Anda di halaman 1dari 11

Sejarah Kawad

Sejarah kawad bermula sejak kehadiran tentera-tentera asing di Tanah Melayu pada awal kurun ke 14. Kehadiran tentera Portugis yang berjaya mengalahkan tentera Melaka pada tahun 1511 dilihat sebagai satu pasukan tentera yang berdisiplin, patuh kepada arahan ketua, sistematik mengatur strategi dan seragam. Kehadiran tentera Inggeris di Pulau Pinang pada tahun-tahun 1700-an dan di Singapura pada tahun-tahun 1800-an juga dilihat sebagai satu titik tolak kepada perkembangan kawad. Walaupun tentera-tentera upahan berasal dari India, namun corak dan cara disiplin yang ditunjukkan telah menunjukkan mereka adalah pasukan yang mantap dan setia kepada tuannya. Penubuhan awal pasukan-pasukan uniform di Malaysia seperti Home Guard, Pasukan Simpanan (Teritory Army), Rejimen Askar Melayu, pasukan laut dan udara serta pasukan uniform bukan tentera seperti Pengakap, Pasukan Palang Merah, St John Ambulance dan sebagainya telah menyemarakkan aktiviti kawad di negera ini. Pertandingan kawad kaki telah menjadi kelaziman atau rutin dalam pasukan beruniform yang memaparkan kehebatan, kepakaran, keunikan, keseragaman dan yang paling penting menunjukkan identiti pasukan. Pada masa kini terdapat tiga kumpulan pasukan uniform di sekolah iaitu yang dinaungi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, badan-badan kerajaan (GO) dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Usaha menyelaraskan aktiviti kawad khususnya yang berkaitan dengan pertandingan kawad telah dilakukan. Walaupun terdapat kelainan dari aspek gerakan kawad namun usaha-usaha seperti membentuk sistem pertandingan atau format pertandingan yang selaras telah dilakukan.

TUJUAN KAWAD
1. Untuk membentuk seseorang individu supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat setia seperti menerima arahan dan menjalankan arahan tersebut. 2. Membentuk anggota supaya bekerjasama dalam satu kumpulan. 3. Berkawad adalah asas untuk panduan membentuk tatatertib di dalam pasukan, asas dan perpaduan tatatertib semasa bertugas adalah berdasarkan kepada kawad yang diperbaiki berkali-kali. 4. Apabila berkawad hendaklah diterangkan apakah sebab-sebab berkawad itu, berkawad sangat-sangat dikehendaki oleh pasukan, bukanlah sebagai hukuman atau mendera tetapi untuk membina tatatertib serta darjat sesuatu pasukan itu.

KESALAHAN-KESALAHAN BIASA kawad


KEDUDUKAN SEDIA 1. 2. 3. 4. 5. Kedudukan yang terlalu tegang menyebabkan sedutan nafas terbatas. Tidak sedia dan menggerakkan mata. Kaki dan badan tidak menghadap ke hadapan, tumit tidak rapat. Lengan tangan bengkok sedikit dan menjalar ke hadapan. Bahagian belakang tangan hala ke hadapan dan dengan hal ini membuka tulang pelikat dan menyesakkan dada. 6. Pergelangan tangan bengkok dan tengang, buka jari telunjuk terlalu kebawah daripada jari lain. KEDUDUKAN SENANG DIRI 1. 2. 3. 4. Kegagalan mengangkat kaki separas dan tidak menghala ke kiri. Membengkokkan lengan-lengan ketika membengkokkan lutut. Menggerakkan kaki kanan dengan menyebabkan barisan menjadi tidak lurus. Bengkok pada bahagian pinggan apabila membetulkan kaki.

KEDUDUKAN REHATKAN DIRI 1. Menggerakkan kaki dengan itu menyebabkan hilang lurus barisan. 2. Berdiri kuat di atas kaki sebelah dan bercakap-cakap.

UNIT KAWAD DAN DISIPLIN


Unit Kawad dan Disiplin berfungsi sebagai unit yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan tetap dan peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan keatas para pelajar dari semasa ke semasa dengan harapan para pelajar memiliki kualiti disiplin yang tinggi dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada bangsa dan negara.

Unit ini juga bertanggungjawab untuk melatih para pelajar berkawad berdasarkan kepada konsep seperti berikut : Kepatuhan dan hormat kepada pemimpin. Kerjasama dalam pasukan untuk membentuk keseragaman perlakuan dan tindakan.

Unit ini juga bergerak sebagai pemantau bagi setiap aktiviti dalaman dan luar institute serta berusaha untuk melahirkan pelajar yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi.

BAHASA HUKUMAN KAWAD KAKI


Kawad kaki pada asasnya terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu; kawad kaki statik, kawad kaki dinamik dan kawad formasi yang juga dikenali sebagai kawad senyap atau kawad hantu (dalam tentera). Untuk tujuan mengajar kawad kaki, eloklah dimulakan dengan kawad kaki statik, iaitu kawad yang belum melibatkan pergerakan berjalan.

Bagi tajuk-tajuk dalam kawad kaki statik ialah : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Sedia, senang diri dan rehatkan diri. Berpusing ke kanan, kiri dan ke belakang. Langkah sebelah. Hentak kaki. Buka dan tutup barisan. Luruskan barisan. Hormat.

BAHASA HUKUMAN KAWAD 1-sedia BARIS BARIIIS SEDIA ! 2-senang diri SENAAAANG DIRI ! 3-gerakkan skuad ke kanan BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA KE KANAAAN PUSING ! 4-gerakkan skuad ke kiri BERGERAK KE KIRI BERTIGA-TIGA KE KIRIIII PUSING ! 5-berjalan DARI KIRI/KANAN(Tengok tangan anggota) CEPAT JALAN ! 6-berhenti semasa cepat jalan BARIS BERHENTI ! (atas kaki kiri) 7-menghadap ke hadapan BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN KE BELAKANG PUSING ! 8-menghadap ke belakang BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKANG KE BELAKANG PUSING !

9-ke belakang pusing(cepat jalan) BERGERAK KE KANAN/KIRI BERTIGA-TIGA KE BELAKANG PUSING ! 10-hormat HORMAT HORMAT KE HADAPAN HORMAT ! (atas kaki kiri) 11-terima gaji HORMAT SELAKU TERIMA GAJI HORMAT KE HADAPAN HORMAT ! 12-ke kanan/ke kiri hormat HORMAT HORMAT KE KANAN/KIRI HORMAT ! (atas kaki kiri) 13-pandang kanan/kiri PANDANG KANAN/KIRI ! (atas kaki kiri) 14-pandang hadapan PANDANG HADAPAN ! (atas kaki kiri) 15-tukar langkah TUKAR LANGKAH SEMASA BERJALAN TUKAR LANGKAH ! (atas kaki kiri berturut dengan kaki kanan) 16-cepat jalan perlahan-lahan TUKAR LANGKAH PERLAHAN PERLAHAN JALAN ! (atas kaki kanan) 17-ke belakang pusing BERGERAK KE KANAN/KIRI BERTIGA-TIGA KE BELAKANG PUSING ! (atas kaki kanan ke kanan / atas kaki kiri ke kiri ; lihat tangan anggota yang menghadap ke hadapan) 18-berhenti semasa berjalan BARIS BERHENTI ! (atas kaki kanan) 19-cepat jalan TUKAR LANGKAH CEPAT CEPAT JALAN ! (kaki kiri berturut dengan kaki kanan) 20-hentak kaki semasa cepat jalan HENTAK KAKI ! (atas kaki kanan) 21-maju selepas hentak kaki MAJU ! (atas kaki kanan)

TAKLIMAT-TAKLIMAT KAWAD KAKI


TAKLIMAT MASUK BARIS Dengar di sini semua sekali Apabila dapat hukuman tiga barisan di hadapan saya gerak skuad hendaklah sedia berlari berbaris dalam tiga barisan di hadapan di tengah-tengah di mana saya menghadap Faham itu skuad 2/3 kali TAKLIMAT MENGAWADKAN SKUAD Selamat pagi/petang skuad Pada pagi/petang ini saya akan mengawadkan skuad Penanda di sebelah kanan siapa Penanda di sebelah kiri siapa Itu adalah barisan hadapan. Barisan tengah tengah juga, barisan belakang belakang juga. Peringatan Perintah salah jangan dibuat perintah saya yang betul skuad hendaklah buat dengan betul dan cergas. Faham itu skuad 2/3 kali. Beri hukuman paraskan skuad.

PARASKAN SKUAD
1. 2. 3. 4. Anggota yang tinggi berada di tepi kiri dan kanan yang rendah di tengah-tengah. Anggota yang tinggi berada di tengah-tengah yang rendah di kiri dan kanan. Anggota yang tinggi berada di sebelah kanan yang rendah di sebelah kiri. Anggota yang tinggi berada di sebelah kiri yang rendah di sebelah kanan.

TAKLIMAT PARASKAN SKUAD NO 1 -Yang tinggi ke kanan rendah ke kiri dalam satu barisan Paras. -Nombor. -Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke belakang gerak. -Orang yang di sebelah kanan sekali diam Nombor ganjil ke kanan Genap ke kiri Barisan kanan dan kiri Pusing. TAKLIMAT PARASKAN SUAD NO 2 -Yang rendah ke kanan Tinggi ke kiri dalam satu barisan Paras. -Nombor. -Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke belakang Gerak. -Orang yang di sebelah kanan sekali diam Nombor ganjil ke kanan Genap ke kiri Barisan kanan dan kiri Pusing. -Jadikan tiga barisan Cepat jalan. TAKLIMAT PARASKAN SKUAD NO 3 -Yang tinggi ke kanan Rendah ke kiri Dalam satu barisan Paras. -Orang yang di sebelah kanan sekali diam Yang lain bergerak ke kanan dalam satu barisan Ke kanan Pusing.

TAKLIMAT PARASKAN SKUAD NO 4 -Yang rendah ke kanan Tinggi ke kiri Dalam satu barisan Paras. -Orang yang di sebelah kanan sekali diam Yang lain bergerak ke kanan dalam satu barisan Ke kanan Pusing.

PERGERAKAN KAWAD KAKI


MELAPOR MASUK Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Bahasa hukuman ketika melapor ialah Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan (PKBM/Pengakap L1/P1) siap untuk diuji, tuan. PERGERAKAN MEMBENTUK FORMASI A. Sebaik sahaja tamat mara mengadap, platun akan mempersembahkan pergerakan membentuk formasi mengikut kretiviti masing-masing. Kon akan dikeluarkan oleh petugas sebaik sahaja Kawad Dinamik selesai. B. Tidak dibenarkan memeberi sebarang isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up atau pass bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat pertama semasa memulakan kawad formasi. C. Unsur suara (slogan) hendaklah dibuat setelah tamat formasi keempat (ketika platun berbaris bertiga-tiga mengadap hadapan sebelum melapor). D. Ketua Platun boleh masuk menyertai kawad formasi. Ketua Platun yang tidak menyertai kawad formasi tidak akan diberi keutamaan untuk dipiih sebagai ketua platun terbaik. E. Setiap platun dikehendaki mempersembahkan sebanyak 4 jenis formasi yang berlainan. Formasi yang diulanng akan dikira sebagai satu formasi. F. Pergerakan setiap formasi hendaklah ditamatkan dalam keadaan 3 barisan mengadap ke hadapan iaitu mengadap ke bahagian hadapan litar sepertimana kedudukan asal ketika hendak memulakan kawad formasi. Perbuatan ke kanan lurus tidak diwajibkan. Nota : Pergerakan jatuhan domino dibenarkan selagi ia adalah pergerakan kawad. MELAPOR KELUAR Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar kawad. Bahasa melapor keluar ialah Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan. (Pasukan PKBM/Pengakap L1/P1) telah selesai diuji. Mohon kebenaran menjalankan tugas seterusnya, tuan.

PERHUBUNGAN KEPADA ANGGOTA


Sebagai seorang Platun Sarjan yang bijak dan berdisiplin tinggi serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan, dia selalu bergaul dan bermesra dengan anggota semasa selesai menjalankan tugas. Walaubagaimanapun, pergaulan itu ada batasannya di antara platun sarjan dengan anggota bawahannya. Perhubungan kepada anggota yang baik haruslah melalui kaedah-kaedah seperti berikut : 1. 2. 3. 4. 5. 6. Melalui aktiviti-aktiviti pasukan. Melalui riadah/sukan. Melalui percambahan minda. Melalui penyelesaian masalah. Melalui sifat-sifat dan budaya. Adakan buku catitan(catitkan permasalahan tugas atau kebajikan anggota)

PERSIAPAN PERBARISAN ANGGOTA


Anda telah diarahkan sebagai platun sarjan, sebelum mengambil perbarisan anda dikehendaki membuat perbarisan tersebut. 1. Perkara-perkara yang perlu dilakukan. a) Beri bahasa hukuman sedia. b) Bariskan dalam tiga barisan. c) Beri bahasa hukuman buka barisan gerak. d) Beri hukuman ke kanan lurus. e) Bahasa hukuman pandang depan. f) Dari kanan nombor, jumlah anggota. 2. Persiapan melapor perbarisan. a) Beri bahasa hukuman, rapat tumit rapat tangan, terus pandang ke hadapan. b) Terus melapor, assalamualaikum atau selamat pagi, petang, malam tuan atau encik. c) Anggota berbaris seramai orang dalam buka barisan sedia diperiksa atau menerima taklimat dari tuan atau encik. d) Mengiringi pengawai tersebut, bermula dari kanan barisan hadapan dan seterusnya barisan tengah dan belakang. e) Pemeriksa barisan (Pegawai) member taklimat atau teguran kepada anggota. 3. Platun sarjan melapor semula. Beri bahasa hukuman tutup barisan. Nota : 1- Gunakan bahasa hukuman kawad dengan terang dan jelas. 2- Gunakan suara dan harkat yang sesuai mengikut bahasa hukuman kawad. 3- Percaya diri sendiri dan selalu membuat latihan.

10

Sumber Rujukan

www.pkb.edu.my www.ms.wikipedia.org/wiki/Kadet_Bomba www.bomba.gov.my

11