Anda di halaman 1dari 15

KONSEP KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN UJIAN

PENGENALAN

Sistem

penilaian

memang

tidak

dapat

dipisahkan

daripada

pendidikan.

Setiap perancangan kurikulum mesti diikuti dengan penilaian. Kebanyakan penilaian yang diamalkan di negara kita adalah penilaian berbentuk ujian. Mengikut Ebel (1979), sebenarnya pembina ujian menghadapi dua persoalan iaitu yang pertama, untuk menentukan apa yang ingin diukur, dan kedua, membuat keputusan bagaimana mengukurnya. Sementara dari segi makna ujian pula Crombach (1970) telah memberikan satu definisi ujian yang agak luas, iaitu satu prosedur sistematik untuk memerhati tingkah laku seseorang dan

memperihalkannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem berkategori. Kenyataan di atas memberikan gambaran bahawa ujian bukan merupakan sesuatu yang boleh dilakukan begitu sahaja. Malah ianya memerlukan perancangan dan pengendalian yang sistematik. Penilaian pula mencakupi lebih luas dan lebih menyeluruh jika dibandingkan dengan ujian. Mengikut Popham (1975),

penilaian pendidikan yang sistematik mengandungi satu tafsiran formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara lebih luas, penilaian pendidikan itu mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran, dan matlamat kearah mana usaha pengajaran dihalakan.

Dari sudut pengajaran, penilaian boleh didefinisikan sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para pelajar. (Gronlund, 1981).Ini jelas menunjukkan bahawa penilaian adalah merupakansuatu cara atau alat bagi mengukur keberkesanan pengajaran di sampin g untuk menentukan sama ada objektif pengajaran boleh dicapai.Sebagaimana yang kita ketahui, ujian atau peperiksaan adalah satu aspek penting dalamsistem pendidikan kita. Berbagai bentuk ujian bertulis boleh diadakan oleh guru darisemasa ke semasa, seperti ujian betul/salah, mengisi tempat kosong, mamadankan, ujian beraneka pilihan dan juga bentuk esei. Pada asasnya, semua ini bertujuan adalah untuk mendapatkan

maklumat. Daripada maklumat yang didapati itu, guru dapat mengukur pencapaianm urid, mengetahui kelemahan-kelemahannya , meramal keupayaannya, memilihnya untuk sesuatu tujuan, atau sebagainya. Walau apa pun format ujian yang

hendak dibina,atau dipilih, pastikan bahawa ujian itu mempunyai ciri-ciri tertentu yang menjadikannya suatu ijuan yang baik. Antara ciri-ciri penting ujian yang baik ialah seperti kesahan dan kebolehpercayaan.

KESAHAN

Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat mengumpul maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Dengan perkataan lain, sesuatu ujian itu dikatakan sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang sebenarnya hendak di ukur sepatutnya di ukur. Menurut Youngman & Eggleston, 1982; Sax dan Newton, 1997),kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya di ukur. Kesahan merujuk kepada kesesuaian dan kekuatan interprestasi market ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut. Menurut Fraenkel & Wallen, 1996, kesahan boleh dibuktikan melalui beberapa kaedah seperti kesahan isi, kesahan telahan, kesahan serentak dan kesahan gagasan. Kesahan sesuatu ujian tidak dapat ditentukan secara langsung seperti mengukur ketinggian seseorang. Keputusan ujian atau skor markah memberi gambaran sebentar atau tidak sebentar tentang apa yang hendak diukur. Oleh itu ia tidak dengan sendirinya sah. Kesahannya bergantung kepada beberapa jenis kesahan.

KESAHAN ISI

KESAHAN GAGASAN

JENIS JENIS KESAHAN

KESAHAN RAMALAN

KESAHAN SEMASA/ SERENTAK

KESAHAN ISI

Ini ialah kesahan yang terpenting bagi seseorang guru yang hendak menyediakan ujian.Isi ujian ditentukan dengan menilai apakah tujuan ujian itu diadakan, kandungan sukatan pelajaran, penelkanan yang diberi kepada tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran peringkatatau kategori objektif pelajaran bagi tiap-tiap tajuk. Bagi sebarang ujian bertulis makasangat penting bagi guru supaya sentiasa menyedari tujuan utama ujian itu. Kemudian iahendaklah memilih atau menyediakan item ujianujian yang sesuai. Jenis-jenis item pula bergantung kepada jenis pencapaian muridmurid, aras kesukaran, dan peringkat objektif pelajaran yang hendak diuji. Contohnya, item ujian akhir tahun (ujian sumatif) misalnyatertumpu kepada tajuktajuk tertentu, sedangkan tajuk-tajuk lain diabaikan, maka ujian itudikatakan tidak sah dari segi isi kerana tidak meliputi sukatan pelajaran.

KESAHAN TELAHAN / RAMALAN

Kesahan ramalan adalah berkait rapat dengan ujian meramal kebolehan atau kelayakanseseorang calon untuk menjalankan sesuatu tugas pada masa depan. Contohnya guru biasa mengadakan peperiksaan percubaan diperingkat sekolah sebelum murid-murid mengambil peperiksaan PMR, SPM atau sebagainya.. Berdasarkan pencapaian murid- murid ini maka kita dapat meramal kejayaan muridmurid dalam peperiksaan sebenar tersebut. Demikian juga bagi Ujian Kelayakan Latihan Perguruan.

KESAHAN SEMASA/ SERENTAK

Kesahan semasa penting bagi guru merujuk pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian itu selaras denagn pencapaian kemudian dalam suatu ujian yang serupanya. Sekiranya ujiankedua yang sama taraf dengan ujian yang pertama ditakbirkan tidak lama kemudian, pencapaian calon biasanya lebih baik daripada ujian pertama, kerana calon yang berkenaan telah memperolehi sedikit sebanyak pengalaman daripada ujian yang pertama.

KESAHAN SEMASA/ SERENTAK

Kesahan gagasan amat penting diadakan untuk mengukur sejauh mana seseorang itu menunjukkan trait personaliti, tingkah laku, atau trait mental, seperti sifat peramah, bertanggungjawab, adil,introvert, bermotivasi, kreatif, cergas otak dan

sebagainya. Semua ini merupakan idea atau gagasan psikologi perlu dianalisa untuk mengenal pasti proses-proses atau ciri-ciri yang dikaitkan dengan sesuatu trait agar item-item ujian yangkhusus dan tepat dapat disediakan. Berdasarkan teori atau kajian ini, kita boleh membuat berbagai-bagai ramalan yang ada hubungnya dengan gagasan tersebut. Sebagai contoh kita menelah bahawa seseorang muted yang kreatif juga merupakan seorang yang imaginatif.

FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KETIDAKSAHAN SKOR.

Instrumen instrumen tidak akur kurikulum ( objektif/ kandungan)

instrumen tidak akur gagasan


ramai pelajar meneka jawapan sewenang-wenangnya instrumen tidak akur spesifikasi ( taburan,aras kesukaran) pembinaan item tidak tepat- istilah, ayat, petunjuk dalam item.

MENINGKATKAN KESAHAN DALAM UJIAN. Cara yang baik untuk meningkatkan dan memastikan kesahan sesuatu ujian ialah dengan menyediakan blue print,atau rancangan persediaan yang dinamakan Jadual Penentuan Ujian (JPU). JPU ini dapat memastikan kesahan isi ujian yang akan disediakan di mana dalam JPU guru hendaklah menetapkan tajuk-yajuk yang hendak diuji, peringkat objektif mengikut Taksonomi Bloom atau Taksonomi yang seumpamanya, bilangan soalan bagi tiap-tiap satu objektif dan tajuk. Penentuan objektif pelajaran ataupun aras-aras kemahiran bergantung kepada matapelajaran, tajuk-tajuk yang di uji serta peringkat kebolehan murid-murid yang menduduki ujian itu. Ini bermakna guru perlu meneliti dan memahami isi kandungan tiap-tiap tajuk dalam sukatan pelajaran. Bagi meningkatkan kesahan gagasan ialah dengan mencari kolerasi diantara merkah pada ujian yang dibentuk dengan markah ujian tentang trait yang diperkatakan itu. Hal ini bermakna bahawa jikalau kita mahu menentukan kesahan gagasan untuk satu ujian yang dikatakan mengukur semangat berdikari, maka kita terpaksa mencari koleksi markahnya dengan satu markah bagi ujian lain yang mengukur trait yang sama.

KEBOLEHPERCAYAAN Salah satu daripada kriteria tersebut di atas reabiliti ( kebolehpercayaan). Menurut Mokhtar (1995 ), kebolehpercayaan ujian boleh disebut darjah ketekalan antara dua pengukuran terhadap sesuatu benda, sesuatu ciri atau sifat seseorang. Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur. Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Sebaliknya, ujian yang menghasilkan skor yang berubah-ubah mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Sesuatu ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tidak semestinya sah. Bagaimanapun, sesuatu ujian yang sah biasanya boleh dipercayai. Jika faktor-faktor lain serupa, sesuatu ujian yang mempunyai pekali kebolehpercayaan yang tinggi perlu dipilih kerana ujian tersebut mempunyai ketekalan pemeringkatan individu dalam kumpulannya. Kebolehpercayaan ujian dipengaruhi oleh faktor yang tidak sistematik. Faktor tidak sistematik adalah faktor yang menghasilkan perubahan atau variasi yang tidak dijangka yang dikenali sebagai perubahan rawak. Ujian yang mengukur dengan pincang sesuatu konsep boleh menghasilkan perubahan rawak. Ujian yang mengandungi arahan, soalan, butiran dan pernyataan yang tidak jelas dan mengelirukan juga boleh menghasilkan perubahan tidak sistematik. Apabila kita menilai ataupun menguji murid-murid, kita akan menyoal diri kita sendiri adakah jawapan yang diberikan itu tidak berubah-ubah dan dapat mencerminkan kemahiran, kebolehan dan nilai pada murid itu. Jika benar maka ujian yang kita berikanitu bolehlah kita anggapkan sebagai stabil.

Ujian yang stabil ialah ujian yang dapat memberikan market yang sama apabila murid itu mengambil ujian itu beberapa kali didalam satu jangka masa yang pendek. Katakan kita menyediakan satu ujian penggal matematik. Untuk

menentukan samada ujian itu stabil atau tidak , kita boleh memberikan dua kali ujian kepada murid kelas kita. Biarkan jarak di antara ujian pertama dengan yang kedua itu lebih kurang satu ataupun dua minggu. Jikalau markah bagi tiap-tiap murid didalam ujian pertama itu lebih kurang sama dengan markah yang diperolehi untuk ujiankedua , maka ujian itu bolehlah dianggap stabil ataupun boleh

dipercayai.Kebolehpercayaan ujian sangat penting oleh kerana kita tidak mahu markah yangdiperolehi itu dalah disebabkan oleh nasib. Kita mahukan markah itu datangnya daripada kemampuan murid itu sendiri. Kebolehpercayaan adalah satu perkara yang senang dilihat di

dalam ukuran seperti berat, panjang, tinggi dan lain-lain yang berbentuk

maujud.

Sesuatu ukuran panjang itu sudah tentu memberi bacaan yang sama jikalau barang yang sama diukur berulang kali. Begitu juaga dengan sesuatu penimbang berat itu sudah tentu memberi bacaan yang sama jikalau kita menimbang benda yang sama berulangkali.Bacaan yang berlainan akan menimbulkan syak wasangka kepada kita oleh kerana alat-alat sukatan itu tidak lagi stabil. Bagi ujian ataupun penilaian yang kita sediakan , kebolehpercayaan adalah satu ciri yang patut kita pastikan sebagai dapat diterima. Jika tidak, penilaian yang kita lakukan itu tidak akan memberi peluang yang cukup kepada murid-murid

membuktikan yang mereka mempunyai kemahiran, pengetahuan dan sikap yang dinilaikan itu. Satu peluang sahaja sudah tentu tidak mengcukupi. Umpamanya kita mahu menguji samada murid itu dapat menolak nombor-nombor tidak lebih dariapada 20 dan dengan bertangan.Kita tidak hanya memberikan satu soalan

sahaja..Kita akan mengemukakan beberapa soalan yang dapat menguji kemahiran yang sama. Jika murid itu dapat peluang menjawab sebilangan besar soalan-soalan itu , maka baharulah kita berpuas hati dan menerima hasilnya sebagai mencerminkan keupayaan murid itu. . Dengan kata lain, kebolehpercayaan pada ujian ini ialah

untuk memastikan yang ujian ataupun alat penilaian memberi peluang kepada murid mengemukakan jawapan yang mencerminkan keupayaan dan bukanlah disebabkan oleh nasib.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan

Panjang pendek ujian itu boleh mempengaruhi keutuhan. Biasanya, semakin panjang ujian maka semakin tepat skornya kerana semakin kurang pergantungan kepada tekaan atau kebetulan. Demikian juga ujian yang bersifat objektif yang mempunyai keutuhanyang lebih tinggi kerana tidak terdedah kepada berbagai-bagai interpretasi. Ujian yang sah juaga biasanya utuh, tetapi ujian yang utuh tidak semestinya sah. Skor yang konsistentidak semestinya mengukur apa yang hendak diukur. Item-item ujian hanya merupakansampel bagi bidang yang diuji . variasi dalam sampel mungkin terdapat dalam dua ujianyang setara bentuknya. Hal ini merupakan satu lagi punca ralat. Oleh kerana guru yang membina dan mentadbir ujian kepada murid-murid, maka perhubungan guru murid yang baik biasanya akan menambah keutuhan keputusannya.Keadaan fizikal dan mental yang positif, azam dan motivasi, galakan

guru, kebiasaan dengan format ujian juga akan memberikan kesan positif terhadap kebolehpercayaan.Perbezaan skor munkin timbul lantaran perbezaan cara ujian itu ditadbirkan.Untuk meningkatkan kebolehpercayaan , arahan-arahan mestilah tepat dan jelas. Murid-murid haruslah diberi masa yang cukup, terutama dalam ujian daya (power test). Mereka mestilah diawasi dengan teliti semasa ujian. Kadang-

kadang kebolehpercayaanditentukan dengan cara uji-ulang (retest) . Sebarang manfaat yang didapati oleh murid-murid daripada ujian pertama akanmengurangkan kebolehpercayaan. Contohnya dalam ulang uji murid-murid mungkin lebih biasa dengan format , atau lebih faham denganitem-item ujian. Oleh itu, mereka mendapat skor yang lebih tinggi. Faktor pertama ialah keadaan tempat murid-murid itu mengambil ujian. Keadaan yang tidak selesa menyebabkan murid-murid tidak dapat menjawab soalan dengan sebaik-sebaiknya. Jika murid itu tidak sihat ketika mengambil ujian , maka jawapanny apun tidak sebaik yang dapat ditunjukkannya jikalau dia di dalam keadaan sihat. Oleh itu , guru haruslah memastikan yang keadaan tempat murid itusemasa mengambil ujian adalah baik. Faktor kedua ialah kejelasan yang terdapat pada arahan dan item-item ujian itu. Arahan dan item-item yang kurang jelas boleh menimbulkan interpretasi yang berlainan dariapada muri-murid. Oleh itu semasa menyediakan ujian ataupun penilaian , guru seharusnya memastikan yang arahan dan item-item, sama ada dalam bentuk kenyataan,gambar dan lain-lain lagi itu jelas. Faktor ketiga berkait dengan panjangnya ujian ataupun penilaian itu. Ujian yang banyak itemnya itu selalunya lebih stabil oleh kerana guru berpeluang menyoal nya beberapa kali. Sebaliknya, ujian yang banyak item itu memakan masa yang

panjang.Murid yang rendah umurnya sudah tentu tidak dapat memberi tumpuan yan gdikehendaki. Kita tahu lama masa yang dapat ditumpukan oleh murid terhadap sesuatuitu berbeza. Walau bagaimanapun, murid di peringkat sekolah rendah mempunyai tumpuan yang terhad. Mereka cepat jemu dan dengan itu tidak akan dapat menjawabsoalan-soalan yang dikemukakan. Bagi mengelakkan perkara

ini daripada berlaku, guruseharusnya menyediakan ujian yang tidak terlalu memakan masa yang panjang. Guru juga boleh memenggalkan ujian guru untuk diberikan beberapa kali. Faktor keempat ialah, pemeriksaan dan pemarkahan. Ujian objektif tidak meni mbulkan masalah. Tetapi ujian ataupun penilaian yang berkaitan dengan sikap, nilaidan juga amali sukar diperiksa dan diberikan markah secara objektif. Masalah ini sering berlaku di dalam ujian-ujian terbuka yang guru lakukan. Di dalam pemerhatian juga, guru dapati yang pemarkahan sukar diberi dengan tepat. Bagi mengelakkan perkara-perkara ini, guru harus menyediakan satu skim pemeriksaan dan pemarkahan yang jelas dan kita patuhi pada skimini apabila membuat pemeriksaan dan pemarkahan. Faktor kelima dalam meninggikan ciri kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian ataupun penilaian ilah dengan memberikan bilangan soalan yang berpatutan. Biasanyasemakin bilangan solan bertambah, maka semakin tepat pencapaian murid itu., kerana bilangan soalan ditambah akan dapat mengurangkan peluang untuk murid meneka.