Anda di halaman 1dari 2

Tutorial 5 oleh Leong Cheang Yeng Aplikasi hukum-hukum Newton dalam kehidupan harian.

Memerhati kejadian dan terangkan bagaimana kejadian tersebut boleh dikaitkan dengan hokum-hukum Newton pertama, kedua dan ketiga.contohnya bus yang berhenti secara tiba-tiba, penuluk yang mengetuk paku, seorang lelaki menarik sebuah kotak, menimbang ikan dalam lif yang bergerak dan lain-lain.

Hukum gerakan Newton pertama Suatu objek yang berada dalam keadaan pegun atau bergerak dengan laju seragam akan terus kekal dalam keadaan yang sama sekiranya daya panduan bertindak pada objek itu adalah sifar. Hokum ini juga dikenali sebagai hokum inersia. Hukum gerakan Newton kedua Menyatakan bahawa kadar perubahan momentum adalah berkadar terus dengan daya panduan yang bertindak ke atas objek itu. Perubahan momentum adalah dalam arah yang sama dengan arah tindakan daya panduan itu. F= ma Hukum gerakan Newton ketiga Menyatakan bahawa untuk setiap daya tindakan terdapat satu daya tindakalas yang bermagnitud sama tetapi bertindak pada arah bertentangan

contohnya i) bus yang berhenti secara tiba-tiba Hukum gerakan Newton pertama Suatu objek yang berada dalam keadaan pegun atau bergerak dengan laju seragam akan terus kekal dalam keadaan yang sama sekiranya daya panduan bertindak pada objek itu adalah sifar. Penumpang di dalam bas akan terhumban ke depan kerana mereka masih mempunyai inersia yang mentebebkan mereka mesih kekal dalam keadaan sama.

ii)

penukul yang mengetuk paku Hukum gerakan Newton kedua kadar perubahan momentum adalah berkadar terus dengan daya panduan yang bertindak ke atas objek itu.

iii)

seorang lelaki menarik sebuah kotak Hukum gerakan Newton kedua Menyatakan bahawa kadar perubahan momentum adalah berkadar terus dengan daya panduan yang bertindak ke atas objek itu. Perubahan momentum adalah dalam arah yang sama dengan arah tindakan daya panduan itu. Daya geseran bertindak antara dua permukaan yang bersentuhan dan ia adalah nerkadar langsung dengan daya yang merapatkan dua permukaan bersamanya.

iv)

menimbang ikan dalam lif yang bergerak Hukum gerakan Newton ketiga Menyatakan bahawa untuk setiap daya tindakan terdapat satu daya tindakalas yang bermagnitud sama tetapi bertindak pada arah bertentangan. Berat suatu objek adalah bergantung kepada pecutan gravity pada lokasi berkenaan.