Anda di halaman 1dari 16

+

Ulat buku

= Mandi kerbau

= Kaki ayam

Unit 8 Aktiviti di Sekolah

Tajuk : Berbudi pada Tanah

Pak Cik Selvaraja pekebun sayur yang ringan tulang. Setiap hari, dia dan isterinya bermandi peluh menanam sayur di kebun. Mereka nenanam cili, terung, kacang bendi, sawi, kacang panjang dan bayam. Pak Cik Selvaraja besar hati kerana anak dan isterinya menolong menyiram sayuran, mencabut rumput dan membubuh baja. Dia banyak mendapat wang hasil titik peluhnya. Pak Cik Selvaraja berasa gembira kerana mata pencariannya sebagai pekebun sayur memberikan hasil yang lumayan.

Simpulan Bahasa

ringan tulang
Maksud : Orang yang rajin bekerja.

Contoh ayat: Pak Cik Selvaraja pekebun sayur yang ringan tulang.

mandi peluh
Maksud : Basah dengan peluh

Contoh ayat: Dia bermandi peluh menanam sayur di kebun.

besar hati
Maksud : Bangga atau gembira Contoh ayat: Pak Cik Selvaraja besar hati kerana anak dan isterinya menolong berkebun.

titik peluh
Maksud : Hasil penat usaha. Contoh ayat: Kakak membeli sebuah kereta hasil titik peluhnya.

mata pencarian
Maksud : rezeki; pekerjaan yang dilaku untuk mendapatkan sara hidup.

Contoh ayat: Selvaraja berasa gembira kerana mata pencariannya sebagai pekebun sayur memberikan hasil yang lumayan.

Aktiviti Kumpulan:
Padankan Simpulan Bahasa dengan maksudnya.

(a) mata pencarian (c) mandi peluh (e) titik peluh

(b) ringan tulang (d) besar hati

( ( ( ( (

) Orang yang rajin bekerja. ) Basah dengan peluh. ) Bangga atau gembira. ) Hasil penat usaha. ) rezeki; pekerjaan yang dilaku untuk mendapatkan sara hidup.

Ringan tulang
Orang yang rajin bekerja. Mandi peluh

Basah dengan peluh. Mata pencarian rezeki

Besar hati Bangga atau gembira.

Titik peluh Hasil penat usaha.

Latihan : BLA halaman 22, Aktiviti 2 (b)

Anda mungkin juga menyukai