Anda di halaman 1dari 10

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ANJURAN GURU PELATIH KUMPULAN 2 PISMP AMBILAN JANUARI 2010 IPG KAMPUS TUN HUSSEIN

ONN BATU PAHAT.

1.0 PENGENALAN

Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu wadah ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.

Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang terunggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG)

Pelaksanaan Program Bina Insan Guru adalah berdasarkan sukatan pelajaran Bina Insan Guru yang digubal khusus bertemakan konsep dan ciri pembinaan Insan Guru, Pembangunan Insan Guru dan peranan serta tanggungjawab Insan Guru. Ketiga-tiga tema ini direalisasikan dalam program selama sehari melalui penglibatan secara langsung dalam pelbagai aktiviti bersama masyarakat setempat khasnya bersama anak-anak yatim dan lain-lain aktiviti yang terancang mengikut ketetapan institut pengelola.

Adalah menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Guru untuk melahirkan guru-guru lepasan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) yang berkualiti di samping mempunyai pengetahuan yang luas sebagai persediaan untuk mendukung profesionalisme perguruan. Penglibatan guru pelatih kepada pelbagai kegiatan berfaedah sepanjang tempoh kursus adalah diharapkan dapat membantu mencapai hasrat yang murni ini.

Sehubungan dengan itu, guru-guru pelatih dari kumpulan 2 PISMP ambilan Januari 2010 yang menuntut di IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat mengambil peluang ini untuk mendapatkan pengetahuan, pengalaman dan perkongsian idea dalam merealisasikan misi dan visi IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat dalam

mewujudkan pusat keguruan yang unggul dari aspek pembangunan sumber manusia dan akademik yang bertaraf dunia

2.0 RASIONAL

Program ini merupakan satu usaha pencetus pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, prihatin, bersemangat juang yang tinggi,berketerampilan, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan yang jitu.

Melalui program ini, Pelajar IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat akan diberi pendedahan, pemahaman dan perkongsian maklumat melalui aktiviti melukis mural dan mencantikkan landskap di kawasan sekitar asrama anak-anak yatim berkenaan.

Adalah diharapkan usaha-usaha murni ini akan dapat menjalinkan hubungan persaudaraan dengan lebih erat dan kefahaman yang lebih jelas dalam memupuk persaudaraan sesama manusia.

3.0 OBJEKTIF

Pelaksanaan program ini bertujuan memberi peluang kepada Pelajar IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat untuk; Mendapatkan pengetahuan dan pengalaman tentang sesuatu organisasi suatu kediaman, Mendekatkan diri dengan masyarakat setempat Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran mengurus majlis Menunjukkan dan mengetahui ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup

bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada rakan pasukan. Menguasai kemahiran interpersonal Meningkatkan kerjasama dan perkongsian idea antara masyarakat setempat, Membina sikap sahsiah dan jati diri seorang guru serta menanam sikap kepimpinan dan toleransi.

4.0 Kaedah dan Sasaran Program

Pelaksanaan

program

bina

insan

guru

mengutamakan

pembelajaran

yang

menitikberatkan pembangunan afektif, kognitif dan psikososial. Pembangunan diri ini meliputi aspek insan guru yang berakhlak mulia, semangat dan patuh kepada agama. Oleh itu pelaksanaan program ini adalah berasaskan kepada strategi berikut :

4.1

Program khidmat masyarakat bersama anak yatim .

4.2

Setiap pelajar akan dipastikan telah pun mengikuti program Bina Insan Guru sebelum tamat pengajian mereka.

4.3

Aktiviti yang dirancang merangkumi aktiviti bersama anak-anak yatim yang bertujuan mengajar dan mendidik kemahiran yang ada dalam setiap guru pelatih berkenaan.

4.4

Pendekatan penyampaian menekankan kepada penggunaan pelbagai kaedah pembelajaran seperti pembelajaran berasaskan

i. ii. iii. iv.

Aktiviti Pengalaman Penyelesaian masalah Koperatif dan kolaboratif

4.5

Strategi penyampaian dan pengelolaan :

i. ii. iii. iv.

Perbincangan Sumbang saran Lawatan Khidmat sosial

Diharapkan melalui program ini guru-guru pelatih akan dapat mengetahui, menghayati semangat bekerja sepasukan, menguasai kemahiran asas interpersonal, mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan di samping memupuk kebolehan memimpin dan memperkembangkan potensi diri sebagai insan guru dalam semua aspek kehidupan seharian

5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

5.1 Tempat : Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Batu Pahat (Rujuk lampiran 1)

5.2

Sasaran : a) Program BIG ini melibatkan 20 orang peserta dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Januari 2010 dari opsyen Reka Bentuk dan Teknologi Kumpulan 2. b) Semua penghuni asrama anak yatim Islam Batu Pahat

5.3

Tentatif Tarikh : 8 OGOS 2010 (Ahad)

5.4

Senarai nama kumpulan dan senarai nama peserta : (rujuk Lampiran 2)

6.0 JAWATANKUASA

6.1 JAWATANKUASA INDUK:

PENAUNG

Tn.Haji A.Aziz Bin Abu Bakar Pengarah IPGM Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat

PENASIHAT

En Mohamed Rahmat Bin Mohd Yasin Tim. Pengarah IPGM Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat

SETIAUSAHA

En.Rousliluddin Bin Hj Ambia (Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar)

PENYELARAS BIG PEN. PENYELARAS

: :

En.Mohd Razali Bin Hashim Pn.Faziah Binti Hashim Pn. Haslina Binti Ramli

PEGAWAI PENGURUSAN BIG :

AHLI-AHLI

: JK Kerohanian & Moral JK Peralatan JK Makanan JK Kebajikan & Keselamatan JK Aktiviti JK Penilaian JK Program Khidmat Masyarakat

1. Tn. Hj. Md. Isa b. Man 2. Tn. Hj. Abd. Kadir b. Abd. Rahim 3. Pn. Fuziah bt. Ishak 4. En. A. Latif Abdullah 5. En Sapuan b Nawar @ Munawar 6. En Mohd Shahren b Abdullah 7. En Abd Raof b Ibrahim

6.2 JAWATANKUASA KERJA:

PENSYARAH PENASIHAT PENGERUSI NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA NAIB SETIAUSAHA BENDAHARI

: : : : : :

Encik Ismail Bin Saiman (Tutor) Mohd Aidil Bin Othman Norazura Binti Mohamad Foat Mohd Faiz Bin Damanhuri Noraisyah Binti Nasarudin Nor Hidayahne Binti Jamil

AHLI JAWATANKUASA :

J/K PENGACARA PROGRAM

Mohd Azri Bin Md Idris(K) Nur Afifah Hazirah Binti Azmin

J/K HADIAH & CENDERAMATA :

Mohd Safuan Bin Che Othman(K) Nor Sharnida Binti Daud Nur Aisyah Binti Adnan

J/K MAKANAN

Mohd Nur Bin Muhamad (K) Noranis Lyana Binti Zambery Nur Diyana Binti Ismet Furmansyah

J/K PERALATAN

Mohd Faiz Bin Abd Rahim (K) Mohd Amir Wardee B Mohamad Kamis Mohd Sholehuddin Bin Mohd Ariff Muhamad Faris Aiman Bin Mohd Zaki

J/K KEBERSIHAN

Nur Diyana Binti Ismet Furmansyah (K) Noranis Lyana Binti Zambery

J/K PENGANGKUTAN DAN KESELAMATAN

Mohd Asyraf Adib Bin Nordin (K) Mohd Nasrun Bin Muhamad Zaki Norain Binti Abdullah

J/K JEMPUTAN, BUKU PROGRAM & LAPORAN

Mohd Safuan Bin Che Othman (K) Nor Sharnida Binti Daud Nur Aisyah Binti Adnan

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

rujuk pada lampiran 3

8.0 TENTATIF PROGRAM

rujuk pada lampiran 4

9.0

PENGANGKUTAN

Dengan ini kami dengan rasa rendah diri ingin membuat permohonan untuk mendapatkan pengangkutan daripada pihak IPG dari IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat ke tapak program kami iaitu Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam, Batu Pahat. Anggaran jarak perjalanan ialah sejauh 3.8 km.

10.0

PENUTUP

Pelaksanaan program ini diharapkan dapat memberi peluang dan kefahaman yang lebih jelas berkaitan dengan keperluan dan kepayahan serta kesusahan dalam

membesarkan anak-anak yatim di dalam satu asrama yang dikendalikan oleh sesuatu organisasi. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah diharapkan semoga program ini mencapai objektif yang telah dirancang.

Disediakan oleh, .. (MOHAMAD FAIZ BIN DAMANHURI) Setiausaha Program Khidmat Masyarakat, PISMP Sem 2 RBT 2, IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor.

Disemak oleh, .. (MOHAMAD AIDIL BIN OTHMAN) Pengerusi Program Khidmat Masyarakat, PISMP Sem 2 RBT 2, IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor.

Disemak dan disokong oleh, .. (ENCIK ISMAIL BIN SAIMAN) Tutor Peribadi, PISMP Sem 2 RBT 2, IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor.

Disahkan oleh, .. (ENCIK ROUSLILUDDIN BIN AMBIA) Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor.

Diluluskan/Tidak diluluskan oleh, .. (TUAN HAJI A. AZIZ BIN ABU BAKAR) Pengarah, IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor.