Anda di halaman 1dari 58

TAKLIMAT

PENAMPILAN DAN SAHSIAH DIRI


Oleh; HASSAN BIN IBRAHIM,P.P.T. UNIT PERHUBUNGAN & PENDAFTARAN, JABATAN PENDIDIKAN PERAK.

KANDUNGAN
PENGENALAN PEKELILING YANG BERKAITAN 3. PENAMPILAN FIZIKAL 4. PENAMPILAN SAHSIAH 5. PENAMPILAN DIRI DALAM MAJLIS RASMI 6. INTERAKSI YANG MENGKAGUMKAN 7. INTERAKSI FORMAL MENGIKUT TEMPAT 8. UCAPAN FORMAL DALAM MAJLIS RASMI 9. PENAMPILAN DALAM MEMBURU KERJAYA 10. KESIMPULAN
1. 2.
2

1.

PENGENALAN
a. Penampilan diri ialah pembentukan diri seseorang agar kelihatan menarik terutama dari segi fizikal dan juga pembentukan keperibadian yang mempersonakan
b. Penampilan diri terbentuk daripada asuhan, pendidikan dan juga pendedahan daripada ibubapa, rakan sebaya, guru dan masyarakat sekeliling. c. Kesan positif hasil daripada penampilan diri ialah; * Sifat diri yang berakhlak * Sifat diri yang bersopan santun * Sifat diri yang berkualiti * Sebagai persediaan menghadapi pekerjaan * Sebagai persediaan hidup dalam masyarakat

d.

Asas Pembentukan Peribadi Yang Unggul i. Pembentukan diri di rumah ii. Pembentukan diri di sekolah iii.Pembentukan diri dalam masyarakat Antara Ungkapan Asas Pembentukan Peribadi Yang Baik i. Minta maaf ii. Terima kasih iii.Izinkan saya iv.Maafkan saya v. Mohon kebenaran vi.Boleh saya bantu
4

e.

2.

PEKELILING YANG BERKAITAN


2.1. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.2/1976 Tajuk : Potongan Rambut 2.2. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.2/1981 Tajuk : Ketepatan Masa di Sekolah-Sekolah SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.3/1983 Tajuk : Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.8/1985
Tajuk : Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah (Pindaan)

2.3.

2.4.

2.5. 2.6. 2.7.

SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.2/1996


Tajuk : Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan & kerapian pakaian

SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.2/1991 Tajuk : Tatakelakuan Pelajar Ketika Di Masjid SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.1/1996
Sikap Mengutamakan Keceriaan & Kebersihan Di Kalangan Pelajar.

2.8.
2.9.

SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.6/1986 Tajuk : Urusan Temuduga Guru ke Jawatan Tetap
SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.6/1990 Tajuk : Kelemahan Calon Dalam Temuduga SPP

3.PENAMPILAN FIZIKAL DAN PERIBADI

a. b.

Menjadi tumpuan orang ramai Tatacara penampilan

Muka Rambut Tangan Badan

* Bibir * Mata * Suara

3.1. MUKA
a.

Merupakan tempat utama yang dapat menarik perhatian. Gambaran air muka; * Air muka keruh - membimbangkan, kesusahan dan tidak gembira. * Air muka jernih - membahagiakan, tenang, gembira, baik peribadi, jujur dan mesra. * Air muka kering - menyakitkan, tiada belas kasihan, niat jahat, marah dan bersifat iri hati.
8

b.

3.2. BIBIR DAN SENYUMAN


a.

Pepatah menyatakan Bibir bak delima merekah dan Bibir bak limau seulas menggambarkan keadaan sebenar personaliti seorang gadis. Bibir dan senyuman menggambarkan; * Kecantikan * Penunjuk * Keikhlasan * Kemesraan * Kelembutan * Keegoan
9

a.

3.3. MATA
a.

Pepatah Melayu ada menyatakan; Apabila mata bertentangan mata, lidah kelu hendak berkata. Mata berperanan; * Menggetarkan emosi dan fikiran * Memerintah dan mendapatkan maklumat * Perasaan dan nikmat * Kejujuran, kesopanan dan sikap pemalu * Menghina dan mengancam
10

b.

3.4. RAMBUT
a. PETIKAN SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.2/1976 ( Tajuk : Potongan Rambut )
1 ..tuan adalah diingatkan supaya mengingatkan semua murid, guru dan kakitangan lain supaya tidak berambut panjang. Istilah rambut panjang seperti berikut;
* Di belakang : Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga * Di depan : Rambut menutup garisan tengah dahi * Di sebelah : Rambut menutup kedua-dua telinga * Di atas : Rambut lebih daripada 6 2. 3. Murid, guru dan kakitangan yang beragama Sikh boleh berambut panjang jika mereka berserban. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi teladan budi pekerti dan perangai yang baik kepada murid.
11

b. c.

Rambut adalah mahkota manusia Pakar kecantikan menyatakan 70% kecantikan terletak kepada rambut Rambut dikaitkan dengan; * Kedewasaan * Kematangan * Awet muda * Perwatakan * Kerjaya
12

d.

3.5. SUARA
a. b.

Kunci penampilan seseorang. Pujangga Shakespeare menyatakan tentang kemerduan suara Suara yang menyenangkan bagaikan muzik yang merdu yang pasti mempersonakan semua yang mendengarnya. Suara yang baik - jelas, beralun dan bertenaga

c.

13

3.6. TANGAN
a. a.

Gerak tangan dapat menggambarkan keperibadian diri anda. Tafsiran gerakan tangan ialah;

* Tangan di dada ( tidak gembira dengan pertemuan)


* Menggosok-gosok hidung dengan jari ( tidak percaya dengan apa yang dicakapkan) * Mengendang-ngendang jari ke meja ( memperkecilkan pandangan orang lain) * Menggosok belakang leher dengan tapak tangan (tidak setuju dengan apa yang diperkatakan) * Menggigit jari ( Tidak yakin / rasa gugup) * Menarik-menarik bawah telinga (tidak dapat buat keputusan)
14

Duduk menongkat kepala (mendengar dengan sepenuhnya) Duduk menongkat dagu (tidak mengambil berat) Tangan menutup mulut (tidak pasti maklumat betul / salah Tangan dalam poket ( tidak yakin ) Mencubit-cubit batang hidung (perlu masa untuk berfikir) Menggosok-gosok mata dengan jari ( tidak berminat)
15

3.7. KAKI
a.

Sepasang lelaki dan wanita yang cantik dan gagah akan dinilai dari rambut sampailah ke hujung kaki Kebersihan tangan, kaki dan kuku menggambarkan; * Kerajinan atau kemalasan * Kebersihan atau kekotoran * Bertanggungjawab atau ambil mudah * Berdisiplin atau cuai * Berkualiti atau lemah
16

b.

4.

PENAMPILAN SAHSIAH DIRI

Penampilan sahsiah diri akan menjadikan seseorang itu; disayangi / dikagumi / dicintai Antara ciri-ciri penampilan dalaman ialah; i. Bersifat peramah (tidak sombong,pendiam, pemarah)

ii. Menunjukkan suasana yang menggembirakan (tenang)


iii.Bersyukur (rasa rendah diri, tidak cemburu, pendendam) iv.Menghargai harta yang dimiliki (tamak, merungut-rungut) v. Menjauhi kehidupan di luar kemanpuan (bimbang, gelisah, cemas)
17

5.

PENAMPILAN DIRI DALAM MAJLIS RASMI

a. b. c.

Menjadi tumpuan ramai. Tempat pertemuan, berkenalan dan mengenali antara satu sama lain. Sifat yang perlu ada pada diri seseorang;

* * * *

Tingkah laku yang sopan Budi bahasa yang baik dan tertib Imej sosial yang baik (pakaian, perhiasan dan solekan) Keyakinan dan gaya diri

18

5.1. PERSONALITI
* Ialah perwatakan, peribadi dan imej seseorang sama ada lelaki atau perempuan. * Personaliti yang baik akan dipandang segak, kacak, cantik dan mempersonakan. * Seseorang yang berpersonaliti dapat menarik perhatian umum

* Personaliti yang baik dapat dibina dengan ; ` cara menghiasi diri ` cara bergaul ` berkelakuan sopan ` cara berjalan ` cara duduk

19

5.2. TATASUSILA BERPAKAIAN


* Pakaian adalah perhiasan diri dan merupakan cermin hati yang dapat memperlihatkan personaliti dan penampilan imej keperibadian seseorang.
* Perkara yang perlu diberi perhatian kepada pakaian ialah dari segi; ` fesyen ` warna ` jenis kain ` jenis pakaian

* Pakaian akan mencerminkan personaliti, pangkat dan kekayaan, nilai diri dan kejujuran.
20

* Bagi kaum lelaki a. Seluar panjang, berbaju kemeja dan bertali leher atau buch jacket / lounge suit. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam. Tangan baju jangan dilipat. b. Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. * Bagi kaum wanita a. Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan lain-lain pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata. b. Kasut sukan, jeans, slack, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka atau yang menjolok mata, tidak boleh dipakai.
21

5.3.

PAKAIAN SERAGAM MURID-MURID SEKOLAH

Petikan Pekeliling Iktisas Bil. 3/1983 ( Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah)


1. Surat pekeliling ini ialah untuk mengemaskinikan lagi semua arahan yang berhubung dengan pakaian seragam murid-murid sekolah Panduan peraturan pakaian seragam bagi; * Sekolah Rendah * Sekolah Menengah * Pakaian Pendidikan Jasmani * Pakaian Dalam Pasukan Unit Beruniform * Pakaian Murid-Murid Islam Pada Hari Jumaat * Kasut * Pakaian-Pakaian Seragam Khas

2.

22

5.4.

SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.2/1996


(Penampilan Diri Pelajar, Kekekasan & Kerapian Pakaian)

Surat Pekeliling Iktisas ini menitikberatkan kepada pembinaan sahsiah dan penampilan diri pelajar-pelajar di sekolah. Penekanan yang diberi perhatian ialah; a. b. c. d. e. f. Tidak memasukkan kemeja ke dalam seluar Tidak mengikat tali leher dengan kemas Tidak mengancing butang baju Berkasut kotor dan tidak berkilat Tidak memakai kain samping dengan kemas Tidak menyikat rambut dengan rapi

23

5.5.

SURAT PEKELILING IKTISAS BIL.2/1991 (Tatakelakuan Pelajar Ketika Di Masjid)


Pekeliling ini menggariskan adab serta tatatertib yang baik bagi seorang pelajar ketika berada di masjid. Antara perlakuan yang disaranakan ialah; a. b. c. Tidak berbual-bual Tidak bergurau Tidak membuat bising

24

5.6 KASUT UNTUK KE PEJABAT


* Bagi menjaga penampilan diri dan pergerakan anda di pejabat maka pemilihan kasut yang bersesuaian amat dititikberatkan

* Bagi kaum lelaki; ` Tumit sederhana rendah dan agak lebar ` Tapak yang tidak mengeluarkan bunyi ` Berwarna hitam / coklat
* Bagi kaum wanita; ` Tumit sederhana tinggi ` Tapak tidak mengeluarkan bunyi ` Berwarna hitam / coklat ` Sandel bertumit bertutup di hadapan (baju kurung / kebaya) ` Bertutup penuh (skirt labuh)
25

5.7. BEG TANGAN


* Bagi kaum wanita, beg tangan merupakan sebahagian perhiasan yang wajib. * Saiz beg tangan yang di bawa ke pejabat lebih besar daripada saiz beg yang di bawa ke majlis sosial.

* Warna beg tangan yang di bawa ke pejabat tidak berkilat seperti beg ke majlis sosial.
* Cara membawanya; ` disandang di bahu kiri ` tidak melintangi badan ` pegang pangkal beg untuk keselamatan
26

5.8. PERHIASAN SEMASA KE PEJABAT * Untuk menambahkan gaya dan kejelitaan maka penggunaan perhiasaan yang tidak keterlaluan digalakkan. * Barang kemas daripada emas dan berlian tidak sesuai dipakai untuk ke pajabat tetapi sesuai ke majlis sosial. * Bagi kaum lelaki, perhiasan yang sesuai hanyalah seutas jam tangan, sebentuk cincin, sebatang pen, tali leher dan cermin mata (bagi yang memerlukan)

27

5.9. PAKAIAN KE MAJLIS FORMAL


* Jika anda menghadiri majlis formal sama ada siang atau malam maka pemilihan pakaian yang bersesuaian amat perlu. * Pakaian yang sesuai hendaklah menepati kehendak dalam kad jemputan.

* Kalau tidak dinyatakan dalam kad jemputan pakailah;


` bagi kaum wanita (baju kurung, kebaya, selendang, skirt labuh) ` bagi kaum lelaki pakaian yang sesuai ialah baju batik berlengan panjang (jamuan) ` untuk minum pagi / makan tengahari / minum teh petang pakaian yang sesuai ialah pakaian kerja.
28

5.10. PAKAIAN KE MAJLIS PERKAHWINAN

Majlis perkahwinan adalah satu-satunya majlis yang bersejarah dan utama bagi sesorang individu dalam hidupnya.

Pemilihan pakaian perlu disesuaikan.


Pengantin Pakaian mesti bersesuaian dengan gaya, imej, warna dan jenis kain (dapatkan pandangan daripada mak andam) Pengiring Pakaian yang sesuai, cantik tetapi tidak melebihi daripada pakaian pengantin. Tetamu Biasa Pakaian yang bersesuaian dan kemas.
29

5.11. PAKAIAN KE MAJLIS KEMATIAN

Tanpa mengira siapa dan agama yang dianuti, kita harus memahami bahawa kematian adalah suatu peristiwa yang sedih. Untuk menunjukkan rasa sedih dan simpati maka pakaian yang sesuai ialah; ` berwarna putih atau berwarna gelap

elakkan pakaian yang berwarna warni dengan warna yang terang.


30

5.12. PAKAIAN KE MAJLIS DIRAJA


Rujuk maklumat yang tercatat dalam kad jemputan Bagi lelaki Melayu : Pakaian Kebangsaan bersamping dan bersongkok hitam. Bagi lelaki bukan Melayu : Pakaian lounge suite berwarna gelap. Bagi wanita Melayu : Pakaian kebaya panjang / baju kurung berselendang panjang. Bagi wanita bukan Melayu : Pakaian cara barat, baju berlengan panjang dan bergaun labuh hingga ke bawah lutut.

31

5.13. PAKAIAN KE MAJLIS JAMUAN


a. Pilihlah pakaian yang bersesuaian yang dapat menunjukkan bahawa anda menghormati majlis yang dihadiri itu. Rujuk kad jemputan. b. Semua pakaian sesuai dipakai asalkan ianya cantik, bersih dan sesuai c. Pakaian yang dipakai hendaklah; * tidak terlalu pendek * tidak terlalu ketat * tidak terlalu jarang * tidak menjolok mata * tidak mendedahkan sebahagian tubuh anda * tidak lapuk dan lusuh
32

5.14. TINGKAH LAKU DI MAJLIS JAMUAN


a. b.

c.

Majlis jamuan yang diadakan bertujuan untuk menggembirakan tetamu. Jamuan dibahagikan kepada jamuan formal dan jamuan tidak formal. Sebagai tetamu, anda perlu mengetahui; * Tatatertib pergaulan * Cara duduk dan berdiri * Bersopan santun dan berbudi bahasa * Saat ketibaan * Tertib di meja makan * Tertib semasa makan
33

5.15. CARA MAKAN


5.15.1. Cara Makan Berdiri

a. Dilarang mengisi pinggan terlalu penuh b. Memegang pinggan dengan tangan kiri dan sudu di tangan kanan. c. Elakkan mengangkat pinggan terlalu tinggi semasa menyuap makanan. d. Kain lapik (napkin) ada di bawah pinggan. e. Kurangkan pergerakan semasa makan. f. Dilarang meninggalkan majlis sebelum tetamu kehormat berangkat pulang. g. Ucapan terima kasih kepada penganjur / tuan rumah.

34

5.15.2.
a. b. c. d.

Cara Makan Duduk

e. f.
g. h.

Tiba di tempat jamuan lebih awal 5 15 minit sebelum majlis bermula. Duduk dengan selesa dan rapatkan kaki. Elakkan daripada meletakkan kedua-dua belah siku di atas meja. Gunakan tangan kiri untuk menyenduk nasi dan lauk sekiranya makan dengan tangan. Pastikan gelas minuman anda berada di sebelah kiri anda. Anda perlu berhenti makan apabila semua orang yang semeja anda sudah berhenti makan. Anda dilarang meninggalkan majlis sebelum tetamu kehormat berangkat pulang. Ucapan terima kasih kepada tuan rumah atau penganjur sebelum pulang.
35

5.15.3.

LARANGAN DI TEMPAT MAKAN

a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k.

Bercakap-cakap semasa makan. Menyuap makanan terlalu banyak dalam satu suapan Memilih-milih makanan Menumpahkan makanan Melaga-lagakan sudu, garfu dan pinggan mangkuk. Menerpa ke makanan yang baru dihidangkan. Menolak terus makanan yang dihidangkan. Menghisap rokok Meluahkan makanan dari dalam mulut. Meninggalkan banyak baki makan yang diambil Menggigit kuku, mengorek telinga atau mencungkil gigi.

36

37

38

39

5.16.

KETEPATAN MASA
Petikan Surat Pekeliling Iktisas Bil. 2/1981 (Ketepatan Masa Di Sekolah)

Semua Pegawai Perkhidmatan Pelajaran dan kakitangan sekolah serta murid-murid perlu memelihara dan mengekalkan amalan menepati masa datang dan hadir ke sekolah.

Adalah diharapkan semua guru mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di sekolah,baik semasa datang ke sekolah atau pun balik dari sekolah, mahu pun ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar atau menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah. Ketepatan masa juga bermakna seorang guru itu hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum tibanya masa untuk berbuat demikian.

40

6.

INTERAKSI YANG MENGKAGUMKAN 6.1. Interaksi Lisan

Contoh Kesantunan Berbual Di Telefon a. Telefon merupakan alat komunikasi yang penting pada hari ini. b. Pelbagai gaya dan cara menjawab telefon, antaranya; * Hello, siapa di sana?. * Hello, selamat sejahtera, saya.. c. Akhiri perbualan dengan ucapan terima kasih. d. Elakkan telefon diletakkan dengan kuat dan kasar. e. Elakkan mendengar perbualan orang di dalam telefon f. Telefon merupakan alat perhubungan penting dan elakkan percakapan yang tidak bermanfaat.
41

6.2.. Interaksi Bukan Lisan * Penampilan perilaku yang mengiringi pertuturan iaitu bermula dari wajah iaitu mata, bibir, kepala, senyuman dan air muka hinggalah kepada pergerakan tangan dan jari anda; Antara perlakuan yang membawa pengertian; ` Senyuman : bersedia / perhatian ` Meninggi suara : marah ` Tunduk dan memusingkan muka : Tidak berminat ` Menongkat dagu : tidak mengambil berat ` Menongkat kepala : Mendengar sepenuhnya ` Berpeluk tubuh : tidak gembira dengan pertemuan

42

6.3. Menjadi Pendengar Yang Unggul


* Selain daripada berinteraksi secara lisan, satu lagi kemahiran yang mengkagumkan ialah kemahiran mendengar. * Pepatah Belanda menyatakan bercakap itu perak diam dan mendengar itu emas.

* Orang yang berkemahiran mendengar akan dikenali sebagai yang bertimbang rasa dan mempunyai sifat yang bersopan santun.
* Berikut panduan menjadi pendengar yang baik (Jangan bercakap semasa mendengar / tumpukan perhatian / bersabar / bersederhana dengan hujah dll)
43

6.4. Cara Berbual Yang Dikagumi


* Interaksi yang mengkagumkan terhasil apabila suara yang baik dapat disampaikan secara berdiplomasi.

* Seseorang yang bijak berbual tahu bila ia perlu bercakap dan bila pula perlu mendengar,
* Bahan perbualan yang perlu dielakkan; ` ` ` ` ` cerita tentang kekayaan sendiri / peribadi cerita tentang penyakit yang menjijikkan. mengata keburukan orang mengada-ngadakan cerita menyebutkan nama pembesar sebagai rakan sepermainan sahaja.
44

7.

INTERAKSI FORMAL MENGIKUT DAN TEMPAT

SITUASI

7.1.

INTERAKSI DI PEJABAT * Mengutamakan tetamu yang berurusan ke pejabat * Tetamu yang datang dibiar tanpa layanan * Sedia menolong dan membantu * Mengiringi tetamu / berjalan seiring * Menolak dengan sopan sesuatu pemberian * Senyuman * Tidak bersalaman terlalu lama * Perkenalkan tetamu kepada majikan * Menghormati pegawai * Tidak menunjukkan gelihati jika ada sesuatu keganjilan * Pejabat tempat bekerja bukan tempat berbual
45

7.2.

INTERAKSI DALAM MAJLIS SOSIAL YANG FORMAL

Kesopanan, kepekaan, lembut dan memahami merupakan perkara utama semasa berinteraksi dalam majlis sosial yang formal. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah; ` tajuk perbualan yang bersesuaian ` utamakan minat orang yang lawan bercakap ` bentuk perbualan yang bersesuaian dengan majlis ` elakkan berbual semasa makanan ada di dalam mulut Tajuk perbualan yang dilarang dalam majlis sosial; ` perbualan tentang kewangan / kekayaan peribadi ` barang-barang perhiasan yang dipakai ` peralatan rumah ` agama ` politik

46

UCAPAN FORMAL DALAM MAJLIS RASMI

8.1. UCAPAN PENDEK DALAM MAJLIS SOSIAL


* * Antara majlis sosial ialah majlis keramaian, majlis perpisahan, majlis kesyukuran, majlis hari jadi dll. Berikut ialah panduan ringkas untuk berucap; ` ambil sedikit masa untuk mengurangkan kegugupan. ` berdiri dengan yakin, tenang dan tumpukan perhatian ` mulakan dengan ucapan selamat dan mengalu-alukan ` mengucapkan terima kasih ` isi ucapan ` akhiri ucapan dengan harapan, cadangan dan sokongan ` penutup ucapan dengan terima kasih dan mohon ampun ` duduk semula di tempat asal dengan sopan
47

8.2.

MEMPENGERUSIKAN MAJLIS RASMI

Berikut ialah panduan sekiranya anda dipilih menjadi pengacara / pengerusi majlis / pembentangan kertas kerja. a. b. c. d. e. f. g. Ucapan permulaan (mengalu-alukan kehadiran dan memaklumkan tujuan majlis tersebut) Mengucapkan terima kasih kepada penceramah dan penganjur majlis Mempersilakan penceramah Memperkenalkan penceramah / baca biodata penceramah Menyampaikan sedikit ulasan sekiranya ada masa. Membukakan majlis kepada sesi soal jawab Rakaman terima kasih kepada penceramah dan penganjur

48

8.3.

MEMPENGERUSIKAN MAJLIS JAMUAN

Terdapat pelbagai jenis majlis jamuan, antaranya jamuan perpisahan, meraikan kenaikan pangkat, hari lahir, pindah ke rumah baru, bersara, menunaikan fardu haji dll. Berikut ialah panduan mempengerusikan majlis tersebut; a. b. c. d. e f. g. Mengetahui majlis tersebut Mengetahui senarai jemputan yang hadir Menyediakan teks pengacaraan majlis Mengalu-alukan kehadiran bagi pihak penganjur Mempersilakan penganjur menyampaikan ucapan Acara selingan Rakaman terima kasih dan menutup majlis
49

8.4.

MEMPENGERUSIKAN MAJLIS MESYUARAT BIASA

Berikut ialah panduan ringkas;


a.

b.
c. d. e.

f.
g. h. i. j.

Sebagai pemimpin / kuasa tertinggi dalam mesyuarat Mengetahui tujuan mesyuarat Melihat, memimpin dan mengawal mesyuarat Mengalu-alukan kehadiran Mengetahui agenda mesyuarat Memberi peluang kepada semua JK memberi pendapat Mendengar dengan tenang dan sabar Mengikut agenda Membuat keputusan Mengucapkan terima kasih dan menangguhkan mesyuarat

50

10.

PENAMPILAN DALAM MEMBURU KERJAYA

10.1. STRATEGI
a. b. c. d. e. f. g. h. Menyediakan perancangan dan pemikiran yang teliti Tinjauan tentang pekerjaan yang dipohon Dapatkan nasihat dan bimbingan kerjaya Selalu merujuk buku panduan kerjaya dan menyemak iklan Hubungi pihak yang berkaitan dengan jawatan tersebut Kenalpasti kerjaya / pekerjaan tersebut Sediakan biodata (resume) dengan lengkap, padat dan baik Menyediakan diri dengan maklumat dan kemahiran yang berkaitan sebelum temuduga

51

10.2. MENGISI BORANG PERMOHONAN PEKERJAAN

Semua jawatan kosong perlu dipohon dengan mengisi borang permohonan terlebih dahulu kecuali dengan menghadiri temuduga terbuka. Borang permohonan adalah wakil diri pemohon kepada majikan Borang yang kemas, bersih dan teliti akan mendapat perhatian utama, panduan mengisi seperti berikut; ` baca semua arahan dengan teliti ` gunakan pen berdakwat hitam ` boleh ditaip atau ditulis tangan ` pastikan tiada kesalahan ejaan ` gunakan huruf besar pada ruang-ruang yang dikehendaki ` gunakan kertas tambahan sekiranya ruang tidak mencukupi ` semak semua maklumat, tandatangan dan pos ke pihak berkenaan
52

10.3. TEMUDUGA PEKERJAAN


a. Petikan Pekeliling Iktisas Bil. 6/1986 (Urusan Temuduga Guru-Guru Ke Jawatan Tetap) * Adalah disyorkan bahawa semua Guru Besar hendaklah memastikan perkara-perkara berikut dimaklumkan dan difahami oleh semua guru yang hendak menghadiri temuduga dengan SPP. i. ii. iii. iv. v. vi. vii Berpakaian kemas / pakaian purdah tidak dibenarkan. Menunjukkan tingkahlaku yang bersopan santun. Berusaha menjawab semua soalan yang ditanya. Memahami Perintah-Perintah AM Bab A G Mengetahui isu-isu semasa Memahami tugas, peranan dan fungsi SPP Memahami proses yang berkaitan dengan tindakan tatatertib viii Memahami urusan pengambilan calon (perlantikan, pengesahan jawatan, sekim berpencen dan tatatertib) ix. Tugas harian sebagai seorang guru.
53

b.

Temuduga adalah satu kemestian dan wajib dihadiri oleh semua pemohon sebelum ditawarkan jawatan. Dua tujuan temuduga; * Menghadkan jumlah pemohon sesuai dengan kekosongan * Memilih calon yang benar-benar layak Antara ciri-ciri sahsiah yang diperhatikan; ` penampilan sahsiah luaran (fizikal) : kemas, bersih. ` Gaya dan perwatakan ` petah dan lancar bercakap ` bertenaga dan bermotivasi tinggi ` sikap positif & ketenangan ` tinggi kepekaan dan daya fikir ` berkarisma (gaya diri, temuan mata, senyuman)
54

c.

d.

10.4. PERSIAPAN MENGHADIRI TEMUDUGA

a. b.

Persiapan dari segi maklumat pekerjaan berkenaan. Semak tarikh, masa dan tempat temuduga

c.

Tiba sekurang-kurangnya 15 minit sebelum temuduga


Bawa semua dokumen yang diperlukan Penampilan diri
55

d.

e.

10.5. KELEMAHAN CALON-CALON DALAM URUSAN TEMUDUGA (Petikan Surat Pekeliling Iktisas Bil.6/1990)
Berdasarkan Laporan Lembaga Temuduga SPP, antara kelemahan yang nyata ialah; a. Pakaian calon lelaki b. Pakaian calon wanita c. Rambut d. Tanda nama e. Kehadiran f. Adab temuduga g. Persiapan dokumen h. Maklumat diri I. Pengetahuan iktisas / perkhidmatan j. Pengetahuan am
56

11.

KESIMPULAN

Pengurusan diri yang sempurna akan membentuk penampilan diri yang mempersonakan.Untuk mencapai itu, latihan yang rapi dari peringkat awal amat diperlukan. Hasilnya,ia dapat melahirkan insan yang berakhlak, bersopan santun serta berkeyakinan tinggi sebagai bekalan dihari muka dan seterusnya akan menjadikan diri anda sentiasa terkenal, gembira dan bahagia.

Menyedari hakikat perlunya penampilan diri khususnya dari segi penampilan fizikal, sahsiah, interaksi dan juga pengucapan maka adalah diharapkan dengan sedikit sebanyak panduan yang ada dimuatkan di dalam nota ringkas ini akan dapat dijadikan panduan kepada remaja dalam mempersiapkan diri menghadapi hari depan

57

Sekian Terima kasih

58

Anda mungkin juga menyukai