Anda di halaman 1dari 2

Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat

memupuk semangat cinta akan warisan bangsa dalam kalangan rakyat

Malaysia?

Bangunan bersejarah ialah bangunan lama yang ditinggalkan oleh penjajah pada

zaman penjajahan terhadap Tanah Melayu pada beribu-ribu tahun yang lalu. Di Melaka,

banyak bangunan bersejarah yang boleh kita lawati dan ketahui contohnya seperti A’

Famosa, bangunan merah Stadhuys, Menara Jam, dan banyak lagi.

Oleh yang demikian, kita haruslah bersama-sama memelihara bangunan-

bangunan ini agar tidak ditelan zaman. Terdapat pelbagai nilai patriotik yang boleh

disemai jika bangunan ini masih kekal hingga akhir zaman. Kita haruslah bangga

dengan bangunan-bangunan bersejarah negara kerana bukan semua negara yang

mempunyai bangunan bersejarah mereka sendiri.

Selain itu,kita juga haruslah menyemai semangat sedia berkorban untuk negara

dan bangsa seperti tokoh-tokoh Malaya pada zaman dahulu seperti Mat Kilau, Leftenan

Adenan, Hang Tuah, dan ramai lagi telah bertungkus-lumus untuk mempertahankan

negara agar negara tidak jatuh ke tangan kuasa lain. Kita sebagai rakyat Malaysia

haruslah bersyukur sebagai warganegara Malaysia kerana Malaysia adalah sebuah

negara yang kaya dengan bangunan yang bersejarah, permainan tradisional dan kaya

dengan makanan. Bukan itu sahaja, Malaysia juga ialah negara yang aman dan harmoni.
Selain itu, kita juga perlu berbangga dengan peninggalan sejarah yang memberi kesan

yang amat mendalam kepada kita.

Bukan itu sahaja, melalui bangunan bersejarah ini juga, kita dapat melahirkan

modal insan yang mempunyai semangat kekitaan apabila bangunan-bangunan ini jika ia

masih dipelihara baik oleh kita untuk generasi-generasi yang akan datang.

Bukan itu sahaja, kita perlu berusaha dan produktif agar negara menjadi aman

dan rakyat bersatu-padu. Kita harus tabah dalam melakukan sesuatu pekerjaan untuk

mengekalkan kedaulatan negara. Bukan itu sahaja, sebagai rakyat Malaysia, kita harus

berdikari dalam melakukan sesuatu agar tidak mengulangi perkara-perkara yang berlaku

pada masa lampau dimana Tanah Melayu dijajah selama beratus- ratus tahun.

Selain itu, kita perlu kita perlu berdisiplin kepada bangsa dan negara kerana

aktiviti ini akan serba-sedikit menunjukan bahawa negara kita adalah sebuah negara yang

bertolak ansur, harmoni, bersatu-padu, bersefahaman dan bermuakat. Hal yang demikian

serba-sedikit dapat menakutkan kuasa asing untuk menjajah negara kita. Itulah cara yang

paling efektif dan mudah untuk kita sama-sama melakukan untuk menjaga kedaulatan

negara. Negara menjadi harmoni dan bersatu-padu jika rakyat sentiasa mendengar,

mentaati dan setia kepada raja dan pemimpin negara.