Anda di halaman 1dari 10

Meningkatkan Penguasaan Kata Ganda Berentak Murid Tahun 5 Menggunakan Program KGB 3 dalam 1

Disediakan oleh: Nur Azlika Khazizi

Tinjauan Masalah
Murid hanya menggandakan perkataan dengan

mengulang semula perkataan tersebut. Murid juga tidak dapat membezakan antara kata ganda penuh dan kata ganda berentak. Ini kerana semua kata ganda ini digandakan dengan kaedah kata ganda penuh. Menambah imbuhan -an pada perkataan yang kedua. Contohnya kuih menjadi kuih-kuihan, kayu menjadi kayu-kayuan.

Fokus Kajian
meningkatkan penguasaan penggunaan kata

ganda berentak dalam menjawab soalan pemahaman dengan lebih mantap. menghasilkan penulisan tatabahasa yang lebih baik dengan menggunakan ayat yang gramatis serta komunikasi seharian yang lebih berkesan sebagai penutur jati bahasa Melayu.

Kajian Lepas 1:
Kajian lepas ini dibuat oleh Zulkifli Bin Abdullah pada tahun 2010 di SJK (T) Bandar Baru Salak Tinggi , Sepang, Selangor Darul Ehsan. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam aspek tatabahasa. Seramai 20 murid dari tahun 5 telah dipilih sebagai responden kajian berdasarkan kelemahan mereka dalam aspek tatabahasa . Instrumen kajian terdiri daripada Ujian pra dan Ujian Pasca mengenai 4 aspek tatabahasa yang terpilih iaitu kata hubung, kata adjektif, kata seru dan kata tanya. Tindakan untuk meningkatkan penguasaan tatabahasa responden berkenaan adalah penggunaan permainan bahasa khasnya kuiz, latih tubi dan mencantum kad. Murid-murid berasa gembira dalam menyertai aktiviti-aktiviti ini kerana mereka berlumba-lumba untuk memenangi pertandingan dan permainan ini. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa tindakan yang dilaksanakan telah membantu murid untuk menguasai aspek tatabahasa. Hasilnya hampir kesemua murid dapat menguasai aspek tatabahasa dalam tajuk Kata Tanya, Kata Seru, Kata Adjektif dan Kata Hubung. Pengkaji berpuas hati dengan dapatan kajian kerana dapat menarik minat murid belajar kemahiran ini tetapi adalah lebih baik sekiranya ditambahbaikkan lagi dengan tindakan baru yang lebih efisyen serta menarik minat murid . Ternyata, kajian ini telah memberi impak yang positif kepada murid-murid. Murid-murid juga bertambah minat untuk mempelajari kemahiran tatabahasa dengan persekitaran yang menyeronokkan.

Kajian Lepas 2:
Terdapat seorang pengkaji iaitu Aleimmah Ali (2009), telah melaksanakan kajian yang bertajuk meningkatkan penguasaan tatabahasa murid dalam kemahiran menulis menggunakan kaedah majalah dalam kelas (MDK-DS). Antara objektif khusus yang dinyatakan bagi kajian adalah meningkatkan pemahaman murid terhadap penggunaan kata kerja berimbuhan men- dan men..-kan. Sampel yang digunakan adalah seramai 34 orang murid Tingkatan 3A iaitu 27 orang murid Melayu dan 7 orang murid Cina. Dalam kaedah MDK-DS ini, beberapa aktiviti seperti membina ayat menggunakan gambar dalam majalah, penggunaan perkataan baru dalam majalah ketika membina ayat dan latihan karangan. Pemerhatian secara berstruktur dan analisis dokumen murid digunakan bagi mengesan hasil keberkesanan intervensi sepanjang tempoh penyelidikan dijalankan. Dalam masa sebulan, beliau mendapati ada peningkatan yang sangat ketara dalam penguasaan murid dalam kemahiran tatabahasa. Hasilnya, pencapaian murid dalam peperiksaan pertengahan tahun dapat ditingkatkan dan kualiti gred A semakin meningkat. Sememangnya penggunaan bahan maujud seperti majalah atau bahan bacaan lain dapat menarik minat murid-murid untuk belajar. Pemilihan bahan maujud yang berkesan dalam pembelajaran dapat membantu murid penguasaan kemahiran yang ingin dicapai. Intervensi yang bakal pengkaji jalankan juga akan diselitkan dengan penggunaan surat khabar bagi menarik minat murid dalam memantapkan penguasaan kata ganda mereka.

Objektif Kajian
Objektif Umum : Meningkatkan penguasaan murid dalam penggunaan kata ganda berentak dengan betul dalam penulisan dan pertuturan seharian.

Objektif Khusus : Meningkatkan peratusan murid yang mendapat markah yang baik bagi Kertas Pemahaman Bahasa Melayu.
Meningkatkan pemahaman murid dalam fungsi

penggunaan kata ganda berentak. Membantu murid menguasai kata ganda berentak dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang menarik.

Soalan Kajian
Adakah program KGB 3 dalam 1 dapat

meningkatkan kemahiran murid menjawab Kertas Pemahaman Bahasa Melayu? Bagaimanakah program KGB 3 dalam 1 membantu murid memahami fungsi penggunaan kata ganda berentak? Bagaimanakah program KGB 3 dalam 1 dapat menarik minat murid-murid dalam menguasai kata ganda berentak?

Cara Pengumpulan Data


Ujian Pra & Pos ujian pra - mengukur setakat mana kefahaman mereka mengenai kata ganda berentak. Ujian pos - melihat berlaku peningkatan atau sebaliknya kepada respondan tentang penguasaan penggunaan kata ganda berentak dan membandingkan prestasi respondan sebelum dan selepas sesuatu rawatan atau intervensi dijalankan.

Analisis Dokumen menyemak dokumen yang berkaitan dengan respondan bagi mendapatkan data dan bukti-bukti bagi kajian ini. cth : buku kerja, rekod prestasi, rakaman video. Pemerhatian Melihat perlakuan dan tingkah laku murid sepanjang tempoh penyelidikan. Buat pemerhatian berstruktur sebanyak dua kali.

Sekian, Terima Kasih..

Anda mungkin juga menyukai