh semua guru kerana nasihat, bimbingan, teguran, contoh dan teladan boleh berlangsung pada bila-bila masa dan di mana-mana yang difikirkan sesuai. Pendekatan eksplisit pula boleh diaplikasikan dengan mengadakan ssesuatu peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan sepert arahan untuk tidak membuang sampah di merata-rata serta menjaga kebersihan persekitaran. Terdapat juga sesetengah pihak sekolah yang mengadakan program atau aktiviti yang khusus untuk menerapkan sesuatu nilai murni dalam kalangan murid seperti program motivasi, khemah ibadat, sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Guru, kempen kebersihan dan aktiviti lain yang bersesuaian.
16

Penyerapan nilai murni melalui pendekatan eksplisit adalah lebih terancang bersesuaian dengan matlamat dan kaedah pelaksanaan serta penilaian yang jelas. Terdapat 17 nilai murni yang perlu diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jadual di bawah menunjukkan kesemua nilai murni tersebut.

NILAI Baik hati 1. 2. 3. 4. 5. 1. 2. 3. 4. 1. 2. 3. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 1. 2. 3. 4. 1. 2. 1. 2. 1. 2. 3. 4.

CONTOH Belas kasihan Bertimbang rasa Murah hati Saling memahami Sedia memaafkan Bertanggungjawab Tidak berharap atau bergantung kepada bantuan orang lain Jaya diri Yakin kepada diri sendiri Kesopanan Mengaku kesalahan sendiri Ramah mesra Hormat kepada ibu bapa Hormat kepada orang yang lebih tua Taat kepada raja dan Negara Hormat kepadda hak asasi Hormat kepada undang-undang Menghargai maruah diri Sayang kepada nyawa Sayang kepada alam sekeliling Cinta kepada Negara Cinta kepada keamanan dan keharmonian Bertindak adil Sentiasa saksama Kebebasan di sisi undang-undang Kebebasan dalam sistem demokrasi Berani dengan tidak membuta tuli Berani kerana benar Berani mempertahankan kebenaran Berani bertanggungjawab
17

Berdikari

Berhemah tinggi

Hormat-menghormati

Kasih sayang

Keadilan Kebebasan Keberanian

Kebersihan fizikal dan mental

1. Kebersihan diri 2. Kebersihan persekitaran 3. Pertuturan dan kelakuan yang sopan 1. 2. 3. 1. 2. 3. 4. 5. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 1. 2. 1. 2. 3. 1. 2. 3. 1. 2. 3. 1. 2. 3. Bersifat amanah Bercakap benar Sentiasa ikhlas Cekal Daya usaha Dedikasi Gigih Tekun Persaudaraan Tanggungjawab bersama Gotong-royong Toleransi Kebaikan bersama Perpaduan Sederhana dalam meningkatkan kepentingan diri dan orang lain Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku Berterima kasih Mengenang budi Menghargai Boleh membuat pertimbangan Boleh membuat penaakulan Berfikiran logik dan terbuka Bermuafakat Kejiranan Peka kepada isu-isu sosial dan masyarakat Berbangga menjadi rakyat Malaysia Bersemangat patriotik Berusaha ddan produktif

Kejujuran

Kerajinan

Kerjasama

Kesederhanaan

Kesyukuran

Rasional

Semangat bermasyarakat Semangat kewarganegaraan

Jadual 6.1

Nilai murni yang perlu diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

18

6.3

Konsep Pengayaan

Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. Aktiviti pengayaan melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana atau murid-murid pintar cerdas. Konsep ini mengambil kira bahawa muridmurid yang pintar cerdas adalah cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka. Konsep ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah. Pada kebiasaannya aktiviti pengayaan dijalankan ke atas kumpulan murid yang telah mencapai tahap yang memuaskan atau telah menguasai kemahiran asas. Aktiviti ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh murid. Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada murid untuk mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat. Objektif bagi aktiviti pengayaan adalah untuk membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereja disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka. Selain itu aktiviti ini juga dapat membuatkan murid berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta meelahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri.

19

6.4

Konsep Pemulihan

Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran. Konsep ini telah dibentuk dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi membantu murid yang mengalami masalah dalam kemahiran asas 3M. Pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid yang lambat, iaitu mereka yang lembab mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Pencapaian pembelajaran murid-murid ini biasanya di bawah tahap pencapaian yang sepatutnya. Rasionalnya pendidikan pemulihan adalah amat penting kerana melalui pendidikan pemulihan murid-murid yang lemah dapat diasuh dan diberikan tumpuan yang lebih berbanding murid lain. Hal ini berlaku kerana murid adalah berbeza dari segi pengalaman, minat dan juga kebolehan. Oleh itu murid yang lemah atau menghadapi masalah tertentu perlulah diberi perhatian dan bimbingan. Objektif pendidikan pemulihan diadakan adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahirankemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan murid. Selain itu pendidikan pemulihan ini juga membolehkan murid-murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental mereka di samping membolehkan murid mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru-guru dan juga pihak lain. Murid juga turut diberikan peluang untuk mencuba mengembangkan potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat mereka untuk mencuba ke tahap yang lebih maju serta sama-sama melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
20

Antara

faktor

yang

membawa

kepada

masalah

pembelajaran

ialah

apabilawujudnya perasaan tidak yakin, rendah diri dan takut dalam kalangan murid. Selain itu masalah pembelajaran juga berlaku akibat daripada sikap negatif yang ada dalam diri murid tersebut sendiri seperti tidak mahu mengikut kata, tingkah laku yang kurang baik serta disiplin diri yang rendah. Faktor kecacatan sejak lahir dan selepas lahir juga turut menyumbang kepada masalah pembelajaran. Murid yang mengalami kecacatan ini akan ditempatkan disekolah khas yang bersesuaian dengan keadaan mereka. Aktiviti pemulihan boleh dilakukan melalui lima kaedah iaitu pengajaran individu, pengajaran kumpulan kecil, pengajaran kumpulan besar, pengajran bimbingan rakan sebaya dan juga pengajaran kolaboratif. Bagi pengajaran individu guru akan membimbing murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi dengan alat bantuan yang sesuai manakala bagi pengajaran kumpulan kecil pula guru akan membimbing murid yang berada dalam kelompok kumpulan yang sama dan mempunyai masalah yang sama tetapi mendapat perhatian secara individu dari guru. Berapa langkah khas harus diambil kira ketika menjalankan langkah-langkah pemulihan bagi memastikan objektif aktiviti pemulihan tercapai seperti membuat perancangan dan memilih teknik pengajaran yang sesuai, menentukan masalah yang sama tidak berulang, mengikuti kemajuan murid dengan menggunakan senarai semak dan juga membuat penentuan aktiviti penhukuhan yang sesuai dan secocok bagi menyelesaikan masalah. Setelah selesai proses pemulihan sebagaimana yang telah dijadualkan satu penilaian harus dilakukan bagi menguji tahap penguasaan murid. Penilaian ini bertujuan bagi memastikan sama ada objektif pengajaran pemulihan terlah tercapai atau tidak dan tindakan susulan akan diambil ke atas murid.

21

6.5

Konsep Penilaian

Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi. Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan, dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid. Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat dua jenis penilaian di sekolah iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.

22

Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara. Objektif konsep penilaian adalah untuk mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. pembelajaran Kedua, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan lebih awal dari semasa ke semasa. Kemudian, murid dalam

mengetahui

keberkesanan pengajaran. Selain itu, konsep ini juga bertujuan bagi merancang dan mengubah suai pengajaran dengan serta-merta. Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan secara bermoral dapat diperkukuh dan diperkayakan. Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif/pemikiran afektif/perasaan dan tingkah laku moral. Secara keseluruhannya pelaksanaan konsep 5P ini dalam KBSR adalah penting dan wajar demi meningkatkan kredibiliti anak bangsa. Konsep integrasi dalam kurikulum dan pengajaran yang diterapkan adalah ke arah pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di dalam KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni secara bersepadu dan menyeluruh. dan untuk menjalankan tindakan susulan yang sesuai

23

7.0

PENGAPLIKASIAN

KONSEP

PENGGABUNGJALINAN

KEMAHIRAN

BERFIKIR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH DALAM BENTUK GRAFIK

Satu proses kompleks yang berlaku dalam minda seseorang apabila menerokai pengalamannya secara terperinci untuk mencapai sesuatu tujuan.

Tujuan tersebut ialah pemahaman, memberi makna sesuatu, menilai sesuatu, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah

Guru berperanan dalam mewujudkan kemahiran meningkatkan operasi minda pelajar-pelajar untuk mencapai hasil yang maksimum daripada pemikiran itu.

Rajah 7.1

Definisi dan konsep kemahiran berfikir.

Pemikiran Kritis

Kemahiran Belajar

Komponen Kemahiran Berfikir

Pemikiran Kreatif

Membuat Keputusan

Menyelesaikan Masalah

Rajah 7.2

Komponen kemahiran berfikir.


24

Membanding dan membeza. Membuat ramalan. Menereangkan sebab. Mengkategori. Mencetuskan idea. Menentukan sumber yang dipercayai. Menghasilkan metafora. Menghasilkan analogi. Mengusul periksa andaian. Menentukan bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. Membuat inferens. Membuat keputusan. Menyelesaikan masalah. Rajah 7.3 Aktiviti kemahiran berfikir.

25

8.0

HURAIAN

PENGAPLIKASIAN

KONSEP

PENGGABUNGJALINAN

KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) merupakan unsur yang diberikan penekanan baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan matlamat pelajaran lain di dalam bilik darjah. Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum telah memberi pendedahan kepada guru-guru tentang kaedah perlaksanaan unsur tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Usaha tersebut dijalankan dengan giatnya di peringkat kebangsaan, peringkat negeri, peringkat daerah dan peringkat sekolah sejak tahun 1994. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu unsur KBKK sebenarnya telah lama wujud. Cuma dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penekanan unsur tersebut tidak begitu jelas dan semakin terabai. Memandangkan KBKK adalah unsur penting yang dapat menghasilkan pelajar yang berilmu serta berfikiran kritis dan kreatif, maka ia perlu diberi penekanan semula supaya matlamat menghasilkan pelajar dan seterusnya rakyat yang berketrampilan dapat dicapai. Sehubungan itu kajian perlu dibuat untuk melihat sejauh mana kehadiran unsur-unsur KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran BM supaya usaha memperlengkapkan guru-guru BM dengan pengetahuan tentang KBKK dapat dijalankan secara tepat dan berkesan. Pendidikan BM bertujuan untuk membolehkan pelajar memberikan pendapat dan hujah yang kritis dan analitis dalam pelbagai situasi serta dapat membuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar ke atas pelbagai bahan yang dibaca. Pemikiran kritis, analitis dan kreatif perlu ditanamkan dan disuburkan di kalangan pelajar secara sedar dan terancang oleh guru-guru BM. Perubahan kurikulum BM adalah usaha wajar untuk memenuhi peranan baru mata pelajaran ini. Perubahan tersebut telah melibatkan perubahan kandungan, pendekatan dan kaedah penyebarannya. Namun begitu, di kalangan guru BM, perubahan ini ditanggapi sebagai perubahan kandungan sahaja, sedangkan aspek pendekatan dan kaedah penyebarannya kurang mendapat perhatian mereka.

26

Berdasarkan pemerhatian dan laporan status BM yang dikeluarkan oleh Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, guruguru BM belum menerapkan unsur KBKK secara sedar dan terancang dalam proses pengajaran dan pembelajaran BM di bilik darjah. Bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tan Sri Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin pernah menganjurkan agar pengajaran guru memberi tumpuan yang lebih kepada perkembangan dan pertumbuhan minda supaya dapat melahirkan masyarakat yang bukan sahaja berilmu tetapi juga mampu berfikir dan memberi sumbangan secara kreatif dan inovatif. Pandangan tersebut didorong oleh rasa tidak puas hati beliau ke atas fenomena yang berlaku dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah termasuk mata pelajaran BM, di mana menurut beliau, pengajaran guru sekadar memindahkan maklumat daripada sumber pengajaran kepada pelajar, tanpa memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir. Pada umumnya pengajaran BM di sekolah masih belum menampakkan hala tuju yang jelas ke arah pembentukan pemikiran kritis, analitis dan kreatif di kalangan pelajar. Namun begitu telah wujud pengajaran yang mempunyai ciri-ciri peningkatan pemikiran atau intelek pelajar di kalangan guru BM. Kehadiran ciri-ciri peningkatan intelek dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah merupakan suatu tindakan hasil daripada perancangan secara sedar di kalangan guru BM. Tegasnya unsur-unsur tersebut lebih merupakan aktiviti tempelan dan bersifat sampingan. Dalam usaha melengkapkan guru BM dengan pengetahuan tentang penerapan unsur-unsur Kemahiran Berfikir dalam pengajaran BM, maka perlulah diketahui sejauh mana dan dalam bentuk yang bagaimana unsur-unsur tersebut telah sedia hadir dalam proses pengajaran dan pembelajaran BM di peringkat sekolah menengah. Penerapan Kemahiran Berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan perancangan khusus tentang aspek-aspek Kemahiran Berfikir yang akan diberi tumpuan sepanjang tahun. Untuk itu Rancangan Tahunan Kemahiran Berfikir perlu disediakan oleh guru Bahasa Melayu. Rancangan Tahunan tersebut perlu disisipkan dengan unsur Kemahiran Berfikir. Aspek ini perlu Panitia Bahasa Melayu di sekolah-sekolah terlibat. mendapat perhatian

27

Antara unsur-unsur yang berkaitan dengan Kemahiran Berfikir yang dapat dikesan dalam Rancangan Harian adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Dapat membuat rumusan Dapat memberi pandangan Dapat menyambung cerita mengikut tema Dapat meramal/mengagak kejadian yang mungkin berlaku Dapat memahami/mentafsir data Dapat membina graf garisan Dapat menulis pernyataan daripada rajah carta aliran Dapat menyatakan unsur tersirat Dapat membina peta minda

Unsur Kemahiran Berfikir juga terdapat dalam pernyataan Aktiviti Rancangan Harian. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan mengandungi unsur Kemahiran Berfikir adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Perbincangan tentang isi dan tema sajak Mengadakan kuiz antara kumpulan Mengkategori maklumat Mengesan kesalahan dalam karangan Mencipta sajak Mencatat dan mengembangkan isi karangan

Aspek perancangan juga tidak menampakkan kehadiran unsur Kemahiran Berfikir secara sedar dan terancang. Rancangan Tahunan Kemahiran Berfikir tidak disediakan oleh hampir kesemua guru yang terlibat. Antara faktor yang dikenalpasti ialah Rancangan Tahunan Seragam yang disediakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri belum mengambil kira tentang unsur Kemahiran Berfikir. Walau bagaimanapun unsur Kemahiran Berfikir terdapat dalam Rancangan Harian sebilangan kecil guru. Hal ini disebabkan persediaan Rancangan Harian guru dibuat mengikut kehendak KBSM di mana unsur Kemahiran Berfikir telah sedia terjelma dalam teras KBSM seperti peningkatan daya intelek, peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran belajar.
28

Set induksi penting untuk menarik minat serta perhatian pelajar dan seterusnya memudahkan pemahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dijalankan bagi melaksanakan set induksi. Antaranya, akitiviti soal jawab, menggunakan bahan rangsangan seperti perakam radio, bahan grafik dan bahan-bahan maujud yang lain. Namun demikian, bentuk aktiviti yang dianggap mengandungi unsur Kemahiran Berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. Mencungkil pengetahuan sedia pelajar Membanding dan membeza Menerangkan sebab Menggunakan peta minda Menggunakan bahan grafik Menceritakan semula isi bahan yang telah dibaca

Kebanyakan guru melaksanakan set induksi dalam pengajaran melalui aktiviti bersoal jawab. Namun begitu unsur Kemahiran Berfikir dalam aktiviti setinduksi Cuma terdapat dalam pengajaran sebilangan kecil guru. Kebanyakan guru yang lain hanya mengemukakan soalan-soalan beraras rendah dan kurang mencabar. Bahan pengajaran dan pembelajaran juga penting dalam mengaplikasikan kemahiran berfikir. Kebanyakan bahan yang digunakan oleh guru adalah buku teks. Malah ada juga yang menggunakan petikan prosa atau puisi, bahan grafik seperti graf, jadual dan carta. Peralatan elektronik seperti perakam radio juga digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Di samping bahan pengajaran, bahan bantu mengajar (BBM) turut digunakan oleh guru bagi membantu dalam proses P&P. Antara BBM yang digunakan ialah seperti perakam radio, carta, gambar dan OHP. Setiap penggunaan bahan ini mengandungi unsur Kemahiran Berfikir. Bagi mengapiliaksikan unsur kemahiran berfikir, langkah penggunaan bahan perlulah dilakukan dengan betul.

29

Langkah-langkah dalam penggunaan bahan dan BBM yang menampakkan unsur Kemahiran Berfikir ialah: i. Menghuraikan data berdasarkan soalan-soalan yang menggunakan kata tanya bagaimana, mengapa, pada pendapat anda. ii. iii. Meramal situasi berdasarkan dialog dalam cerpen. Melengkapkan peta minda untuk tujuan menyediakan rangka karangan.

Tahap kewujudan unsur Kemahiran Berfikir dalam penggunaan bahan pengajaran adalah rendah. Hal ini antara lain disebabkan oleh kurangnya tumpuan guru terhadap penyediaan dan penggunaan yang bercirikan Kemahiran Berfikir ke atas bahan pengajaran. Majoriti guru mengemukakan soalan secara jelas dan mudah difahami. Namun begitu tumpuan kebanyakan soalan yang dikemukakan cuma berkisar pada aras kognitif yang rendah iaitu soalan-soalan jenis pengetahuan atau kefahaman. Unsur Kemahiran Berfikir dapat dikesan dalam penyoalan soalan-soalan aras tinggi iaitu penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian dikemukakan. Contoh soalan-soalan aras tinggi yang berunsur Kemahiran Berfikir yang dikemukakan oleh guru adalah seperti berikut: i. Bagaimanakah penyajak menempuh alam kedewasaannya tanpa

kehadiran ibunya? Nyatakan faktor-faktor masalah remaja. ii. Apakah yang dimaksudkan oleh penyajak dengan kasih ibu seperti embun pagi? iii. Kategorikan penggunaan di dan pada berdasarkan teks mengikut maksud yang sebenar. iv. Pada pendapat anda apakah/mengapakah/bagaimanakah ...............?

30

Aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri secara bermakna. Semakin banyak pelajar terlibat, dijangkakan semakin tinggi pemahaman mereka terhadap perkara yang diperkatakan. Guru haruslah mewujudkan aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif dan menyeronokkan. Terdapat juga guru yang menjalankan aktiviti yang melibatkan penyertaan secara individu dan secara berpasangan serta aktiviti secara berkumpulan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Malah, ada juga guru yang melibatkan pelajar secara berpasukan. Unsur Kemahiran Berfikir dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dikesan dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Menyatakan isi tersirat daripada graf. Menyusun rangka karangan dengan melengkapkan peta minda. Perancangan tentang isi-isi berkaitan dengan tajuk karangan. Mengarang sajak. Sumbangsaran. Melengkapkan jadual

Penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran merupakan ciri pengajaran yang memang ditekankan dalam KBSM. Faktor ini turut menggalakkan penerapan unsur Kemahiran Berfikir melalui pelbagai aktiviti sama ada secara individu, berpasangan atau berkumpulan. Sebahagian besar aktiviti yang dijalankan merupakan kecekapan bahasa yang terkandung secara tersurat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Latihan bertulis merupakan komponen yang dapat memperkukuh dan

meningkatkan pemahaman pelajar ke atas isi pelajaran. Guru perlulah memberikan latihan bertulis kepada pelajar yang sesuai dengan objektif pengajaran. Bentuk latihan bertulis yang diberikan kepada pelajar ialah menjawab soalan kefahaman, membina ayat, merumus atau meringkas dan menulis karangan. Latihan bertulis merupakan satu lagi komponen pengajaran dan pembelajaran di mana unsur Kemahiran Berfikir dapat dikesan.

31

Antara latihan bertulis yang berunsurkan Kemahiran Berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajran di bilik darjah ialah: i. Membuat rumusan daripada Carta Pai tentang pendapatan dan perbelanjaan. ii. Mengarang berdasarkan idea-idea utama yang disusun dalam bentuk peta minda iii. Latihan-latihan pemahaman berdasarkan graf bar, carta pie, jadual, matrik dan carta aliran. iv. Latihan pemetaan fakta atau idea mengenai tajuk yang diajar.

32

9.0

PENGAPLIKASIAN BERFIKIR MELAYU HARIAN DALAM SEKOLAH

KONSEP

PENGGABUNGJALINAN DAN

KEMAHIRAN BAHASA

PENGAJARAN RENDAH

PEMBELAJARAN RANCANGAN

DALAM

PENGAJARAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 Tarikh Hari Masa Mata Pelajaran Tahun Bilangan Murid Tema Tajuk : 7 Mac 2012. : Rabu. : 08.00 pagi 09.00 pagi. : Bahasa Melayu. : 4 Zamrud. : 30 orang murid. : Minggu Kokurikulum. : Hari Kantin.

Hasil Pembelajaran : Fokus utama : Kemahiran Lisan (Mendengar dan Bertutur). 1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara. - Aras 1 ( ii ) : Menyampaikan arahan serta pesanan dengan intonasi yang betul dan bersopan. 1.6 Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi dalam urusan harian untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan. - Aras 1 ( ii ) : Menggunakan ayat yang sesuai untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

Fokus sampingan : Kemahiran Membaca. 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. - Aras 1 ( i ) : Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

33

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat : 1. menyatakan dan melakukan sesuatu arahan dengan betul. 2. membaca perkataan, frasa dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul. 3. menyatakan makna perkataan serta membina ayat yang sesuai berdasarkan makna perkataan. Sistem Bahasa : Tatabahasa : Kata tunggal, ayat tunggal, ayat, majmuk, ayat perintah, ayat tanya dan ayat penyata.

Pengisian Kurikulum : Ilmu : Kemahiran Hidup, Ekonomi dan Kajian Tempatan. Nilai Murni : Kerajinan, Kerjasama, Kebersihan fizikal dan mental. Kemahiran Bernilai Tambah : - Pembelajaran kontekstual : membuat keputusan. - Kecerdasan pelbagai : logik matematik. - Kemahiran berfikir : menyatakan sebab dan membuat perkaitan.

Bahan Bantu Mengajar : Kad pembelajaran, lembaran kerja, sedutan video kartun, nyanyian lagu, persembahan multimedia. Alat Bantu Mengajar : Komputer riba, alat pembesar suara, LCD. Pengalaman Sedia Ada : Murid pernah mengikuti dan menyertai Hari Kantin yang diadakan sewaktu minggu kokurikulum di sekolah.

34

Langkah / Masa Set Induksi (5 minit)

Isi Pembelajaran Tayangan video kartun Upin dan Ipin. Soalan guru kepada murid: Apakah situasi yang berlaku dalam video tersebut? Bolehkah murid-murid berjualan di sekolah? Pada hari bilakah murid-murid boleh berjualan di sekolah? -

Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) Guru memberi arahan kepada murid supaya memerhati tayangan video. Guru memaparkan tayangan video kartun. Guru bertanya murid mengenai video tersebut. Murid menjawab soalah guru dan cuba meneka isi pembelajaran yang bakal guru sampaikan.

Catatan BBM:LCD, komputer riba.

KBT: Kemahiran berfikir.

Langkah 1 (10 minit)

Lakonan suasana taklimat yang berlangsung sebelum Hari Kantin secara main peranan.

Guru memilih beberapa orang murid yang berbakat untuk melakonkan dialog yang disediakan. Murid berlakon dan membaca dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul. Guru memberi arahan kepada murid untuk memerhatikan lakonan tersebut dan mencatat isi penting. Guru dan murid bersoal jawab mengenai lakonan yang telah dilakukan oleh murid. Guru memberi pujian kepada murid yang telah berlakon dan menjawab soalan dengan betul.

Kemahiran lisan.

Sistem bahasa: Ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah.

BBM:Kad pembelajaran.

KBT: Pembelajaran kontekstual.

Nilai: Kerajinan.

35

Langkah 2 (15 minit)

Membaca petikan dan memahami petikan mengenai karangan laporan Hari Kantin di sekolah. Soalan pemahaman : 1) Bilakah Hari Kantin diadakan ? 2) Siapakah yang menganjurkan Hari Kantin? 3) Di manakah berlangsungnya Hari Kantin? 4) Berapakah gerai yang telah mengadakan jualan pelbagai juadah Malaysia? 5) Pada pendapat anda, apakah persembahan yang sesuai diadakan pada Hari Kantin?

Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi petikan kepada murid. Murid membaca petikan secara senyap untuk memahami maksud petikan. Murid membaca petikan dengan kuat bagi memastikan murid dapat membaca dengan tepat. Murid menjawab soalan yang diberikan berdasarkan petikan.

Kemahiran membaca.

KBT: Kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual.

Langkah 3 (20 minit) Menyatakan maksud perkataan dan membina ayat berdasarkan perkataan tersebut. Perkataan : Dana, peranan, perkarangan, cenderamata dan juadah. -

Jenis ayat : Ayat tunggal dan ayat majmuk.


36

Guru memberikan beberapa perkataan berdasarkan petikan. Murid mengadakan perbincangan bagi mencari makna perkataan. Murid membina ayat berdasarkan makna perkataan. Guru menerangkan kepada murid jenis ayat yang dibina.

Sistem bahasa: Kata tunggal, ayat tunggal.

Nilai: Kerjasama.

Penutup (10 minit)

Membuat kesimpulan dan merumuskan hasil pembelajaran dan menerapkan nilai murni dalam kalangan murid.

Guru membuat rumusan mengenai hasil pembelajaran. Murid memberi pandangan dan reaksi hasil pembelajaran. Guru memberi nasihat dan menyemai nilai murni dalam kalangan murid. Guru dan murid menyanyi bersamasama bagi menamatkan proses pembelajaran dan pengajaran.

Nilai: Kerajinan, kerjasama, kebersihan fizikal dan mental.

Melalui Rancangan Pengajaran Harian (RPH) di atas, konsep penggabungjalinan kemahiran berfikir telah diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Dalam pengisian kokurikulam RPH ini telah dimuatkan kemahiran bernilai tambah iaitu pembelajaran kontekstual untuk membuat keputusan. kecerdasan pelbagai dari segi logik matematik dan kemahiran berfikir untuk menyatakan sebab dan membuat perkaitan. Dalam set induksi, kemahiran berfikir diaplikasikan melalui aktiviti soal jawab yang dijalankan selepas tayanga video kartun. Apabila guru menyoal murid mengenai video tersebut, murid mula berfikir untuk mencari jawapan. Murid juga menggunakan kemahiran berfikir untuk meneka tajuk pembelajaran yang bakal diajar oleh guru. Manakala, dalam langkah satu pula konsep penggabungjalinan kemahiran berfikir diaplikasikan dalam sesi lakonan dan soal jawab antara guru dan murid. Dalam aktiviti lakonan ini juga terdapat kemahiran bernilai tambah pembelajaran konstekstual untuk membuat keputusan. Murid menggunakan kemahiran berfikir bagi membuat keputusan tersebut. Malah, murid juga berfikir untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru.
37

Dalam langkah dua pula, kemahiran berfikir diaplikasikan dalam soalan pemahaman berdasarkan petikan yang diberi. Murid juga menggunakan kemahiran bernilai tambah iaitu kecerdasan pelbagai untuk menjawab soalan logik matematik dan pembelajaran kontekstual untuk membuat keputusan. Sebagai contoh, soalan pemahaman nombor lima yang menyoal pendapat murid mengenai persembahan yang sesuai diadakan sewaktu Hari Kantin. Bagi menjawab soalan ini murid perlulah berfikir dan membuat keputusan sendiri. Konsep penggabungjalinan kemahiran berfikir juga diaplikasikan dalam langkah tiga dalam sesi P&P ini. Aktiviti yang dilakukan oleh murid ialah mencari makna perkataan dan membina ayat menggunakan perkataan tersebut secara berkumpulan. Murid berfikir dan menyuarakan pendapat serta buah fikiran mereka kepada rakan yang lain. Melalui aktiviti ini murid dapat meningkatkan kemahiran berfikir sesame sendiri. Akhir sekali, dalam penutup juga konsep penggabungjalinan kemahiran berfikir diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Sebelum guru menutup dan menamatkan sesi P&P, guru akan merumuskan isi pembelajan secara kesueluruhan kepada murid dan memberi nasihat bagi menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid. Melalui aktiviti ini murid akan berfikir dan menilai nasihat guru tersebut. Jika konsep kemahiran berfikir murid itu positif maka dia akan menerima nasihat guru tersebut dan begitulah sebaliknya. Tuntasnya, hampir kesemua aktiviti P&P yang dijalankan dalam bilik darjah mengaplikasikan konsep penggabungjalinan kemahiran berfikir. Namun, keberkesanan pengaplikasian konsep ini bergantung kepada kemahiran guru untuk memastikan murid dapat menguasai kemahiran berfikir dengan baik. Jenis aktiviti yang dijalankan oleh guru dan murid juga mempengaruhi keberkesanan pengaplikasian konsep

penggabungjalinan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

38

10.0

RUMUSAN

Kesimpulannya, unsur Kemahiran Berfikir telah wujud secara tidak disedari oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah. Unsur Kemahiran Berfikir hadir dalam aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu malah dalam aspek-aspek seperti penyoalan, aktiviti dan latihan bertulis, unsur tersebut telah terjelma dalam pengajara lebih separuh daripada bilangan guru yang dijadikan sampel kajian. Carta palang majmuk berikut menunjukkan tahap kehadiran unsur Kemahiran Berfikir dalam setiap aspek yang dijadikan tumpuan kajian. Keadaan ini merupakan satu petanda positif untuk menjelmakan unsur Kemahiran Berfikir secara sedar dan terancang dalam pengajaran Bahasa

Melayu.Justeru itu adalah dicadangkan supaya program pendedahan KBKK oleh pihak berkenaan dijalankan secara lebih terancang dan berkesan. Memandangkan

sebahagian besar guru belum menguasai dengan jelas kaedah menerapkan unsur Kemahiran Berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, pihak pengurusan sekolah perlu memastikan guru-guru yang dipilih untuk mengikuti kursus KBKK di peringkat Daerah atau Negeri mestilah berkemampuan untuk menyebarluaskan pengetahuan yang mereka peroleh kepada semua guru di sekolah masing-masing. Di samping itu, program pendedahan di peringkat sekolah perlu dibuat secara bersungguh-sungguh untuk memastikan maklumat tentang Kemahiran Berfikir difahami oleh guru dan membolehkan mereka melaksanakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kemudian, panitia Bahasa Melayu di sekolah menengah perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Melayu dalam menerapkan unsur Kemahiran Berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu serta mengambil langkah-langkah berkesan untuk mengatasinya. Dicadangkan supaya bengkel-bengkel tentang Kemahiran Berfikir dianjurkan untuk menghasilkan modul-modul yang berunsurkan Kemahiran Berfikir dalam pengajaran Bahasa Melayu.
39

Tuntasnya, Pengetahuan tentang Kemahiran Berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru masih rendah. Majoriti guru tidak jelas tentang kaedah menerapkan unsur Kemahiran Berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran, walaupun dalam kalangan mereka ada yang telah diberi pendedahan secara formal.

40

11.0

REFLEKSI

Pepatah ada mengatakan bahawa pengalaman mendewasakan kita dan jauh perjalanan luas pengalaman. Begitulah kata-kata hikmah yang dapat saya gambarkan kepada diri saya semasa dan selepas saya melaksanakan tugasan kerja kursus pendek ini. Hal ini demikian kerana saya dapat merasakan sendiri perubahan pada ilmu pengetahuan dan kefahaman saya ini mengenai bidang ilmu Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Jika dahulu saya kurang memahami pelajaran dan isi-isi penting dalam bidang ini namun setelah menjalankan kajian mengenai bidang ini sedikit demi sedikit saya mula memahami bidang ini malah perasaan ingin tahu saya sentiasa membuak-buak untuk terus mengkaji bidang ini. Hasilnya, kefahaman saya sekarang mengenai bidang ini semakin meningkat. Benarlah kata orang, tak kenal, maka tak cinta. Setelah saya memahami defenisi, konsep dan prinsip Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah barulah saya tertarik untuk mengkaji bidang ini dengan lebih mendalam lagi sehingga ke akar umbi. Sepanjang saya melaksanakan tugasan kerja kursus pendek ini, saya telah menjalankan kajian mengenai hubung kait antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dengan matlamat dan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Bukan itu sahaja, saya juga telah mengkaji konsep Penggabungjalinan, Penyerapan, Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian (5P). Tidak cukup dengan itu, saya teruskan tugasan ini dengan melaksanakan aplikasi aspek Penggabungjalinan Kemahiran Berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam bentuk grafik. Akhir sekali, saya telah membuat huraian

Penggabungjalinan Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

41

Bagi saya, apa yang saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan ini amat bermakna dan penting untuk menambah dan meningkatkan lagi ilmu pengetahuan yang saya miliki. Saya berasa tertarik untuk mengkaji dengan lebih dalam lagi mengenai bidang ilmu Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini kerana saya sedar ilmu yang ada pada saya ini hanyalah ibarat setitis air di lautan sahaja dan kerana saya sentiasa berpegang teguh kepada peribahasa yang berbunyi tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang kubur dan tuntutlah ilmu walau ke ne gara China sekalipun. Akhir sekali, pengalaman berharga yang saya peroleh sepanjang tugasan ini dilaksanakan ialah dapat mengkaji dan mendalami ilmu sukatan pelajaran dan aplikasi konsep 5P dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman dan ilmu yang saya timba ini tidak mungkin saya lupakan kerana sebagai seorang bakal guru saya haruslah bijak dalam mrngaplikasikan kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Mealyu Sekolah Rendah dan konsep 5P dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bakal saya jalankan kelak. Semoga dengan pelaksanaan kerja kursus ini saya dapat melatih dan menyiapkan diri saya sendiri untuk menjadi bakal guru yang baik dan mampu berkhidmat untuk tanah air bagi mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

42

BIBLIOGRAFI Rujukan daripada buku ilmiah : Asmah bt. Hj. Ahmad, (1989). Pedagogi I. Siri Pendidikan Longman. Petaling Jaya : Pencetakan Multimedia Sdn. Bhd. Azman Wan Chik. (1993). Mengajar Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamaruddin Hj. Husin, (1989). Model-model Pengajaran Bahasa. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamus Dewan edisi keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Marzukhi Nyak Abdullah (1994). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu: Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid, et al, (2012). Falsafah & Pendidikan di Malaysia. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam:

Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon (2011). Pengantar Pendidikan. Puchong: Multimedia Sdn. Bhd. Tuan Jah Tuan Yusof (2011). Multimedia Sdn. Bhd. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Puchong:

Rujukan daripada laman sesawang : http://suaramarhaenis.blogspot.com. Diakses pada 27 Februari 2012.

http://zackzahran.blogspot.com. Diakses pada 1 Mac 2012. http://rujuknota.blogspot.com. Diakses pada 2 Mac 2012. Diakses pada 2 Mac 2012.

http://pendidikanmoral.um.edu.my.

43

LAMPIRAN

44

Anda mungkin juga menyukai