Anda di halaman 1dari 3

Praktikal 4 Tajuk : Tindak balas redoks

Tujuan : Untuk menyiasat pengoksidaan dan penurunan dalam pemindahan elektron pada suatu jarak. Teori : Terdapat pelbagai jenis tindak balas kimia. Pengoksidaan dan penurunan sentiasa berlaku secara serentak dalam sesuatu tindak balas dan dikenal sebagai tindak balas redoks. Tindak balas redoks ialah tindak balas kimia yang melibatkan proses pengoksidaan dan penurunan yang berlaku secara serentak. Beberapa contoh tindak balas yang kita temui dalam kehidupan harian seperti tindak balas dalam sel kimia, pembakaran bahan api, pengaratan, pereputan makanan, fotosintesis dan resperasi, semuanya melibatkan tindak balas pengoksidaan dan penurunan. Sebenarnya, pengertian pengoksidaan dan penurunan dapat diterangkan daripada beberapa segi, iaitu penambahan dan kehilangan oksigen, kehilangan dan penambahan hidrogen, pemindahan elektron dan perubahan nombor pengoksidaan. Pengoksidaan dan penurunan dari segi penambahan dan kehilangan oksigen. Istilah pengoksidaan pada awalnya digunakan untuk menerangkantindak balas yang berlaku apabila oksigen berpadu dengan suatu unsur atau sebatian untuk membentuk suatu bahan baru. Pengoksidaan ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan tindak balas mengalami penambahan oksigen. Contohnya apabila magnesium terbakar dalam udara, magnesium berpadu dengan oksigen untuk membentuk magnesium oksida, MgO. 2Mg(p) + (g) 2MgO(p)

Tindak balas ini melibatkan penambahan oksigen kepada magnesium. Oleh itu, magnesium dikatakan mengalami pengokdidaan, iaitu teroksida kepada magnesium oksida, MgO. Bahan yang mengoksidakan bahan tindak balas yang lain dinamakan agen pengoksidaan. Jadi, oksigen ialah agen pengoksidaan dalam tindak balas ini kerana mengoksidakan magnesium kepada magnesium oksida, MgO.

Begitu juga, pengurangan merujuk kepada penurunan dalam jumlah oksigen dalam bahan atau penyingkiran yang lengkap. Contohnya, tindak balas kuprum oksida dan hidrogen untuk membentuk kuprum dan air. Bahan: 2.0 moldm-3 asid sulfurik 0.5 moldm-3 larutan ferum (II) sulfat (disediakan semasa larutan ini digunakan sahaja) 0.2 moldm-3 larutan kalium manganat (VII) berasid 0.5 moldm-3 larutan kalium iodida 0.2 moldm-3 kalium dikromat (VI) berasid 0.2 moldm-3 larutan kalium tiosianat Larutan kanji 1 % Radas: Tiub-U Galvanometer Wayar penyambung dengan klip buaya Elektrod karbon Kaki retot dan pengapit Tabung uji Penitis Penutup satu lubang

Prosedur:

1. Tiub U dikapitkan pada pemegang kaki retot. 2. Asid sulfurik cair dituangkan ke dalam tiub-U sehingga paras 6 cm daripada mulut tiub-U. 3. Larutan 0.5 moldm-3 ferum(II) sulfat ditambahkan dengan berhati-hati mencapai 3 cm. 4. Seterusnya, 0.2 moldm-3 larutan kalium dikromat (VI) berasid ditambahkan ke lengan tiub-U yang satu lagi dengan berhati-hati. dengan menggunakan penitis ke satu lengan tiub-U sehingga paras larutan ferum(II) sulfat

Anda mungkin juga menyukai