Anda di halaman 1dari 14

SINOPSIS DI HADAPAN PULAU

KARYA : A. SAMAD SAID

BAB SATU
Pada waktu petang, Aziz merenung ke arah laut. Apabila dia merenung ke arah pulau di depannya, dia teringat akan janji Tuk Marzuki yang ingin membawanya ke pulau tersebut. Menurut rakan-rakannya, di pulau itu ada seorang pertapa dan ada yang menganggap ada seorang jakun yang mempunyai banyak kesaktian. Tuk Marzuki tidak mahu Aziz mempercayai cerita-cerita yang karut itu. Aziz menangis apabila terkenangkan ayahnya yang sudah meninggal dunia. Tuk Marzuki berjanji akan membawa Aziz ke pulau tersebut. Tuk Marzuki ada menjaga seorang cucu iaiatu Afidah selepas penceraian ibu dan bapanya..

BAB DUA
Raihan yang duduk di atas kerusi tunggul tidak jauh dari jambatan merasa hairan melihat ramai tentera Australia berjalan di kawasan itu. Zubir datang memberitahu Raihan bahawa kemunculan tentera di situ kerana di tempat-tempat lain sudah mula berperang.Tiba-tiba seorang Arab yang tua berhenti di sebuah kedai kecil untuk melepaskan lelah. Aziz mendapatkan orang tua itu lalu bersalam dan mencium tangannya. Orang tua itu menyuruh Aziz, Lazim dan Razip bersembahyang. Berita tentang peperangan yang akan berlaku mencemaskan Masinah, Basir dan Aziz. Orang tua itu cuba menenangkan mereka. Seorang India penjual serbat mengatakan jika berlakunya perang, mereka boleh berlindung di pulau tersebut.

BAB TIGA
Penduduk di itu tidak dibenarkan memasang pelita pada waktu malam. Lama-kelamaan Aziz dan mak ciknya, Joyah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan itu. Pada malam keenam, Budin iaitu suami Joyah pulang dalam keadaan mabuk. Penduduk di kawasan itu bimbang perang yang akan berlaku dan mereka sudah mula dikenakan sekatan. Pada pagi itu, penduduk berlindung di dalam shelter apabila terdengar bunyi tembakan. Dalam masa kecemasan begini, Raihan bercadang hendak membantu Syed Fikri menjual minyak atar. Joyah, Taksiah dan Rosiah cuba meminta kerja di kem tentera. Aziz bimbang Tuk Marzuki akan pulang ke Merlimau apabila berlaku perang. Aziz tidak mempunyai tempat pergantungan lagi..

BAB EMPAT
Penduduk mula mengetahui bahawa musuh utama mereka ialah Jerman dan bukannya Jepun. Syed Fikri pula mahu membentuk manusia supaya mendekatkan diri dengan Tuhan. Dia berasa puas kerana dapat menasihati Aziz dan rakan-rakannya. Sejak perang, jualan minyak atarnya terjejas dan dia mahu bercucuk tanam pula. Aziz teringat sikap pak ciknya, Budin yang pulang dalam keadaan mabuk dan memukul mak ciknya. Aziz hanya mengharapkan Tuk Marzuki, Syed Fikri dan Afidah sebagai tempat bergantung..

BAB LIMA
Penduduk membuat persiapan untuk menghadapi peperangan. Semasa berjalan-jalan, Aziz dan Afidah disoal jawab oleh seorang sojar. Aziz selalu teringat akan katakata ayahnya iaitu Ini khazanah bapak dan dia mendapat kekuatan apabila teringat kata-kata itu. Aziz juga membantu Syed Fikri bercucuk tanam. Aziz dan Afidah ke shelter apabila mendengar bunyi siren berombak. Mereka membantu Mak Ketong membawa Oden, Mid dan Mokmeng ke shelter. Raihan dan Zubir teringat akan nasib mereka yang tidak bekerja. Afidah pula bimbang kerana Tuk Marzuki belum pulang dari Merlimau.

BAB ENAM
Hujan turun agak lebat. Penduduk berasa bimbang kalaukalau shelter dinaiki air. Syed Fikri tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku jika perang benarbenar berlaku. Bunyi dentuman yang kuat membuatkan Mid dan Oden menangis. Di jalan tepi laut, orang ramai kelihatan sibuk. Tuk Marzuki sudah pulang dari Merlimau. Syed Fikri menyuruh Aziz dan rakan-rakannya pulang ke pangkuan keluarga kerana perang semakin hampir. Dorani memberitahu bahawa Tuk Marzuki sakit. Taksiah mengajak Joyah bekerja memandangkan Budin tidak bertanggungjawab.

BAB TUJUH
Keselamatan penduduk tidak terjamin lagi. Tuk Marzuki ingin mengajak Dorani ke kem untuk mrncari makanan. Tuk Marzuki sukar untuk mementukan masa depan Afidah jika dia meninggal dunia. Afidah bimbang hendak ke pulau itu bersama Mahmud yang setengah gila. Taksiah memberitahu bahawa shelter berhampiran telah dibom dan Tuk Marzuki ada dalam shelter tersebut. Sebelum meninggal dunia, Tuk Marzuki menyuruh Afidah mencari Pak Mustaffa dan Mak Cik Rukiah. Afidah dan Aziz berasa sedih selepas kematian Tuk Marzuki.

BAB LAPAN
Apabila kawasan yang didiami semakin bahaya, penduduk berpindah ke kawasan hutan tidak jauh dari kem tentera. Menurut berita, Jepun sedang mara ke kawasan itu. Afidah terkenang akan nasib dan masa depannya. Kemaraan tentera Jepun menakutkan orang ramai. Afidah teringat peristiwa ayahnya lari meninggalkan rumah kerana bergaduh dengan ibunya. Aziz pula teringat akan ayahnya kerana ayahnya sangat menyayanginya. Apabila mendengar bunyi siren berombak, orang ramai bersembunyi di dalam shelter. Di udara, mereka melihat habuk-habuk perak berkelip-kelip jatuh melayang.

Tentera Jepun sudah menguasai kawasan tersebut. Kem telah musnah. Tentera Jepun menyuruh penduduk tempatan membersih kem. Enam puluh orang lelaki tempatan dibawa menaiki trak dan tidak diketahui tujuannya. Joyah dapat melihat kekejaman tentera Jepun terhadap penduduk tempatan. Joyah tidak tahu sama ada suaminya sudah mati atau masih hidup. Aziz berada di rumah Syed Fikri. Syed Fikri terkenang sikap tentera Jepun yang kejam tetapi sebelumnya mahu bekerjasama. Dia juga teringat kepada Dorani dan Suejono yang tidak diketahui mananya. Makanan sukar diperoleh ketika itu. Aziz mengajak Afidah berikhtiar untuk mendapatkan makanan tetapi Syed Fikri menasihati mereka agar pulang.

BAB SEMBILAN

BAB SEPULUH
Wan Rohani dan Rosiah dibebaskan oleh Jepun tetapi Taksiah, Dorani dan Soejono masih belum dibebaskan. Ada di antara tentera Jepun yang cuba membuat perkara tidak senonoh kepada Wan Rohani. Dorani dibebaskan dan pulang ke rumah pada waktu malam. Aziz dan Afidah datang ke rumah Dorani dan membawa bubur.

BAB SEBELAS
Kesan pendudukan Jepun membuatkan kehidupan penduduk semakin menderita. Ada penduduk yang sudah mula meninggalkan kawasan tersebut. Afidah mencadangkan kepada Aziz agar mereka berlindung di pulau itu. Aziz bersetuju kerana dia ingin mengetahui apa sebenarnya yang ada di pulau itu. Aziz mengajak Afidah ke kubu lama untuk mencari makanan. Di sebalik busut, Aziz ternampak Rosiah bersama seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan. Rosiah memberi sedikit makanan kepada Aziz dan menyuruh Aziz merahsiakan apa yang dilihatnya. Aziz terkenangkan pemuda-pemuda kampungnya seperti Raihan dan Zubir yang tidak diketahui ke mana perginya.

BAB DUA BELAS


Aziz dan Afidah ke bahagian barat untuk mencari makanan. Tidak jauh dari sebuah busut, Afidah menemui Mokmeng (monyet) yang sudah mati. Monyet itu dimakan oleh Kapten Hebat. Keadaan yang genting pada masa itu membuatkan Mak Ketong mengajak Aziz dan Afidah berpindah sahaja tetapi tidak diketahui ke mana. Mak Ketong mengajak mereka ke pulau itu. Semboyan berbunyi lagi. Kekecohan terdengar lagi diikuti oleh bunyi trak, jeep, kapal terbang dan bunyi tembakan yang semakin dekat.

TAMAT
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai